REPUBLIK OF GINEA/GUNEA/GINIE DI AFRIKA

on Sunday, May 8





1. BAGI orang biasa seperti penulis, memahami Perlembagaan Persekutuan dalam konteks paling asas salah satunya ialah menghormati kebebasan penganut agama lain mengamalkan amalan agama mereka di tempat masing-masing.

2. Begitu juga, orang biasa memahami bahawa agama Islam merupakan agama Rasmi negara Malaysia, ataupun ada yang lebih tepat menyebut agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan Malaysia, ataupun ada yang menyebutnya agama rasmi persekutuan Malaysia ialah agama Islam. Tafsiran dalam kalangan pengamal undang-undang sangat besar, masing-masing mempunyai tafsirannya yang tersendiri, maka sebab itulah wujud bidang guaman.

3. Tafsiran salah seorang peguam popular pada tahun 1998 sekarang sudah berbeza pada tahun sekarang ini. Jika dulu dia mengatakan ada bukti kukuh, hari ini dia tidak langsung menyebutnya. Bahasa mudahnya, jika hari ini anda mentafsir gula-gula itu sagat manis dan sedap, 10 tahun akan datang barangkali anda akan menyebut gula-gula itu sudah pahit dan tidak enak.

4. Maka, di manakah titik pertemuannya? Di manakah titik perpaduannya? Ramai di kalangan kita gagal mentafsir maksud sebenar gagasan 1Malaysia oleh DS Najib Tun Razak. Ramai yang hanya mentafsir konsep dan logonya, tetapi tidak mentafsir inti dan intuisinya.

5. Perhatikan di sekeliling kita, aspek paling mudah dan kecil sahaja untuk memahami gagasan 1Malaysia. Di seluruh negara kita jabatan manakah, atau NGO manakah, atau siapakah yang meletakkan bendera Malaysia sebagai higtlight untuk gagasan 1Malaysia.

6. Semasa dalam perjalanan pulang ke Malaysia, penulis satu kapal dengan seorang ahli perniagaan Johor yang berniaga di Republik Gunea dan Algiers di Afrika. Apa yang penulis tertarik dengan ideanya ialah soal bagaimana hendak menanam semangat cinta dan kasih sayang rakyat kepada negara Malaysia.

7. Katanya, kebanyakan kita syok sendiri. Penulis berkata kenapa? Katanya ramai di kalangan kita mengaku kasih dan patriotik kepada negara tetapi sebenarnya kita tidak nampak hakikat sebenarnya? Lanjutnya lagi, perhatikanlah di sekeliling kita, ketika lagu NEGARAKU dinyanyikan perhatikan sebilangan rakyat kita masih bercerita,bersembang, bermain-main dan sebagainya. Sambungnya lagi, sebab itulah antara pendekatan yang dilaksanakan oleh Tun Dr Mahathir ialah mempercepatkan dan menaikan semangat lagu NEGARAKU supaya renTaknya lebih bersemangat, patriotik dan bertenaga.

8. Kemudian sambil dia memberi tunjuk beberapa letter head negara-negara lain yang meletakkan gambar BENDERA JALUR GEMILANG sebagai yang diutamakan. Katanya, kenapakah pakaian seragam sekolah, atau pun NGO, ataupun pasukan keselamatan negara kita tidak memaparkan BENDERA JALUR GEMILANG di baju mereka.

Katanya, seperti di Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia, baju seragam tentera mereka semua ada BENDERA JALUR GEMILANG tetapi di Malaysia tidak ada. Pakaian seragam sekolah anak-anak kita, kita lebih hightlightkan lambang lencana sekolah tetapi tidak menyemat BENDERA JALUR GEMILANG. Cuba bayangkan jika JALUR GEMILANG disemat di sebelah kanan pakaian seragam sekolah anak-anak kita! Penulis terpegun dengan idea ahli perniagaan ini.

9. Dia memberi contoh lagi mengenai 1MALAYSIA. Mudahnya tujuan utama 1Malaysia adalah untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Namun hakikatnya, di kalangan negeri-negeri kita pn berpecah belah katanya. Orang Kelantan dengan gengnya, orang Sabah dengan caranya, orang Johor dengan dek nya dan sebagainya. Katanya, di Amerika lagu kebangsaan Amerika lebih diutamakan, tidak ada lagu negeri-negeri di Amerika dinyanyian dalam majlis-majlis rasmi.

Ya fikir saya, penulis cuba bayangkan bagaimanakah gambarannya, bagaimanakah hebatnya nanti, kalau di seluruh negara kita, di seleuruh sekolah baik di Kelantan di Johor di Sabah hanya dinyanyikan lagu NEGARAKU sahaja di setiap perhimpunan pagi dan acara rasmi. Kecualilah melibatkan Sultan dan Raja, dan Yang Dipertua Negeri di negeri masing-masing, ketika acara rasmi negeri bolehlah dinyanyikan lagu negeri dan lagu NEGARAKU.

Isunya, kita sedang bercakap soal perpaduan negara. Maka, kesimpulannya, jika penyokong-penyokong kerajaan akan menyemat logo 1Malaysia di baju masing-masing, dan penentang kerajaan tidak akan memakai logo 1Malaysia...maka apakah penentang kerajaan ini juga tidak akan memakai BENDERA JALUR GEMILANG di pakaian rasmi dan sekolah mereka.

Katanya lagi, hanya Allahyarham Sudirman Hj Arshad telah menunjukkan kasih dan sayangnya kepada negara. Alfatihah semoga roh allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT.

Sekian penulis kongsikan bicara ini.

3 Komen:

Anonymous said...

"Katanya, seperti di Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia, baju seragam tentera mereka semua ada BENDERA JALUR GEMILANG tetapi di Malaysia tidak ada."

Mungkin kenyataan tuan tidak begitu tepat. Jalur Gemilang itu nama khusus bagi bendera Malaysia, bagaimana pula negara lain mempunyainya di seragam mereka? Saya faham maksud penulisan tuan tetapi mungkin faktanya tidak tepat. Setiap bendera negara mempunyai gelaran yang berlainan contohnya Tricolor bg perancis etc.

Anonymous said...

Sy stuju bendera Malaysia diletakkan sbg ikon dlm letter head, lambang2 kejaanbanding gambar jata, atau kedua2nya masukkan skali..barulah ada rasa bangga

Anonymous said...

Sudirman tiada duanya...tiada pengganti, patriotik dan penghibur terbilang. ari ne adakah lagi sepertinya

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan