DI SEBALIK RCI SABAH

on Sunday, August 12



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan lima individu yang bakal menganggotai panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai masalah pendatang haram di Sabah.


Kelima-lima panel tersebut adalah: 

1. Bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Amar Steve Shim Lip Kiong, 
2. Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Datuk Dr Kamaruzaman Hj Ampon, 3. 3. Bekas Peguam Negeri Tan Sri Herman Luping, 
4. Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk K.Y. Mustafa, dan 
5  Tokoh korporat Datuk Hendry Chin Poy.



PM berkata "Saya ambil kira permintaan rakyat menerusi kepimpinan BN (RCI). Sebab itu saya tubuhkan RCI. Semua pemimpin BN Sabah mahukan,".



---------------

Di dalam isu ini, saya sendiri telah berjumpa intelektual Kadazan Dusun Murut (KDM) di UMS baru-baru ini, dan saya mengesan kebimbangan masyarakat KDM di mana pandangan mereka ialah masyarakat pendatang semakin ramai di negeri Sabah. Statistik Jabatan Perangkaan Negara tahun 2010 mencatatkan lebih kurang 800,000 warga asing berasa di Sabah dan mereka ini adalah pekerja ladang, pekerja industri, pekerja restoran dan pedagang sama ada pedagang rakyat Filiphina ke Sabah dan sebaliknya, atau pedagang rakyat Indonesia ke Sabah dan sebaliknya.

Migrasi, Imigrasi atau Intermigrasi antara rakyat negara Filiphina dan Indonesia tidak dapat dihalang kerana dunia hari ini di mana-mana berlaku migrasi. Apatah lagi kita bersempadan dengan mereka. Jika tidak  mana mungkin Seorang Rakyat Sabah dari Kota Kinabalu boleh menjadi Wakil Rakyat dan Menteri Penuh di Australia! Ianya kerana dia berhijrah ke Australia dan membina hidup di sana. Dia rakyat Sabah, tetapi dia Warganegara Australia.

Jika anda pergi ke daerah Bone, Indonesia anda akan berjumpa Jalan Kinabalu, Bone, Indonesia. Saya terfikir bagaimana ada nama Kinabalu di sana.

Definisi United Nation ialah sesiapa yang duduk melebihi 6 Bulan di sesebuah negara ianya ditafsirkan sebagai Penduduk di negara tersebut. Bukan Warganegara tetapi Penduduk. Maksudnya, rakyat Malaysia yang menetap lebih 6 bulan di Singapura kerana bekerja maka dia akan dikira sebagai Penduduk Singapura bukan Warganegara Singapura. 

Dalam konteks Sabah, jika semua 800,000 Warga Filiphina, Indonesia, Bangladesh, Nepal dan lain-lain dihantar balik ke nagara asal mereka, saya yakin Bisnes Industri seperti workshop dan ladang Datuk Yong Teck Lee akan Tutup!

Jika orang Timor Timor dipanggil Om di Sabah dihantar balik dalam tempoh 24 jam sekarang, saya yakin beberapa ladang sayur di Kundasang, Lahad Datu dan Tawau akan bermasalah. Ladang-ladang Koko, Sawit dan kebun sayur milik pekebun Cina menggaji mereka ini.

Jika orang Filiphina dihantar balik dalam tempoh 24 jam ini , saya yakin Industri Binaan di Kota Kinabalu akan rosak. Taukeh-Taukeh kaya dari masyarakat KDM pasti akan pening kepala. 

Saya baru bertemu seorang bisnesman dari Sabah minggu lalu, saya bertanya apa perkembangan bisnes? Katanya, minggu ini syarikatnya akan terbang ke Nepal untuk membawa pekerja Nepal ke Sabah? Mengapa tidak menggaji saja masyarakat tempatan? Mengapa taukeh-taukeh Ladang, Restoran, Industri tidak menggaji sahaja orang tempatan? Persoalan ini yang patut dikaji oleh Datuk Lajim ataupun Datuk Wilfred?

Kalau anda pergi ke Kota Kinabalu dan Keningau, orang Bangladesh yang sudah bertahun-tahun menetap di Sabah juga memiliki sebuah syarikat pengambilan pekerja asing di Sabah untuk di bawah ke ladang-ladang dan Industri. Sekali lagi, kenapa orang-orang tempatan tidak mahu bekerja sebagai buruh ladang, atau pengawal keselamatan? Jika anda pergi ke Kondominum dan Banglo-Banglo Mewah di Desa Parkcity, di Kuala Lumpur anda akan dapati terdapat orang-orang Kadazan Dusun dan Murut sanggup bekerja sebagai pengawal keselamatan di Semenanjung tetapi tidak mahu menjadi Pengawal Keselamatan di Sabah?

Jika mereka berkahwin pula dengan masyarakat tempatan, apakah masyarakat tempatan hendak menghalau dia juga yang sudah menjadi sebahagian keluarga baru mereka! Maka kita perlu realistik!

Maka apakah perlunya RCI? Saya bersetuju RCI ditubuhkan untuk membersihkan mana yang tidak betul, mana yang salah. 

Tetapi jika seseorang yang sudah berkahwin dengan orang tempatan, katakanlah seorang Filipino berkahwin dengan orang KDM, bertahun-tahun lamanya dan mereka layak memohon Kewarganegaraan Malaysia secara Undang-Undang/Permohonan Kewarganegaraan (bukan Keturunan atau Anugerah), maka ianya tidak perlu diRCIkan. Ianya dibenarkan oleh perlembagaan. Contohnya Yuan Yu Fuang rakyat negara China yang diberi Anugerah Kerakyatan Malaysia.

Hanya, jika rakyat negara China yang datang ke Sabah atas tiket Pelawat atau Pas Pelajar dengan diberi tempoh sebulan atau dua bulan, tetapi tidak balik-balik dan mahu menetap secara haram di Sabah, maka dia perlu menjalani proses RCI. Setuju atau tidak.

Begitu juga, jika anda rakyat Indonesia tidak kira apa bangsa Timor, Toraja, Bugis, Jawa, Banjar, Batak, Cina Indonesia, Arab Indonesia, jika anda datang ke Sabah atas pas pelawat atau pas sementara dan tinggal melebihi had dan bekerja pula secara haram, maka anda juga akan di RCIkan. Itu memang semua orang faham.

Pemimpin-pemimpin politik di Sabah perlu rasional dalam hal ini, bukan emosi dan berfakta persepsi. dapatkan fakta dari Jabatan Perangkaan Negara yang terkini, anda akan dapati masyarakat KDM masih merupakan Majoriti di Sabah. 

Jika hari ini Datuk Yong Teck Lee misalnya berkata, hantar balik semua 800,000 warga asing di Sabah. Anda perlu cek bisnesnya, siapa yang bekerja di bisnesnya itu. Jika dia masih menggaji orang asing, apakah fikiran anda! Begitu juga ahli politik yang lain, kita perlu rasional. Anda boleh pergi ke Kedai Bunga YB Datuk Chua Soon Bui di bandar Tawau yang saya sangat kenal rapat, Lihatlah di dalam kedainya siapakah pekerja di situ? Saya hanya memberi contoh sahaja.

Datuk K.Y. Mustafa adalah mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah yang merasmikan Novel Sejarah saya ABAKA pada tahun 2005. Secara peribadi saya ucap Tahniah.

Jika anda tidak bersetuju saya terima, kerana berbeza pandangan adalah subjektiviti. Kata Profesor Datuk Dr. Khoo Kay Kim, pakar Sejarah negara kita berkata kepada saya, " ...yang penting bukan jawapan yang betul selalunya, tetapi jawapan yang original dan rasional. Ada saya huraikan dalam buku terbaru saya di sebelah yang bertajuk "Dilema Melayu Sabah". Belilah dahulu, bacalah dahulu. Pesanan boleh diemelkan kepada saya di alamat jentayu.abaka@gmail.com.

Terima kasih. Aramaiti. 







28 Komen:

Anonymous said...

Sy org dusun tapi bini sy org Bugis, bukan Bugis yg baru dtg tu, ini suda jenerasi ke3, kami ok saja, sy stuju dgn kamu, tapi sy rasa Rci ini jgnlah berat sebelah, itu org Cina dari luar lagi banyak o dtg tak balik2, itu mau cek betul2 tu

Anonymous said...

Ini mainan cina lah sebenarnya.. kononya2 dorg lah pemilik mutlak sabah tu mentang2 dorg kaya raya.. sudah lah suka2 letak harga barang, rumah tinggi2... matai juga ba...

Anonymous said...

kalau dapat ic dgn cara yang betul ok bah tapi kita tahu ada porjek ic datang baru satu hari dapat ic sudah, terus boleh mengundi lagi tu, cuba kamu fikir betul betul patutkah tidak,kalau ikut aturan bukan senang mau dapat warganegara malaysia oh,fikir betul betul bah jangan jadi dusun budu,

Anonymous said...

jangan kamu pacaya cakap najib tu, dia bukan tingal di sabah,anak-anak di bukan di sabah apa di tahu,orang kl bukan tahu hal hal di sabah main siok cakap saja diaorang tu,tantu lagi star kompom sabah bebas pti,

Anonymous said...

kamu tahukah bahawa sabah ini adalah sebuah negara bukan negeri

Anonymous said...

sabah memang sebuah negara pun.. tp kena turun taraf oleh malaya jadi salah satu negeri,, yang termiskin lg tu... kenapa jadi mcm ni?? sbb sabahan bodoh la!! telampau dependant n pemalas!! :)

Anonymous said...

alahai...azahari nipun anak sulawesi....bapak dia pun mykad zero 2 bekas ketua kampung bombalai..........haktuih.........


salam dari special ops inteligent service of malaysia people

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

salam, anda boleh beri komen tetapi lebih baik jika tepat, ayah saya memang berasal dari sulawesi berhijrah ke sabah hujung tahun 1959, sama seperti Tun Sakaran berasal dari kelurga Bolongan,seprti juga Yong Teck Lee dari China dll yang lain,

Sy pula dilahirkan di Kg Melati Burut, Tawau. Ayah sy pula mendapat taraf kewarganegraan melalui permohonan dan prosedur rasmi,

maka itu, specia; ops int srrv of malaysia people nampaknya belum lagi benar2 intelegint yg special..anda harus malu kpd diri dan nama pengenalan intelognt special sebab maklumat itu tak benar. Jika anda muslim anda sudah memfitnah saya, dan dosa fitnah saya anda tahu bukan...

Salam.

Anonymous said...

ala tun Fuad pun asal australia dan new zealand tak dak beza

Anonymous said...

hahaha baru tahu pulak tun fuad asal australia n new zealand.tun fuadkan yg declare kadazan race.

Fadzli Zainal said...

Berbicaralah scr rasional dan matang. Anda (mungkin juga saya) adalah aset kepada pembangungan (semua segi) di Sabah.

Pada saya, ada signifikannya undang2 itu dibuat dan dilaksana. Klu dia pendatang, dpt status warganegara mngikut proses sedia ada, apa salahnya? RCI on Sabah ni penting. Namun, perlu diselitkan bagaimana ianya nanti dpt membantu rakyat sabah (ataupun anak jati Sarawak yg membesar di Sandakan) mampu bersaing dgn negeri2 lain di M'sia.

Maaf mencelah..saya tidak ada hidden agenda di sini.

Salam.

Anonymous said...

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

salam, anda boleh beri komen tetapi lebih baik jika tepat, ayah saya memang berasal dari sulawesi berhijrah ke sabah hujung tahun 1959, sama seperti Tun Sakaran berasal dari kelurga Bolongan,seprti juga Yong Teck Lee dari China dll yang lain,

Sy pula dilahirkan di Kg Melati Burut, Tawau. Ayah sy pula mendapat taraf kewarganegraan melalui permohonan dan prosedur rasmi,

maka itu, specia; ops int srrv of malaysia people nampaknya belum lagi benar2 intelegint yg special..anda harus malu kpd diri dan nama pengenalan intelognt special sebab maklumat itu tak benar. Jika anda muslim anda sudah memfitnah saya, dan dosa fitnah saya anda tahu bukan...

Salam.
Thursday, August 23, 2012
------------------------------------------------------------------------------------------------ alamak org bugis jg rupanya..hakhakhak.. ptt la petikan yg dia tulis mcm berbunyi membela nasib pendatang ja.. bagi sa la RCI sangat diperlukan di sabah skg ni bagi membenteras gejala IC projek yg berleluasa skg ni.. mana mungkin dong org indon boleh dapat dua kewarganegara kalau atlit kebangsaan tida apa dpt mengharumkan nama negara ini penjenayah kebangsaan ada la..

Anonymous said...

sy org kdm sy ada jumpa penulis ini di kl baru2 ini, sy pikir dia ikhlas, sy akan menyokong budak ini karena pandangannya utk membela Sabah sangat bagus, dia keturunan saja Bugis, tapi keSabahannya tinggi, sy byk mendengar idea2nya, sy pikir ok jugak,orgtuanya pun ke Sabah sebelum kita merdeka, barangkali kita silap mentafsir ideanya,

Jeremei John.KL.

Anonymous said...

Jgn kau main-main Bugis ni pandai beb..Mula sokong lama-lama bila dia dapat apa yg dia mahu dia tikang kita dari belakan.. kau tengoklah nnt.. sy setuju kalau Pati ni datang bekerja d sabah tp masalah dia ada PATI yg dtg bekerja tdk mahu balik-balik sudah pastu bt rumah main hantam ja(setinggan) atas tanah haram lagi tu..

Anonymous said...

sila buka laman web sabahkini ada banyak yg ptt kau tahu En Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri.. Baca A-Z sa rasa kau tergolong dalam masalah-masalah sabah yg berlaku lebih berdekad-dekad lamanya terutama sekali mengenai "KERAKYATAN SONGSANG"..

Anonymous said...

Jacob Jac,
sa kenal budak ne pernah jumpa dia di Kk 2 tahun lalu, tapi dia ne lain sikit pandangannya tak mcm org2 bugis yg lain, walaupun sa org dusun tapi sa sokong pandanganya bab dia paham bab Sabah,dia ne tak aktif dlm persatuan2 bugis,

Anonymous said...

as a sabahan, we shud think his ideas, not our emotion, heis educated bugis sabah, simple he is sabahan too,maybe we not agree, show your ideas, jgn malukan kitak bila berdiskus mcm budak2. sori a

me,
Chong Eng Leong/Dorothy, Sandakan.

Anonymous said...

Sejak bila melayu wujud di Sabah ?? Menurut kajian yang syarikat berpiagam borneo utara lakukan sewaktu berada di Sabah hanya ada 29 etnik saja di Sabah dan tidak ada melayu. Yang ada hanyalah mereka yang menganut agama islam tetapi mereka itu bukan melayu. contohnya orang brunei. fakta harus ingat dan jangan cuba memelayukan orang Sabah yang beragama islam.Islam tidak semestinya melayu.

Anonymous said...

Politik baru di semenanjung ke arah hubungan baik antara kaum dan harmoni antara agama dan kepercayaan. Yang perlu dihadapi ialah kezaliman di samping memperjuang ketelusan. Saya lihat dalam isu pendatang ini, penduduk sabah ada yang menanamkan rasa tak puas hati pada suku kaum yang lain. Ini sesuatu yang bahaya. Sepatutnya tumpuan ialah mengadili sesiapa yang menyalahkan kuasa selain menambahbaik 'SOP' pengurusan pendaftaran. Ingatan saya, jauhi sentimen perkauman melampau

sainal tamin said...

tahniah pada artikel ini saudaraku....kita perlu berfikir dari luar kotak...permasalahan dalam RCI memang perlu di teliti dengan wajar agar perpaduan dan keharmonian di sabah terjaga dan terpelihara. hormat menghormati dan tolak ansur perlu dalam kehidupan kita di sabah. sabah sebuah negeri yang unik di malaysia dengan bilangan suku kaum dan etnik yang teramai di malaysia.
secara peribadi saya, apa yang cuba di sampaikan oleh saudara pengarang amat mulia dan kita perlu berfikir dari sudut yang lebih efektif. suku kaum bugis telah lama bertapak di sabah tertumanya di tawau dan begitu juga dengan masyarakat lainnya di sabah. cuba lihat di wikipideia, bugis dan masyarakat lainnya telah bertapak lebih 100 tahunlamanya di sabah.oleh itu perpaduan dan semangat kekelurgaan perlu di teruskan di sabah. isu RCI itu perlu di tangani dengan baik tetapi jika kita asyik menuding jari kepada suku kaum bugis sahaja sebagai pendatang, saya rasa tidak adil kerana masyarakat lain pun bukanya pri bumi asli sabah....cuba2 renungkan agar kita bisa hidup serumpun dan sekeluarga....

orang sabah said...

Saya orng sabah,tinggal di semenanjung sbb brkhawin dgn orng sana,tak pa bergaduhlah kamu semua di sabah pasal kaum,masing2 nak ckp bangsa sendiri hebat,tak malu, kdm raja malas, bugis raja samseng, suku filipin raja penghasut, apa uorang rasa bila kaum di hina sakit hati kan padahal tdk kesemua kdm malas, bugis samseng dan suku filipin talam dua muka,itu just sebahagian saja, kdm malas sbb terlalu manja dan membanggakan diri yg sabah kepunyaanya,semua pun maklum kdm ada hak istimewa jika di bandingkan bangsa lain di sabah sehingga ego dan merasa bangsa mereka saja yg berhak, terlalu perkauman di anggap bangsa pendatang mahu mngambil hak mereka,pemikiran yg mundur tetapi leka dgn keistimewaan yg du beri oleh kerajaan sehingga manja, bangsa bugis pulak terlalu taksub dgn adat yg sombong,anak muda yg tak berkerja suka sangt membentuk kumpulan samseng yg konon snggup berkorban demi meruah tapi lebih memalukan suka bertelaga sesama bangsa sendiri, suku filipin cth suluk,bajau tegaluq dll pulak bangsa penghasut dan pengecut,bercampur dgn kdm,mnghasut kdm benci bugis,bergaul dgn bugis pulak,mnghasut bugis yg kdm mnghina bugis,ha..ha cina ketawakan semua bngsa miskin nie bergaduh, cina ckp apa? Bagus kdm bnyk jual tanah kami nak beli semua tanah kdm,kdm jadi pendatang di tanah sendiri sbb tak jaga bngsa sndiri, gunakan bugis jadi pencacai kuli yg sejati dan filipin jadikan hamba yg mengikut telunjuk,sedarlah yg kita bangsa ni berkait satu sama lain dan saling memerlukan sesama sendiri bkn asik bermuka sinis sesama,pedulikan yg betul pendatang yg tak ada ic,biarkan mereka kerja untk kita,klw mereka buat kacau report je balai polis sbb mreka lebih takut buat hal sbb tak ada ic,kdm skrang bkn mcm dulu lagi,kdm pun mula bangkit,ramai anak kdm yg berjaya bersekolah tinggi dan memegang jawatan,rumah yg dulu mcm kandang ayam bertukar rumah cantik sbb mula merasa tersaing dgn bangsa lain kini bangkit ,mula sedar akan hak dan keluar dari pedalaman,kdm yg brcampur dgn bangsa luar lebih brfikiran terbuka dan dpt menerima bangsa lain, bangsa bugis yg berdaya saing cekal dan tdk pernah jemu memajukan diri, anak bugis ramai yg berpelajaraan tinggi dan memegang jawatan,bdk samseng bugis adalah bdk yg tdk bersekolah tapi bilangannya dah berkurang,bugis cpt beradab tasi dgn keadaan merupakan saingan ketat dlm ekonomi,bangsa filipin bangsa kreatif, bangsa yg agak cool,pandai bermasyarakat dan peramah,mudah di ajak berkerja sama, kdm harus pandai menggunakan kesempatan dan keistimewaan, gunakan bangsa bugis dan filipin untk majukan sabah,ketua kdm cuba mndekati 2 bangsa tu,sbb kedua bangsa tu mmpunyai adat kerjasama yg kuat,ajak mereka cthnya buat rumah,mereka pasti gembira sbb merasa di hormati,mereka mempunyai tenaga dan kewangan sekiranya ada memerlukan derma,

Anonymous said...

Penulis tidak mendalami permasalahan yang dirasakan oleh KDM serta bumi lain sebenarnya. Kami tidak ada masalah 800,000 warga asing yang bekerja di sabah, dan sememangnya ia diperlukan dalam bidang2 tertentu. apabila wang sudah banyak maka balik lah mereka ke ke pangkuan keluarga masing-masing. Yang harus dibincangkan oleh penulis secara meluas ialah agenda projek IC express kepada warga Filipina, Indonesia, dan pakistan di Sabah. Majoriti menafikan isu ini dan sedihnya selalunya mengaitkan ketidakpuasan hati oleh KDM terhadap 800,000 warga asing yang bekerja di sabah [kami faham warga asing dalam undang-undang negara] sedangkan tidak membincangkan bagaimana jumlah penduduk naik mendadak dalam perangkaan penduduk 2010. Jika benar-benar jati anak sabah itu tinggi, maka penulis haruslah melihat permasalaan ini secara telus dan adil.

Anonymous said...

Kami orang asal Sabah (KDM, Bisaya, Bajau, Suluk Sabah, Kedayan, Idahan, Orang Sungei,Brunei, Tidong) tidak mempunyai masalah untuk menerima bangsa lain seperti Bugis, Timor, Tagalog, Tausug, India, Pakistan dan lain - lain menjadi rakyat Sabah tapi perlu memohon mengikut undang - undang yang diperuntukkan dan bukannya jalan pintas. Itu ja yang kami mahu. Projek IC perlu dihapuskan dan pihak imegresen perlu mengetatkan kawalan dalam memproses permohonan IC. Surat pengesahan atau declaration letter perlu dihapuskan kerana banyak pemalsuan maklumat dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan bersekongkol dengan PATI.

Carlz Jafran said...

800 ribu pekerja asing tu bukan kebimbangan besar oleh KDM, masalahnya IC projek

Aku Kasturi said...

Jika sabah ini sebuah negara mana pemerintahnya?? lagi satu masa di lakukan perjanjian kemerdekaan sabah siapa yang bersetuju tentangnya?? sejak bila pula satu2 kaum itu mahu klaim seluruh sabah ini mereka punya? di samping warga cina yang tidak tahu malu yang asal mereka itu nun jauh merentasi laut dan darat beribu2 batu lagi yang muncul berhijrah secara beramai - ramai sebagai pekerja lombong di semenanjung Malaysia?? lagi satu semasa kemerdekaan sabah siapa yang menguruskan kewarganegaraan pada masa itu kerana ramai dari masyarakat tawau yang tidak tahu hal ini dan undang2 yang termaktub sebab kelembapan yang menganggap diri mereka pemimpin tapi pentadbiran kucar-kacir. Sama yang cakap bugis itu pendatang di sabah ini?? sedangkan masyarakat mahu memohon I.C tidak di beri?? pendatang??kamu ingat sabah ni dah lama maju ke?? sabah dulu penuh dengan hutan, tempat tinggal tepi sungai dan laut. Kamu Ingat ekonomi sesbuah daerah itu terbentuk dengan magik ke??keluar hutan je ekonomi dah maju?? british datang membuka perladangan, dia nk kerja sendiri ke?? mesti lah dia tawarkan pada penduduk setempatkan kerana, yang di pinggitr laut menangakap ikan, di kampung bercucuk tanam, lama-kelaman cina datang buka kedai??? cepat dapat tender, premis, modal owh..kita penat2 bagi maju tanah ini fia goyang kaki bisness, siapa yang bodoh sangat tadbir negara ini?? yang makan hasil sabah ini sapa?? terus ke ibu negeri kan..siapa yang pada masa itu PBS kann..apa fungsi?? baru kenal daerah bugis x di beri IC?? lahanat mana yang masa itu belum tahu erti merdeka, kaki pn baru pijak tanah daerah2 lain di sabah ini mahu kata bugis pendatang?? sudah merdeka bagi bisness itu cina buka besar2 kasi lagi itu tanah lepas itu ambil lagi warga indonesia bagi gaji lebih murah..sapa yang berkuasa masa itu?? bodoh betul laa..daerah tawau ini maju kerana rakyatnya sendiri bagi maju ekonomi ini, bukan duit kerajaan pusat ke, duit kota kinabalu ke..hasil titik peluh warga tawau la..sapa majoriti penduduknya di tawau??minoriti 2 kot baru lahir ke atau xda zuriat?? 3 tahun jepun menjajah kn manalah tahu kann..mahunya harta saja, tapi bakti xda..apalah dengan sabah ini?? biar pun kamu kata sabah ini banyak hasil, kaya ini sabah, keluar sabah dari Malaysia..haha..kamu ingat kamu itu hebat???isu masyarakat pun kamu xtahu nak urus, apa saja fungsi mereka2 ni?? kalau negara?? di KK sabah ni PUB DISCO saja yang ramai, lainlagi bisayak..mana menteri2 ni..isu bugis pendatang xpandai habis..bagi tengok kamu punya sejarah la kalau mahu klaim itu ini..macam2 suku di sabah ni yg tidak puas hati sama bugis, yang minoriti ni la, yang pendidikan tinggi, senang dapat ic..orang lain baru mahu kerja mereka sudah mampu belajar tinggi2..hidup goyang kaki je ke ni?? bagi kamu punya sejarah dulu2 xyah sejarah bila negara dh merdeka baru la konon dirinya pejuang..kau cari orang bugis dari hujung sumatera, tanah melayu, johor, jambi, sulawesi, dan di borneo ini..pasti ada pejuang bugis menuntut kemerdekaan, berjuang bersama raja...kamu di mana waktu itiu??

Aku Kasturi said...

mana?

Anonymous said...

Hai. Saya bukan orang sabah just nak voice out apa kawan (orang sabah dari beaufort) bagitahu saya. Dia bagitahu saya yang dia kecewa bila datang sandakan terutamanye sebab terlalu ramai PATI and dia rasa negeri dia dicerobohi. In fact bisnes di monopoli oleh orang bukan sabah means dia rasa teraniaya. Ok habis pasal kawan saya. Since saya bukan sabahan saya just harap isu PATI ni dapat diselesaikan dengan telus. Saya tidak kisah kalau ada bugis bone ke apa2 je la terutamanye dari indonesia dan filipina yang mahu jadi warganegara malaysia sila dapatkan kewarganegaraan dgn telus. Sangat menyakitkan pandangan mata bila saya tengok loghat dia tiada sabahan langsung dan ia sangat menyakitkan pandangan mata orang sabah jugak bila yang tiada ic ni cuba berlagak macam negara ni kamu yang punya. Pasal kebersihan tak perlu cakap. Di bandar sandakan tu sahaja da macam pusat pembuangan sampah. Mostly, yang buat banyak sampah and jenayah ni semua dari bukan sabahan macam filipina or indonesia. No ni bukan saya cakap ni kawan saya yang dari beaufort tu cakap sebab dia rasa negeri dia dibenci sebab orang yang bukan sabahan ni tunjuk lagak dia. Saya ucapkan semoga berjaya dan tahniah kepada mereka yang nak apply kewarganegaraan secara telus. Kepada yang ada niat atau sedang melakukan permohonan ic secara tidak sah tu, anda berdosa kepada generasi yang seterusnya. Hakikatnya anda seorang lemah semangat dan cepat berputus asa. Kalau anda sayangkan malaysia tolong apply secara sah kalau tidak anda ni spesis yang patut lenyap je dari malaysia

Anonymous said...

Hai. Saya bukan orang sabah just nak voice out apa kawan (orang sabah dari beaufort) bagitahu saya. Dia bagitahu saya yang dia kecewa bila datang sandakan terutamanye sebab terlalu ramai PATI and dia rasa negeri dia dicerobohi. In fact bisnes di monopoli oleh orang bukan sabah means dia rasa teraniaya. Ok habis pasal kawan saya. Since saya bukan sabahan saya just harap isu PATI ni dapat diselesaikan dengan telus. Saya tidak kisah kalau ada bugis bone ke apa2 je la terutamanye dari indonesia dan filipina yang mahu jadi warganegara malaysia sila dapatkan kewarganegaraan dgn telus. Sangat menyakitkan pandangan mata bila saya tengok loghat dia tiada sabahan langsung dan ia sangat menyakitkan pandangan mata orang sabah jugak bila yang tiada ic ni cuba berlagak macam negara ni kamu yang punya. Pasal kebersihan tak perlu cakap. Di bandar sandakan tu sahaja da macam pusat pembuangan sampah. Mostly, yang buat banyak sampah and jenayah ni semua dari bukan sabahan macam filipina or indonesia. No ni bukan saya cakap ni kawan saya yang dari beaufort tu cakap sebab dia rasa negeri dia dibenci sebab orang yang bukan sabahan ni tunjuk lagak dia. Saya ucapkan semoga berjaya dan tahniah kepada mereka yang nak apply kewarganegaraan secara telus. Kepada yang ada niat atau sedang melakukan permohonan ic secara tidak sah tu, anda berdosa kepada generasi yang seterusnya. Hakikatnya anda seorang lemah semangat dan cepat berputus asa. Kalau anda sayangkan malaysia tolong apply secara sah kalau tidak anda ni spesis yang patut lenyap je dari malaysia

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan