EKSKLUSIF BERSAMA TUN DR. MAHATHIR

on Wednesday, August 29

SAYA DAN TUN. DR. MAHATHIR

SEMALAM 28 Ogos 2012, telah berlangsung pertemuan antara saya dengan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad di pejabat beliau di tingkat 86, Bangunan Petronas, KLCC. Pertemuan berlangsung selama 40 minit dengan ditemani pembantu khas saya saudara Faizal.

Dalam pertemuan itu saya telah mengutarakan beberapa perkara antaranya buku terbaru saya "Dilema Melayu Sabah", perpaduan bangsa Melayu khususnya di Sabah, pendidikan dan sebagainya. Tun Dr. Mahathir memberi layanan yang sangat baik kepada saya, malah beliau turut memberikan beberapa cadangan yang sangat bernas.

Dalam konteks Melayu, Tun Dr. Mahathir merujuk kepada definisi Perlembagaan Persekutuan di mana jika seseorang itu beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat dan budaya Melayu maka dia adalah Melayu. Tidak perlu lagi dipersoalkan. 

Tun Dr. Mahathir memberi beberapa contoh antaranya Datuk Seri Sanusi Junid orang Acheh, di Selangor kebanyakan pemimpin dan Menteri Besar adalah orang Jawa, Tan Sri Syed Hamid Albar keturunan Arab dan banyak lagi. Mereka semua adalah Melayu dan sudah termaktub dalam perlembagaan.


Begitu jugalah di Sabah, jika seseorang itu sudah berdaftar dengan memohon untuk menjadi warganegara Malaysia dan selepas dia layak dengan permohonannya dengan mengambilkira tempoh tahun dia duduk di Sabah, lulus dalam temuduga, lulus dalam tapisan keselamatan, bercakap bahasa Melayu dengan baik, beragama Islam bagi yang beragama Islam, mengamalkan adat budaya bangsa Melayu, dan sudah lulus semua proses memohon kewarganegaraan, maka dia adalah rakyat Malaysia dan tidak perlu risau lagi akan kedudukannya.
KUALA LUMPUR DARI TINGKAT 86, PETRONAS TOWER

Dalam hal ini, Tun Dr. Mahathir berpendapat perlu ada satu Badan untuk membantu menyelesaikan masalah "state less" ini dengan menunjukkan cara-cara yang betul dan mengikut peraturan. Ramai anak-anak kelahiran di Sabah memiliki taraf Bukan Warganegara atau Kewarganegaraan Belum Ditentukan. Perkara ini pernah dibangkitkan oleh YB SAPP di Parlimen bagaimana untuk menyelesaikan isu tersebut. Dalam hal ini, Tun Dr. Mahathir menasihatkan mereka supaya mendaftarkan diri kepada jabatan-jabatan kerajaan yang telah diberi kuasa seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan sebagainya. 

Berkenaan RCI, saya mempunyai pandangan yang berbeza dengan Tun Dr. Mahathir di mana saya berpandangan RCI ini penting ditubuhkan kerana ianya permintaan komponen BN Sabah juga, kedua saya yakin RCI ini akan dapat menunjukkan jalan keluar menyelesaikan isu pendatang asing tanpa izin atau pekerja asing dengan izin atau pekerja asing tanpa izin. Ketiga, saya yakin RCI ini turut dapat menyelesaikan isu-isu "state less" dan kewarganegaraan belum ditentukan. Pada saya, kita tidak perlu risau dengan RCI. Ia pasti akan memuaskan hati semua pihak.

Di akhir pertemuan, Tun Dr. Mahathir menurunkan tandatangan di atas buku "Doktor Umum".

BUKU DOKTOR UMUM 



14 Komen:

Anonymous said...

Satu pertemuan yang baik & satu pandangan bernas dari TUN M, semoga pertemuan ini akan membuka mata pemimpin-pemimpin sabah yang selama ini gagal menyelesaikan isu yang sekian lama membelenggu rakyat sabah..

Anonymous said...

Tahniah saudara, saya cadang saudara resign dan menceburi diri dlm politik, masyarakat kita perlukan orang seperti saudara. (org Tawau).

PADA IDI said...

TAHNIAH...BANGGA & BERSYUKUR ANAK BUGIS BONE (DATUK SERI NAJIB BUGIS MAKASAR)YANG BERWIBAWA SEPERTI ANDA. MOGA MAJU JAYA ... MAN JADDA WAJADA...

Anonymous said...

Good

Anonymous said...

Tahniah dan sysbss. Saudara telah menunnukkan kedungguhan yabg berterusan

Anonymous said...

Tahniaah tuan atas keikhlasan membela bangsa Melayu di Sabah khasnya, saya tahu bukan senang melakukannya, dan bukan senang dpt bertemu Tun utk bincang hal2 yg tuan bangkitkan, teruskan

Anonymous said...

ya perlu ada satu wakil dlm mp untuk org bugis.
org twu pertama dpt buku malay sabah dilema.

Anonymous said...

RESPON FACEBOOK SAUDARAMU (EYUKI @ anggota jaya) KEPADA KARAENG DS,PM BARU SETENGAH JAM YG LALU.

Syukur Alhamdulillah kepada keraeng DS.PM kerana telah mengemudi negara dengan baik iaitu telah byk GTP yg telah dilaksanakan sehinggakan kita sambut kemerdekaan negara yg kali ke 55 tahun ini adalah dalam keadaan bersemangat, aman, damai dan maju.Namun begitu, masih terdapat kelompok menoriti yg masih lagi juba membangkitkan isu-isu perkauman ,kenegerian dan yg tersiratnya pula ialah perjuangan agam mereka yg cuba menidakan yg bahawasanya agama islam adalah agama rasmi negara malaysia.Di mukhtakhir ini, fenomena tersebut telah lantang disuarakan dan cuba memaksa pihak persekutuan utk mengimplimintasikan khususnya di negeri sabah dan sarawak dangan cuba membangkitkan semula perkara-perkara 20 untuk sabah dan perkara 18 di serawak.Mereka cuba menyamakan suasana 49 tahun yg lalu perlu dikuatkuasan dalam konteks tahun 2012 dan tahun-tahun mendatang.Mereka tidak sedar yg bahawasanya sabah dan serawak 49 tahun yg lalu adalah jauh berbeza wajanyanya dengan wajah sabah dan serawak pada masa kini.Duluhnya adalah hodo dan kini cantik dan kacak.ini adalah di sebabkan hasil daripada keputusan suara ramai yg dibuat oleh org-org terdahulu yg dibuktikan oleh suruhan jaya gobol.mereka tidak sedar, ketika itu ada 3 mulut yg hendak menelan sabah dan serawak iaitu indonesia,filipin dan malaysia. mujur kita (sabah dan serawak)masuk ke mulut malaysia dan boleh berwajah maju seperti yg terbukti kini.Kalau ke indonesia mungkin kaum yg juba memperjuangkan perjuangan ajaran agama selain islam akan pudar dari sudut pandanagan di muka dunia ini disebabkan oleh pertambahan populasi islam dan mungkin boleh mencecah 20 hingga 30 juta orang berbanding sekarang iaitu 5 hingga 6 juta org sahaja di kedua-dua negeri tersebut.Sebaliknya jika ke filipin, sabah dan serawak akan terpisah-pisah kepada beberapa pecahan, contohnya sebalah utara (kudat) dan timur(sandakan) akan kefilipin, barat sabah keberunai dan tengkara (Tawaua)serta selatan sabah akan ke indonesia. manakala serawak akan terbahagi 2 iaitu ke berunai atau keindonesia.Selain itu mungkin sentiasa tidak aman seperti mana yg berlaku di selatan filipina.Jesteru dari itu kelompok yg cuba membangkitkan perkara-perkara 20 dan 18 ini harus disedarkan tentang apa yg saya telah huraikan. jangan mereka rasa mereka boleh merdeka sendiri dan memerintah sendiri khususnya di bumi sabah ini.Kepercayaan agama seharusnya jangan dijadikan racun yg boleh melenyapkan keikhlasan kita tentang semangat bernasionalima kepeda malaysia yg tercinta ini.Agama islam tersebar dimuka dunia nusantara ini adalah lewat dari agama kristian dan hindu.maka tidak hairanlah sebelum kedatangan islam di bumi nusantara ini hasil dari pengaruh pedagang Arab,penganut agama hindu dan keristian adalah penganut yg majoriti di nusantara.namun begitu penyebaran agama islam adalah tidak secara paksaan atau pertumpahan darah sebaliknya melalaui cara gaya hidup ajaran islam itu sendiri yg menyebabkan penganut agama lain mendapat hidaya utk memeluk islam menyebabkan menganut islam yg menjadi majoriti di nusantara ini.Orang bukan islam khususnya di sabah dan serawak perlu sedar tentang perkara ini dan jangan cuba mencari pasal dengan membangkitkan perkara lain tetapi bermatlamatkan perjuangan kepercayaan. Seharusnya mereka (bukan islam) jangan takut dengan org islam walaupun ianya semangkin majoriti di sabah atau serawak, kerana agama islam tidak suka memaksa org yg bukan islam harus memeluk islam dan dalam islam sendiri terdapat 2 jenis kekeluargaan iaitu keluaraga seislam dan keluaraga seinsan. jadi sudah jelas islam tidak menggalakkan ummatnya membuat porak puranda dan kebencian kepeda manusia lain.

Anonymous said...

Tahniah Tuan.Teruskan usaha memperjuangkan agama,bangsa dan negara.

Anonymous said...

SY Gembira dgn perjuanganmu sdraku wpun kita tak pernah berjumpa

Sariha said...

Tahniah! Anda memang bertuah kerana dapat peluang berbincang dengan Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Syabas! Teruskan usaha murni anda!

Anonymous said...

Tahniah kerana wpun sdra dari Kampung. Dan pernah hidup di kelilingi Pokok Getah dan Koko, tetapi sdra mampu duduk dgn org besar. Keikhlasan sdra berjuang utk agama dan bangsa kita pasti akan lebih berjaya.(Kwn sepermainan sms kecil, Achok)

Anonymous said...

Saya ingin mengenai saudra dari dekat, jika ada pelancaran harap dimaklumkan,tq, Rusdi KK.

Anonymous said...

mcm gaya anwar bah kau bercakap di Tv

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan