RCI SABAH : PANDANG DEPAN

on Friday, August 17

AKU ORANG KAMPUNG LAGU SABAH YANG POPULAR DI SEMENANJUNG

Mengikut Perangkaan Tahun 2010, jumlah penduduk Sabah ialah 3.2 Juta orang. Apabila kita melihat kepada jumlah tersebut ia sangatlah kecil berbanding jumlah penduduk Singapura yang mendekati 6 Juta orang perangkaan yang sama pada tahun 2010.

Tetapi Warganegara Singapura hanya lebih kurang 3.5 Juta orang sahaja, selebihnya 2.5 Juta orang adalah Warganegara Asing.

Manakala di Sabah daripada 3.2 Juta penduduk, 2.3 Juta orang adalah Warganegara, manakala hanya  889,779 orang adalah Warganegara Asing.

Di Singapura, kerajaan mereka tidak membuat RCI kerana mereka amat memerlukan pekerja asing untuk memajukan negara Singapura. Sebaliknya di Sabah, dalam sektor-sektor penting seperti Perladangan, Restoran, Kebun Sayur dan Perindustrian amat-amat memerlukan pekerja Warganegara Asing ini. Jika tidak, ekonomi negeri Sabah gerenti akan lingkup. Inilah hakikatnya.

Dalam perangkaan itu juga, Masyarakat Kadazan masih merupakan Bumiputera Terbesar dengan jumlah sebanyak 568,575 orang, manakala Masyarakat Bajau dengan jumlah kedua terbesar iaitu 450,279 orang, diikuti masyarakat Cina ketiga terbesar iaitu sejumlah 295, 674 orang.Manakala Masyarakat Murut dengan jumlah 102,393 orang.

Masyarakat India di Sabah kini mencecah 7,453 orang.

Dengan angka-angka tersebut, saya berpandangan masyarakat KDM tidak perlu terlalu risau dengan perubahan dan peredaran dunia global seperti ini. Kita tidak dapat menghalangnya. 

Kebimbangan masyarakat KDM ialah apabila masyarakat Melayu, Bumiputera Lain dan Lain-lain ini pula lebih ramai daripada masyarakat KDM sendiri.  Isu ini saya akan kupas minggu depan. 

Saya perlu mendapatkan data yang lebih detail apakah yang dimaksudkan Melayu di Sabah, contohnya apakah Melayu dari Semenanjung yang berkahwin dengan orang KDM dan anaknya itu digazet sebagai Melayu kah atau KDM kah ,atau juga Melayu Brunei, atau ada Melayu lain. Ia perlu dihuraikan secara adil kerana jumlah masyarakat Melayu di Sabah kini ialah 184,197 orang.

Kedua, saya perlu dapatkan yang detail siapakah yang dimaksudkan Bumiputera Lain dan Lain-Lain itu.

Jumpa lagi.



18 Komen:

Anonymous said...

assalamualaikum...masalah sekaerang kami tahu ada antara politikal sabah berbangsa bugis dan pilipin segaja memutarbelitkan fakta...kami memerangi sindiket ic palsu terkini ianya projek pandikar amin di selangor....

AIR KENCING ??? said...

Bercerita tentang kehebatan Mirzan. Beliau sebelum ini, menguasai syarikat antarabangsa Filipina, San Miguel Corporation, yang juga pemilik syarikat San Miguel Brewery Inc, pembekal dan pengedar minuman arak yang terbesar di negara tersebut.

San Miguel Brewery menguasai 95 peratus pasaran arak Filipina. Syarikat yang sudah mencecah satu abad itu, difahamkan turut mempunyai kilang arak serta kepentingan di China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia. Menurut laman web San Miguel, ia mempunyai pasaran 60 buah negara di seluruh dunia.

Walaupun San Miguel turut terbabit dalam beberapa bidang perniagaan lain, tetapi yang jelas penglibatan Mirzan, selaku anak kepada bekas PM, anak bekas Presiden Umno yang beragama Islam, yang partinya mendakwa parti Islam terbesar dalam Malaysia, mencetuskan banyak persoalan.

Hari ini rakyat Malaysia mempersoalkan pula, bagaimana Mirzan melalui San Miguel berjaya menguasai syarikat minyak Esso Malaysia. Esso kemudiannya menukar nama kepada Petron dan Petron diberi kontrak untuk membekalkan minyak kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

MAS sebelum ini mendakwa mengalami kerugian, kerana terpaksa menanggung kos bahan api yang dibekalkan oleh Petronas, dan Dr Mahathir selaku Pengerusi Petronas.

Esso sudah ‘direbranded’ sebagai Petron selepas syarikat asal dari Filipina, Petron Corp yang merupakan sebahagian daripada syarikat milik konglomerat San Miguel menjadi pemegang saham terbesar Esso Malaysia dengan pegangan saham sebanyak 73.4 peratus.

Apa yang jelas hari ini, Putrajaya yang dipimpin Najib begitu membisu dengan penguasaan ekonomi yang semakin rancak oleh anak-beranak Dr Mahathir. Yang jelas, mereka semakin mendominasi ekonomi negara. Penuh dengan ‘conflict of interest.’

Kita menggesa Putrajaya untuk memberi penjelasan bagaimana syarikat-syarikat yang merupakan aset penting negara, boleh dikuasai oleh entiti asing dengan harga belian di bawah harga pasaran sebenar.

Seperti yang ditegaskan Anwar, Najib harus membuat penjelasan kepada rakyat, mengapa semua urusniaga yang membabitkan Petronas, MAS, Petron dan sebagainya, dilakukan untuk kepentingan Dr Mahathir anak-beranak?

Bagi Dr Mahathir, beliau anak-beranak, boleh tersenyum bangga kerana mereka merupakan Bumiputera yang berjaya dalam perniagaan, dengan nilai syarikat-syarikat besar yang mereka kuasai mencecah puluhan bilion ringgit.

BAH... said...

BENARKAH Kadazandusun bukan Anak Negeri Sabah, apatah lagi tidak termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan?.
Untuk memberikan gambaran yang lebih jelas, saya kemukakan hasil kajian rakan saya, Rozie Jumat dan Anita Kundalan yang berasaskan TEORI KEMUNGKINAN KEBARANGKALIAN yang menghubung kait kaum Kadazandusun dengan bangsa Monggolia berdasarkan Kublai Khan dan tenteranya menyerang kerajaan Majapahit dan melebar ke Filipina melalui Selat Sunda sekitar abad ke-13.
Rozie juga menyebut, ada ahli sejarah tempatan mengaitkan Kadazandusun daripada susur galur bangsa China namun teori tersebut hanya menjadi tradisi lisan dan belum pernah disahkan kesahihannya.

Sejarah lisan mengenai asal usul Kadazandusun di Sabah bermula awal abad ke-11 ini telah dikumpulkan oleh DUNGKO PAI yang telah meninggal dunia ketika berusia lebih 100 tahun di Kampung Malanggang, Kiulu.
Dungko Pai merupakan pengasas utama Persatuan Adat Istiadat Rodom Momogun yang ditubuhkan pada tahun 1964.
Menurut Dungko Pai, sekitar tahun 1682, dua rombongan dari Brunei telah mengambil keputusan untuk belayar dan mencari pertapakan baru di sekitar Borneo yang ketika itu masih berhutan tebal.
Rombongan Kadazandusun diketuai oleh Datu Gumorun Sali yang mengambil keputusan untuk belayar ke sebelah utara. Rombongan yang lain disertai oleh Orang Abai (Brunei) yang beragama Islam telah mendarat di Kuala Sungai Labuk, di Beluran.
"Orang Kadazandusun itu sebenarnya berasal dari China tetapi telah lama menetap di Brunei, lebih kurang 28 tahun sebelum dia orang berhijrah ke Borneo," ujar Dungko Pai.
Rombongan Datu Gumorun menetap di pesisiran Kuala Sungai Labuk selama beberapa tahun bersama orang Abai, namun akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berpisah kerana tidak serasi tinggal di darat.
Mereka mematerai perjanjian perpisahan sebagai merestui kaum Kadazandusun memulakan kehidupan mereka sendiri dan bukannya akibat persengketaan atau perpecahan.

BAH... said...

Dalam perjanjian tersebut, Kadazandusun dikenali sebagai Orang Tindal yang bermaksud Orang Bukit (orang Tindal terdapat di kawasan Kota Belud dan Kudat yang terletak di persisir laut). Manakala Orang Abai lebih dikenali sebagai Orang Tabung, yang membawa makna perairan.
Secara rasminya, perpisahan kedua-dua kaum ini berlaku pada tahun 1710. Pengiran Wodung membawa anak kapalnya ke laut, sementara Datu Gumorun dan orang-orangnya terus hidup berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat menerusi Sungai Labuk sebagai penerus kehidupan melalui aktiviti bertani, memburu dan mengumpulkan hasil hutan.
Meskipun sering berpindah randah setiap kawasan yang mereka singgahi pastinya akan tetap dijaga oleh suku Tindal yang bertabur di kawasan bukit bukau di seluruh negeri ini.
Menurut Dungko Pai lagi, rombongan Datu Gumorun semakin ramai dan akhirnya menemui satu tempat yang diberi nama Nunuk Ragang. Kawasan tersebut terletak di tengah-tengah cabang Sungai Kawananan dan Kogibangan. Tempat itu dilihat sebagai kawasan yang strategik dan amat elok untuk dibuat perkampungan. Nama Nunuk Ragang diambil sempena sepohon kayu ara yang berwarna merah yang terdapat di kawasan itu.
Pada tahun 1738 setelah terpisah sekian lama, dua kaum yang membawa haluan masing-masing telah membuat pertemuan buat pertama kalinya di Kuala Sungai Labuk yang juga merupakan permulaan Tamu yang amat terkenal di negeri Sabah.
"Manakala penduduk di Nunuk Ragang semakin bertambah dan ketua mereka yang baru memberi sokongan agar mereka berhijrah ke merata tempat yang mereka rasakan sesuai. Maka sejak dari Deklarasi Nunuk Ragang yang memberi kebenaran mana-mana penduduk berhijrah ke kawasan lain, lebih ramai yang membawa haluan masing-masing. Baik yang menuju ke selatan, timur, barat dan utara," tegas Dungko Pai.
Manakala mengikut kepercayaan suku kaum Tobilung, nenek moyang mereka berasal dari negeri China yang berhijrah ke Brunei sebelum menetap di Sabah. Namun tidak kurang pula yang mempercayai kemungkinan besar Kadazandusun berasal dari masyarakat Agraria pada zaman pertengahan kerana Kadazandusun telah mewarisi tradisi bertani daripada nenek moyang mereka.
Sebagai bangsa yang bertamadun, Kadazandusun turut mewarisi pengetahuan pemujaan semangat, mantera dan pantang larang yang menjadi pakaian budaya masyarakat ini yang mengutamakan nilai dan norma hidup yang tinggi dan dipimpin oleh Bobolian.
Dalam beberapa hal, masyarakat Kadazandusun seperti orang Cina yang mempercayai setiap corak pakaian mereka mempunyai kisah tersendiri seperti yang diadaptasi oleh corak pakaian tradisi orang Tindal, Tobilung, Rungus, Lotud dan sebagainya.

Dalam pada itu, salah satu kaum Kadazandusun iaitu Lotud dipercayai berasal dari Monggolia kerana terdapat pertalian budaya dari segi alat muzik tradisional, pakaian dan sukan rakyat.
Bagaimanapun belum ada kajian khusus dilakukan untuk mengenal pasti asal-usul sebenar Kadazandusun yang terbahagi kepada 56 suku kaum yang bertebaran di segenap pelusuk negeri Sabah.

BAH... said...

Walau apapun teori yang dikemukakan hendaklah dibuktikan melalui metodologi sejarah yang menjurus kepada penemuan fosil, artifak, dokumen bersurat, sisa-sisa peninggalan dan sebagainya yang lebih banyak menjurus kepada orang Idahan, terutama kajian geomopologi dan arkeologi di Tingkayu dan Gua Madai yang menjadi katalis zaman Kesultanan Sabah dengan zaman kini.
Saya berpeluang menemui salah seorang waris Raja Gabag, Haji Putin Bin Pangeran Yusof, 61, mendakwa bahawa Seri Raja Gabag adalah Raja Sabah Terakhir yang meninggal dunia dua tahun sebelum kedatangan British tanpa meninggalkan sebarang zuriat untuk meneruskan pemerintahan kerajaannya.
Memandangkan beliau salah seorang daripada waris terdekat Seri Raja Gabag, maka beliau sanggup berhadapan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Baginda Queen Elizabeth untuk membuktikan bahawa Kerajaan Sabah benar-benar wujud dan di-ungguli oleh penduduk asal Sabah iaitu orang Idahan, malangnya beliau telah meninggal dunia pada tahun 2003.
"ini orang putih sengaja kasi putar belit sejarah, dia orang tau memang sudah wujud Kesultanan Sabah, tapi dia orang tidak iktiraf kerana mau merampas negeri ini,?ujar Haji Putin yang mendakwa dirinya cucu saudara Raja Gabag yang perkasa lagi terkenal di segenap benua ketika itu
Tambahnya lagi, apabila British masuk ke Sabah melalui beberapa tipu helah mereka memujuk Sultan Sulu yang kononnya diberikan Sabah sebagai hadiah di atas jasa Betara Suluk menyelesaikan perang saudara di Brunei, maka mereka membahagi-bahagikan Sabah sesama mereka dan tidak mengiktiraf ketuanan Kesultanan Sabah yang berpusat di Merendung.
"Para penjajah ini membawa masuk pendatang dari luar untuk mengucarkacirkan sistem pentadbiran dan memberi taraf kerakyatan kepada orang luar sehingga orang Idahan ditindas," ujar Haji Putin yang agak kesal dengan tipu muslihat British.
Menurut Haji Putin lagi, ketika wujudnya Kesultanan Sabah yang diasaskan oleh orang Idahan, belum ada pendatang luar yang berani menceroboh Sabah kerana mereka gentar dengan kehebatan Raja Gabag yang perkasa dan mempunyai ilmu batin yang tinggi.
"Selepas Raja Gabag mangkat, barulah dia orang berani mencero-boh negeri ini,?kata Haji Putin yang turut menyatakan bahawa orang Kadazandusun bukanlah 'Anak jati' Sabah, sebaliknya pendatang asing dari Kalimantan yang dibawa masuk oleh orang Jerman, Tuan Ringgit untuk bekerja di Ladang Tembakau di Sungai Melian (Kinabatangan) sebelum berpindah ke Sungai Tapadong (Segama) dan seterusnya bertebaran ke seluruh negeri ini.
CERITA LANJUT DI HIKAYAT RAJA SABAH.

DATUK BAH said...

Sejarah Freemason Yahudi dalam Pentadbiran Malaysia

Pada 25 Oktober 1978 iaitu ketika berlangsungnya persidangan Parlimen, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mempersoalkan tindakan kerajaan membiarkan organisasi Freemason didaftar dengan banyaknya di Malaysia.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang ketika itu merupakan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa membangkitkan persoalan itu kepada Tun Hussein Onn yang juga Perdana Menteri ketika itu. Beliau mendedahkan organisasi Freemason ketika itu sudah melebihi 55 lodges (bangunan seperti kuil) dan ahlinya pula sudah mencapai 2,984 orang termasuk seorang berjawatan menteri. Pada waktu itu, rata-rata umat Islam sudah mengetahui bahawa organisasi Freemason ini ditubuhkan untuk menghancurkan umat Islam pada masa depan.


Justeru, amat memeranjatkan apabila Menteri Dalam Negeri ketika itu iaitu Tan Sri Ghazali Shafie mendakwa pihak kerajaan tidak berhasrat untuk menghalang pendaftaran pertubuhan itu. Pada hari ini, organisasi Freemason berkembang pesat dan mempunyai cawangan di seluruh Malaysia.

Lebih mendukacitakan, ramai profesionalisme Islam termasuk ahli politik menyertai organisasi ini.

Berikut ialah senarai bangunan Freemason atau lodge yang masih aktif di Malaysia:
• No. 100, Jalan Junid, 84000, Muar, Johor
• Jalan Abu Bakar, Johor Bahru, Johor.
• No. 136, Jalan Utama, Georgetown.
• No. 27, Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.
• Jalan Chan Koon Cheng, 75000, Melaka.
• Jalan Penghulu Cantek, Seremban, Negeri Sembilan.

RUJUKAN:
Ibnu Yaacob. 2010. Rahsia Simbol Yahudi, Kulim-Kedah, Moon Media Enterprise.

Anonymous said...

buat nick nme bah. .oi,apa kau ckp!!kdzndsn tu pndtg dri klimntan?suka2 jah kau ckp ar..ko tu plak dri mna?planet marikh kh?taw pun tu urg utan??sya taw ko nie pilak yg hisap gam kn?hahaha..jga mulut ko sikit,.silap hri bln..kna ko nti.

Anonymous said...

bah..23:org utan kau ckp tdi kdzdsn pdtg kah?ntah ko nie pti kn?mna bukti ko yg kdzndsn tu asl dri klmntan?tgk mukalh..mna sma..sndri jua ko ckp kunun2 story..dsn dri mngolia..nda da pn dlm sjarah..pandai2 sdh ko maw cerita. .laen lah klu ko saintis,.pstu umum 1 dunia..nie maen tembak sja.org cm ko lh nda ptut tggl di sbah..prngai mcm tapir!!

Anonymous said...

bru sya taw..ntah2 tngkorak nenek ko yg kna simpan oleh phlwn kdzdsn. .tu dkt galeri pamern phwln kdzndsn tu kn?ptutlh ko ckp kdzndsn nie pdtg. .nah jdi bgus2 jalah..jgn nangis2..ok tapir..hqhqhq.

Anonymous said...

Racism! will make your country full of shit

Anonymous said...

Kebimbangan masyarakat KDM ialah apabila masyarakat Melayu, Bumiputera Lain dan Lain-lain ini pula lebih ramai daripada masyarakat KDM sendiri. Isu ini saya akan kupas minggu depan.
____________________________________________________________________________________________________

Bkn ini yg kami risaukan tpi apa yg kami risaukan PATI diberi kerakyatan songsang melalui projek ic yg dilakukan oleh segelintir pemimpin-pemimpin serigala yg bertopengkan manusia..

Anonymous said...

termasuklah Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri salah satu orang diberi kerakyatan songsang sbb tu semua hasil tulisan dia berbau membela nasib PATI.. kau tunggulah nanti sampai jg giliran kau kena siasat RCI..

Anonymous said...

sa harap jgn malukan org tempatan bila kita berhujah dengan org2 yg berpendidikan seperti org ini, malu kita bah, budak ne tulis fakta yg dia dapat, kita jawab dia dengan fakta kita juga. sa org sino suami sa org bugis kami ok saja bah, ndak da masala bah, k jgn marah ar aku bagi pandapat saja bah ne..

Anonymous said...

budak ne memang la ikhlas sebab tu ada nama betulnya, kalo org lain mana ada nama betul dia, takut dorang bah tu, aku respect juga budak ne, aku stuju kita lawan pakta dangan pakta jua

Anonymous said...

woi..tapir.. ko tida pandai baca ka apa yg mereka ni tulis.. Dorg tuduh kta ni kaum pendatang jg.. mcm2 la fakta yg dorg lempar,yg kta kita ni dtg dari kepulauan dorg jg.. nampak sangat dorg ni nak samakan kita dgn kaum dorg pastu ni la chan dorg mau merampas pulau sabah..bodoh.. mentang-mentanglah suami ko bugis ko terus sokong 100% kaum dorg ni, pok sedap ja ko ni..gatal suda lubang jubur ko ni.. satu hari nanti bangsa dorg ni la yg akan merosakkan bangsa dan negara sbb yg halal diharamkan yg haram dihalalkan..buka mata ko luas-luas lihat tempat-tempat kita yg dorg suda rosakkan.. dadah,pelacur,bunuh,rompak,curi dll ni kerja bangsa dorg la..

Anonymous said...

dorang yg tukang2 komen memanglah bah. kan skulnya ndak tinggi, mengomen pakai emosi jua bah,biasalah bah tu, Datuk Osman Jamal pun bini dia Kadazan bah, Dr Patawari lagi bini2 dia org Bajau lagi, kita urang kadazan mau belajar tinggi2 bah kalau ndak memang gerenti kita ketinggalan nanti, bapak aku ada kilang sawmill, pakarjanya org Bugis sanang hati bapak aku, kalau ambik org lain parnah bapak aku rugi besar bah

Anonymous said...

ingat kdm tiada yg sekolah tinggi ka..huhu.. ada yg sekolah sampai luar negara lgi tau.. cuma mereka ni kurang aktif sikit psl dunia politik.. Mmg la bangsa bugis ramai yg terpelajar skg tpi ramai jg bangsa bugis jdi budu sya tinguk skg nie sbg cth dadah, bangsa sapa yg ramai?rompak, bangsa sapa yg ramai?bunuh, bangsa sapa yg ramai?pelacuran,bangsa sapa yg ramai?.. klu setakat suru karaja di kilang bapak kaw tdk apa kawang janji ada passport yg sah jgn msk sabah pakai bot pancung suda la nnt ada operasi pulis bankrupt kailng bapak kaw.. betul ka kawang?

Anonymous said...

ai cakap penuh tepung dalam ke cubalalah
gunakan pemikiran waras,taklah orang pandang senget kawan?????

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan