SEBANGSA, MB KEDAH TIDAK SETUJU

on Wednesday, August 8

SILAP LOGO NEGERI, KEDAH TIDAK BERSETUJU,  KEDAH PILIH "55 TAHUN MERDEKA TERUS BERBAKTI"
Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah apabila Pakatan Rakyat telah bersetuju menggunakan tema Sebangsa Sejiwa Senegara dalam mesyuarat mereka yang katanya daripada 30 Juta rakyat Malaysia, hanya lebih kurang 250 orang sahaja yang memberi cadangan. Ianya sangat kerdil. Namun begitu, kesepakatan dalam ketidakkesepakatan Pakatan terbukti jelas apabila Kerajaan Negeri Kedah menolaknya.

Ramai orang tidak faham kenapa Menteri Besar Kedah menolaknya. Pada pemahaman saya, sebab menolaknya ialah daripada 3 tema itu terdapat satu tema yang menjadi 'hantu' kepada parti Pas iaitu "Sebangsa" atau "Bangsa". Kawan-kawan saya di dalam Pas mengatakan perjuangan "Bangsa" adalah sekular. Jika benar ianya sekular, kenapa bersetuju! Apabila UMNO menggunakan slogan Agama, Bangsa & Negara kawan-kawan saya di dalam Pas berkata ianya sekularisme dan tidak Islamik. Hari ini, Naib Presiden Pas sendiri yang mengumumkan penerimaan slogan Bangsa dan "Sebangsa" itu. Apakah Melayu Islam dalam Pas "sebangsa" dengan Cina Dap!

Saya telah pergi ke majlis Menteri Besar Kedah di Maahad Mahmud tidak lama dahulu, saya perhatikan Menteri Besar Kedah, sebenarnya tidak bersetuju dengan tema kemerdekaan itu kerana adanya perkataan "Bangsa" itu.

Baiklah mari ikuti kupasan saya. Sudah kamu membaca buku "Malaysia Crisis Of Identity" tulisan Lim Kit Siang. Ianya dalam bahasa Inggeris, selepas membacanya, saya ingin kongsikan dengan pembaca.

Menurut Lim Kit Siang, salah satu Cita-cita Agung DAP ialah mewujudkan Malaysian Malaysia. Apakah maknanya? Maknanya ialah Tidak Ada hak istimewa diberikan kepada mana-mana kaum walaupun bangsa Melayu! Lim Kit Siang menulis dalam buku itu, katanya DEB perlu dihapuskan kerana ianya tidak adil kepada bangsa Cina. Sebab itulah apabila LGE menjadi KM Pulau Pinang, perkara DEB lah yang antara awal-awal diulasnya.

Maksudnya semuanya kena beri samarata dan sama rasa. Maksudnya, jika ada peruntukan RM9 Juta, maka matematikadilnya menurut LKS ialah Orang Melayu dapat RM3 Juta, orang Cina juga dapat RM3 juta, orang India  pun dapat RM3 Juta. Walaupun jumlah penduduk Cina lebih kecil daripada bangsa Melayu tetapi peruntukan itu mestilah diberikan sama rata. Jikapun orang Melayu jumlahnya 18 Juta, Cina 7 Juta, India 1 Juta,  maka tiap-tiap bangsa akan dapat peruntukan RM3 juta.

Selepas itu, anda bahagikan RM3 Juta tadi kepada 18 juta orang Melayu, RM3 Juta tadi kepada 7 Juta orang Cina, RM3 Juta tadi bahagikan kepada 1 Juta orang India. Siapakah bangsa yang akan dapat lebih! Macam mana adil tak?

Yang kedua, saya ada cerita kedua. Semasa Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak, Dua orang YB dari DAP telah bertemu Sahisbus Samahah Mufti Perak Tan Sri Harusani Zakaria di Pejabat Mufti. Dalam perbualan saya dengan Mufti Perak itu, beliau menyatakan Dua YB DAP itu datang kepadanya dan meminta supaya Wang Zakat juga hendaklah diberi kepada kaum mereka yang tidak beragama Islam. Mufti menolak, apa pandangan anda tentang hal ini.

Semua cerita-cerita ini adalah berhubung kait dengan "Sebangsa" itu.

Yang ketiga, ketika perbualan saya dengan YB Tian Chua tidak lama dahulu, saya bertanya sendiri kepada beliau bagaimana Pakatan Rakyat mengurus hal-hal yang bercanggahan seperti isu Negara Islam dan Hudud. Dalam perbualan itu, YB Tian Chua menyatakan, Pas boleh memperjuangkan hal itu di dalam Partinya sendiri (maknanya dalam skop Pas sahaja), tetapi ianya Tidak Boleh dimasukkan di dalam Cita-Cita atau Matlamat Pakatan Rakyat. Jika hendak dimasukkan juga, maka Pas perlu keluar dari Pakatan Rakyat.

Saya ada menyentuh isu "Malaysia Crisis Of Identity" dalam buku terbaru saya di sebelah "Dilema Melayu Sabah". Belilah, 10% daripada harga Belian anda saya Infakkan kepada anak-anak Palestin melalui AMAN Palestin dan Rumah Anak-Anak Yatim. Jika berminat sila emelkan kepada saya di jentayu.abaka@gmail.com. 

Terima kasih.




4 Komen:

Anonymous said...

Tuan, negeri Kelantan pun tak nak Sebangsa... nampak sangat retak-retak menanti belah antara Visi DAP dan Visi Pas yang semakin menjarak. Bagi sy lah, baik Pas cabut segera sebelum hilang byk undi. Dulu sy respek Pas, skrg sy benci Pas.

Anonymous said...

Brape hg buku tuan tu, mcmana nak bayar,

Anonymous said...

Bos, Penang pun mahu guna logo sendiri dah

Anonymous said...

Cacamerba 4 negeri 4 tema... Nampaknya Mr Anwar tak leh kawal komponen Pr, masing2 dah ikut kapla masing2, mcmana nak jadi Pm if bende kecik mcm ne x leh bersatu. Tak dak manusia maksum, seburuk Bn aku tatap undi Najib,Najib kuat kerje, anwar byk cakap je...

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan