PERLUKAH USNO DIHIDUPKAN KEMBALI

on Tuesday, September 11

Beberapa pemimpin UMNO yang dahulunya berasal dari USNO khabarnya akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri untuk menyatakan masalah dan pandangan mereka khususnya dalam konteks Bumiputera Islam di Sabah.

Percubaan demi percubaan dilakukan untuk menghidupkan semula USNO. Terkini, kumpulan ini akan menemui Perdana Menteri dan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir. Saya sendiri tidak tahu apakah agenda mereka.

Saya menghubungi salah seorang pemimpin Mantan YB USNO. Saya dapati niat dan cita-cita mereka untuk kembali ke persada politik Sabah masih ada. Barangkali UMNO Sabah tidak memberikan mereka tempat yang sesuai atau mereka mempunyai agenda lain.

Jika saya ditanya apakah releven USNO Sabah dihidupkan semula? Sudah tentu saya kurang bersetuju kerana Allahyarham Tun Mustapha dulu mengorbankan dirinya dan parti USNO untuk berpindah ke kapal yang lebih besar iaitu UMNO. Pemimpin-pemimpin USNO, BERJAYA ataupun PBS yang menyertai UMNO sudah pun menikmati kejayaan semasa zaman mereka. Mereka sudah menikmati kejayaan itu.

Selepas kekalahan USNO kepada BERJAYA (1976), dan kegagalan USNO kepada PBS (1985) sehinggalah kehadiran UMNO pada tahun 1990, kita semua dapati USNO tidak mampu bangun lagi. Apabila UMNO dibawa masuk, maka tokoh-tokoh USNO seperti Tun Datu Mustapha dilantik menjadi Menteri Hal Ehwal Khas Sabah, Tun Sakaran dilantik ke jawatan TYT, Ketua Menteri Sabah dan Menteri Koperasi, DAtuk Railey Jeffrey dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan beberapa penggal, Datuk Shafie Afdal dilantik Menteri Pembangunan Luar Bandar malah kini menjawat Naib Presiden UMNO, sebelum itu Datuk Osu Sukam juga dari USNO menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah. Ramai lagi saya tidak sebut di sini.

Selepas 20 tahun UMNO di Sabah, sudah tentulah generasi kedua dan ketiga UMNO perlu diberi peluang. Kesinambungan perlu diwujudkan. Apakah seseorang itu akan menjadi Wakil Rakyat sepanjang hayatnya? Tun Dr. Mahathir dn Tun Sakaran Dandai tahu bilamasa yang sesuai untuk beliau berhenti dan memberi peluang kepada orang lain untuk menyambung agenda negara kita.

Saya ingin mencadangkan supaya mereka yang hendak menghidupkan semula USNO supaya menukarkannya kepada sebuah NGO. Ianya lebih praktikal. Banyak sebab perlu difikirkan seperti kumpulan ini tidak mempunyai kekuatan pemimpin seperti Tun Datu Mustapha, masalah kewangan dan sebagainya juga akan muncul.

NGO USNO boleh ditubuhkan dan menjadi ahli Bersekutu kepada UMNO dan BN. Saya fikir ia satu idea yang menarik. Mungkin anda di Sabah boleh memikirkannya semula.

Kita tidak boleh memberikan perbandingan kononnya masyarakat KadazanDusun & Murut (KDM) mempunyai parti PBS, UPKO, PBRS sebaliknya orang Bumiputera Islam di Sabah hanya ada UMNO sahaja. Dari satu segi perbandingan itu memang benar, tetapi kesesuaian tidak memihak kepada keadaan.

Kita perlu membuat refleksi politik.

Dalam keadaan sekarang, kita memerlukan Majoriti 2/3 di dalam Parlimen untuk menggubal undang-undang baru untuk kebaikan rakyat dan negara kita. Tanpa 2/3, kita tak dapat membuat apa-apa yang besar melainkan hanya menjalankan dasar-dasar sedia ada dan lebih banyak kerugian. Maka itu, hala tuju kita ialah memenangi PRU13 ini dengan Majoriti 2/3.

Mungkin pandangan anda lebih bagus. Saya mahu membaca idea anda juga. Terimakasih.



5 Komen:

iban said...

mengapa buat pertanyaan ini. melalui umno orang sabah bisa jd pm/tm kerana mereka mampu mengisi jawatan2 tertinggi umno insha'allah.

iban said...

mengapa buat pertanyaan ini. melalui umno orang sabah bisa jd pm/tm kerana mereka mampu mengisi jawatan2 tertinggi umno insha'allah.

Anonymous said...

Pada pandangan saya tak perlu tuan, yang perlu sekarang ialah mengukuhkan perpaduan. Jika nak jadi NGO seperti Amanah rasanya Ok, tapi nak hidupkan semula USNO atau USBO, tak sesuai, PM tak perlu layan idea menghidupkan semula USNO tapi PM perlu mendengar luahan hati mereka...

Anonymous said...

Tak perlu buang masa saja

Anonymous said...

Maybe bagus juga, ada pilihan bah,

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan