![]() |
YB NASHA MEMBAWA SALAM DR. YUSUF QARDAWI KEPADA PM NAJIB |
Saya kini berada di Kota Bharu, perjalanan dari Kuala Lumpur melalui pekan Raub - Kuala Lipis - Gua Musang semalam amat meletihkan. Bertemu kepimpinan grassroote, kepimpinan mahasiswa UMK dan UITM, juga para pemikir rakyat Kelantan di peringkat bawah, memberikan petunjuk akan kesungguhan mereka untuk selari dengan keazaman untuk menang.
Kenyataan-kenyataan Dato' Harun Din dan Prof. Emeritus Dato' Dr Shahnon Ahmad bahawa perjuangan PAS sudah tersasar dan lari dari landasan masih tidak dapat dijawab oleh Presiden Pas dan Mursyidul Am. Kedua-duanya masih belum memberi respon.
Semalam di PWTC, YB Ahli Parlimen PAS, Dato Nasharudin Mat Isa berkata dengan maksud, jika PAS hendak menyingkirkannya, silakan, keahlian PAS tidak penting katanya, yang lebih penting ialah Islam. Presiden dan Mursyidul Am juga masih berdiam diri dengan kenyataan YB Nasharudin Ahli Parlimen PAS Bachok ini.
Semalam juga, tokoh ulama terkemuka, Prof. Dr. Yusuf
Al-Qaradawi mengutus surat kepada kerajaan Malaysia bagi menghargai
sumbangan negara ini dalam membantu rakyat Palestin.
Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia,
Nasharudin Mat Isa, surat daripada ulama tersohor berkenaan diserahkan
oleh Timbalan Pengarah Al-Quds Beirut, Dr. Aiman Zaidan kepada Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam, selepas Majlis
Perasmian Seminar Dakwah Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
“Al-Qaradawi yang merupakan Pengerusi Majlis Pemegang Amanah Yayasan
Al-Quds International yang beribupejabat di Beirut mengucapkan terima
kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia di atas sumbangan berterusan
terhadap isu Palestin.
Menurut YB Nasharudin dari PAS, selain menghargai keprihatinan Malaysia dalam isu
Palestin, Al-Qaradawi juga mendoakan kesejahteraan Najib, Muhyiddin,
kerajaan dan rakyat Malaysia.
Sehingga ke saat ini, saya masih belum sempat ke Pasar Siti Khadijah.
2 Komen:
Yb Nasha tu pasti yg menyuruhnya geng2 Haji Hadi...Hj hadi boleh ditukar mcm dato Asri, YB nasha boleh dibuang, ne smua keje Anwar rosakkan Pas
ya ker
Post a Comment