GAMBAR MENARIK: HAMAS & FATAH RUNDING BERSATU

on Wednesday, December 5


SEBAHAGIAN PEMBESARAN MASJIDIL HARAM YANG SUDAH SIAP
PEMBANGUNAN MASJIDIL HARAM KOTA SUCI MEKAH BERJALAN LANCAR

RUMAH NABI MUHAMMAD SAW. YANG KINI MENJADI MAKTABAH KEKAL TIDAK DIROBOHKAN

SUASANA DI PERKARANGAN MASJID NABI DI MADINAH AL MUNAWWARAH
PELBAGAI JENIS KURMA
AIR ZAM-ZAM

Kota Suci Makkah Mukarramah dan Madinah Munawwarah, jika kita dipilih oleh Allah SWT untuk mendatangani kedua-dua kota suci itu yang di dalamnya penuh keberkatan Masjidil Haram, Kaabah, Hijir Ismail, Bukit Safa, Bukit Marwah, Makam Ibrahim (tapak kaki Nabi Ibrahim), Hajar Aswad, Air Zam-Zam, Arafah, Mina, Gua Hira,Bukit Uhud, Masjid Nabi Madinah, bekas rumah Rasulullah SAW, bekas rumah Saidina Abi Bakri As-Siddiq, bekas rumah Saidina Umar Al-Khatab dan sebagainya.

Setiap kali kita mengunjungi kedua-dua kota Suci Makkah dan Madinah ini, baik untuk mengerjakan Umrah ataupun Haji, kita akan menyaksikan betapa Islam itu agama perpaduan, alangkah baiknya jika umat Islam di Malaysia khususnya dapat bersatupadu dengan sama-sama saling maaf-memaafkan, saling bertolak-ansur dan bermuafakat. 

Usahlah kita mengulangi Perang Siffin, di mana kedua-dua pihak juga adalah Sahabat-Sahabat Rasulullah, baik Pasukan Ali Abu Talib mahupun pasukan Muawiyah Abu Sufian. Kedua-duanya mengerjakan Solat Subuh sebelum mereka berperang, kedua-dua pasukan mengaji Al-Quran dan berzikir sebelum mereka berperang. 

Hari ini, Hamas menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk membincangkan Perpaduan dengan Fatah. Presiden Mahmood Abbas pula semalam bermesyuarat dengan kepimpinan tertinggi Fatah bagaimana untuk bergabung dengan Hamas. Mereka sudah lihat besarnya hikmah jika bersatu padu kepada bangsa Palestin. Di Malaysia, PAS dan UMNO bila pula untuk memberi hikmah kepada bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia?

Keputusan PRU13 akan memberi impak yang sangat besar kepada masa depan kita. Janganlah yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu, mereka pula bertepuk sorak.

1 Komen:

Tantawi/طنطاوي said...

Salam 1 Malaysia.Kalau PAS masih berkeras,kita teruskan berdoa. Dengan izin Allah, jika pimpinan kerajaan terus menambahbaikan prestasi yang baik rakyat akan terus menyokong & akan semakin ramai menyokong. Yang penting lakukan transformasi yang baik.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan