RAKYAT SABAH TOLAK ANWAR

on Monday, February 11

TEGAS, SABAR, MENDENGAR, TENANG & KERJA KUAT
PRU13 bakal menjelang tiba berapa lama lagi, walaupun begitu banyak parti-parti kecil mula aktif di Sabah, namun pertandingan sebenar adalah antara BN vs PR.

DS Anwar Ibrahim (Anwar) tahu PRU13 merupakan pilihanraya terakhir kepadanya, sebab itulah Anwar sudah membayangkan bahawa jika kali ini beliau gagal, beliau akan kembali ke Washington untuk mengajar di sana. Anwar sudah ada plan B sekiranya plan A beliau tidak berjaya.

Isunya ialah bagaimanakah dengan kita? Masa depan kita? Masa depan negara kita?

Berbeza dengan DS Najib Tun Razak yang berjaya melestarikan keamanan di Mindanao, melalui Perjanjian Damai MILF-Manila. Semasa Anwar berkuasa, beliau mempunyai hubungan yang akrab dengan Presiden Josepf Estrada, seorang yang anti MNLF, MILF dan umat Islam di Kepulauan Selatan Filipina. Ianya dibuktikan melalui penghantaran besar-besaran tentera Filipina pada zaman Estrada untuk menghalang umat Islam Moron yang berjuang melalui MNLF dan MILF.

Kedua, ketika DSP Pairin Kitingan sebagai Ketua Menteri Sabah, kerajaan negeri Sabah telah meminta kepada Anwar yang ketika itu Menteri Pelajaran supaya ditubuhkan sebuah Universiti khas untuk orang-orang Sabah. Namun, Anwar menolaknya dengan alasan "ianya bukan prioriti". Anwar menafikan hak rakyat Sabah.

Kedatangan UMNO ke Sabah adalah hasil usaha Allahyarham Tun Ghafar Baba, bukannya Anwar Ibrahim. Hanya apabila berlakunya Pemilihan UMNO 1995, barulah Anwar masuk campur hal-hal UMNO di Sabah. Jika pada zaman Allahryaham Tun Gafar Baba dan Allahyarham Tun Datu Mustapha, kedudukan UMNO Sabah sangat aman, tenteram dan tenang. Namun, kerakusan Anwar yang tidak sabar mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri, telah merosakkan keamanan UMNO Sabah.

Maka berlakulah pertarungan di Bahagian-Bahagian UMNO Sabah antara Ketua-Ketua Bahagian yang menyokong Anwar dan Calon-Calon Ketua Bahagian yang menyokong Tun Ghafar Baba. Anwar mula menghambur wang ringgit kepada bahagian-bahagian (di sinilah mulanya politik wang dalam UMNO). Di akhir cerita, hanya Bahagian Tun Datu Mustapha sahaja yang mencalonkan Tun Gafar Baba di Sabah, selebihnya mencalonkan Anwar Ibrahim.

Ketua-ketua Bahagian yang mencalonkan Anwar ketika itu tidak boleh dipersalahkan juga, kerana bagi saya mereka berada di bawah tekanan. Tekanan, paksaan dan desakan itu datangnya dari Anwar yang tidak sabar sekali untuk menjatuhkan Tun Ghafar Baba.

Seterusnya, saya fikir tidak perlu saya menghuraikan hal DSP Lajim Ukin orang yang mula-mula keluar dari PBS, kemudiannya diikuti oleh Datuk Yong Teck Lee sehingga tumbang kerajaan PBS. Orang Sabah sangat mengetahuinya.

Terkini, anda mesti tahu di sebalik cerita 16 September 2008. Ketika itu, Anwar sudah bercakap di luar negara beliau akan menjadi Perdana Menteri Malaysia menjelang 16/9/2008 apabila beliau berjaya membeli YB-YB  dari Sarawak dan Sabah khususnya. Ketika saya bertemu mantan TYT Sarawak (2008) Tun Abd Rahman Yaakob, beliau berkata kepada saya, " Anwar turut memujuk anak saya supaya keluar dari BN, dan saya menghalangnya".

Di mata Anwar, untuk membeli YB-YB dari Sabah sangat mudah, murah dan senang. Begitu sekali tahap harga YB-YB Sabah di mata Anwar.

Anda kena faham, DSP Lajim Ukin bukan menyertai PKR atau PR. Beliau masih ahli UMNO. DSP Lajim masih menjadi Pengerusi beberapa NGO yang  pro-BN. Saya sangat tidak terkejut jika Lajim kembali ke pangkuan UMNO!

PRU13 tidak lama lagi akan menjelang tiba, saya menyeru dan mengajak seluruh warga Sabah supaya menolak Anwar dan Pakatan Rakyat. 

Bagaimana pandangan anda?






8 Komen:

Anonymous said...

Anuwar pasti ditolak.. Pemimpin buangan taraf Gred C

Anonymous said...

Setuju

Anonymous said...

Saya ingatkan orang-orang tua dalam politik ni dah bertambah matang. Rupa-rupanya masih tak nampak nak baca bentuk kepimpinan menerajui negara masa depan. Yang dia nampak peluang nak membesarkan "tembolok" sendiri.

Anonymous said...

aku harap anwar nie dipotong anu nya,,,

Anonymous said...

He he...

Tajuk macam Rakyat Sabah dah tolak Anwar...

Rupa-rupanya baru nak ajak tolak Anwar...

He he.

Anonymous said...

Ya..tolak dgn lebih menyluruh smnjk anwar mykg membnrkn kalimah ALLAH dlm kitab bible terjmhn bhase melayu

Sumandak Sabah said...

Dia tu tak disuka pun di Sabah.....

Anonymous said...

Anwar bukan mau tolong kita pun di sabah. Bikin apa sokong dia. Artikel ini mengingatkan aku kembali masa tu. Memang masa tu aku kagum dengan anwar, aku rasa dia mmg sorg pemimpin hebat. Sampai aku memberontak ikut dia masa aku di KL...sekarang ini, setelah aku kaji sendiri siapa anwar, bodohnya aku masa itu...bagi aku, tiada tempat untuk anwar di Sabah...kita tolak PKR...

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan