BERI PELUANG ONG TEE KIAT & LIOW TIONG LAI KEMUDI MCA

on Wednesday, May 22

ONG TEE KIAT DIKENALI & DISENANGI DI PARLIMEN PANDAN
KEPUTUSAN PRU13 sudahpun menjadi hak milik seluruh rakyat Malaysia, semua parti yang memenangi telahpun membentuk Kerajaan masing-masing. PKR mengetuai kerajaan negeri Selangor, DAP menguasai kerajaan negeri Pulau Pinang, PAS pula membentuk kerajaan negeri Kelantan. Manakala di negeri-negeri lain BN membentuk kerajaan termasuklah di peringkat Persekutuan. Inilah keputusannya, cantik bukan, tidak perlu mengheret rakyat melayan kekecewaan diri kerana tidak dapat menjadi Perdana Menteri.

Ahli PKR Sabah yang baru, Musli Oli mengkritik Anwar, katanya kalau Anwar tidak gopoh Pakatan Rakyat sudah membentuk Kerajaan, malangnya Anwar terlalu sibuk membuat himpunan menolak keputusan PRU13. Kata Mursi Oli lagi, saya menyertai PKR bukan kerana saya sokong Anwar, saya hanya tertarik dengan janji-janji Buku Jingga sahaja kepada negeri Sabah katanya.

Antara lain MusliOli menulis, "Kemerostan populariti BN ini bagaimanapun tidak menguntungkan Pakatan Rakyat, kerana dalam masa yang sama populariti PKR yang diwakili Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang juga merosot"
 
Tambah beliau lagi, "Amat ketara, PKR telah gagal memenangi kerusi-kerusi parlimen sasaran seperti Tuaran dan Beaufort di Sabah. Secara keseluruhan PKR hanya menang satu kerusi melalui Darrel Leiking di parlimen Penampang. Di Sarawak, persembahan PKR juga teruk."

Komen beliau lagi, "Jika dibanding dengan dengan PRU12, secara keseluruhan, pencapaian PKR merosot. Pada 2008, PKR menang 31 kerusi ketika Anwar tidak boleh bertanding, bukan sebagai ketua pembangkang dan Pakatan Rakyat belumpun ditubuhkan"

Tegas beliau , "Saya menyertai PKR pada November 2011 kerana saya tertarik dengan kandungan Buku Jingga. Antaranya royalti petroleum ditambah daripada 5% kepada 20%. Pemulihan kuasa otonomi dengan memberi lebih kuasa kepada kerajaan negeri seperti yang telah dipersetujui dalam Perkara 20".

Pemansuhan Cabotage Policy yang merupakan punca utama 'Vicious Cirle Of Poverty' di Sabah. Di samping komitmen-komitmen lain yang memberi faedah kepada Sabah jika PR menawan Putrajaya.
 
Atas sebab-sebab itulah saya sertai PKR secara aktif dengan harapan rakyat Sabah akan mendapat 'NEW DEAL' daripada kerajaan Persekutuan. Saya tidak menyertai politik untuk menjadi calon, wakil rakyat atau untuk menjadi menteri.

Saya berpolitik kerana memperjuangkan idea, bukan menyokong individu atau pemimpin tertentu dalam parti politik. Saya bukan seorang idealist; walaupun saya seorang penulis politik.

Saya tertarik dengan kata-kata beliau ini, "Sesiapa yang pernah mengikuti tulisan-tulisan saya melalui laman sosial dan blog ini tentu masih ingat saya kerap menulis; "saya bukan ikut Anwar". Tetapi menggunakan pengaruh Anwar untuk mencapai cita-cita rakyat Sabah"

Sambung Mosli Oli lagi, "Dalam keadaan sebegini, beberapa kerusi boleh tinggalkan BN, tetapi di mana Anwar Ibrahim? Anwar terlalu sibuk dengan 'Road Show Black Out' membantah keputusan PRU".
 
 
Sebagai seorang pemerhati politik, pandangan Mosli Oli adalah relevan dan saya mengikuti tulisan-tulisan beliau sejak sekian lama. Malah saya turut membaca artikel-artikel beliau dalam tesis sarjana saya.
 
CADANGAN
Isu sekarang ialah, selepas selesai PRU13, apa perancangan UMNO dan BN untuk mengenalpasti pengundi-pengundi muda dan mereka yang akan menjadi pengundi dalam 5 tahun akan datang (PRU14).
 
Menggembirakan diri dengan kemenangan 133 atau merampas Kedah, atau bersedih dengan kekalahan lagi di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan bukanlah satu tindakan yang bijaksana.
 
Jentera UMNO dan BN seharusnya digerakkan mula dari sekarang dengan mendekati anak-anak muda di kolej dan universiti, terutama di luar negara. Apakah UMNO dan BN ada menubuhkan pasukan untuk mendaftar pelajar-pelajar atau pekerja rakyat Malaysia di California, Las Vegas, New York dan sebagainya. Bagaimana mereka ini ramai pelajar tajaan JPA dan MARA yang tidak mendaftar sebagai pengundi dan tidak mengundi kerana masalah logistik. Bagaimana mereka hendak mengundi jika hendak pergi ke pusat mengundi di Washington DC mengambil masa berjam-jam perjalanan darat dan memerlukan kos kapal terbang jika lebih jauh. Saya fikir, SPR perlu mengkaji juga hal-hal seperti ini.
 
Kenangan Saya Bersama Datuk Seri Liow Tiong Lai, Mantan Menteri Kesihatan Malaysia Seorang Pemimpin Cina Yang Moderat & Sederhana
RAHSIA UNDI CINA
Di dalam negeri, apakah UMNO dan BN ada menggerakkan sayap partinya untuk membuka kaunter pendaftaran pengundi di kolej-kolej Swasta. MCA dan GERAKAN patut menggerakkan hal ini jika kolej-kolej swasta itu seperti UNITAR dan sebagainya dipenuhi pelajar-pelajar Cina!
 
Pada tahun 2008, parti DAP khususnya sayap pemuda dan wanita DAP telah menggerakkan kios-kios bergerak di kolej-kolej swasta dan juga di pasaraya-pasaraya terpilih dengan mendekati golongan muda dan mendaftarkan mereka sebagai pengundi. Target mereka adalah untuk menang pada tahun 2013. Dan ternyata mereka berhasil, di mana mereka berjaya memenangi negeri Selangor dan Pulau Pinang dengan penuh bergaya. Inilah rahsia mereka. Bukan kerana undi Cina swing kepada DAP atau Cina tidak sokong BN semata-mata. Isu ini ialah isu dasar yakni pendekatan kita kepada mereka. 

KEMPEN DAFTAR MULAI SEKARANG
Di pihak agensi kerajaan pula, setiap kali kita mengadakan seminar dan kursus apa sahaja, perlu diwujudkan satu kios bergerak di mana kempen-kempen mendaftar sebagai pengundi ditempatkan di semua kursus-kursus atau seminar oleh mana-mana agensi kerajaan ataupun GLC kerajaan. Dalam hal ini, penglibatan SPR boleh dimanafaatkan kerana kesedaran pentingnya mendaftar sebagai pengundi perlu ditekankan dalam konteks kenegaraan dan demokrasi berparlimen.

Sebagai contoh, kita mendesak kerajaan dan kita bercakap tentang kewajipan mewajibkan Lulus pelajaran Sejarah dalam peperiksaan Awam PMR, SPM dan STPM. Jika kita hendak dasar ini dilaksanakan,ianya perlu dibahaskan di Parlimen dan memerlukan sokongan majoriti dalam Parlimen barulah dasar-dasar seperti ini boleh dicadangkan dan dilaksanakan. Namun begitu, jika jumlah wakil rakyat kita tidak mencukupi, apa dasar pun kita tidak mampu laksanakan kerana kurangnya sokongan.

Begitu juga hal hudud, jika ada kesungguhan, ianya boleh dibentang di parlimen, dibahas dan dibincangkan di parlimen, jika wakil bukan Islam memahami hal-hal undang-undang Islam ini, ianya mudah dilaksanakan. Namun samalah juga bahawa kita memerlukan majoriti yang mencukupi di parlimen.

Bagaimana hendak mencukupi di Parlimen jika kita tidak mendaftar sebagai pengundi berdaftar? 

Kerajaan boleh melaksanakan banyak perkara yang baik kepada rakyat jika kita mempunyai Kerajaan yang kuat. Hari ini, tanpa dua pertiga pun, kerajaan mampu menurunkan harga minya RON97 sebanyak RM0.20 sen tanpa perlu menjerit-jerit di pentas ceramah.

Kita tidak harus meminggirkan masyarakat Cina hanya kerana keputusan PRU13 yang sedemikian rupa. Kita perlu mencari jalan dan melaksanakan lebih banyak program-program Perpaduan, Integrasi Nasional dan Integrasi Internasional (pelajar/rakyat Malaysia di luar negara), Patriotik, Nasionalisme, Kenegaraan dan ketatasusilaan.

Agensi-agensi kerajaan dan NGO-NGO yang berkaitan cinta negara perlu berganding bahu dengan mereka supaya mereka faham keperluan sebuah negara yang aman, sejahtera dan patriotik bukannya sebuah negara yang huru-hara dan tidak sejahtera.

Selamat membaca.


 

3 Komen:

Anonymous said...

As-salam Al-Azhari...

Saya tak berminat mengeluarkan perkataan-perkataan rasis...

Akan tetapi saya pasti akan sentiasa meragui program-program perpaduan...

Ia pada akhirnya akan menjadikan kerajaan tidak berkira-kira membantu sekolah-sekolah dan tokong-tokong cina atas nama perpaduan...

Selepas pilihanraya tahun 2008 apa yang berlaku...

Di sana sini kita mendengar kerajaan BN tanpa segan silu memberi wang yang bukan sedikit kepada sekolah-sekolah dan tokong-tokong cina...

Kriteria apa yang digunapakai untuk diberikan bantuan tersebut?

Hanya semata-mata kerana cina...

Sedangkan kalau sekolah kebangsaan pula perlu menjadi sekolah berprestasi tinggi untuk memdapat peruntukan tambahan sebanyak RM700,000 (betulkan saya kalau tersilap fakta)...

Untuk mencapai status sekolah berprestasi tinggi ini menuntut pengorbanan yang sangat besar bukan sahaja dari para guru dan para pelajar malahan pengorbanan masa dan wang ringgit para ibubapa pelajar itu sendiri...

Dan peruntukan tambahan RM700,000 itu tadi pula hanya boleh dibelanjakan mengikut syarat-syarat ketat yang ditetapkan...

Kalau sekolah-sekolah cina tadi dengan bantuan yang diberi tadi boleh dibelanjakan dengan sewenang-wenangnya seperti memasang air-cond di setiap bilik darjah dan menaja buku tambahan kepada setiap pelajar

Bagi saya pada ketika itu slogan yang digunapakai ialah "Rakyat didahulukan, Cina diutamakan"...

Sebab itu saya tak merasa apa-apa ketika akhbar Utusan Malaysia mengeluarkan artikel "Apa lagi Cina mau" kerana inilah luahan hati setiap orang Melayu yang melihat orang cina dilayan seperti kata bidalan anak kera dihutan disusukan, anak sendiri tinggal serumah sampaikan mati kelaparan...

Maka di sini saya berharap agar kerajaan BN mulalah membalas budi pengundi Melayu dan Bumiputera terutamanya di kawasan luar bandar yang tak serik-serik menyokong BN selama ini walaupun mereka tahu budi mereka takkan pernah dikenang kerajaan BN hari ini yang tak pernah merasa malu meminta rakyat bersyukur dan berterimakasih kepada mereka atas jasa pemimpin di zaman dahulu kala yang telah meninggalkan kita dan tak mungkin dapat ditemui oleh pengudi muda di saluran 5 hari ini...

Ingatlah jasa mereka memilih BN sebagai kerajaan dan balaslah dengan sebaik-baiknya...

Saya sebenar-benarnya merasa kasihan mengenangkan nasib mereka...

Saya melihat ketika kerajaan BN kuat memegang majoriti 2/3 mereka terpinggir...

Ketika kerajaan BN lemah sekadar memegang majoriti mudah makin jauh mereka terpinggir...

Jangan sampai kesabaran tercabar dengan mengabaikan kebajikan mereka secara berterusan...

Bila pengundi Melayu "mengamok" ketika tu menyesal sudah tidak berguna...

Tahukah anda mengapa orang Melayu sedikit demi sedikit meninggalkan BN?

Kerana mereka merasa diabaikan...

Siapapun jadi ketua bahagian mereka masih hidup tak senang...

Siapapun jadi YB hidup mereka masih tiada perubahan...

Kalau dah yang sama parti pun tiada perubahan...

Apa salahnya tukar sokongan...

Bila dah tukar sokongan barulah datang bantuan mencurah...

Seolah-olah 50 tahun peruntukan ditahan boleh dicurahkan dalam masa 5 tahun...

Akupun jadi pelik kenapa dulu menang tak boleh bantu bila dah kalah baru boleh bantu?

Kesengalan apakah ini?

Anonymous said...

Saya sangat bersetuju pandangan yang di hujahkan

Anonymous said...

马华公会鹅唛區会主席叶金福律师与马华公会鹅唛區会叶君瀚青年圑長, 不但无耻的利用KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI(Thai) No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia.宗教之名捞取权和私利之外, 叧一大罪悪是, 他们仗着权势, 甜言蜜語, 誘骗良家少女, 骗财骗色, 三妻四妾, 破坏别人的家庭. 父子两人, 无悪不做, 实是大色狼, 大老千,缺德的败娄.

今天我把实事公告大家, 是希望公众, 特别是良家少女, 要多多小心, 提防这一娄假面具的佛教徒, 以免一失足成千古恨.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan