DS NAJIB TUN RAZAK - JUSUF KALLA - ANWAR IBRAHIM

on Monday, May 20

ULASAN PRU13: Sebab utama DS Anwar Ibrahim (Anwar) terutamanya menangguhkan persaraan politiknya sebagaimana dua kali dijanjikannya ialah katanya masih ada lagi perkara yang belum selesai hendak diselesaikannya. Perkara itu disebut oleh Anwar sebagai berlakunya penipuan dalam PRU13.

Kononnya kemenangannya telah dirampas oleh pihak kerajaan. Pada saya, jika kerajaan mampu merampas kemenangan Anwar, lebih baik kerajaan merampas kemenangan di Gelang Patah, Permatang Pauh atau di Marang. Tetapi semua orang tahu kerajaan tidak mampu merampas kemenangan sesiapa pun sebab itulah Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan lain-lainnya boleh menang. Jika kerajaan boleh merampas kemenangan negeri pula, sudah tentu kerajaan boleh merampas kerajaan negeri Selangor tetapi rakyat masih memilih Pakatan Rakyat. 

Kepimpinan PAS dan Pemimpin Asing Senada
Walaubagaimanapun, kemarahan Anwar ini sangat-sangat berbeza dengan suara kepimpinan PAS seperti Presiden PAS, Ketua Dewan Ulama PAS, Kerajaan PAS Kelantan, Pengerusi Perhubungan PAS Terengganu dan ramai lagi yang bersuara lembut dengan mengucapkan Tahniah kepada DS Najib, malah mereka menerima kekalahan mereka sebagai takdir.

Di luar negara, pemimpin-pemimpin asing seperti Presiden Amerika, Perdana Menteri Singapura, Presiden China, Perdana Menteri Palestin, Perdana Menteri Britain, Perdana Menteri Australia, Thailand dan banyak lagilah memberikan ucapan tahniah. Malahan, Presiden Barrack Obama secara mengejut menelefon DS Najib untuk mengucapkan tahniah dan seterusnya memaklumkan akan hadir ke Kuala Lumpur untuk persidangan Global hujung tahun ini.

Di samping itu juga, negeri-negeri seperti Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang membentuk kerajaan masing-masing sebagai satu tanda mereka menerima dan mengiktiraf keputusan PRU13. Jika mereka menolaknya, sudah tentu mereka akan memulaukan pembentukan kerajaan di negeri masing-masing.

Himpunan-himpunan selepas PRU13, walaupun bertujuan mengajak rakyat bangun menjatuhkan kerajaan, namun saya lihat ianya bersifat sementara sahaja. Majoriti rakyat pastimenolaknya. Ianya adalah kerana Anwar tidak dapat menerima kekalahan, termasuklah mereka yang tewas seperti Saifudin Nasution dan Mat Sabu oleh kerana kalah maka mereka menghabiskan masa mereka dengan membantu Anwar memanaskan pentas-pentas himpunan.

Rakyat Malaysia Majoriti Senyap
Majoriti rakyat Malaysia sukakan keamanan, kedamaian dan kesenangan supaya mereka boleh hidup bahagia, boleh mencari rezeki di mana di Malaysia anda boleh menjadi lebih kaya daripada sesiapa sahaja asalkan anda rajin berusaha. Mereka mahukan keamanan supaya boleh menghantar anak-anak mereka bersekolah, nelayan dan pekebun gembira menjual hasil mereka, penjual kereta boleh bergembira kerana dapat menjual kenderaan mereka 10 atau lebih dalam sebulan.

Rakyat mahu hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum untuk bersama keluarga, beristirehat dengan tenang dan melancong dalam negara dengan gembira. Tidak ada demo sana demo sini yang merosakkan kegembiraan rakyat, yang menyebabkan macet, kekotoran di sana-sini yang menjelekkan mata memandang. Si anak melawat keluarga di kampung, dusun atau sahabat handai yang sudah lama ditinggalkan. Mereka yang melanjutkan pelajaran boleh berdiskusi dengan aman dan selesa di dalam kampus tanpa sebarang gangguan.

Fasa Selepas PRU13
Semasa pertarungan bapak Jusuf Kalla dengan SBJ di Indonesia, kedua-dua mereka menerima keputusan yang kalah dan yang menang, begitu juga Barrack Obama dan Mitt Romney kedua-duanya, begitu juga di Jepun, Australia dan Filipina. Kenapa tidak di Malaysia?

Fasa seterusnya selepas PRU13 ialah parti-parti yang menang akan menubuhkan kerajaan masing-masing di peringkat negeri dan persekutuan. Maka rakyat kembali bersatu untuk bekerja dengan lebih tekun menjayakan diri masing-masing, keluarga, masyarakat dan seterusnya negara.

Fasa berpolitik sudah tamat sebenarnya, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah mula memanggil mereka yang berjaya untuk ditemuduga, Matrikulasi dan Pusat Asasi di Universiti sudah mula menerima pelajar awal Jun ini, manakala syarikat-syarikat bisnes mula berurusan dengan pihak Kementerian dan Perbendaharaan untuk mempercepatkan urusan tuntutan kerja mereka, pemandu Teksi menunggu nama mereka ditemuduga untuk urusan permit teksi individu bagi yang belum memilikinya, workshop mula menerima kereta untuk dibaikpulih, peperiksaan semakin dekat, konvokesyen semakin dekat, bulan Ramadan pun sudah mampir.

Maksud saya mudah, Anwar patut berhenti demo. Perkara ini sudah terlalu lama menjadi kebiasaan Anwar sejak awal tahun 1970 lagi ketika berpiket kerana kurangnya penggunaan bahasa Melayu di iklan-iklan kedai di sekitar Kuala Lumpur ketika itu. Sudah lebih 40 tahun Anwar berdemo, kini berdemo untuk menjadi Perdana Menteri.

Jika kita membaca buku mengenai Saidina Umar Abdul Aziz, dalam satu bab dalam buku itu dinyatakan bahawa Umar Abdul Aziz menentang bentuk cara demonstrasi untuk mencapai kekuasaan. Umar Abdul Aziz menyerahkan kepada Allah SWT akan takdir hidupnya dengan memberikan sumbangan yang besar kepada pemerintah-pemerintah sebelumnya, dan akhirnya dia terpilih pula sebagai Khalifah di negara Islam. Lim Guan Eng pada tahun 2008 menyebut contoh Saidina Umar Abdul Aziz ini, Anwar Ibrahim patut malu dengan sindiran Lim Guan Eng ini.

Bagaimana mengurus Anwar?
Mantan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla, telah bertandang ke Kuala Lumpur pada 5/5/2013 untuk bertemu Anwar kemudiannya pada 7/5/2013 bertemu DS Najib dengan tujuan untuk mendamaikan mereka berdua.

Kita mengucapkan terima kasih kepada Bapak Jusuf Kalla yang sebenarnya kawan lama Anwar dan juga satu kuturunan bangsa dengan DS Najib (Bugis). Dalam hal ini, Senator Ezam tidak bersetuju dengan cara Bapak Jusuf Kalla.

Bagi saya, hanya rakyat Malaysia boleh menidakkan cara Anwar untuk menjadi Perdana Menteri melalui proses jalanan.  Anwar memberi info kurang tepat kepada orang ramai kononnya mereka memperolehi majoriti popular dengan 5.6 juta undi berbanding diperolehi BN dengan jumlah 5.3 juta undi, selebihnya pula milik Calon-Calon Bebas dan Undi Rosak. Kena kira juga walaupun mereka Calon Bebas!  Anwar sengaja tidak melihat hal ini dan tidak hendak mengulas angka 133 dan 89. 

Jika anda melihat statistik PRU13, sebenarnya undi popular PR ialah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Perak, Kelantan dan Selangor sahaja, yakni di kawasan majoriti Cina yang memberi sokongan kepada DAP. Bukannya di seluruh negara pun, lima negeri sahaja pun.

Di negeri Sabah, Sarawak, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah, Pahang, Perlis dan Terengganu majoriti popular dimenangi oleh BN iaitu 9 negeri.

Maka, kita jangan terpedaya dengan mainan angka di pihak Anwar. Tetapi sebenarnya, kemenangan 133 kerusi sudah cukup untuk menutup mulut 89 angka.

Saya tidak hairan jika Anwar boleh mengumpul 60 ribu di Pulau Pinang, 20 ribu di Seremban, 30 ribu di Johor atau katanya 100 ribu di Kelana Jaya. Saya tidak akan hairan kerana jentera di belakang kepada semua himpunan itu ialah DAP dan ya juga oleh PKR. Jumlah pengundi dalam PRU13 baru-baru ini melebihi 10 juta orang, malah rakyat Malaysia sudah mencecah 30 juta, saya fikir lebih ramai rakyat Malaysia menolak demonstrasi atau himpunan seperti itu, hanya merekaini silent majority yang tidak suka hiruk-pikuk.

Pada saya, biarkan dia meluahkan kekecewaannya di dalam stadium kerana Akta Perhimpunan Aman membolehkan mereka berhimpuan sesuka hati mereka, dari 8.00 malam hingga 8.00 pagi esok pun tidak mengapa, atau sambung saja 48 jam tanpa henti menjeritlah, cakaplah apa sahaja di dalam stadium kerana Akta Perhimpunan Aman membenarkan. 

Hanyasanya jika berlaku perkara yang bertentangan dengan undang-undang, sudah tentulah tindakan akan diambil sebagaimana ke atas Adam Adli di bawah Akta Hasutan kerana menghasut orang ramai untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalanan. Apakah pihak keselamatan akan berpeluk tubuh sahaja jika berlakunya ancaman dan hasutan. Jika di Amerika negara Demokrasi kebangggan Anwar, anda sudah pasti boleh mengagak nasib orang seperti Adam Adli, oh Amerika jauh sekali, baiklah kalau di Singapura apakah agaknya nasibnya?

Sedangkan minggu lalu, Kerajaan Singapura menangkap 21 rakyat Malaysia yang berhimpun menentang keputusan PRU13 dengan 3 orang daripada mereka ditarik balik pass kebenaran bekerja di Singapura! Mana-mana negara akan mengambil tindakan tegas ke atas rakyatnya yang melanggar undang-undang, saya yakin jika Anwar pun menjadi PM akan turut bertindak tegas ke atas mereka yang melanggar undang-undang keamanan, bukan begitu?

Kesimpulan
Benar kata Azmin Ali, ini negara kita maka marilah kita bernegara dengan bijaksana. Kalau begitu, makanya yang menang teruskan tanggungjawab, yang kalah bermuhasabalah. Lihatlah bagaimana Datuk Abdul Azeez Abd. Rahim kalah terok pada tahun 2008 di Baling tetapi boleh menang besar pada tahun 2013.

Di Putrajaya ketika PRU13, jika dilihat kepada poster, banner, bendera, risalah, sms dan ceramah Husam Musa saya kira Husam Musa sudah boleh menang mengatasi Tengku Adnan. Namun, silent majority biasanya tidak suka menunjuk-nunjuk sokongan mereka, akhirnya Husam Musa tumbang bergaya dengan majoriti besar kepada Tengku Adnan. Kemudian lebih malang lagi, Husam tidak dilantik sebagai exco Kerajaan Kelantan. Lebih malang lagi Husam tidak hadir semasa majlis persaraan Dato Nik Aziz Nik Mat. Lebih malang lagi Husam memberi sedikit tekanan kepada MB Kelantan mengenai hal projek-projek ketika dia berkuasa dan lesen pembalakan.

Kabinet sudah dibentuk, rakyat Sabah dan Sarawak mendapat hadiah yang paling besar di mana 25 Menteri dan Timbalan Menteri dilantik dari kedua-dua negeri tersebut. Inilah hadiah atas sokongan yang kuat, dan inilah masa untuk memajukan negeri Sabah dan Sarawak. Saya yakin rakyat di Sabah dan Sarawak akan menikmati pembangunan yang lebih besar selepas ini. Rakyat di Sabah dan Sarawak hendaklah tidak melepaskan peluang ini.

Kini, sudah sampai masanya kita bekerja.Lupakan seketika hal-hal PRU13, mari kita bersama-sama membangunkan negara kita mengikut bidang kepakaran anda masing-masing.




 










2 Komen:

Anonymous said...

As-salam En. Al-Azharri...

Seperti biasa bila saya membaca n3 saudara ada yang saya setuju dan selalunya banyak yang saya tak setuju...

Kalau saya nak komen satu-persatu nanti ada pulak orang suruh saya buat blog sendiri...

Saya yakin saya mampu buat blog sendiri cumanya saya tak mahu...

Berbalik kepada n3 di atas, sememangnya perbezaan pendapat dibenarkan malah sepatutnya diraikan...

Saya tertarik apabila saudara menyatakan 25 menteri dan timbalan menteri yang dilantik berasal dari Sabah dan Sarawak sebagai hadiah atas sokongan kuat kepada BN oleh pengundi di sana...

Saya tertanya-tanya, patutkah jawatan politik seperti menteri dan timbalan menteri ini dijadikan hadiah?

Itu baru jawatan menteri dan timbalan menteri...

Belum lagi kita lihat jawatan pengerusi bagi beberapa agensi kerajaan yang diberi sebagai "hadiah persaraan" beberapa ahli politik seperti yang kerap diamalkan sebelum ini...

Persoalan saya adalah wajarkah jawatan-jawatan penting yang akan memberi kesan kepada rakyat diberikan kepada beberapa orang ahli politik sebagai "hadiah'?

Bagi saya amalan sebeginilah yang menyebabkan kabinet kerajaan Malaysia selalunya bersaiz besar...

Makin besar kemenangan samada majoriti 2/3 ke majoriti 5/6 ke maka makin besarlah saiz kabinet kerana amalan memberi hadiah di atas sokongan ini mengatasi memberi jawatan kerana keperluan...

Malahan sekarang ini kita juga boleh lihat fenomena semakin kecil kemenangan boleh menyebabkan semakin besar saiz kabinet juga disebabkan amalan memberi hadiah di atas sokongan ini mengatasi memberi jawatan kerana keperluan!

Marilah sama-sama kita fikirkan.



Anonymous said...

Saudara..... "HADIAH" hanyalah sekadar ungkapan untuk menggambarkan bahawa kerajaan tidak mungkin akan meminggirkan kelompok pemimpin masyarakat yang benar-benr mahu berkhidmat untuk rakyat. Bukan masalah kebinet besar yang harus di pertikaikan sebab semakin besar kebinet maka semakin luaslah peluang untuk mendengar lebih banyak pandangan dan keputusan berdasarkan suara ramai....adakah kita hendak berpaksikan kebinet kecil bayangan pakatan yang akan hanya di anngotai anak beranak, sanak saudara dan rakan taulan seperti yang PAKATAN akan amalkan? Saya galakkan saudara berBLOG dan kita akan lihat sejauh mana saudara dapat bertahan dengan pandangan uyang sinting atau sekadar berani alal-ala menyinsing lengan sahaja. sebelum terlupa....jika saudara sentiasa membaca blog kebanyakan tak kira yg sokong atau anti pakatan...saudara akan dapati...budaya hadiah adalah amalan saudara ANWAR Ibrahim..." kau sokong aku...aku lantik jadi Timbalan atau Naib....." betulkan?

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan