HASSAN ALI BAKAL SUA PAS BARU: DR HARUN DIN MURSYIDUL AM BARU,

on Friday, May 3

BAKAL SETIAUSAHA AGUNG PAS
Saya telah melawat hampir seluruh kawasan Parlimen dari Perlis, Sarawak hingga ke Sabah. Apa yang saya ulas adalah sama apa yang pernah saya tulis mengenai Datuk Hassan Ali dan Datuk Nasharudin Mat Isa sehingga akhirnya mereka menjauhkan diri dari parti PAS.

Jika anda seorang pemerhati yang cekap, anda akan lihat Jentera PAS yang memasang bendera PAS seperti di Kajang, Putrajaya, Bangi, Sepang, di Kedah, Perlis malah di Johor, majoriti jentera PAS tidak mahu memasang bendera PKR berselang-seli dengan bendera PAS. Pasti ada arahan pihak atas. Hanya orang PKR yang terhegeh-hegeh memasang bendera mereka dekat bendera PAS atau memasang bendera PAS di premis/kenderaan mereka.

Di Merotai dan Kalabakan sendiri, sahabat saya Tn Hj Ahmad Dullah yang menjadi calon PAS di Merotai tidak dilayan dengan baik oleh Anwar semasa Anwar ke Tawau. Di atas pentas calon-calon PAS tidak diangkat tangan mereka oleh Anwar walaupun berdiri dekat Anwar. Orang senior seperti ini http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2013/05/breaking-news-pemimpin-pas-akan.html melihat perbuatan Anwar itu kerana membalas dendam ke atas tindakan Hj Hadi tidak mengiktiraf Calon PKR di Damak, Kuantan. Saya tahu awal juga bahawa PKR Kalabakan tidak senang dengan perbuatan PAS Kalabaan yang mengumumkan lebih awal calon-calon mereka dengan mengenepikan PKR dan DAP yang merupakan Pakatan mereka bersama.

Malah di Kota Damansara, Hj Hadi tidak menghalang Jentera PAS untuk membantu calon PAS walaupun di sidang akhbar mereka mengakui calon PKR di Kota Damansara. Begitu juga di Sg. Acheh, calon PKR Chegu Bard bertelagah dengan Calon PAS. Makna di sebalik semua cacamerba ini ialah, PAS sudah bersedia meninggalkan PKR dan Pakatan, saya yakin ianya akan berlaku selepas PRU13. Saya lebih suka jika PAS mufaraqah sebelum 5/5/2013.


MENTERI PENUH DI BAWAH UMNO/BN-PAS
'CERITA PAKATAN KETIGA PAS'
Profesor Dr. Sidek Baba memiliki maklumat jelas mengapa semua rakyat mesti menolak Anwar dan Pakatan Rakyat. Prof. Dr. Sidek Baba sudah menghuraikan banyak, saya tidak hendak ulas itu, saya hendak mengulas yang belum anda ketahui.

Di Parlimen Shah Alam, nama yang sudah dicadangkan ialah Datuk Dr. Hassan Ali sebagai Calon BN. Namun Datuk Dr. Hassan Ali bukanlah kemaruk kuasa seperti Anwar. Jika Datuk Dr. Hassan Ali bertanding dia boleh menang, tetapi apakah keuntungan jangka panjangnya.

Dalam konteks PRU13, Presiden PAS Hj. Hadi Awang mula MENYERANG Anwar walaupun masih berlapik. Kata Hj. Hadi, kita tak mahu Calon jual Pil Kuda PKR. Kita tak mau calon Karl Marx dan Stalin serta Komunisme. Semua itu mengkritik pedas Anwar. Kemuncaknya di Damak, Kuantan Hj Hadi menyeru pengundi untuk mengundi calon Bebas bukan calon PKR!


BAKAL SENATOR DAN MENTERI PENUH 
Selepas PRU13, saya diberitahu Prof. Datuk Dr. Harun Din akan menggantikan Mursyidul Am PAS menggantikan Datuk Nik Aziz Nik Mat. 

Hj. Hadi Awang bakal membawa masuk semula Datuk Nasharudin Mat Isa.

Saya juga diberitahu, beberapa nama besar PAS yang pro-DAP dan pro-Anwar seperti Mat Sabu, Mahfuz Omar akan dikeluarkan. Manakala Datuk Mustapha Ali akan digantikan dengan Datuk Dr. Hassan Ali.

Selepas semua kerangka ini berjaya dilahirkan, maka PERPADUAN PAS-UMNO/BN di dalam BN akan diusulkan dalam Muktamar Agung PAS tahun depan. Dan PAS akan menjadi sebahagian ahli BN.

Apakah maksud saya jangka masa panjang tadi? Maksud saya ialah selepas Datuk Dr. Hassan Ali dilantik SUA PAS, kedudukan Datuk Nasharudin Mat Isa akan dimanafaatkan oleh Perdana Menteri dan kerajaan Perpaduan UMNO/BN-PAS.

Saya dimaklumkan Datuk Nasharudin Mat Isa akan dilantik sebagai Senator dan dijangka menjawat jawatan Menteri Penuh yang akan memegang Portfolio Agama dan Hubungan Antarabangsa (Dunia Islam).

Manakala, Hj. Hadi Awang dijangka turut dilantik sebagai Menteri Penuh.

Kepada Prof, Saya mohon maaf memecahkan Rahsia ini, kerana saya fikir Umat Islam yang cintakan Perpaduan mesti mengetahui cerita ini.

Terima kasih.



10 Komen:

Anonymous said...

InsyaAllah..saya lebih setuju dengan Kerajaan perpaduan di mana PAS akan menjaga portfolio agama.

MyShah said...

mudah mudahan Allah permudahkan rancangan yg baik ini..takbirrrrrr!!!!!

Md Said Salleh said...

Semoga Allah memberkati usaha yang baik ke arah penyatuan Umat Islam .

Anonymous said...

Hanya kepada-MU kami sembah, dan hanya kepada-MU sajalah kami meminta pertolongan. Insya Allah...

Siti Najwa said...

jika ini benar, harap Allah permudahkan

Umi MediNa said...

jika benar..ini lar yang amat diharapkan..amin..moga menjadi kenyataan..

Anonymous said...

Sudah lama saya menunggu saat ini...sejak saya mula mengundi 24 tahun dulu...ya Allah moga kau makbul kn, memudahkn dan memberkati usaha ini demi agama islam...

PaKMie said...

Salam...

Allah maha kaya...3 panglima pas kecundang!dan perletakan jwtan Nik Aziz selaku MB Kelantan membuka jln kembali perpaduan antara umno-pas.

Hassan Ali juga ustaz Nasha sebagai pemangkin kpd usaha kearah ini....

Anonymous said...

Perpaduan mungkin tercapai apabila semua parasite yg berada di DLM pas disingkirkn

little napolean said...

Alhamdulilah, walaupun saya baru terjumpa blog ini, saya berharap usaha ini akan diberkati Allah. Insya Allah usaha ini bakal menjadi kenyataan....

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan