EKSKLUSIF: RUNDINGAN ANWAR-JUSUF KALLA -NAJIB DI JAKARTA

on Sunday, June 16

PERTEMUAN EKSKLUSIF SAYA DENGAN BAPAK JUSUF KALLA DI JAKARTA
Pada mulanya saya tidak hendak menulis perkara ini dan saya cuba bertahan untuk tidak menulis, kerana Bapak Jusuf Kalla berpesan kepada saya supaya berhati-hati. Namun begitu, apabila saya membaca blog rakan saya ini http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/ , saya dapati berlaku kekeliruan dan perkara yang tidak adil kepada DS Najib. Maka, saya mengambil keputusan untuk menulis berita eksklusif ini.

Pertama sekali, pertemuan saya dengan Bapak Jusuf Kalla adalah berseorangan dengan dibantu oleh Ahli Parlimen Indonesia, Bapak A. Mohamad Fatwa yang juga Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia. Saya ditemani oleh dua orang rakan. 

Hubungan Anwar dengan Bapak Jusuf Kalla dan Bapak A.M. Fatwa adalah hubungan sahabat lama berpuluh-puluh tahun sejak zaman belia lagi. Malah sehari selepas Anwar dibebaskan dari penjara (2004), Bapak A.M. Fatwa terbang ke Kuala Lumpur untuk meraikan pembebasan Anwar. Manakala, hubungan DS Najib dengan Bapak Jusuf Kalla ialah hubungan sejarah di mana Bapak Jusuf Kalla adalah seorang Usahawan sejak zaman ibu bapanya lagi, manakala DS Najib adalah keturunan Bangsawan Bugis dari Kerajaan Goa di Sulawesi Selatan. Manakala, saya pula hubungan kekeluargaan dengan Bapak A.M. Fatwa dan juga Bapak Jusuf Kalla dari sebelah isteri saya.
SAYA DITEMANI OLEH BAPAK A.M. FATWA, AHLI PARLIMEN INDONESIA, KETUA DEWAN PERWAKILAN RAKYAT INDONESIA
NEGOSIASI DI ANTARA ANWAR-JUSUF KALLA-NAJIB
Dalam perbincangan Eksklusif saya dengan Bapak Jusuf Kalla dalam satu jam di rumah Bapak Jusuf Kalla, beliau memberitahu saya bahawa Anwar bertemu dengannya sebanyak 3 kali. 

Pertemuan pertama berlaku pada bulan Mac di mana Anwar datang ke rumah Bapak Jusuf Kalla di Jakarta. Tujuan Anwar bertemu Bapak Jusuf Kalla untuk meminta Bapak Jusuf Kalla menjadi orang tengah semasa PRU-13, di mana Anwar sangat yakin akan menang dan meminta Bapak Jusuf Kalla memberitahu DS Najib supaya sesiapa di antara mereka yang kalah hendaklah menerima kekalahan itu. Cukup saya dedahkan satu ini, yang lain sudah pasti rahsia.

Bapak Jusuf Kalla seorang yang bijak, dalam pertemuan itu, beliau memanggil dua lagi Ahli Parlimen Indonesia sebagai saksi iaitu Bapak Yusril Ihza Mahendra dan Bapak Fahmi Idris, kedua-duanya mantan Menteri Indonesia dan kedua-duanya juga adalah sahabat Anwar. 
 
Namun demikian, selepas keputusan PRU-13 memberi kemenangan kepada DS Najib pada malam 5/5/2013, Anwar Ibrahim telah mungkir janji tidak mahu menerima kekalahannya sebaliknya menuduh berlaku penipuan. Kemungkiran janji Anwar menyebabkan sahabat-sahabatnya itu (Bapak Jusuf Kalla, Yusril, Fahmi dan lain-lain) marah kepada Anwar Ibrahim.
KETIKA SAYA BERDISKUSI DENGAN BAPAK A.M. FATWA DI RUMAHNYA
Dalam negosiasi itu, Anwar berkata kepada Bapak Jusuf Kalla "saya mahu jawatan Perdana Menteri". Bapak Jusuf Kalla sebaliknya menjawab kepada Anwar, "Apa kamu sudah gila! Kamu hanya menang 89 kerusi parlimen, Najib menang 133 tidak mungkin kamu bisa jadi Perdana Menteri!".

Bapak Jusuf Kalla berkata lagi, "jika kamu (Anwar) di Indonesia, ya kamu sudah jadi Presiden Indonesia sebab kamu menang undi popular, tetapi di Malaysia guna sistem undi electoral (parti)".

Tambah Bapak Jusuf Kalla lagi, "kamu kata isu dakwat, lihat jari kamu (sambil memegang tangan Anwar) masih ada dakwat yang belum hilang. Kamu kata ramai orang Bangladesh, tak kan orang Malaysia tidak boleh membezakan orang Bangladesh dengan orang tempatan dari segi bahasa percakapan dan budayanya".

MASA DEPAN NURUL IZZAH
Dalam pertemuan itu juga, Anwar dan Bapak Jusuf Kalla menyentuh masa depan Nurul Izzah. Bapak Jusuf Kalla dan Anwar bercakap soal jawatan Menteri Penuh kepada Nurul Izzah. Dalam pertemuan itu, Anwar meminta masa untuk berfikir.

Bapak Jusuf Kalla turut bercakap beberapa jawatan Kabinet kepada Anwar, dan Anwar meminta tempoh masa berfikir.

Menurut Bapak Jusuf Kalla, Anwar datang menemuinya untuk membuat negosiasi ini kerana Anwar begitu yakin dia akan menang PRU13 dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

Pada pandangan Bapak Jusuf Kalla, Anwar hidup dengan imaginasi yang melampau-lampau di mana Anwar mengangggap dirinya adalah Perdana Menteri, Anwar percaya dirinya adalah Perdana Menteri, bercampur-campur dengan sikap egonya, maka Anwar kata Bapak Jusuf Kalla tidak dapat menerima hakikat ketewasannya di dalam PRU13.
 
Tekanan Washington 
Bapak Jusuf Kalla turut menceritakan hal lain, di mana beliau memberitahu kepada saya adanya elemen Washington dalam keputusan PRU13 itu, di antaranya pihak Washington telah menekan Presiden Indonesia supaya menerima kunjungan Anwar dan memberi sokongan kepada Anwar. 

Dalam hal ini, Bapak Jusuf Kalla memberitahu kepada saya beliau telah dihubungi oleh Presiden Indonesia untuk meminta pendapat akan hal ini, dan Bapak Jusuf Kalla memberi pandangan kepada Presiden Indonesia bahawa adalah tidak betul untuk menerima tekanan Washington itu.

Maka, pertemuan Anwar dan Presiden Indonesia semalam jelas akibat daripada tekanan Washington ke atas Presiden Indonesia.

Bersambung...




20 Komen:

Anonymous said...

SAUDARA MEMANG HEBAT, NAMUN SAYA PERCAYA SAUDARA MASIH MENYEMBUNYIKAN BANYAK PERKARA DALAM PERTEMUAN ITU...MENGAPA SAUDARA TIDAK DEDAHKAN SEMUA ISI PERTEMUAN DENGNA BAPAK JUSUF KALLA SUPAYA RAKYAT MALAYSIA MENGETAHUINYA???

Anonymous said...

DAKWAT DIJARI?

Anonymous said...

Sila jelaskn. Apakah sdr d antara punasihat pm yg d gesa ole tun daim utk d pecat.

Anonymous said...

Saudara memiliki kepakaran yang tinggi sebagai pakar nego yg hebat melihat kepada pertemuan sdra dgn pemimpin2 lain dlm blog sdra ini, sayang sekali sdra tidak dilihat dari segi kebolehan itu, apapun artikel sdra ini bnyk membantu mencerahkan keadaan. Ternyata Anwar sangat terdesak dan terhegeh-hegeh...bukannya Pak Najib yg steady dan tenang. Tahniah.

Permintaan sy ialah kenapa sdra tidak dedahkan saja yg lainnya, pasti sdra ada menyimpan rahsia lagi...silakan dedah sdra...

Anonymous said...

Jika apa yg saudara tulis dan usahakan ini tidak benar, bapak Anwar harus menjawabnya, jika pak Anwar berdiam diri sahaja, maknanya sdra dipihak yang benar, apapun sdra perlu menasihati Pak Najib, keberanian dan ketegasan perlu digunakan untuk melahirkan negara yang aman dan damai begitu.

Anonymous said...

Apakah saudara orang tengahnya Pak Najib or Pak Anwar? Atau sdra seorang pengaman? Apapun satu usaha yang bagus.

Anonymous said...

Sdra menulis pada masa yang tepat dengan tajuk yg tepat, sdra nampaknya seorg yg berpengalaman dan terlatih. Maknanya Himpunan Blackout 505 dah tak releven! Isunya apakah perasaan DAP dan PAS selepas mengetahui hal ini? apapun, sy masih tak berpuashati kerana sdra masih tidak menulis sepenuhnya, saya akan menunggu sambungan yg sdra janjikan itu..apakah terlalu rahsia untuk sdra menyembunyikan hal-hal yg lain, atau sdra perlu di TV untuk menjelaskan hal ini.

Anonymous said...

Very Good!

Anonymous said...

dakwat dijari tu yang membuatkan cerita ni jadi dongeng

Anonymous said...

maybe maksud penulis ini bekas dakwat di jari Anwar masih ada kesannya dan belum lagi hilang, kalau dakwat basah memanglah bukan itu yg dimaksudkan sy rasa, apapun sy percaya apa yg ditulis kerana org2 yg terlibat bukan sebarang manusia. Jika kita ikuti tulisan2 sdra Azhari ini, sy rasa dia menulis mengikut gerak hatinya dengan ikhlas, hanya org berani dgn kebenaran sahaja mampu menulis seperti ini, kalau nak dibanding dgn blogger2 tanpa nama lagilah tak leh percaya. Betul tak..wallahualam

Anonymous said...

Setuju tapi sy masih tak berpuashati kerana sy rasa tulisan ini tak habis lagi...sambunglah cepattt

Anonymous said...

nice story, so PAS dan DAP tunggu apa lagi?

Anonymous said...

MAKNANYA HIMPUNAN BLACKOUT505 TU BIKIN PENAT SAJA...DAH TAK RELEVAN! HIMPUNAN MEMBODOHKAN RAKYAT

Anonymous said...

Penin bah,report polis dakwatnya hilang jam 5,tapi pak yusof masih nampak sisanya.

Anonymous said...

Elok Anwar minta jadi rakyat Indon...masuk PEMILU dia sudah tentu Presden rakyat Indon...

Anonymous said...

Salam 2 all..jom layan kuliah agama di www.kuliahtube.com

Anonymous said...

bila mau sambung artikel? jgn dibiarkan lama2...nanti basi

Anonymous said...

Waduh...waduh...waduhhhhh, enak sekali ceritanya ya Pak!

Anonymous said...

Terbaik sappo. Ex abaka.94

Anonymous said...

Wow, orang umno pun tak leh buat macam lu...tabik sama lu,sanggup pegi jumpa dan korek rahsia.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan