MALAPETAKA TANDING PRESIDEN, KHAIRY JAMALUDIN & KUALA BESUT

on Sunday, July 21

Ketua Pemuda UMNO
SAYA agak terkejut dengan ulasan YB Khairy Jamaludin berkenaan dengan keputusan PRK Kuala Besut sebagai memberi kesan besar kepada DS Najib sebagai Presiden UMNO. Ianya satu ucapan yang nakal tetapi bertanggungjawab.

Bagi saya ada dua perkara, sebagai reaksi, saya melihat sebarang keputusan PRK Kuala Besut sebenarnya memberi tanda aras kepada YB Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO. Oleh kerana calon UMNO di Kuala Besut adalah orang muda, maka ianya secara prinsipal di bawah tanggungjawab YB Khairy sebagai Ketua Pemuda. Kemenangan UMNO akan memberi persepsi positif dan imej bagus kepada YB Khairy, sebaliknya kekalahan di PRK akan memberi mesej negatif kepada beliau.

Perkara kedua, adalah menjadi tradisi UMNO bahawa mana-mana Pilihanraya Kecil akan menjadi tanggungjawab Timbalan Presiden parti mengemudinya. Ketika PRK Permatang Pauh dahulu dan lain-lain PRK, DS Najib bertanggungjawab mengemudi jentera kerana beliau merupakan Timbalan Presiden parti. Makanya juga, sebarang keputusan di PRK Kuala Besut turut memberi kesan kepada TS Muhyidin Yassin sebagai Timbalan Presiden parti.

Presiden parti sudah memberi amanah dan tanggungjawab kepada mereka. Ianya sangat jelas.

Buku Barrack Obama Bertajuk "The Audacity Of Hope" Ada Menghuraikan Maksud Gambar-Gambar Seperti Ini
MALAPETAKA YANG BAGAIMANA
Saya telah menulis bahawa jangan underestimated DS Najib sebagai Presiden UMNO di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/07/jangan-underestimated-ds-najib-sekali.html, namun masih ada ahli UMNO yang kurang faham.

Sebelum itu, saya tidak hendak mengulas surat bapak Jusuf Kalla dua hari lalu yang disiarkan di dalam blog DS Anwar Ibrahim, pertamanya kerana saya mahu terus menghormati bapak Jusuf Kalla sebagaimana penuh hormat dan amat berdiplomasi tinggi isi surat itu. Saya berusaha tidak hendak melukakan hati bapak Jusuf Kalla, kerana dari segi usia saya meletak diri saya sebagai anak manakala beliau seorang negarawan serumpun yang berjiwa besar. Hal-hal lainnya, biarlah menjadi rahsia antara beliau dengan saya sahaja.

Berbalik kepada DS Najib, saya percaya DS Najib mempunyai banyak pilihan. Beberapa pemimpin UMNO tidak membaca teliti dan tidak memerhati dengan bijaksana peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum dan selepas PRU13. Saya memberi satu contoh sahaja, iaitu Isu Altantunya, kenapa isu ini tidak relevan semasa PRU13 di mana mereka sudah melupakannya, mereka sudah tidak menyebutnya lagi, akhbar-akhbar mereka, jurucakap-jurucakap mereka bahkan pasukan peguam mereka sudah tidak melihatnya sebagai relevan lagi. Ianya tidak dijadikan isu besar semasa PRU13!. Tidak ada sesiapa lagi di dalam Pakatan Rakyat yang menjerit-jerit nama Altantunya ataupun Mongolia! 

Adakah semua itu berlaku kerana kebetulan atau ianya sebahagian daripada kebijaksanaan? Mungkin kita boleh dengar kata-kata artis Nabil, "lu pikirlah sendiri".

Selain ulasan YB Khairy, UMNO Pahang dan Pemuda UMNO Johor turut memberi "signal" supaya diadakan pemilihan untuk semua jawatan. Desakan ini mudah difahami, namun mereka sendiri tidak faham emosi sedang menguasai mereka. Namun mereka tidaklah salah, kerana UMNO adalah parti demokratik, mereka boleh memberi pandangan untuk kebaikan parti.

Pertama, Tun Dr. Mahathir dan selang sehari kemudian Tun Abdullah Ahmad Badawi memberi kenyataan terbuka supaya, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak perlu ditandingi. Mesej mereka jelas, dan satu-satunya bahagian yang faham ialah UMNO Bahagian Kalabakan. Semalam saya bercakap dengan Ketua UMNO Bahagian Kalabakan untuk mengucapkan tahniah dan bicara hal-hal lain, pertama kerana UMNO Kalabakan merupakan antara yang terawal bermesyuarat dan memutuskan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak ditandingi.

Malapetaka yang berlaku bukannya UMNO akan berpecah dan bukannya DS Najib akan tewas. Malapetaka itu sangat besar khususnya kepada ahli-ahli UMNO yang sekian lama mempertahankan status quo kepartian UMNO. Kali ini, mungkin mereka terpaksa menerima status quo baru. Saya tidak dapat menulis status quo baru itu dalam bentuk apa di sini, kerana saya bimbang ianya akan menjadi "news of the year". Baru-baru ini saya sempat bertemu seorang ketua editor media arus perdana, beliau faham apa yang saya tulis ini. Insya'allah ketemu semula.

Bersambung...







5 Komen:

Anonymous said...

Najib kena lebih berani jiika mau dilihat relevan dlm Umno. Najib terlalu jaga hati Cina dan membiar Melayu sakit hati!

Anonymous said...

Sedara patut ulas surat Jusuf Kalla itu, jika tidak orang akan menuduh sedara, Jusuf Kalla, Anuar dan Najib punya agenda terutama agenda menjatuhkan atau membawa Anuwar Al-Juburi menyertai UMNO!!!

Anonymous said...

najib patut keluar parti saja la..x berwibawa

Anonymous said...

Kenapa sdra menyembunyikan fakta sebenar pertemuan sdra dgn JK, sdra perlu dedah dan tak perlu terlalu pikirkan Najib, apakah Najib memikirkan kamu? so tulis dan dedahkan utk kebaikan Umno dan Negara.

Anonymous said...

Saya tak suka Khairy Jamaluddin - saya cakap terus terang. Jadi, apa dia cakap saya tak percaya, saya curiga dan syorkan rakyat ketepikan.

Dia di dapati bersalah politik wang oleh UMNO sendiri. Dapat jadi Ketua Pemuda tapi saya tak lihat tindakan yang berfaedah besar kapada kaum Melayu di buatnya.

Pada masa masa nya dia telah keluarkan kata kata yang janggal. Dulu berkejar menemui Anwar Ibrahim bawakan pasport bila Anwar keluar dari penjara. Macam itu jenis yang kata nak jadi PM sebelom umur 40? Sori le.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan