DEBAT AKHRAMSYAH SANUSI vs KHAIRY JAMALUDIN

on Tuesday, September 17

Gambaran Di Wajahnya: Keikhlasan, Keberanian & Perjuangan
Oleh kerana saya telah menulis banyak perkara mengenai YB Khairy Jamaludin sebelum ini (anda taip sahaja nama Khairy Jamaludin di dalam ruangan search), eloklah pula saya berlaku adil kepada Akhramsyah juga.

PEREBUTAN Kerusi Ketua Pemuda UMNO memasuki episod baharu, apabila anak kepada Tan Sri Sanusi Junid menyertai gelanggang pertandingan jawatan Ketua Pemuda.

Jika anda mendengar ucapan-ucapan dan gagasan-gagasan Akhramsyah, anda akan dapati semangat keMelayuan Akhramsyah adalah jelas, fokus keMelayuan beliau lebih fokus dan perjuangan keMelayuan beliau sangat difahami. 

Namun begitu, saya mesti berterus-terang bahawa kehebatan pidato Akhramsyah sudah mula mendekati kehebatan pidato ayahnya Tan Sri Sanusi Junid.

Jika anda mahu mendengar pidato yang hebat dan tidak membosankan, Tan Sri Sanusi Junidlah orangnya. Dalam ketawa ada mesej, dalam sindiran ada isi, dalam ketegasan ada political will. Semua itu tidak ada kepada DS Anwar Ibrahim.

Sebagai pemerhati, saya beberapa kali mendengar Akhramsyah berucap. Akhramsyah bercakap soal mengapa orang Melayu mesti ada wawasan antarabangsa, beliau memberi perbandingan Melayu moden berbanding Melayu tradisional,beliau membandingkan Melayu hebat dengan Melayu di bawah tempurung dan sebagainya.

Akhramsyah bercakap jelas tentang ke mana hendak membawa orang Melayu pada 10 dan 20 tahun akan datang. Akhramsyah bercakap tentang mengapa orang Melayu hilang jatidiri dan bagaimana orang Melayu mesti mempertahan jatidiri mereka. Akhramsyah bercakap apa bentuk wawasan bangsa Melayu dalam Wawasan 2020.

Akhramsyah tidak mengenali saya, saya pun tidak mengenali Akhramsyah, tetapi saya beberapa kali mendengar beliau berucap.

Akhramsyah Bertemu Tun Dr. Mahathir
Sesiapa pun boleh bertemu Tun Dr. Mahathir jika ada peluang, kerana mereka yang ingin belajar dan mengutip pengalaman negarawan yang berjasa tidak perlu berasa malu.

Selepas Akhramsyah bertemu Tun Dr. Mahathir, Akhramsyah tidak bercakap sepatah pun apa yang dibincangkan. Tiada siapa yang tahu apa isi perbualan mereka, barangkali Tun menasihati Akhramsyah supaya mengamalkan "diet" kerana untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO perlukan fizikal dan stamina yang mantop.

Selepas saya mendedahkan Akhramsyah ada bertemu Tun Dr. Mahathir, sesiapa boleh membuat spekulasi sama ada Tun Dr. Mahathir memberi sokongan kepada Akhramsyah. 

Selingan
Saya teringat kisah Tan Sri Sanusi Junid dilantik sebagai Menteri. Suatu hari ketika Tan Sri Sanusi Junid sedang beristirehat di rumahnya, tiba-tiba mendapat panggilan telefon dari Tun Dr. Mahathir untuk melantiknya sebagai Menteri.

Tan Sri Sanusi Junid terkejut, katanya 'macam mana aku nak jadi Menteri jalan pun aku tak reti'. Maka belajarlah Tan Sri Sanusi Junid cara berjalan seorang Menteri mesti tegap, mesti senyum, mesti maha mendengar dan sebagainya.

Esok lusa, jika Akhramsyah menang, barangkali peristiwa yang sama akan berlaku semula ke atas dirinya pula.

Nota: Saya mencadangkan Pemuda UMNO mengadakan Debat di antara YB Khairy Jamaludin vs Akhramsyah. Saya sedia menjadi moderator jika diberi peluang.
















9 Komen:

Anonymous said...

Baru tahu... hebat juga dia ne, pencabar yg hebat ne

Anonymous said...

Saya sokong Akhramsyah.

RD.

Anonymous said...

Kalau nak survival org melayu dan Islam terpulihara masa akan datang pilihlah Akram... sapa mak wang harta jangka pendek Amerika Yahudi Singapork Kalimullah pilihlah org lain

Anonymous said...

sokong akhramsyah..

ipohmarley

Anonymous said...

Go akram Go!!

Anonymous said...

Bapaknya masa jadi MB Kedah ada cadangan yang pelik2 juga. Antaranya tukar nama Goreng Pisang kepada Gorpis dan cadang supaya padi ditanam atas bumbung rumah orang kampung untuk tambah hasil tanaman padi.

Anonymous said...

woiii org acheh dah bersepah kat malaysia....tak mau ambik pengajaran lagi ka? mrk ni pun kuat perkauman jugak

belang said...

acheh, bugis, turki, arab, pakistan, pendek kata semua muslim atas dunia ini adalah saudaraku, termasuk kamu anon jika kamu muslim.

Anonymous said...

Menjunjun tinggi martabat budaya melayu lebih baik dari pd menghina dan merendahkan asal muasal seseorang, kerana generally penduduk malaysia berasal dari pd luar negara yg hijrah pd masa dahulu, spt. Bugis , Aceh, Minang, Jawa, India, Arab , China dll. Perlu kita ketahui bahawa penduduk asli malaysia tinggal di tengah hutan belantara yg masih lg animisme atau blm ada ugama dan ade sebahagian ber ugama kristian..makanya hargailah yg sebangsa juga umat nabi tak lupa pula kita mesti menghargai umat yg lainnya..terima kaseeh ..

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan