![]() |
DS Hishammuddin : Toleran, Sederhana & Tenang |
Ramai keturunan DS Hishammuddin pernah menjadi Menteri Besar Johor kerana mereka adalah keturunan Bangsawan (pemimpin).
Dato' Jaafar Mohamad adalah Menteri Besar yang bijak di mana beliau sering membawa guru-guru agama, guru-guru sastera dan guru-guru bahasa Inggeris untuk mengajar anak cucunya. Saya juga mengetahui bahawa DS Hishammuddin juga sering memanggil guru-guru Sejarah, guru-guru bahasa ke rumahnya untuk mengajar anak-anaknya, kerana kebetulan guru itu rakan saya dahulu.
![]() |
Tun Hussien Onn: Tenang & Sabar |
Semasa transisi Jepun kalah, dan Tun Ibrahim serta Tun Hussien Onn dalam perjalanan pulang ke Tanah Melayu, khabar angin bertiup kencang bahawa kedua-dua mereka sudah mati di dalam perjalanan. Walhal ketika itu, mereka berada di dalam kapal selam dari Ceylon menuju ke Tanah Melayu untuk membantu pasukan Force 136 yang sedang beroperasi di tanah air ketika itu.
![]() |
Dato Onn Jaafar : Sabar, Tenang & Bijak |
SITI HISHAMMUDDIN
Satu-satunya jasa DS Hishammuddin (Hisham) yang tidak boleh dilupakan oleh ahli UMNO ialah semasa krisis politik 1998.
Hisham tidak terikut-ikut nada DS Anwar kononnya berleluasa Kolusi, Korupsi dan Nepotisme (KKN). Hari ini, anda lihat sendiri siapa lebih KKN?
Hisham membawa dirinya ke hadapan, membantu UMNO, membantu Presiden UMNO berhadapan dengan segala macam fitnah dari kumpulan reformasi. Tun Dr. Mahathir dituduh 'MahaFiraun', Hisham pula disindir 'Siti Hishammuddin' kerana sikap Hisham yang terlalu bertoleransi. Namun, Hisham tetap "steady" tidak menggelabah.
Hisham berada di Kementerian Belia & Sukan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Dalam Negeri dan kini Kementerian Pertahanan masih membawa imej Toleransi, Sabar & Tenang.
Jika Hisham bertindak seperti Tun Musa Hitam sewaktu krisis Memali dulu, saya yakin Hisham sudah terkeluar dari arus perdana. Jika Hisham bertindak seperti DS Anwar pada tahun 1998 dahulu, saya yakin Hisham tidak akan berada di kedudukannya sekarang.
UMNO adalah sebuah parti yang sederhana. Hisham membawa imej Kesederhanaan UMNO. Tun Hussien Onn ayahnya juga seorang Perdana Menteri yang sederhana, tenang dan sabar. Dato' Onn Jaafar juga seorang Presiden UMNO yang sabar ketika zamannya, berjalan kaki dan menaiki basikal masuk ke kampung-kampung menyedarkan orang kampung supaya bersatu di dalam UMNO untuk mendapatkan kemerdekaan.
Mereka yang 'berdarah panas' memang cepat menaiki takhta dalam kepimpinan UMNO tetapi cepat juga jatuh dengan terjunam dan menjunam.
Beberapa contoh yang terdekat, jika Timbalan Presiden UMNO mempunyai kesabaran dan ketenangan pada tahun 1998 barangkali dia boleh menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Jika Tengku Razaliegh Hamzah mempunyai sedikit lagi Kesabaran dan Ketenangan pada tahun 1987, saya yakin Tengku Razaliegh sudah menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
Tun Abd. Razak, Tun Hussien Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdulllah Badawi dan DS Najib sendiri adalah antara pemimpin UMNO yang sabar, tenang dan tidak gelojoh. Akhirnya, Allah SWT bersama mereka membawa mereka memimpin negara ini sebagai Perdana Menteri.
Apakah DS Hishammuddin juga akan diberi tunjuk oleh Allah SWT untuk menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri kelak, kerana ketenangannya, kesabarannya dan toleransinya yang tinggi.
Jika anda bertanya saya secara peribadi, saya mahu anda mengekalkan DS Hishammuddin sebagai Naib Presiden UMNO.
Ingatilah jasa-jasa DS Hishammuddin, khususnya jasa-jasa allahyarham Tun Hussien Onn, Dato Onn Jaafar, Dato' Jaafar Abdullah, Dato' Abdullah Jaafar dan Dato' Jaafar Muhammad.
Akan datang; "Kisah DS Zahid Hamidi berkata "saya tidak ada cita-cita mahu menjadi Perdana Menteri".
26 Komen:
Saya org Johor sangat terharu dengan artikel anda...walaupun saudara bukan org Johor. Tahniah.
kuat bodek bro
SAYA RASA SAUDARA ORG SABAH...KENAPA SAUDARA TAK PROMOTE SHAFIE AFDAL?
should we support him or any other guy for his genealogy? I don't think so.
Dalam suasana politik sekarang, kita lebih memerlukan seorang pemimpin yg tegas dan berani untuk menentang hujah2 dari pihak pembangkang dan bukan dr pemimpin yg terlalu lembut dan asyik dengan amarannya..
I don't think his family legacy should be his trump card. He should prove his worth when he was a Minister of Home affairs. He should have squash the crime issues, gangsters and not let it blossom till what it is now. Too late to support him. I am one of those who will cast the vote.
mohon datang parlimen sembrong. lihat, dengar dan tanya Umno ke, Melayu ke kat sembrong. kemudian buat penilaian tuan....
Zaman dulu sesuai laa kot ada pemimpin sederhana. Di kala zaman sekarang yang mana orang Melayu terus-terusan dipandang rendah, pemimpin sederhana ni serupa pemimpin lembik lah.
apa yang cuba nak disampaikan penulis? Jawatan Presiden UMNO xder kena mengena kot dengan pertalian dan faktor genetik. UMNO perlukan orang yang tidak lembik dan tunduk sebaliknya yang tegas! UMNO juga tidak perlukan pemimpin yang menggunakan politik wang. Faktor kejatuhan HIshammuddin juga pasti ada kena mengena dengan orang-orang bawahan beliau. Malaysia tidak perlukan seorang perdana menteri yang berdarah bangsawan, biarlah datang walau dari ceruk mana sekalipun tapi yang tahu dan kenal keluhuran bangsa dan agama! Lebih baik melihat latar belakang Tun M yang lahir dari sebuah keluarga yang sederhana tapi mampu melahirkan seorang negarawan luar biasa dan ulung yang berjiwa besar! Janganlah rosakkan lagi UMNO yang sudah semakin rapuh. UMNO juga tak perlu si kaki ampu
Bagi aku DS Hisahammudin takda masalah..Jika 1998, beliau masih bersama dengan Tun Mahathir mengalami krisis ekonomi dan pemecatan DSAI tatkala 'mereka' sudah berpaling tadah ketika itu, mengapa beliau perlu 'dijatuhkan' dengan cara biadap!..berilah aku SATU sebab mengapa DS Hisahammudin perlu dijatuhkan, jika benar aku mungkin berpesependapat dgn tuan tuan yang bijaksana!
Hang mcm tak mengikuti perkembangan tanahair jer. Hahahaha.
TAPI YANG OFF-MIC LAGI BEST!!! chrome.exe TCP:Outbound 219.93.37.97:443 00:01:20 4 KB/947 bytes http://www.defense.gov/transcripts/transcript.aspx?transcriptid=5293
TAPI YANG OFF-MIC LAGI BEST!!! chrome.exe TCP:Outbound 219.93.37.97:443 00:01:20 4 KB/947 bytes http://www.defense.gov/transcripts/transcript.aspx?transcriptid=5293
Menteri amaran...
Lihat lah semasa dlm KDN
hancur impaknya terasa hingga
kini, harapan kita sekarang pada zahid
Anak Kota, ini kan ke demokrasi? perwakiulan buat pemilihan tak timbul soal nak menjatuhkan sesiapa secara biadap. paklah dulu ramai2 turunkan mcm mane? tak biadap? ok, aku beri satu sebab: hisham tak kompeten sebagai pemimpin/menteri. isu lahad datu, ingat tak kenyataan dia penceroboh tu bkn pengganas, mrk tu kononnya ada pertalian persaudaraan dgn penduduk tempatan maka dtg berziarah. nkau tau tak lepas dua org anggota vat69 terbunuh, ramai pegawai & anggota polis sangat marah dgn hisham. sumber2 bkt aman kata klu dia jejak kaki ke bkt aman masa tu teruk dia akan kena cemuh. di kalangan pasukan bersenjata (tak semesti di msia), kadang2 pegawai yg jelas tiada kepimpinan sehingga membahayakan nyawa anggota pasukan akan ditembak dulu tau!
Tuan, selagi tuan & sewaktu masih dibelenggu pemikiran feudal membuta tuli, selagi itu la org melayu takkan maju. tolong la buka minda demi generasi akan dtg. apakah daya kepimpinan tinggi semestinya diturunkan kpd anak cucu? hisham dinilai oleh ramai org sebagai pemimpin yg rendah mutu kepimpinannnya. nak menyampaikan mesej dgn terang & tersusun pun tak mampu. ini penting krn ia mencerminkan kecelaruan pemikiran. sambil itu, bila nak nyatakan kenyataan tuan kononnya hisham kena hati2 masa lahad datu sbb torpedo dah dihalakan ke arah sabah? kami2 pun tau sikit sebanyak pasal senario keselamatan serantau, jgn hentam keromo semata2 nak jadi apologis utk hisham.
Melayu masa kini perlukan pemimpin yg tegas, bijak dan ultra melayu kerana bangsa lain telah lama ultra mereka. Kita tak mau pemimpin yg tenang, sabar bla,bla,bla. Zaman dulu bolehlah kerana tiada ancaman ultra bangsa lain terhadap kita.
Penulis dapat Ongkos dari Hishamuddin ..bayak le tu ..Sbb tu promote habis...
Dato' Onn dan Tun Hussain Mati d LUAR UMNO
Selayang UMNO
Saya takda masalah kalau,kesinambungan pimpinan keluarga,tapi biarlah yang berkarisma dan berani. Pusinglah ikut mana pun,orang melayu benar2 mahukan TARING dlm UMNO bukan bersentimen kenegerian.
Selamat maju jaya Mukriz,Ali Rustam dan Zahid. Tolong kembalikan maruah melayu.
UMNO bukan milik individu atau keluarga, harap maklum.
Lembik la datok ni...
Saya setuju dgn pndpat En
Ya betul. Saya setuju.
Bagus siapa pegang menteri pertahanan dan pendidikan ada harapan jadi pm pd masa depan do you a best
I proud my family..
hishamuddin banyak berjasa peringkat antarabangsa...lembik bukan sebarang lembik..lembik kaki berkasut mak nyah..pmmpin bukan sbrg pmmpin..sekarang mangkuk ayun kemudian calun pm pun aku prcya
Apa2 pun semua orang berhak bercakap, menilai dan menyuarakan pendapat masing2. Walaupun tuan2 ada yang berpendapat bahawa anak bangsawan seperti DSH tidak semestinya boleh menguruskan kerajaan, sama seperti menyatakan anak askar tak patut menjadi askar, atau anak seorang doktor tak boleh menjadi seorang doktor. Nampak tak statement kurang cerdiknya tuan2? persoalan yang sebenarnya yg patut kita tanya. adalah, Pernahkah DSH buat masalah? kalau beliau pernah buat salah, teruk sangat kah? DSH nampak lembik atau memang beliau punyai sifat sabar menunggu masa yang sesuai? atau dia punyai sifat sabar dan merendah diri yang tinggi?? pernah kah kita dengar dia memaki secara terang terangan di khalayak ramai? saya rasa tuan2 seperti saya juga perlu berhenti menilai dan berfikir secara rasional... itu pendapat saya.
Post a Comment