RAHSIA "AMARAN" DS HISHAMMUDDIN

on Sunday, September 29

SIAPAKAH AGAKNYA PEMUDA UMNO YANG SEBERANI HH MENGHUNUS KERIS DALAM PEMILIHAN 2013
SAYA terkejut melihat jumlah pembaca dalam artikel sebelum ini iaitu http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/09/keturunan-ds-hishammuddin-yang-perlu.html, rupa-rupanya ramai yang berminat membacanya.

Kali ini saya mahu menulis cara biasa, supaya kiasan-kiasan yang sering saya gunakan tidak lagi membuatkan pembaca saya keliru.

Sinotre Menteri Amaran diberi gelar kepada DS Hishammuddin Tun Hussien kerana style beliau yang kerap bertolak-ansur, berhati-hati dan cool. Mereka yang fanatik mahu style itu diubah kepada cara DS Zahid Hamidi yang kelihatannya lebih nampak garang. Adakah garang itu akan memberi keuntungan kepada politiknya dan negara kita? 
ADAKAH KEGARANGANNYA PENYEBAB KEJATUHANNYA
Kegarangan DS Anwar Ibrahim (1997) telah membunuh masa depannya di dalam UMNO. Kegarangan Tun Musa Hitam (1985) mengurus insiden Memali turut membunuh politiknya di dalam UMNO. Di Singapura, kegarangan Syed Jaafar Albar (1950)  terus membunuh masa depan UMNO di Singapura. Kegarangan Tengku Razaliegh Hamzah (1987)turut membunuh cita-citanya menjadi Perdana Menteri Malaysia, malah UMNO turut diharamkan (1988). Inilah akibat jika 'garang' di dalam UMNO!.
Wajah ' look Garang'  Ketika Muda-Muda Dahulu
Sebaliknya "kesederhanaan" allahyarham Tun Ghafar Baba membawanya ke puncak walaupun ada orang tidak memandangnya. Sebelumnya, Kesederhanaan Pak Lah membawanya ke puncak kuasa. Kesederhanaan Dato' Razali Ibrahim (Naib Ketua Pemuda UMNO) turut membawanya ke puncak lebih halus berbanding KJ. Begitu juga DS Najib, kesederhanaannya memberikan kekuatan kepadanya untuk terus berada di puncak.
Look "Garang Dalam Diam"
Sebenarnya, DS Hishammuddin telah banyak menyelamatkan UMNO, BN dan negara kita daripada ditimpa malapetaka yang teruk. Dek kerana kesederhanaannya.

Satu perkara yang kita kena sedar, bahawa tidak semua perkara yang berlaku perlu didedahkan kepada khalayak umum. Tidak semua tindakan boleh dilaksanakan dalam keadaan kerajaan UMNO/BN mengalami kemerosotan majoriti di dalam Dewan Rakyat.
Teka : Tegas atau Garang?
Kita ambil satu contoh yang amat dijengkeli oleh sebahagian ahli-ahli UMNO iaitu dalam kes demo haram BERSIH, Hindraf dan sebagainya. Emosi amarah orang Melayu dan UMNO kepada pelampau-pelampau BERSIH ialah mereka mahu DS Hishammuddin ketika itu mengambil tindakan lebih keras seperti menangkap dan menyumbat semua pendokong-pendokong Demo haram di dalam penjara. Malangnya, DS Hishamuddin tidak begitu.

Anda lihat ketika itu Ketua Pemuda UMNO sendiri hanya mampu mengumpul kira-kira 300 "patriot" berbanding ribuan peserta demo. Sebabnya mudah, Ketua Pemuda UMNO cuba melawan arus dan ianya satu tindakan berani yang tidak cantik hasilnya. Kita tentu agak malu melihat jumlah yang sangat sedikit itu. Saya fikir jika diberikan kepada Datuk Ibrahim Ali, dia boleh mengumpul 70,000 orang dalam masa 3 hari sahaja! Dia pernah melakukannya semasa dia masih muda.

Dalam hal Serangan Sulu di Lahad Datu, keinginan sebahagian ahli-ahli UMNO ialah mahu supaya DS Hishammuddin menghapuskan serta merta para penceroboh tersebut. Sebahagian rakyat dan ahli-ahli UMNO tidak mengetahui dengan detail apakah agenda besar di sebalik serangan orang Sulu di Lahad Datu tempoh hari. 

Jika tempoh hari kerajaan kita membuat Keputusan dan Tindakan terburu-buru, percayalah bukan sahaja DS Hishammuddin, DS Zahid, Panglima Angkatan Tentera atau Perdana Menteri kita akan menerima kesan yang amat-amat terburuk kepada negara kita, malah rakyat kita di Sabah paling besar menerima kesan buruknya.

Apakah kamu mengetahui "Muncung-Muncung Torpedo" sudah menghala ke Bumi Malaysia sekiranya kita membuat keputusan dan tindakan yang silap?

Namun di atas kesabaran, ketenangan, kebijakan, tidak emosi, tidak terburu-burulah maka negara kita selamat. Rakyat kita selamat. Saya tidak perlu menghuraikan kesemuanya di sini, kerana mahkamah sedang bersidang.
Ketenangannya Membawa Ke Puncak
Sesungguhnya, musuh-musuh di dalam dan di luar negara sangat-sangat "kecewa" kerana kerajaan kita dapat mengatasi kemelut Lahad Datu dengan tenang. Target mereka tersasar, mereka ingat Malaysia dipimpin oleh orang-orang seperti Marcos, Nurmisuari, AlGore, Netanyahu atau George Bush Senior. 

Daripada cerita saya ini, sebenarnya saya melihat di depan mata saya, DS Hishammuddin telah mengorbankan masa depannya, mengorbankan ketegasannya, mengorbankan kemandiriannya...demi "menjaga parti UMNO, menjaga negara kita, menjaga rakyat Malaysia" supaya selamat.

Syed Hussien Alatas meramal bermacam-macam ramalan kononnya Ustaz Ashaari Arqam akan jadi Perdana Menteri, YB Khairy akan jadi Perdana Menteri sebelum 40 tahun, juga meramal DS Anwar Ibrahim, namun semua ramalan itu tersasar.
Kesederhanaan, Toleran & Cool Menyatukan Ummah
Kerana mereka semua terlebih "garam". Saya mengajak para perwakilan di seluruh negara, supaya memberi peluang kepada DS Hishammuddin atas faktor-faktor yang telah saya dedahkan buat kali kedua ini. Saya tiada kepentingan dalam hal ini,kepentingan saya ialah saya mahu melihat UMNO terus ke hadapan mendepani survival.

Selamat membaca, dan selamat berfikir.

*Fikiran adalah kekuatan yang sangat efektif. Tanpanya, setiap kekuatan tiada ertinya (Victor Hugo)





8 Komen:

Sudir said...

Masa berlembut dah berakhir.. sekarang kena guna cara 'kasar' sikit.. Sebab pembangkang sudah terlebih melampau..

Anonymous said...

cuba bandingkan juga bagaimana Mukriz dapat merampas semula Kedah dengan sumbangan Mudin selama menjadi menteri..............atau dengan Ali atau Zahid di sepanjang mereka memegang jawatan menteri atau KM

Anonymous said...

entah lah..,mungkin betul mungkin tidak....tapi tindakan yang diambil oleh DS hisham bukan terlalu cool tapi penakut sampaikan orang boleh pijak kepala. Sekali sekali kita kena lah berkeras juga...bukan setakat hunus keris aje. memang memalukan.

nuri angkasan said...

Tuan Jentayu, tkasih krn berkempen utk ds hisham. tapi org lama dlm umno tak percaya apabila sesiapa mendakwa dia takde kepentingan. apapepun jelas bahawa saudara tidak mengenali hisham secara mendalam dan beberapa maklumat yg saudara nyatakan dibekalkan oleh penyokong2 hisham. tanngapan ramai ahli umno terhadap hisham bkn krn satu dua isu tetapi di atas pemerhatian sepanjang kerjaya politiknya. saudara memesongkan sifat kesederhanaan dgn sifat penakot/pengecut. jgn la saudara cermari nama2 besar kita spt arwah tun ghafar baba dgn mengaitkan mrk dgn org spt hisham. jauh beza beb...

tulisan panjang lebar saudara tidak pun memberi perspektif historikal kepimpinan hisham? apekah agaknya kejayaan beliau dari sudut kepimpinan semasa mengemudi KBS, Pendidikan dan kdn? jgn cakap prog2 sebagai kejayaan krn itu aturcara biasa yg dikendali oleh pegawai. maksudnya kejyaan dan keberkesanan dari segi kepimpinan dan halatuju hisham sebagai menteri? baik, cuba saudara nyatakan pulak apa pandangan kumpulan sasaran kpd hisham sebagai menteri? contohnya, semasa di kbs, ade tak aktivis belia meminta perdana menteri memindahkan mrk ke kementerian lain atau menukar menteri? semasa di pendidikan, ramai guru2 tak paham apa halatuju yg dibawak oleh hisham sampai ramai guru menukar saluran apabila hisham keluar dlm tv.

isu lahad datu yg jadi pertikaian terhadap hisham bukan sahaja ketegasan tetapi kompetensi. suadara kata torpedo dihalakan ke sabah, baik saya nak tanya oleh siapa? saya pernah bertugas di satu kementerian yg membabitkan keselamatan maka satu tahu sikit sebanyak mengenai senario keselamatan serantau. siapa yg menghalakan torpoedo? jgn sekadar memuntahkan semula disinformation yg disampaikan kpd saudara. atas isu kompetensi, saudara dah lupa kenyataan hisham kononnya penceroboh sulu itu bukan pengganas, kononnya mrk ada saudara mara di lahad datu maka hanya dtg utk berziarah? this is incompetence at its height! saya dimaklumkan selepas dua org VAT 69 terbunuh, pegawai2 polis termasuk di bkt aman teramat marah dgn hisham. sampai ckp2 masa itu klu di jejak kaki ke bkt aman ramai pegawai akan mencemuhnya.

baran said...

hisham seorang yg cool? lu tanya la kawan2 rapat termasuk setaf dan pegawai2 dia di ofis bro...hisham ni panas baran terutama bila dia tension...maki hamun, panggil org bodoh, stupid mcm2. dan tanya berapa org pegawai (setiausaha sulit, setiausaha politik dll) yg bersilih ganti tak tahan berkhidmat dgn dia. lu tak kenal bole la kata dia cool bagai...

Anonymous said...

Dapat banyak Habuan dari Menteri Gagap kot,,,ha ha ha

Selayang Umno

nickarshaw said...

Agen promosi Hisham gagap mamat ni...Hang ceta pi lah apa pun kebaikan pasai hisham gagap tu...aku langsung tak percaya la woii. Pucuk muda boleh hang kelentong... Apa pun Hisham gagap mesti disingkirkan pada PAU bulan ni..

Anonymous said...

Hancur negara jika org macam dia ni diberi peluang menerajui kepimpinan negara ini. Dia ni boleh berkompromi dgn siapa saja asalkan dapat menjaga kepentingan dia. Harap negara ini dipelihara Allah swt daripada pemimpin yg hanya menjaga kepentingan diri.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan