KEKALAHAN JAMAWI, PETANDA BURUK KEPADA SHAFIE & UMNO SABAH

on Sunday, October 13

APAKAH KEKALAHAN JAMAWI SUATU SIGNAL?
Sehingga 4.00 pagi tadi, untuk jawatan Naib Ketua Pemuda, sdra Khairul Azwan Harun mendapat 14 undi (64 tidak rasmi), manakala sdra Mohamad Iruan Zulkefli memperolehi 6 undi (10 tidak rasmi), sementara Pegawai Khas kepada DS Shafie Afdal iaitu sdra Jamawi Jaafar hanya mendapat 8 undi (22 tidak rasmi). 

Calon kononnya popular dan hebat iaitu sdra. Lokman Noor Adam terperosok hanya 3 undi (4 undi tidak rasmi). Barangkali kerana ahli-ahli UMNO tidak dapat melupakan kelantangannya semasa di dalam PKR.

Kebimbangan saya tentang nasib DS Shafie Afdal dibuktitunjuk dalam keputusan pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO ini.

Sebab itulah dalam hati saya terdetik kebimbangan kalau-kalau UMNO bahagian-bahagian di Semenanjung tidak memberi undi mereka kepada DS Shafie.

Jika Jamawi Jaafar secara tidak rasminya memenangi 22 undi, di mana UMNO Sabah mempunyai 25 Bahagian, bermakna DS Shafie kemungkinan besar hanya akan mendapat undi terbanyak di negeri Sabah sahaja. Inilah kebimbangan saya.
 
KERJA KUAT TAPI TEWAS, LENCANA DS SHAFIE MASIH TERSEMAT DI DADA
Bermakna juga, trend UMNO Sabah atau BN Sabah adalah fix deposit kepada UMNO dan BN tidak terpakai dalam konteks pemilihan UMNO di peringkat nasional. Sabah sebagai fix deposit hanya laku dalam konteks pilihanraya umum sahaja.

Kemenangan DS Shahrizat dan KJ turut memberi sinar kemenangan kepada DS Zahid, DS Hishammuddin tetapi saya masih tetap bimbang nasib DS Shafie Afdal. Saya bimbang kerana sebab keduanya ialah, kekuatan pengaruh Dato' Mukhriz Tun Mahathir tidak boleh diperkecilkan begitu sahaja.

Jika calon Naib Presiden dari Sabah tewas, apakah bermakna jasa-jasa UMNO Sabah sebagai fix deposit sudah dilupakan? 







5 Komen:

sharizal mazalam said...

SHAFIE APDAL AKAN MENANG..! JUGA HISHAMMUDDIN DAN MUKHRIZ..! ZAHID KALAH..! JUGA ISA SAMAD DAN ALI RUSTAM..! SIAPA BERANI BERTARUH..?

sharizal mazalam said...

IKUT FORMULA INI..! YANG POPULAR TIDAK SEMESTINYA AKAN MENANG..! UMNO-BN SELALUNYA TIDAK MUNCUL DENGAN POPULAR TAPI MENANG DALAM PILIHANRAYA..! JUGA AKAN MENANG DI SUNGAI LIMAU NANTI KERANA UBN UNDERDOG KAT SITU..! PEMBANGKANG DAPAT UNDI POPULAR TAPI KALAH PULA PRU13..! CALON PAS POPULAR DI KUALA BESUT TAPI KALAH PULA..! BEGITULAH NASIB MEREKA YANG POPULAR..! SIAPA BERANI BERTARUH..?

Anonymous said...

tolonglah bagi Shafie Apdal menang

Anonymous said...

baguslah bubar saja umno sabah..biar bumiputra islam yg telah di melayukan tu balik jadi diri asal mereka...bajau, suluk, orang sungai, orang berunai, jawa, bugis, dusun muslim dan lain2x..berjuang dalam satu entiti baru seperti zaman usno dan berjaya..yg bersifat lokal faham isu2x stempat..bukan dorang boleh terima korang jadi melayu pun...bila saat genting semua dilupakan..penting diri masing2x.

sharizal mazalam said...

TELAHAN SAYA TEPAT UNTUK SHAFIE DAN HISHAMUDDIN..! TAPI JAUH TERSASAR UNTUK ZAHID DAN MUKHRIZ..! TAK MENGAPALAH..! MUKHRIZ MASIH MUDA..! MASIH BANYAK MASA UNTUK DIA..! BAGI SAYA YANG PALING PENTING KEDUDUKAN SHAFIE SEBAGAI NAIB PRESIDEN MENUNJUKKAN BETAPA PENTINGNYA SUARA DARI SABAH INI DIJAGA DAN DIBELAI..! SYABAS UNTUK PERWAKILAN UMNO..!

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan