PESANAN DATO' ONN JAAFAR

on Thursday, October 3

DATO ONN JAAFAR MELAWAT KANAK-KANAK & KAUM IBU (1949)
Assalamualaikum ahli UMNO yang saya hormati,
Tahukah kalian, pada 11 Oktober 1945, Harold Mac Michael mendarat diam-diam di Pelabuhan Klang, Selangor. Dia yang sedang bertugas di Palestin, dihantar ke Tanah Melayu dibantu penterjemah Alec Newbolt  dengan satu misi untuk merampas pemerintahan Tanah Melayu ini menjadi "Malayan Union". Di antara intipati Malayan Union berbunyi, "...Segala harta benda kepunyaan negeri hendaklah diserahkan kepada kerajaan Malayan Union...".

Tahukah kalian asal-usulnya UMNO itu lahir, 
Tatkala itu (1945), berhubunganlah Dato' Onn Jaafar ketika itu bekerja sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat dan memimpin Persatuan Melayu Semenanjung Johor dengan pemimpin-pemimpin di seluruh Tanah Melayu.
PERARAKAN AHLI-AHLI UMNO BERJAYA MEMUJUK DATO ONN JAAFAR KEMBALI MEMIMPIN UMNO (1950)
Akhirnya tokoh-tokoh awal seperti ZABA, Tunku Abdul Rahman(Kedah), Panglima Bukit Gantang(Perak), Yunus Hamidi (Pengarang akhbar Majlis), Kamarudin Hj. Idris (Bendahari) bersama-sama dengan Dato' Onn Jaafar mengadakan Kongres dan menubuhkan UMNO yang kita orang Melayu warisi dan nikmati hasilnya di kala ini.

Marilah kita baca semula pesanan dan ucapan pertama Dato' Onn Jaafar 67 tahun dahulu,

"Kepercayaan tuan-tuan ialah suatu benda yang tidak dapat saya lafazkan dengan lidah...Adapun maksud dan tujuan itu ialah keyakinan di hati kita bahawa nasib bangsa kita itu hanyalah dapat diperkekalkan dengan kesatuan hati di antara kita...Tunjukkanlah bahawa kita sebenar-benarnya keturunan datuk-nenek kita yang menghadap merbahaya dengan bersatu hati" (1 Mac 1946).
UCAPAN TERAKHIR DATO' ONN JAAFAR SEBAGAI YDP UMNO (1951)
Pada tahun 1950, Kerajaan Penjajah British akan membuat Undang-Undang Kerakyatan di mana Dato' Onn Jaafar adalah wakil UMNO di dalam Majlis Mesyuarat (seperti Parlimen hari ini). Dato Onn Jaafar mahukan supaya suatu Undang-Undang Kerakyatan yang jelas kepada Rakyat Raja-Raja Melayu, Rakyat Negeri-Negeri Melayu, Rakyat Persekutuan Tanah Melayu atau Rakyat British. Namun, beberapa cadangan Dato Onn Jaafar tidak diterima.

Semasa Perhimpunan UMNO ke-dua pada tahun 1950, Dato' Onn Jaafar meminta supaya dirinya tidak dicadangkan sebagai Yang Dipertua UMNO (Presiden UMNO) bagi sesi 1951/1952.

Tun Razak yang ketika itu sebagai Naib Yang Dipertua (Pemuda) datang berjumpa Tunku Abdul Rahman yang baharu balik dari London memujuknya bersetuju menerima pencalonan Yang Dipertua UMNO. Pada mulanya Tunku tidak berkehendak malah meminta Tun Razak menerima jawatan itu, tetapi Tun Razak menolak kerana katanya dia masih terlalu muda. Akhirnya, selepas dipujuk Tunku Abd Rahman bersetuju dicalonkan sebagai Yang Dipertua UMNO.
ENCIK IBARHIM MAHMOOD WAKIL UMO PULAU PINANG BERUCAP MEMUJUK DATO' ONN JAAFAR (1950)
Semasa mesyuarat pemilihan UMNO 1951-1952, Dato Onn Jaafar meminta supaya dicari orang lain yang boleh menggantikannya untuk memimpin UMNO. Marilah kita lihat beberapa intipati ucapan terakhir Dato Onn Jaafar,

"Saya juga telah dituduh berkehendak dengan sebab mengambil satu langkah kepada satu langkah berkehendak mengambil atau mencari faedah bagi diri saya sendiri atau kesenangan saya sendiri. Maka tuduhan ini juga saya sifatkan dengan sekeji-kejinya...oleh kerana saya sendiri tidak dapat hendak menerima syarat-syarat yang didatangkan oleh DYMM Sultan Johor ke atas saya menyekat pekerjaan dan perjalanan saya semasa menjadi YDP UMNO ini maka saya telah meletakkan jawatan Menteri Besar itu. Adakah langkahan semacam itu, langkahan seorang yang semata-mata mengejar kepada kesenangan atau yang semata-mata berkehendak mencari kebesaran dirinya" (teks penuh dalam simpanan saya).

Selepas mengucapkan Selamat kepada semua AJK UMNO 1951-1952, Dato Onn Jaafar meninggalkan UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya kerana, salah satu tujuan UMNO dalam Undang-Undang Tuboh UMNO ialah mendapatkan kemerdekaan.

Kata Dato Onn Jaafar, "walaupun saya tidak lagi sebagai YDP UMNO, tetapi kita (UMNO dan IMP) akan bersama-sama berjumpa semula dalam pilihanraya 1955."
PERSIDANGAN ALIM-ULAMA DI KUALA LUMPUR BERSAMA DATO' ONN JAAFAR (1951)
Pada masa itu (1951-1952), Tun Hussien Onn adalah Setiausaha Agung UMNO dan Tun Razak adalah Timbalan YDP UMNO yang menang tanpa bertanding.

Apabila Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957, Dato' Onn Jaafar turut mengucapkan tahniah kepada Tunku Abd. Rahman.

Begitulah sepintas lalu perjuangan Dato Onn Jaafar, pengasas UMNO, menyerahkan kepimpinan UMNO kepada Tunku Abd. Rahman dengan cara yang tertib, sopan dan mulia. Hari ini, legasi Dato' Onn Jaafar disambung oleh allahyarham Tun Hussien Onn dan kini DS Hishammuddin Tun Hussien.
ALLAHYARHAM TUN HUSSIEN ONN, SETIAUSAHA AGUNG UMNO 1951-1952
PERDANA MENTERI KE-7 DAN KE-8
Saya pernah meramalkan Dato' Mukhriz Tun Dr. Mahathir boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8. Saya belum lagi meramal siapakah Perdana Menteri Malaysia ke-7, mungkinkah DS Hishammuddin Tun Hussien! Bolehkah agaknya saya menggantikan penulis Syed Hussien Al-Attas yang pernah meramalkan Ustaz Ashaari Muhammad dan YB Khairy Jamaludin bakal Perdana Menteri sebelum 40 tahun? 

Sebelum ini saya pernah meramal DS Mukhriz dilantik di dalam kabinet persekutuan (http://www.al-azharrisiddiq.com/2009/03/mukhriz-menteri-timbalan-menteri.html)  dan Menteri Besar Kedah (http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/07/rombakan-kabinet.html), nampaknya kedua-dua ramalan saya benar-benar belaka.

Saya tidak berani hendak meramalkan Dato' Zahid Hamidi, kerana dalam satu perjumpaan tertutup yang saya hadiri Dato' Zahid Hamidi berkata, "saya tidak bercita-cita menjadi Perdana Menteri". Mungkin beliau bermain-main sahaja dengan kata-kata itu. Wallahu'alam. Apapun ketegasannya amat bagus, boleh bikin DAP panasaran. Apabila saya membaca surah yassin pemberian DS Zahid Hamidi mudah di bawah kemana-mana.

Apa pun, "Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairulmaakirin", dalam bahasa orang putih bermaksud "we plan, Allah plan, and the best planner is Allah's" .
DALAM KENANGAN : ALLAHYARHAM DATO' ONN JAAFAR DI AWAL TAHUN 1940-AN
DS HH : RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA
Selamat Malam Jumaat. Selepas ini kita fokus kepada pertandingan Wanita pula. Sebagai permulaan, "Adakah Dia Orang Pak Lah?"




6 Komen:

Anonymous said...

"Begitulah sepintas lalu perjuangan Dato Onn Jaafar, pengasas UMNO, menyerahkan kepimpinan UMNO kepada Tunku Abd. Rahman dengan cara yang tertib, sopan dan mulia. Hari ini, legasi Dato' Onn Jaafar disambung oleh allahyarham Tun Hussien Onn dan kini DS Hishammuddin Tun Hussien."

Hmm. Law of diminishing returns. Tengoklah kut sudut mana sekalipun: Hishamuddin bukanlah tara takat betis Dato' Onn sekalipun.

Begini, tuan: kita tak ada masalah langsung nak sokong Hishamuddin sepertimana yang tuan suka perjuangkan tu. Tak ada masalah langsung.

Yang jadi masalah:

Hishamuddin tu tak ada tokoh jadi pemimpin besar Melayu. Jadi macamana boleh kita nak sokong?

Anonymous said...

Tuan, banyak kisah sejarah membuktikan keluarga pemimpin2 besar tidak mewarisi daya kepimpinan yg tinggi. hisham adalah di antaranya. jika benar2 diteliti rekodnya dlm politik dan pentadbiran, its very mediocre, at best. kan kita disuruh memberi tanggungjawab kpd yang ahlinya? bukan utk memanjangkan sejarah keluarga atau menjaga kepentingan keluarga, kini dan utk masa depan.

Anonymous said...

Hisham ????? Ooooo Please . Dia adalah satu contoh bahawa DNA yg di warisi tiada kena mengena dengan performance sesaorang .

Hisham gagal menyerlah dimana mana kementerian pun. Dia terlalu "lembut" dan berdiri diatas tikit Populariti Keluarganya...

Sebagai pemimpin Hisham sebenarnya tak ke mana mana pun. oran cuma ingat Hisham atas peristiwa mwnghunus keris dan mintak maaf ... diikuti ...dengan amaran demi amaran...

I m for sure tak akan beri Undi pada Hisham dalam PAU nanti....

Anonymous said...

he he...

Saya pun nak buat ramalan jugak lah...

Hishamudin Tun Hussein kalau jadi PM Malaysia pun mungkin sepenggal je...

Mukhriz Tun Mahathir pulak tak kan jadi PM Malaysia walaupun mungkin dia calon paling popular...

Jangan marah aaa...

Inikan ramalan je!

Anonymous said...

penulis ini membawa suara PM Najib, tak sangsi lagi, segala kempen tiada erti, sudah diatur supaya Hisham menang, Azhari ne org Najib dia bawa suara Najib!

Anonymous said...

najib ni style mahathir,
alamatnye lagi 20-30tahun lagu baru tukar pm...

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan