KISAH SARJAN POLIS - DS HISHAMMUDDIN

on Wednesday, December 4



DS HISHAMMUDDIN TERLALU KUAT BEKERJA,KURANG REHAT
Kita semua sudah mengetahui bahawa DS Hishammuddin telah dirawat di hospital dan masih meneruskan prosedur rawatan selepas menjalani prosedur angioplasti

Secara peribadi, saya berpendapat DS Hishammuddin mesti mengambil peluang ini untuk mendapatkan rehat yang secukupnya kerana kita semua boleh melihat bahawa beliau tidak pernah mengambil rehat yang betul selepas melalui pelbagai urusan parti dan kerajaan sejak setahun dua ini.

Contohnya, sebagai Naib Presiden UMNO dan Pengerusi  Jawatankuasa Usul Perhimpunan Agung UMNO 2013, beliau telah bekerja keras 24 jam memastikan usul-usul yang dibawa oleh bahagian-bahagian disusun dengan tertib dan tersusun. 

Hari ini, ahli-ahli UMNO bersidang di PWTC dan mereka barangkali tidak tahu bahawa usul-usul yang dibahaskan sepanjang persidangan nanti telah diuruskan oleh DS Hishammuddin sebelum beliau dirawat di hospital.

Sebelum itu juga, DS Hishammuddin adalah pengerusi yang diberi tanggugjawab oleh Presiden UMNO untuk mengetuai Pindaan Perlembagaan UMNO dalam sistem pemilihan parti baru-baru ini. Jika dahulu, hanya wakil-wakil dari bahagian sahaja yang akan memilih dan mengundi calon-calon Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Ketua Puteri dan Ahli Majlis Tertinggi di PWTC. 

Tetapi bermula Pemilihan UMNO tahun 2013, ahli-ahli di peringkat akar umbi di seluruh negara terbabit memilih dan mengundi calon-calon yang mereka fikirkan boleh membawa tanggungjawab. Inilah pengorbanan yang telah dibawa oleh DS Hishammuddin yang perlu disedari khususnya oleh ahli-ahli UMNO.

Di dalam kerajaan pula, Perdana Menteri DS Najib Tun Razak turut meminta DS Hishammuddin memangku jawatan Menteri Pengangkutan di samping menjawat Menteri Pengangkutan.

TERLALU KUAT BEKERJA, TIDAK DIDENDANG
Satu perkara yang saya sedari tentang DS Hishammuddin ialah, beliau terlalu kuat bekerja untuk parti, kerajaan dan negara ini. Satu perkara yang saya sedari ialah DS Hishammuddin tidak begitu mengambil berat tentang promosi dirinya di media perdana mahupun media siber. 

Beliau mempunyai kepercayaan yang tinggi kepada semua orang media. Beliau tidak seperti orang lain yang menubuhkan pasukan khas media untuk menjaga reputasi beliau di alam media perdana dan di alam maya.

Jika orang lain akan memanggil team media, baik team bloggers, team akhbar perdana malah pasukan media antarabangsa untuk mewar-warkan reputasi diri mereka. Saya tidak nampak itu kepada DS Hishammuddin, yang saya nampak ialah DS Hishammuddin percaya kepada semua pengamal media baik Berita Harian, Utusan, Malaysiakini, The Malaysian Insider, Harakah Daily, Keadilan Daily, RoketKini, The Star, Nanyang Siang Pau, NST, dan sesiapa sahaja. 

Beliau merelakan berita beliau ditulis dalam bentuk apa sahaja. Tanyalah kepada sesiapa sahaja wartawan, pernahkah mereka dihalau, diterjah atau dimarahi oleh Menteri yang sabar ini?

SARJAN POLIS
Saya teringat kisah datuknya iaitu Dato' Onn Jaafar ketika berucap buat pertama kali semasa proses penubuhan UMNO di Kelab Sultan Sulaiman (1 Mac 1946). 

Ketika beliau berdiri di atas pentas, tetiba datang seorang sarjan polis dari kerajaan penjajah British berdiri di sebelahnya dan beliau bertanya kepadanya, "Apakah kamu datang hendak menangkap saya, jika ya tangkaplah saya!"

Kata sarjan polis itu, "Tidak, saya datang mahu mendengar ucapan tuan, saya mahu bersama-sama dengan perjuangan tuan".

Sebab itu, saya sendiri, saya mahu membantu orang yang ikhlas perjuangannya seperti ini. Mengapa tidak !




10 Komen:

Anonymous said...

Hello! I know thіs iѕ kіnd of off
topic but I was wondering i&X66; you
knew wherе I could get &X61; captcha
plugі&X6e; fοr my cοmment
form? I'm using the same blog platfоrm as youгs and I'm having problems findi&X6e;g
o&X6e;e? Thanks a lot!

mу web blοg ... Google

Anonymous said...

I enjoy what you guys tend to be up too. Such clever work and exposure!
Keep up the terrific works guys I've you guys to my own blogroll.


my website ... interracial wedding cake toppers

Anonymous said...

Pгetty! This has been a rеally wondeгful aгticle.
Μany thаnks fοr providing thеse detailѕ.


Also visіt my web blog: Tertipu Pujuk Rayu

Anonymous said...

Hari ini ada mula nampak ada orang ' bijak ' promosi diri. Tapi bila sampai masa bertindak, dia senyap tak berbunyi !

Anonymous said...

Saya nampak Hishamuddin ni ada kelemahan. Dia tidak ' berpolitik '. Dia harap orang nilai kerja dia. Bila dia tak bagitau benda benda yang dia buat, maka orang ingat dia tak buat apa. Contoh terbaik ialah penglibatan ATM dalam membantu mangsa banjir. Ini arahan khusus beliau kepada ATM. Tapi yang menonjol Unit Amal PAS, Wanita UMNO...

Anonymous said...

Aku kalau boleh mahu Hishamuddin lebih menonjol. Dia layak jadi pemimpin. Pegawai dia pada aku dah gagallah nak ketengahkan bos sendiri

Anonymous said...

Umno berada dalam keadaan tidak selesa. Pemimpin yang bekerja kuat dan gigih harus di kedepankan bagi menangkis segala cabaran.

Anonymous said...

Aku lebih suka Hishamuddin kekal macam sekarang. Terlalu banyak bercakap akan menyebabkan banyak kesilapan. Ini tidak baik untuk parti

Anonymous said...

UMNO sedang mengalami krisis keyakinan. Rakyat hilang kepada kemampuan UMNO menerajui kerajaan khasnya bila rakyat terhimpit macam sekarang.

Anonymous said...

Penulisan ini menarik. Kita berkongsi pandangan yang sama. Kita ada tokoh dalam pembikinan.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan