KAKITANGAN SABAH/SARAWAK PATUT TERIMA ELAUN COLA, CABARAN KEPADA CUEPACS

on Wednesday, April 23

Rakyat Sabah Teguh Di Belakang Kerajaan
Elaun COLA (Cost Of Living Assistance) mula diperkenalkan kerajaan pada tahun 1970an dahulu, pernah diberhentikan dan diperkenalkan semula pada tahun 2012 melalui pekeliling JPA ini.

Walau bagaimanapun, kakitangan Sabah/Sarawak tidak diberikan Elaun Cola dengan alasan kakitangan Sabah/Sarawak atau kakitangan yang berasal dari Semenanjung Malaysia tetapi berkhidmat di Sabah/Sarawak telah diberikan Elaun Insentif Wilayah.

Isu ini sudah dibangkitkan sejak beberapa tahun yang lalu sama ada oleh parti pemerintah mahupun parti pembangkang di Sabah, tetapi masih tidak ada keputusan sama ada telah disampaikan atau tidak kepada pihak JPA.

Baru-baru ini, dalam satu perbincangan dengan kakitangan kerajaan di Sabah, mereka meminta saya menulis perkara ini, kerana mereka berasa tidak adil. Sudah tentu saya mesti menulisnya, kerana saya mesti menyuarakan isu ini supaya pihak Cuepacs sedar dan pihak kerajaan pun akan mengetahuinya. Jika saya tidak menulisnya bermakna saya tidak berlaku amanah kepada YAB Perdana Menteri yang perlu mengetahui isu ini. 

Kita tidak boleh mengambil pendekatan tunggu dan lihat, kerana kesan teknik bertahan yang dilakukan oleh David Moyes di Manchester United akhirnya memakan diri, di mana Moyes disingkirkan dan Manchester United gagal ke perlawanan kelab Juara-Juara Eropah. Kita tidak mahu isu ini dimanupulasi oleh pihak pembangkang dengan cara yang buruk seperti demontrasi. 

Sebagaimana kata YAB Perdana Menteri kita, kita mesti ke depan menyelesaikan masalah, bukan di belakang menunggu masalah.

Saya berharap pihak Cuepacs terutamanya, supaya mengambil perhatian yang berat tentang isu ini kerana harus diingat kakitangan kerajaan di Sabah/Sarawak adalah penyokong tegar kerajaan persekutuan sejak sekian lama. 

Pihak Cuepacs harus keluar dari kepompong lama, janganlah hanya memohon bonus setiap kali Bajet diumumkan kerana kita semua tahu Kerajaan kita pasti akan memberinya. Sejak sekian lama, sama ada semasa senang atau susah, kerajaan kita sentiasa memberikan bonus ataupun bantuan setiap kali pembentangan Bajet. Jadi Cuepacs tidak perlu lagi mengejar populariti ini.

Pihak Cuepacs janganlah hanya kelihatan memperjuangkan kakitangan kerajaan 'orang semenanjung' sahaja kata mereka. Perasaan-perasaan seperti ini hendaklah dihapuskan kerana sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, YAB Dato' Seri Najib tidak pernah membeza-bezakan rakyatnya. Malah beliau tegas berkata, "every single person" sangat penting kepadanya. Malahan YAB Dato' Seri Najib sendiri memberitahu bahawa segala keperluan rakyat Sabah dan Sarawak mesti diberi perhatian serius.

Di dalam hal ini, kita tidak boleh salahkan JPA sebaliknya pihak kesatuan sekerjalah yakni Cuepacs perlu ke depan untuk meyakinkan pihak JPA mengapa kakitangan Sabah/Sarawak atau Semenanjung yang berkhidmat di Sabah/Sarawak perlu menerima juga Elaun Cola. 

Jika Cuepacs tidak ada kertas kerja mengenai perkara ini bagaimana JPA hendak memahami emosi mereka? Semalam sahaja di Dewan Negara sudah ada isu-isu emosi kakitangan awam dibangkitkan. Jika Cuepacs tidak pernah menyuarakan hal ini kepada YAB Perdana Menteri, bagaimana Perdana Menteri boleh tahu perasaan kakitangan Sabah/Sarawak? Jika saya tidak menulisnya pula, saya akan menjadi orang yang tidak sensitif dan tidak membantu kerajaan kerana hanya berdiam diri. Sedangkan kerajaan perlu tahu isu ini.

Dalam laman rasmi Cuepacs, saya mendapati mereka ada menyentuh tentang Elaun Cola tetapi hanyalah tuntutan kenaikan daripada RM300 kepada RM450 dan tuntutan supaya diselaraskan tanpa mengira kawasan luar bandar dan bandar. Amat malang sekali, Cuepacs langsung tidak berminat untuk memperjuangkan Elaun Cola kepada kakitangan Sabah/Sarawak ataupun kakitangan Semenanjung Malaysia yang berkhidmat di Sabah/Sarawak. Mereka bertanya saya, apakah perjuangan Cuepacs hanya untuk kakitangan orang Semenanjung Malaysia sahaja?

Sabah Sarawak Sudah 50 Tahun Dalam Malaysia 
Nation Building
Cuepacs harus faham kita bukan setakat bercakap isu elaun Cola ini, tetapi kita sedang bercakap tentang isu kenegaraan, our nation building yang melibatkan isu-isu a sense of ownership/a sense of belonging. Negara kita Malaysia ini adalah meliputi Sabah dan Sarawak juga, kita sedang bercakap tentang perpaduan nasional, patriotik nasional bukan lagi Malay centric tetapi Malaysia centric. YAB DS Najib adalah Perdana Menteri kepada semua rakyatnya termasuk di Sabah dan Sarawak.

Dari segi politik sahaja, kita lihat tanpa sokongan rakyat Sabah dan Sarawak kerajaan kita sudah tumbang lama sejak 2008 lagi. Oleh yang demikian, sokongan mereka perlu diberi penghargaan yang sewajarnya.

Oleh yang demikian, saya merayu kepada pihak Cuepacs supaya berfikir dengan lebih terbuka dan melihat isu ini sebagai isu yang mesti diselesaikan segera sebelum PRU14. Mengapa tidak sebagai hadiah Hari Pekerja pada 1 Mei ini !

Sekiranya pihak Cuepacs berjaya meyakinkan YAB Perdana Menteri dan pihak JPA, saya tidak nampak perkara ini tidak boleh diberikan. Jika pihak Cuepacs boleh menyediakan justifikasi yang betul dan implikasi kewangan yang jelas, saya fikir pihak JPA akan mempertimbangkannya dengan wajar.

Janganlah berfikiran kakitangan Sabah/Sarawak sudah menikmati elaun insentif Wilayah maka tidak perlu mereka menerima  elaun Cola pula. Ini adalah idea lama, sedangkan YAB DS Najib sudah bercakap tentang 'new politic'.

Pihak Cuepacs harus membuka semula buku sejarah, bahawa Elaun Wilayah mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan terkandung di dalam Perkara 20. Jika ada pihak yang membangkitkan isu ini, maka perbincangan topik ini akan menjadi panjang lebar dan rumit.

Sejarah pembinaan negara kita, sejarah politik negara kita, dengan isu-isu keselamatan yang semakin mencabar, saya berharap pihak Cuepacs membuka minda mereka jauh ke hadapan.

Bayangkan anggota keselamatan di sempadan wilayah Esszone, mereka memperjudikan nyawa mereka di sana untuk nation building kita, bayangkan guru-guru yang bertugas di kawasan Tanduo, dan sebagainya, alangkah gembiranya mereka, keluarga mereka jika perkara ini dapat diperjuangkan sehingga berjaya.

Malah saya yakin kakitangan dari Semenanjung Malaysia yang berkhidmat di Sabah/Sarawak pasti akan turut gembira sekiranya perkara ini dapat direalisasikan.

Kepada kepimpinan Cuepacs, marilah kita membantu YAB DS Najib dan kerajaan memantapkan lagi sokongan padu rakyat kepada kerajaan.

Kepada kakitangan Sabah/Sarawak dan dari Semenanjung Malaysia yang berkhidmat di Sabah/Sarawak, bagaimana pandangan anda?






18 Komen:

Anonymous said...

setuju dan harap dpt perhatian cuepacs dn pm swajrnya

Sebastian N, Kundasang said...

SANGAT SETUJU...KAMI DI SABAH SARAWAK PENYOKONG KUAT PM, KAMI MAHU HAL INI DIPERTIMBANGKAN DENGAN SEWAJARNYA. KEPADA CEUPACS JANGANLAH KAMU HANYA PERJUANGKAN ORANG SEMENANJUNG SAHAJA!

NecroSyn said...

Terima Kasih atas keprihatinan serta perhatian saudara. Moga penulisan saudara dapat perhatian positif daripada semua pihak terlibat.

smkkalabakan said...

Jgn biarkan kakitangan kerajaan d Sabah n Sarawak hanya mampu beli coca cola tpi x dapat elaun cola.

Dr. Redwan Mohd, Kota Kinabalu said...

Ceupacs BUTA SEJARAH!!!

Anak Perantau said...

Perkara sebegini la yg ptt diperjuangkan..!!

Anonymous said...

Setahu saya pegawai kerajaan yang mendapat elaun insentif wilayah sahaja yang tidak layak mendapat elaun cola ni...

pegawai kerajaan yang mendapat elaun cola pula tidak layak mendapat elaun insentif wilayah...

maka, mana-mana pegawai kerajaan di sabah dan sarawak yang tidak layak menerima elaun insentif wilayah semuanya menerima elaun cola pulak...

jadi di mana yang dikatakan cuepacs buta sejarah ka mahupun ceupacs perjuangkan orang semenanjung sahaja pun saya tak tahu...

apa yang saya pasti, elaun insentif wilayah lebih besar hampir dua kali ganda dari elaun cola...

sanggupkah pegawai kerajaan berkenaan mohon hentikan bayaran elaun insentif wilayah supaya boleh digantikan dengan elaun cola yang lebih kecil?

John J. UMS, KK. said...

Fikiran kamu kolot, kamu baca status DS Najib memuji tulisan ini kerana mendengar denyut nadi rakyat. Saya pensyarah di UMS, kamu buka perjanjian 20 Perkara, elaun Wilayah itu hak orang2 Sabah yang WAJIB diberi dan itupun menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri Sabah bukannya kerajaan persekutuan. COLA adalah untuk semua kakitangan awam meringankan bebanan kos hidup... org Malaya memang tak ada Elaun Wilayah, kalau kamu mahu kamu mintaklah dengan kerajaan negeri kamu sendiri. Sedangkan org MAlaya yg bertugas di Sabah Sarawak elaun wilayah mereka drpd bajet kerajaan negeri...lain kali baca buku sejarah...Soal elauan Wilyah lebih besar drpd elaun cola bukan alasan konkrit, sama seperti elauan keraian yg tidak dimiliki oleh kakitangan 4 ke bawah. Elauan Wilayah ialah Hak Eksklusuf Sabahan/Sarawakian... manakala COLA adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan... jangan cemburu dengan hak-hak kami orang Sabah. Jangan jadi TOLOL kamu Cuepacs!!!

Anonymous said...

Sepatutnya pemimpin Cuepacs ambil positiflah idea ne, kalau ada orang Sabah dalam Cuepacs tapi tak boleh buat apa2 baik kamu keluar saja dari cuepacs, buang karan saja.

Anonymous said...

TATAP KAMI SUKONG KAU BAH...

Anonymous said...

kamu sudah hantarkah ni, sy sokong sangat2.. tapi kalau hantar sini saja tiada guna oh. paling bagus hantar du ceupacs salinan situ pm .

mohd billy said...

Assalamualaikum... terima kasih atas "perjuangan" saudara penulis..
saya adalah salah seorang penjawat awam yang berasal dari sabah dan berkhidmat di putrajaya (semenanjung). saya berbesar hati dan bersetuju dengan cadangan ini bahawa elaun cola seharusnya diperluas kepada penerima elaun insentif wilayah juga. xperlu saya panjang lebarkan kerana semua orang dah faham dengan masalah kos sara hidup yang semakin tinggi sekarang.. jadi harap cuepacs ambil berat tentang perkara ini.
mohon share artikel ini

mohd billy said...

mohon kongsi artikel ini..

acis said...

Setahu saya, antara lain Elaun Wilayah diberikan dahulu jg bagi mengalakkan pertukaran kerja kakitangan kerajaan dari Semenanjung Ke Sabah/Sarawak dan sebaliknya bagi orang Semenanjung. Ini adalah kerana kesulitan yang dialami kerana bertukar wilayah, kerana semasa itu, Sabah/Sarawak memerlukan kepakaran dari Semenanjung utk datang ke Borneo. Kerana masa itu masih ada orang Semenanjung agak liat atau sukar utk ditugaskan ke Sabah/Sarawak kerana persepsi mereka kerja di tempat Sabah/Sarawak menyulitkan. Sebab itu galakannya diwujudkan Elaun Wialayah. Itulah antara beberapa tujuannya selain dirasai sepenuhnya semua kakitangan kerajaan orang Sabah/Sarawak skrg.

Tetapi tidak pula menyebut tujuan Elaun Wilayah diberikan sebagai bantuan kewangan bagi menyara kehidupan. Nampak berbeza maksudnya. Jadi jika makna keduanya berbeza, kenapa tidak diberikan sekali kepada orang Sabah/Sarawak???

Tambahan lagi, Elaun COLA sejak diperkenalkan telah mendadak kadar kenaikkannya daripada RM 150 kepada RM 300 skrg hanya dalam beberapa tahun sahaja sejak diperkenalkan semula. Kenaikan 100% daripada asal. Tetapi lberbeza pula dengan Elaun Wilayah, penambahbaikan kadar kenaikkannya begitu lembab, malah semakin besar gaji pokok, semakin kecil kenaikan peratusannya. Itu pun mau tunggu lebih kurang 10 tahun baru ada penambahbaikan sedikit sahaja dan itu pun naik 1 atau 2 peratus.

Jika Elaun COLA boleh naik 100% dalam masa singkat, kenapa tidak Elaun Wilayah??? Baru kami tidak merunggut bila hanya nampak pekerja semenanjung sahaja yang syok setiap kali kenaikan bantuan COLA ini. Baru adil...

Dan saya ingin sgt tahu apakah justifikasi yg diberikan oleh pihak tertentu spt JPA (jika tidak diluluskan) atau CUEPACS utk tidak memperjuangkan perkara ini???

Anonymous said...

Naikkan elaun wilayah dan berikan cola kerana itu hak kami!

kamarulzaman yahaya said...

buta kayu...faham tak...cola adalah elaun sara hidup...emt khas utk yg bertugas disabah n sarawak...kenapa...sabah n sarawak tak ada bebanan sara hidup ke?...sampai org disabah n sarawak nie kena pilih samada cola atau emt....cuepacs buta kayu...kerajaan tak perihatin..ds najib akan terima padahnya next pilihanraya...ini janji kami pengundi atas pagar....kpi bn bkn bermula setahun sebelum pilihanraya.....kita sudah ada isu utk tidak memilih bn utk pru akan dtg...PENINDASAN

Anonymous said...

Da taun 2016 da..hg tulis jd angin ja....

Anonymous said...

Da taun 2016 da..hg tulis jd angin ja....

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan