BUBAR DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR LANGKAH PALING TEPAT, TUNGGU SULTAN

on Sunday, August 10

RAJA NEGERI SELANGOR
KEMELUT negeri Selangor nampaknya semakin terok, memberi gambaran bahawa parti-parti yang bergabung di bawah Pakatan Rakyat gagal meneruskan suasana aman di negeri tuanku Sultan.

Pemecatan TS Khalid Ibrahim sebagai ahli PKR memberi kesan besar kepada kedudukan kerusi PKR dari 14 kepada 13 sahaja, berbanding PAS 15, DAP 15 dan BN 12 dan BEBAS 1 (TSKI). 

Usaha DS Anwar untuk melantik isterinya menjadi Menteri Besar Selangor masih gagal memandangkan parti terbesar dalam PR iaitu PAS menentang. 

Persoalannya, ke mana Menteri Besar hendak mengadu? Mengadu kepada partinya PKR tidak dilayan malah dia dipecat. Mengadu kepada PAS dilayan tetapi tindakan PAS masih menunggu dan melihat.

Jadi, jalan keluar krisis di Selangor kini terletak di tangan Sultan Selangor. Undang-undang Tubuh Negeri Selangor jelas menunjukkan bahawa hanya Sultan Selangor berhak melantik Menteri Besar bagi negeri di bawah takluknya.  

Sultan Selangor juga berhak memanggil Menteri Besar untuk mengarahkannya membubarkan Kerajaan Selangor dan mengembalikannya semula kepada rakyat memilih kerajaan yang baharu.

Krisis yang sama pernah berlaku ke atas kerajaan negeri Sabah semasa PBS (Parti Bersatu Sabah) menang pada tahun 1985. Oleh kerana kedudukan PBS dalam DUN Sabah 25 berbanding USNO/BERJAYA/PASOK 23, maka PBS mengambil langkah drastik membubarkan DUN Sabah walaupun usianya tidak sampai setahun. Dalam pilihanraya kedua itu, PBS menang besar 34 kerusi berbanding USNO 12 kerusi dan BERJAYA  dan PCBS masing-masing menang 1 kerusi. Maka selesailah masalah kerajaan negeri Sabah.

Oleh itu, saya mencadangkan kepada TSKI supaya merafak sembah kepada tuanku Sultan Selangor sebagai Ketua Negeri Selangor untuk mencadangkan pembubaran DUN Selangor. Hasilnya nanti sudah pasti akan menyelesaikan krisis Selangor dengan penubuhan sebuah kerajaan baharu yang lebih jelas memenuhi kehendak rakyat Selangor sendiri.

Negeri Selangor tidak boleh dibiarkan berterusan krisis kerana Selangor adalah jantung kepada negara kita Malaysia. Di Selangorlah terletaknya Kuala Lumpur ibukota Malaysia dan turun naik ekonomi, keamanan dan politik banyak berpusat di Selangor. Maka jika Pakatan Rakyat membiarkan krisis ini berterusan, sudah pasti rakyat Selangor menjadi benci dan meninggalkan sokongan mereka kepada PR.


3 Komen:

Anonymous said...

Belum tentu boleh selesai dengan mudah. Kes di Sabah hanya melibatkan satu parti melwan parti lain. Tapi di Selangor, tiga parti berpayung di bawah Pakatan Rakyat akan melawan BN atau bebas. Yang bakal menjadi masalah ialah, iga parti dalam Pakatan Rakyat tu sendiri mungkin akan berbalah sesama sendiri apabila ada parti yang tidak setuju dengan cara PKR menguruskan masalah kepimpinan di Selangor. Tindakan memecat Khalid dengan cara begini tanpa bukti atau pembelaan akan menyebabkan PAS 'perang dingin' dengan PKR dan DAP. Silap2 PAS boleh keluar dari pakatan longgar PR.

Ha, agak2 boleh selesai masalah tak? Aku rasa makin menjadi parah ada la...

Pengundi Sik said...

TSKI tak perlu bubar DUN selagi belum kalah usul undi tak percaya. Dan Sultan juga berkuasa untuk tidak membubarkan DUN walaupun diminta berbuat demikian.

Kita tengok dulu samada PAS akan membuat keputusan yang betul dan benar sepertimana perjuangan menegakkan Islam yg mereka kata. Kerana mereka harus sedar bahawa mereka bukan hanya bertanggungjawab ke atas keputusan mereka di atas dunia tetapi juga di Akhirat kelak.

Anonymous said...

usul undi percaya pulak, Pas dan BN bersetuju TSKI menjadi Ketua..apa yg terjadi pada DAP dan PKR.. jangan lupa Selangor ada Sultan..

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan