TINDAKAN JAKIM SEKAT SHEIKH NURUDDIN SATU KESILAPAN BESAR, NAMA PERDANA MENTERI TURUT TERCALAR

on Sunday, November 23


Seluruh umat Islam di Malaysia dan Nusantara Melayu Islam amat terkejut dengan tindakan pihak JAKIM menyekat pendakwah terkenal dari Nusantara Melayu Islam dan di negara-negara Arab iaitu Sheikh Nuruddin daripada berdakwah di TV dan di tempat yang lain di dalam negara Malaysia.

Saya yakin dan percaya perbuatan ini adalah perbuatan mereka yang punya Sakit Jiwa seperti perasaan-perasaan cemburu, irihati, busuk hati dan pelbagai lagi penyakit hati. Mengapa seorang Ulama yang sekian lama menyampaikan ilmu dakwahnya di TV disekat selepas beliau mempunyai ramai pengikut, berjaya mendidik masyarakat seterusnya mengukuhkan lagi Aqidah Sunnah Waljamaah yang menjadi amalan umat Islam di Malaysia dan di Nusantara Melayu Islam ini.

Saya mendesak pihak JAKIM memperjelaskan satu persatu apakah bidaah-bidaah, apakah ajaran-ajaran sesat, apakah kenyataan-kenyataan beliau yang dikatakan menjejaskan keharmonian umat Islam di negara kita Malaysia. Setelah sekian lama beliau berdakwah, saya tidak nampak umat Islam di Malaysia menjadi huru-hara, sebaliknya rating TV Al-Hijrah semakin meningkat naik.

Janganlah kerana JAKIM dipenuhi khabarnya golongan yang berfahaman selain daripada Ahli Sunnah Waljamaah, maka sheikh yang terkenal dari Nusantara Melayu Islam ini menjadi mangsa kebodohan, keangkuhan, kesombongan dan ketakburan golongan muda di JAKIM yang baru setahun jagung di alam dakwah. 

Di akhir zaman ini, mereka yang baharu pulang belajar dari negara-negara Arab, India atau Pakistan apabila balik semula ke Malaysia mencetuskan perbalahan dan pergaduhan sesama mereka kaum agamawan. Menindas sesama mereka, memburuk-burukkan sesama mereka ahli agamawan, sungguh buruk perangai orang-orang agama yang suka memecahbelahkan seperti ini.

Kita amat memandang berat akan hal-hal yang berlaku di dalam JAKIM kerana nampak sangat jelas beberapa tindakan yang dilakukan adalah bertentangan dengan konsep Wasatiyyah YAB Perdana Menteri. JAKIM tidak mendokong prinsip kesederhanaan yang dibawa oleh kepimpinan negara, malah kesederhanaan yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW juga tidak menjadi contoh kepada pihak JAKIM dalam mengendalikan isu ini.

Amat jelas, Sheikh Nuruddin bukannya seorang pengganas, jauh sekali daripada pengaruh IS atau ISIL dan sebagainya yang sedang berleluasa di negara-negara Arab. Juga sangat-sangat jelas, Sheikh Nuruddin bukan seorang Syiah yang sesat dan bukan seorang Wahabi yang menyesatkan.

Saya mendesak supaya JAKIM mengambil jalan tengah dan menghapuskan semula sekatan yang dikenakan ke atas Sheikh Nuruddin. Ini adalah suara rakyat dan suara majoriti umat Islam di Malaysia yang terpinga-pinga dan terkejut mengapa JAKIM menyekat usaha dakwah Islamiyyah yang dijalankan oleh Sheikh Nuruddin sejak hampir 20 tahun yang lalu.

Umat Islam mahu YAB Perdana Menteri mengambil serius akan hal ini. Perkara ini juga telah menjejaskan nama baik YAB Perdana Menteri apabila umat Islam turut menyalahkan YAB Perdana Menteri dengan pelbagai tuduhan, kritikan dan amukan telah dibuat ke atas YAB Perdana Menteri di dalam aplikasi Wassap, SMS, Facebook dan Tweeter. 

Yang jelas YAB Perdana Menteri tidak mengetahui hal ini, ianya adalah kesilapan besar golongan-golongan yang berpenyakit hati di dalam JAKIM.

12 Komen:

Pusat Kecemerlangan HatiMurni said...

Sangat setuju sekali

Anonymous said...

Jakim wajip memperjelaskan kepada umat islam seterusnya menarik balik sekatan tersebut.tekadang terkeliru dengan tindakan jakim dlm menangani beberapa kes melibatkan aqidah yg cuba d mainkan oleh harbi.,slow pula.tapi dlm hal seperti sheikh nuruddin boleh pula berkeras

Anonymous said...

Jakim wajib bertanggungjawab memperjelelaskn kpd umat islam malaysia bahawa ini kesilapan mereka serta menarik balik sekatan terhadap sheikh nuruddin.

Anonymous said...

HURAIAN DEMO SANGAT TEPAT, DALAM JAKIM BANYAK MEREKA PENYAKIT HATI. SANGAT TEPAT.

Anonymous said...

Jakim wajip bg penjelasan. Bila mana program dakwah di tv yg disulami dgn pkr2 yg bercanggah dgn nilai islam dibnggakan..tp ulama yg bnyk ilmunya disekat..

Anonymous said...

Geng geng wahabi sukalah.

Ahmad Salafi said...

si nuruddin orang alim tapi tak cermat ... baca satu ayat Quran pastu tuduh orang sekian2 sesat sebab tafsir ayat itu tak kena cara ...

nak bagitau sikit di sini ...

apa yang nuruddin tuduh sesat tu sebenarnya terkena kepada imam2 muktabar jugak sebab ulama muktabar tu berpfahaman sebagaimana yang nuruddin tuduh ...

jadi sebelum nama si nuruddin ditukar menjadi zolamuddin lebih baik JAKIM sekat biar tak banyak dosa yang nurudin tanggung

Anonymous said...

ahamd salafi..mana buktinya ......yg sya nampak puak puank wahabi yg suka sangat tuduh org lain sesat yg bukan sependapat dgn mereka....bidaah itu bidaah ini...tapi Jakim x sekat pong....maknanya dlm jakim dah ada wahabi bertapak

Anonymous said...

yang ekstream dua dua pihak pun ada....2x5 saja. dengar pro n con banyak banyak....

Anonymous said...

jakim wahabi

Sudah Tinggalkan BN said...

GST haram mesti kita sedar

Anonymous said...

maaf.. ampa dh tgk ka apa dia kata selain dgr org lain yg kata dia kna gam sbb gst? ni cer ni ampa tgk ka apa syeikh nurudin kata? aku tgk la.. xdak kna mngena pin dgn gst..aku ptg2 x tinggai la cinta ilmu.. yg last syekh tu msuk cinta ilmu pd rabu lpas pru 13.. dia beletiaq mrh..muka berubah lgsg..kt 40 minit dia bletiaq yg xdak kna mngena dgn tajuk..dia x benti pun utk iklan..rancangan tu iklan 3x stiap 10 minit.. tp dia trus bckp..pasal pru, sebut bendera biru,bendera hijau..apa mksud tu? kita ada kelemahan..n x semua org hati sntiasa bersih.. ini cer lama lahh..sila cri vc last dia tu..klu aku salah n silap dengaq, maafkan aku..wallahualam

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan