1MDB, RAHSIA BESAR NAJIB

on Monday, December 15

Semua OK
Pandangan Profesor Jayum ini bahawa DS Najib masih merupakan Perdana Menteri terbaik negara mewakili semua kaum dan agama sangat menarik.

Isu 1MDB yang dikoreksi tidak akan berhasil menjatuhkan DS Najib jika itulah niatnya. Sebaliknya, ianya menjadi nikmat yang dapat dirasai oleh masyarakat bawahan. 

Mereka yang bercakap berjuta-juta Ringgit sibuk sangat mengoreksi 1MDB barangkali mereka ada kekecewaan peribadi, tetapi bagi saya isunya adakah nelayan di Kuantan berhenti ke laut kerana 1MDB? Adakah pekebun sayur di lereng Kundasang berhenti menanam sayur kerana1MDB? Adakah penjual jagung dan nangka di Pasar Basah sementara Chow Kit berhenti menjaja kerana 1MDB?

Ada yang mengaitkan 1MDB menyebabkan nilai Ringgit Malaysia merosot berbanding Dollar Amerika dan Singapore Dollar. Isunya bukan itu, isunya ialah adakah pembahagian Buku Teks percuma diberhentikan? Adakah orang ramai berhenti membeli kereta dan motorsikal? Adakah umat Islam berhenti menunaikan ibadah Umrah dan adakah jumlah umat Islam mendaftar Haji bertambah kurang atau bertambah banyak?

Marilah kita bercakap hal ekonomi di depan mata, bukannya di belakang mata.Di belakang mata, anda boleh bercakap akaun berjuta billion Ringgit atau Dollar, walhal di hadapan mata kita rakyat biasa hanya memiliki beberapa ratus atau barangkali beberapa simpanan ribu yang sedikit. Teruskan membaca.

Sudahkah anda melawat sempadan Tawau-Nunukan? Adakah aktiviti ekonomi di antara dua wilayah Indonesia-Malaysia ini berhenti? Sudahkah anda melawat Jeti di Pulau Mersing, adakah Feri ke Pulau Tioman, Pulau Besar dan sekitarnya mati kerana 1MDB? Paling tidak pun, anda lihat penjual sayap ayam bakar berasal dari Tawau yang kini sudah menjelajah di segenap pelusuk Lembah Kelang, adakah bisnes kecil-kecilan ini berhenti mati gara-gara 1MDB?

Apabila berlaku bencana alam seperti kebakaran, tanah runtuh, banjir, dan sebagainya adakah Kerajaan berhenti memberi bantuan gara-gara 1MDB? Adakah Kementerian Pendidikan memberhentikan Biasiswa menghantar pelajar-pelajar ke luar negara?

Begitu juga tidak ada yang pelik apabila nilai Ringgit jatuh. Sebabnya sangat mudah, oleh kerana nilai matawang utama dunia seperti Dollar dan Yuan juga tidak stabil, dan ditambah pula oleh kejatuhan harga minyak dunia, bukanlah menghairankan nilai Ringgit kita juga terjejas. Adakah matawang Rupiah, SD, Rupee, Bath dan lain-lainnya tidak terjejas?

Pekerja asing tidak pernah berhenti untuk menyeberang ke Malaysia. Rakyat dari negara China, India, Bangladesh, Nepal, Indonesia, Vietname, Thailand,Timor Leste, Filipina, Pakistan, Myanmar, dan sebagainya berpusu-pusu berusaha menyelinap memasuki Malaysia sama ada secara betul atau tidak betul, kerana apa? Kerana Malaysia negara yang makmur, aman dan bahagia. 

Di kampung-kampung malah di Felda, para peneroka sudah mampu menggaji pekerja kontrak dari luar negara. Mereka menjadi taukeh-taukeh kecil yang hanya akan mengutip hasil di hujung bulan, manakala kerja-kerja berat dilakukan oleh pekerja asing.

Anda berkata Ekonomi Malaysia akan hancur. Bertahun-tahun anda berkata Ekonomi Malaysia akan hancur. Tetapi tidak juga hancur sebaliknya KLIA2 didirikan, Masjid Kampung Baru di Kuala Lumpur semakin besar dan cantik, Perumahan tumbuh bagai cendawan, Universiti luar negara membina cawangan, IPTA membina cawangan di bandar-bandar kecil, rakyat Malaysia melancong sakan ke Bandung, Hanoi, Guangzhou, London, Jakarta dan seanteronya. 

Dan paling ironi, penatara Ekonomi antrabangsa dunia menaikkan taraf Ekonomi Malaysia hampir 5 anak tangga bertambah baik berbanding tahun lalu, meninggalkan Indonesia, Thailand dan Vietname.

Adakah Bank Rakyat, Petronas, TNB, Felda, Felcra, Tabung Haji, ASB dan Kerajaan Malaysia memberhentikan pemberian Bonus atau Dividen gara-gara 1MDB? Adakah BRIM dikurangkan, ditamatkan atau ditambah lagi? Ternyata Malaysia bukan Amerika, kerana beberapa tahun lalu Kerajaan Amerika pernah 'collapse' gara-gara Perbendaharaan Amerika tidak mampu menyediakan gaji kepada kakitangan kerajaannya. 

Begitu juga, tepat pukul 5.00 petang bas Metro, Rapid KL dan sebagainya penuh sesak dengan penumpang. Begitu jua, jika anda lewat ke pejabat Imigresen sudah pasti anda akan mendapat nombor giliran yang panjang kerana ramainya orang mahu membuat pasport antarabangsa. Dan anda pasti tidur di dalam kemah sekiranya tidak membuat tempahan awal di pantai peranginan Port Dickson atau di Hotel Sunway Lagoon. 

Maknanya, isu 1MDB tiada kaitan dengan DS Najib. Jika anda melihat kesilapan 1MDB anda mesti mengkritik pengurusan 1MDB bukannya Perdana Menteri. Jika anda melihat kelemahan 1MDB anda mesti membetulkan kelemahan 1MDB bukannya memburukkan Perdana Menteri. Jika pengurusan 1MDB membawa kerugian bukannya pula mendesak Perdana Menteri meletak jawatan. Anda memberi pandangan yang salah kepada isu yang salah dan kepada orang yang salah. 
No Problem, Semua OK
Kaitkan Tun Dr Mahathir
Tun Dr. Mahathir adalah seorang pemimpin yang rasional pada masa yang sesuai, kepada orang yang betul dan kepada isu yang tepat. Dahulu Khairy Jamaluddin kerap mengkritik Tun Dr. Mahathir, hari ini mereka boleh bekerjasama dengan betul. Tun Dr. Mahathir dilihat mengejutkan ahli-ahli UMNO apabila memberi pujian dan semangat kepada Azmin Ali, Menteri Besar Selangor. 

Dan saya tidak hairan, jika Tun Dr. Mahathir akan memberi pandangan yang positif kepada 1MDB walaupun mengkritiknya kerana pada saya Tun Dr. Mahathir seorang yang 'refleksiologikal'. Kesilapan besar kita ialah mahu melihat Tun Dr. Mahathir bergaduh besar dengan Perdana Menteri, menunjukkan anda lupa bahawa Perdana Menteri sekarang bukan Perdana Menteri Tingkat 4.

Kesimpulannya mudah, DS Najib masih merupakan Perdana Menteri yang betul kepada Malaysia, Perdana Menteri yang sesuai kepada masa yang sesuai, dan Perdana Menteri yang betul kepada isu yang betul. 

Yang salahnya ialah sesetengah kita mentafsir DS Najib dengan hanya menggunakan satu 'taxonomy'. 

Dan kesimpulannya sangat mudah, isu 1MDB hanyalah isu politik bertujuan menjatuhkan Perdana Menteri. Saya bersetuju pandangan Profesor Jayum. 
Nikmat Pendidikan Dikongsi Bersama
Rahmatan Lil Alamin









6 Komen:

Anonymous said...

Jelas dan mengkagumkan saya walau anda bukan seorg ekonomist

Anonymous said...

Tak yah jadi prof kalau isi karangan macam taraf SPM jer.Rakyat nak tahu pasal apa yang PM ni dok senyap jer dan asyik berjalan rata dunia,walhal ekonomi tengah gundah.

Anonymous said...

Terbaik dari prof. Walaupun aku bukan peminat setia najib tetapi undi aku tetap pada BN

Anonymous said...

Hahah...good try but i dont buy it asshole. U nampak di merata tempat yg ko sebut tu ekonomi mereka ekonomi org miskin...u bagitau ah jib gor, ekonomi yg betul ekonomi yg rakyatnya hidup selesa, bukan kais pagi mkn esok pagi...sudah sudah lah jilat bontot ah jib gor oi...saya ni dah meluat dgn ahjib yg prasan tu...sudah sudah la tu.

Anonymous said...

You have lost a reader (maybe 1 perhaps even more).....but most of all you have lost the faith I have on Jentayuabaka's 'intellectual independence'.

I don't need to school you but you need to review this article over and over!

My sincere thoughts, you have screwed up big time with this one.

OM

Anonymous said...

haha sungguh lucu, boleh masuk Maharaja lawak ni

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan