SELEPAS DUA KALI BERTEMU PERDANA MENTERI, PAS SEMAKIN 'CONFIDENT'

on Wednesday, February 25

PERTEMUAN RASMI KEDUA, BERKEYAKINAN DAN ISTIQAMAH
DUA perkara bersejarah akan menjadi peristiwa penting dalam parti PAS. 

Pertama, perpecahan kepada PASMA tidak dapat dielakkan lagi terutama selepas PASMA mendapat sokongan kuat daripada DAP dalam bentuk sokongan politik dan dana kewangan.

Kedua, perpaduan PAS dengan UMNO sedang berlangsung sekarang khususnya antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Kelantan. Kepimpinan PAS pusat dan kepimpinan Kerajaan Kelantan benar-benar Istiqamah dalam perpaduan ini. Mufti Perlis menyifatkan perkara ini sebagai ajaran Al-Quran yang sebenar.

Selepas dua kali pertemuan dengan DS Najib, saya sangat yakin Kerajaan Kelantan dengan sokongan 100% UMNO di Dewan Undangan Negeri Kelantan, kanun jenayah syariah (Hudud) akan dilaksanakan seawal bulan April 2015. 

Amat memalukan jika tidak dilaksanakan selepas lebih 20 tahun dicanangkan. Kerajaan Terengganu pula baru-baru ini telah melaksanakan undang-undang syariah sedikit demi sedikit tanpa perlu mencanangkannya.

*Nota: Perpaduan bukannya penyatuan. UMNO dan PAS kekal sebagai dua entiti parti yang berasingan. Saya sendiri tidak bersetuju jika salah satu parti ini dibubarkan kemudiannya bersatu dalam satu parti. Lebih baik kedua-duanya berfungsi sebagaimana asalnya, hanya perlu bersatu sahaja. Tuan Ibrahim Tuan Man kelihatan keliru, beliau perlu sedar akan hal ini.

Kesilapan
Kesilapan-kesilapan besar pemimpin PAS sejak beberapa hari lalu merobekkan lagi hubungan kumpulan Ulama dengan kumpulan bukan Ulama. 

Pertama, rakaman perbualan Mat Sabu memperkecilkan Presiden PAS menggambarkan pemikiran sebenar Mat Sabu dan kumpulannya seperti PASMA.

Kedua, kesilapan Mahfuz memanggil seluruh media kononnya akan ada perbualan dengan Sirul di ibu pejabat PAS sebenarnya bukan sahaja memalukan Mahfuz, tetapi juga mengores nama baik parti PAS. 

Sepatutnya, Mahfuz tidak perlu terikut-ikut hal Sirul kerana ia urusan Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Australia, bukannya urusan parti.  Jika di Jepun, menutup malu seperti ini mereka akan meletak jawatan sebagai Ketua Penerangan. Mahfuz kelihatan lemah dalam pentadbiran berkerajaan, mungkin kerana belum pernah menjadi Menteri. 

Mahfuz patut berhati-hati kepada perkara yang tidak pasti dan tidak mencipta risiko buruk kepada parti. Seorang wakil rakyat perlu ada winsdom.

A FRIEND IN NEED IS A FRIEND IN DEED
Kesimpulan penting
Sebenarnya PAS sudah pernah mengalami peristiwa perpecahan besar kepada BERJASA pada tahun 1978 dahulu.

Sebagai satu-satunya parti yang dikenali berlandaskan Islam, maka sewajarnyalah PAS terus dipimpin oleh kumpulan Ulama. 

PASMA adalah kumpulan serpihan sama seperti BERJASA. Begitu juga Semangat 46 dan PKR adalah serpihan kepada parti UMNO. 

Barang serpihan ini biasanya tidak kekal lama kerana fokus utama mereka biasanya bukan Ummah/Jamaah tetapi individu. Jadi, biarkanlah barang serpihan ini berpisah daripada induknya. Kenapa perlu gundah-gulana!

Saya percaya majoriti ahli PAS bersama kepimpinan Ulama. Sudah pasti segelintir sahaja akan terpedaya.










4 Komen:

Anonymous said...

Maaf cakap laa... Perkataan 'Wisdom' dan 'Mahfuz' sebenarnya patut berada jauh berasingan. Kedua2 perkataan itu rasanya tak layak berada dalam satu perenggan yang sama..

Tak layak yang teramat sangat...

Anonymous said...

Parti pembangkang tak habis2 buat demonstration jalanan je....,,,, sepanjang masa asyik demo je yg meerkat tau

kak radi said...

Memang betul sesangat barang serpeh memang tak berguna lansung,contohnya cawan dah serpeh walau mahal manapun tanpal dengan gam uhu tetap nampak tak cantik akhirnya ka tong sampah juga,macamtu juga PASMA cayalah penghujungnya bekecai juga akhirnya,kalau mereka nak selamat gabung saja dengan DAPG apa yg susah sangat.

Anonymous said...

Amat bernas komen2 di atas. Saya sokong.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan