UMNO & PAS, TAK PERLU LAGI SEMBUNYI-SEMBUNYI

on Saturday, February 21

No Caption
Biarkan Datuk Ibrahim Ali
Sejak sekian lama saya ingin melihat UMNO dan PAS bekerjasama bukan sahaja sebagai dua buah parti, tetapi lebih jauh daripada itu.

Tidak perlu lagi sembunyi-sembunyi berdiskusi di belakang tabir. Tidak perlu lagi mengadakan pertemuan rahsia di London, Arab Saudi atau di dalam negara untuk mengatur perpaduan ummah.

Kita semua satu ummah, satu aqidah, bertuhankan Allah SWT yakni tiada tuhan selain daripada Allah SWT, kita beriman Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah SWT yang menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh makhluk Allah. Tiada lagi nabi sesudah Rasulullah SAW.

Kelantan telah mengumumkan bahawa ia akan membentangkan rang undang-undang pindaan hudud pada 18 Mac semasa berlangsungnya pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Chempaka.

Dengan pengumuman ini, UMNO Kelantan khususnya hendaklah menyokong 100% pembentangan tersebut. Sebagai bukti keikhlasan, UMNO janganlah bertanding di PRK Chempaka. Tiada gunanya bertanding kerana menang atau kalah, PAS kekal memerintah kerajaan negeri Kelantan.

Jika Datuk Ibrahim Ali mahu bertanding, biarkanlah dia kerana itu untuk kepuasan peribadinya sebagai seorang pemimpin. Selepas tewas PRU-13, beliau perlu merebut peluang yang ada. Kita pula perlu fokus kepada perpaduan Ummah.

Sebaliknya, di PRK Permatang Pauh, sebagai timbal balik keikhlasan UMNO, parti PAS yang masih dikuasai oleh kumpulan Ulama berbesarhatilah pula tidak bertanding.

No Caption
Sembunyi Ketahuan Juga
Sejak 2008, pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS bertemu secara rahsia atas satu sebab sahaja. Mereka faham mereka perlu bersatu untuk menghadapi musuh sebenar umat Islam. 

Musuh sebenar UMNO bukan PAS. Manakala musuh sebenar PAS bukan UMNO. 

Begitu juga, pertemuan-pertemuan tidak didedahkan sejak zaman Pak Lah lagi diadakan untuk mencari titik pertemuan. Kepimpinan tinggi parti UMNO dan PAS masing-masing menghantar 'utusan' untuk mencari kesepakatan.

Tidak perlulah saya detailkan siapakah yang terbang dari pantai timur terus ke Putrajaya suatu ketika dahulu. Tidak perlulah dikatakan lagi siapa pemimpin UMNO dan PAS berbincang untuk menyelamatkan ummah.

Begitu Juga PKR
Setelah ketiadaan DS Anwar Ibrahim, PKR tidak lagi mampu berfungsi dengan sebaiknya. Rumors sudah kedengaran Presiden PKR, Dr. Wan Azizah mungkin akan meletak jawatan di Kajang untuk memberi laluan kepada anaknya.

Pasukan khas Anwar di luar kerajaan dan simpatismanya di dalam kerajaan berusaha sejak sekian lama untuk membawa Anwar menyertai Kerajaan. 

Tidak berhenti di situ sahaja, pemimpin jiran digunakan untuk merekonsiliasikan. Sudah tentu saya melihat dokumen. KJ tidak melihatnya, maka KJ patut 'tutup mulut' kerana bimbang tersalah cakap.

Pertemuan pemimpin-pemimpin Melayu mewakili parti-parti UMNO PKR dan PAS diadakan di luar negara juga didedahkan oleh Raja Petra, namun saya melihat Raja Petra masih menyembunyikan hal sebenar yang lebih penting. Bacaan ulangan anda di sini .

Kesimpulan
Anda fikir sendiri. Pertama, siapakah musuh sebenar UMNO dan PAS? Kedua, siapakah yang rugi sekarang UMNO atau PAS atau kedua-duanya?

Selamat Berhujung Minggu.

Washington DC, USA.
Februari, 21, 2015.






1 Komen:

Anonymous said...

Saya cadang sdra dedah dokumen perjanjian itu supaya KJ boleh baca. Kesian KJ tak tahu benda tu, kang KJ tersasul, kan dia KP kita.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan