INI DIA FORMULA PERPADUAN UMNO-PAS

on Tuesday, March 3

Pertemuan Perdana Menteri & Menteri Besar Kelantan Yang Terbaharu

MENJELANG pembentangan kanun jenayah syariah II (Hukum Hudud) di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 18 Mac 2015, saya ingin mencadangkan kepada UMNO Kelantan supaya mengadakan pertemuan lebih kerap dengan kepimpinan kerajaan PAS di Kelantan. Kelihatannya, pertemuan Perdana Menteri dengan Menteri Besar Kelantan lebih kerap.

Mahu tidak mahu, PAS khususnya tidak ada perkataan yang lebih sesuai melainkan meneruskan pembentangan Hukum Hudud setelah lebih 20 tahun tertangguh. Jika dahulu, UMNO dan BN dikatakan sebagai penghalangnya, kini sebaliknya UMNO menjadi penyokong kuat kepada perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan.

Sebaliknya, DAP dan PKR menjadi duri dalam daging kepada cita-cita PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud, yang kini menjadi penantian seluruh umat Islam di Malaysia.

Pertemuan PM & MB Kelantan Semasa Banjir Besar Baru-Baru ini
Implikasi Politik Kepada PAS
1. Sekiranya berjaya, saya percaya sokongan umat Islam kepada parti PAS akan bertambah semasa PRU14. 

2. PAS hendaklah bersedia dengan kemungkinan besar terkeluar daripada gabungan Pakatan Rakyat, kerana jurucakap-jurucakap DAP seperti Gobind Singh Deo di sini terang-terangan menentang hasrat PAS itu, dan memberi amaran bahawa tindakan PAS itu bermaksud PAS secara automatik terkeluar daripada PR.

3. Perpaduan PAS dengan UMNO bukanlah perkara asing dan bukan tidak pernah berlaku. Tun Razak dan Datuk Asri Muda selepas mengadakan pertemuan di luar negara, apabila balik ke Malaysia mengumumkan penubuhan Kerajaan Perpaduan di bawah Barisan Nasional. Dalam kes terbaharu, saya menyatakan supaya usaha ke arah perpaduan ini tidak perlulah disembunyi-sembunyikan lagi.
Pertemuan Datuk Mustapha Mohamed & MB Kelantan Yang Terbaharu
Bentuk Perpaduan
1. PAS boleh kekal dengan identitinya, mengekalkan perjuangannya dan tidak lagi perlu merayu-rayu kepada DAP dan PKR untuk menghormati hasrat mereka melestarikan Hukum Hudud.

2. UMNO pula dengan kedudukannya yang kuat dan sebagai pemimpin utama dalam BN, tidak mempunyai masalah untuk menyokong perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan. Kerajaan Persekutuan telah menyediakan fasiliti yang lengkap kepada kerajaan Kelantan untuk melaksanakan Hukum Hudud seperti kompleks Mahkamah Syariah Kelantan dan sebagainya.

3. Sama ada PAS berada di luar PR, atau PAS menjadi komponen bersekutu kepada BN, atau PAS kekal bersendirian, itu terserah kepada PAS. Apa yang umat Islam teruja-uja hendak melihat ialah adakah Hukum Hudud akan terlaksana di Kelantan. Malah seluruh umat Islam di seluruh dunia tidak sabar menanti saat perlaksanaannya. 

Formula Perpaduan UMNO-PAS?
Perkara di atas bukanlah asing juga kepada BN, kerana USNO dan PBS pernah bersama-sama berada dalam BN di peringkat pusat tetapi di peringkat negeri USNO berada di luar BN (1987). Apa pun, kerajaan negeri Sabah dan kerajaan persekutuan berjalan seperti biasa. 

Sebagai permulaan, mungkinkah ini formula yang sesuai kepada perpaduan PAS dengan UMNO. Di peringkat negeri Kelantan, UMNO dan PAS boleh bergabung tetapi di peringkat pusat PAS boleh terus bersama PR. 

Begitulah usaha ke arah perpaduan, bukannya semudah yang dibicarakan. Mungkin anda tidak bersetuju?












0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan