BICARA ILMUWAN

on Friday, July 18

1. PERTEMUAN dengan Profesor Zainal Kling di UPSI dua hari lalu sangat bermakna kerana sejak kecil lagi saya sudah memang membaca karya dan ucapan Profesor Zainal Kling.Kami berbicara tentang pelbagai aspek budaya bangsa Melayu, masa depan bangsa Melayu, dan seterusnya tentang Ketuanan Melayu. Beliau lebih suka menggunakan konsep Kedaulatan Melayu kerana bangsa Melayu mempunyai sejarah yang agung dan cukup berdaulat sejak beribu-ribu tahun lagi.

2. Sambil kami dibawa melihat Pameran Fakulti Seni Lukis di Bangunan Suluh Budiman, kami berbicara tokoh-tokoh guru yang pernah menuntut di UPSI dahulunya dikenali MPSI, sebelumnya pula dikenali SITC. Kami melihat nama Allahyarham Tun Ghaffar Baba sebagai Ketua Penuntut pada tahun 1949. Senarai nama-nama pelajar sejak tahun 1920 dari Singapura & Brunei dipampang di dinding bangunan. Saya memuji hasil karya seni siswa UPSI yang dipamerkan...sungguh berseni dan estetik. Kali terakhir saya melawat UPSI ( masa itu masih lagi MPSI tahun 1995) ketika saya belajar di MPTI, Johor Bahru mengadakan lawatan ke MPSI sebagai Pemimpin Guru ketika itu.

3. Prof. Zainal Kling menjawat jawatan sebagai Pemegang Kerusi Tun Ghaffar Baba di UPSI dengan tumpuan mengkaji sumbangan, sejarah, pemikiran, Tun Ghaffar sejak awal taun 1920an, sehingggalah beliau terlibat sebagai Pejuang Kemerdekaan di belakang Tunku Abd. Rahman tahun 1956, mantan Ketua Menteri Melaka, antara Pengasas MARA, Pengasas UITM, mantan Timbalan Perdana Menteri. Sebagai Pemimpin yang berjasa, selayaknya Allahyarham Tun Ghaffar Baba diberi Penghormatan di UPSI juga sebagai mengenang pendidikannya di SITC tahun 1920an dulu.

4. Saya juga terhutang budi dengan Allahyarham Tun Ghaffar Baba, kerana semasa beliau bekerja keras membawa UMNO masuk ke Sabah pada awal tahun 1990, Allahyarham Tun Ghaffar Baba telah mengusahakan saya untuk menjadi Guru Sandaran di SM Abaka. Ketika itu , saya baru tamat Tingkatan 6 di SMK Kuhara, tidak dapat melanjutkan pelajaran ke UKM kerana kesusahan wang ( ketika itu kami 3 adik-beradik serentak ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Semenanjung ). Tun Ghaffar , melalui Datuk Yusuf Noor ( sekarang Pengerusi Felda ) telah mendengar permintaan ayah saya ketika itu ayah saya dilantik oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad sebagai AJK Penaja UMNO Sabah Bahagian Tawau. Ku sedekahkan Surah Al-Fatihah kepada Allahyarham Tun Ghaffar Baba semoga dicucuri Rahmat roh dan jasadnya, dan diampuni dosa-dosanya oleh ALLAH SWT.END

0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan