BONUS 6 BULAN

on Wednesday, July 30

1. JIKA Trend Harga Minyak akan turun secara Konsisten di seluruh dunia ( USD124 hari ini ), maka kemampuan Kerajaan meluluskan permohonan Ceupecs memohon Bonus dalam Belanjawan bulan depan ( Ogos ) akan tercapai. Saya percaya jika Ceupecs Bijaksana dalam perbincangannya dengan kerajaan , permohonan itu akan berjaya. Jika Bank Rakyat boleh memberi 6 Bulan Bonus tahun 2007 kenapa Kerajaan tidak boleh memberikannya. Maybe 6 bulan Bonus dibayar sebanyak 12 Bulan. Kiraan Matematik jika RM1000 sebulan X 6 Bulan= RM6000 Bahagi 12 Bulan= RM500 Sebulan. Kalau Bahagi 18 Bulan ( 1 1/2 Tahun kerajaan akan Ringan memberi hanya dalam= RM333.33 Sebulan)

JIKA saya Presiden Ceupecs saya akan Kemukakan kepada Pak Lah.

2. Kedua, Elaun Cola Patut juga diberi kepada Kakitangan Sabah/Sarawak yang berkerja di Semenanjung atau Kakitangan Semenanjung yang bekerja di Sabah/Sarawak. Jangan Pertikai EW kerana Elaun EW adalah Hadiah Kerajaan Negeri. Jika ada Kakitangan Semenanjung nak dapat EW Silakan bekerja di Sabah/Sarawak, Tiada Hal. Tidak Perlu saya Ceritakan Masalah orang Merantau ne..tanya Ahli Keluarga yang bekerja di Sabah/Sarawak atau orang Sabah/Sarawak bekerja di Semenanjung.

JIKA saya Presiden Ceupecs saya akan Kemukakan kepada Pak Lah.

3. EPW di Malaysia yang tertinggi ialah di Labuan (RM800/RM900) dan Kota Kinabalu(RM700/800). Sedangkan EPW di Johor Bahru ( Paris Malaysia ), dan KL hanya RM400 dan RM600. Bagi Perantau EPW ini perlu dikaji semula. Skim Baru perlu dicadangkan, dibincangkan dan diluluskan.

JIKA saya Presiden Ceupecs saya akan Kemukakan kepada Pak Lah. Saya melihat Presiden Ceupecs Kita Rajin Bekrja, Sudah banyak Memberi Bantuan kepada Pekerja tetapi PR kurang...Pendekatan kurang...Elemen Diplomasi kurang...Presiden Ceupecs tidak boleh sendiri berjuang, kita kena bantu, maka marilah kita memberi sokongan untuk sebuah Kerajaan yang menyayangi Rakyatnya.

12 Komen:

anakmalaysia said...

waduh2... nak bonus 6 bulan tu?

private sector macam aku ni... huhuhu

aerieff said...

Privite sector kenalah minta manager yang bagi bonus..hehe..

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

1. Private Sector Hendaklah memberi Bonus lebih tinggi drpd Kerajaan, kerana Kerajaan Terpaksa membayar 1.4 juta pekerja, sedangkan Private sektor dalam setiap company tidaklah seramai itu. Kalau Bank Rakyat boleh bagi 6Bulan, Petronas pun banyak, YTL, Bank-bank yang lain,Oklah Kilang-kilang..sepatutnya juga memberi Bonus kerana Keuntungan setiap tahun berilah juga kepada pekerja walau hanya Jaga(Guard).

Kerajaan sudah tentu tidak boleh paksa sebab itu wang syarikat, Pekerja itu sendiri kena bijak bincang dengan management.

Sebagai contoh, Syarikat Golden Hope di Kg. Bombalai tempat saya, setiap tahun mereka menerima Saham keuntungan mencecah 5ribu malah ada yang mendapat lebih 10 Ribu, walhal mereka Buruh Kasar saja,

So, anakmalaysia jangan putus asa. Esok, tanya dengan bos tempat kerja tak kan tahun2 tiada untung.Cuba bawa bincang dengan wakil pekerja dan pengurusan.

dhani2275 said...

awwee deydey..tebeliak biji mataku kalo dpt bonus 6bln tu.nak dpt bonus 1bln pun susah ooooo...jgn kita berangan-angan mat jenin nanti jd mcm ampal.nanti malam susah nak tido,keje pun malas tatkala asyik ingat bonus jer...

dhani2275 said...

uiiiiii,mcm aku kenal gambar kecik itu.mcm pelauk.hehe

Anonymous said...

yaa...saya menyokong sepenuhnya jika kerajaan menaikkan lagi EPW.Sepatutnya EPW ini dikaji 2 thn sekali kerana al maklumlah dimana sekarang ini sewa rumah semakin naik...mana cukup.Dahlah barang keperluan asas semakin naik.bagi perantau mcm saya terasa sangat bebanannya.Diharap CUEPAC dpt membawa hal ini kepada pihak kerajaan.Tentang bonus,saya bersetuju sangat...kalau tak dpt bagi 6 bln,3 bln pun kakitangan kerajaan dah bersyukur.

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Dalam hal Bonus ini, Ceupecs kena bijak. Jika mereka hantar kertas cadangan yang complete dan rasional, ada give and take, munasabah, maka tiada maslah Pak Lah pertimbangkan.

Maka tuan beritahu kepada semua pihak, hantar sms kepada Presiden Ceupecs, hantar surat, buat surat di forum2 akhbar, nyatakan cadangan saya adalah Praktikal dan boleh dipertimbangkan.

dhani2275 said...

bonus oh bonus..........
sukar dijangkakan.
kerajaan m'sia mana ada duit nak byr bonus.nak naikkan elaun imbuhan perumahan pun susah.zaman skrg ni nak sewa bilik rm300 sebulan pun blm tentu dpt.seciput rm180 tu apa yg bole dpt ooooo..
pendapat sy,tak dpt bonus pun takpe,yg penting elaun cola rm500 yg dicadangkan & akan diselaraskan termasuk sabah sarawak pun sy dah bersyukur...sekurang2nya org yg sederhana pendapatannya spt sy dpt mengurangkan kos perbelanjaan yg semakin meruncing ini.

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Mari kita hantar sms ke semua Surat Khabar/TV/YB/ hantar juga surat kepada semua YB/Media/ Buat surat rasmi kepada Presiden Ceupecs, Hantar Emel kepada Pak Lah berikan pendapat dan cadangan yang logik dan munasabah dipraktikkan, minta bantuan pakar kewangan di bank2 berdekatan bagaimana nak realisasikan Bonus 6 Bulan. Semua pihak harus Pro Aktif dengarkan suara Rakyat dengan Jelas. Sampaikan mesej ini kepada semua kakitangan, maka dengan itu dapatlah dipertimbangkan oleh kerajaan. Kerja minta Bonus ne bukan pada Ceupecs saja, kita pun boleh beri idea.

Anonymous said...

bonus oh bonus.......RM$RM$RM$RM$mlm nie sy nak tidor & dibuai mimpi indah ( dpt bonus 6 bln/EPW naik 25%/cola rm500/elaun wilayah naik 25% ) hehehehe....syoknya

silverthana said...

Hai buat lawakke.ingat setiap kali orang gomen dapat bonus,naik gaji barang2 naik melambung.petang umum,esok pagi ikan,sayur naik harga puh! puh!sampaikan tube motorsikal pun naik juga.tapi sape pun tak buat demo PROTES DAPAT BONUS BARANG NAIK,kumpullah ramai2 macam PROTES MINYAK NAIK.
Tapi macam kami kerja kilang tunggu hari nak VSS sajelah,tak mimpi bonus,kutpun bonus dari 3 rumah(MTK) adalah.tiap bulan berapa kilang nak tutup sape pun tak peduli.isu liwat lebih penting sekarang dari nasib minah/mat kilang.Nak bagi boleh tapi diam2 saje,guna internal memo
saja supaya lambat sampai pengetahuan peniaga.nanti dapat bonus penuhlah Jalan TAR,showroom Honda,nissan,Toyota.NazaKia tak mainlah Proton.lepastu tahun depan minta bonus 12 bulan pulak tulah kerja orang Gomen tak pernah puas,perkhidmatan meningkat
30% nak bonus 300% taktau bersyukurke!

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Setuju komen anda, sepatutnya kes kilang banyak nak tutup perlu dihiglightkan, itu lebih penting daripada kes liwat. Sebab ia melibatkan periuk nasi, sekolah anak-anak dan kehidupan seterusnya. saya akan tulis mengenai ini.Tutup kilang lebih penting dari liwat.

Kedua, ya benar Bonus satu hadiah. 6 Bulan nampak tinggi, namun jumlah tak tinggi, Dilemanya memang benar jika hari ini diumum Bonus sejam dua naiklah harga barang...tapi bila tak diberi Bonus ada orang panggil Pak Lah macam-macam sumpah.

Prestasi kerja 30% nak Bonus 300% tu satu andaian sahaja. Memang benar ia wujud. Namun tidak semua, sebagai contoh ada pegawai kerja 32Jam tanpa henti setiap minggu, kadang rehat time sembahyang saja, makan tak sempat kerana utamakan pesakit dia (Dr/Jururawat)masukm kerja 8am-5pm, sambung Oncal 5pm-8am esok pagi, then sambung lagi 8am-5pm. Ada juga yang kat hutan dengan nyamuk dan sebagainya, ada juga di pulau-pulau terpencil, ada juga nun jauh di Sg Lembing 3bulan sekali baru tengok bandar, guru hari ini baiasa pulang 1pm, sekarang pulang 2pm, petang kokkurikulum, malam kena buat lapopran apa yang diajar dan apa nak diajar esok, sabtu kadang sekolah tambahan, ahad kadang tidur di sekolah sebab anak-anak nak berkhemah kat sekolah, gurulah kena jaga, di Kementerian sekarang ada yang kerja sampai 9malam sebab nak kejar sasaran, ada yg terpaksa overtime Sabtu, maknanya bukan semua malas dan bukan semua rajin.Inilah namanya manusia...

macam kat kerja kilang,kadang bergaduh, kadang tak datang kerja, kadang tak cermat contoh buat kuih kadang dalam kuih ada kertas, buat batu-bata tiba-tiba dalam batubata ada kayu ada keras, ada kes dalam susu budak ada sarung tangan, semua ini maybe kelalaian atau kesilapan yang tidak sengaja, tapi kesannya orang lain dapat.

Tapi kalau ekonomi kerajaan bagus apa salahnya bagi Bonus kan, Kalau Kilang banyak untung ( tanya Akauntan/kerani gaji jumlah keuntungan ) jangan tanya Manager sebab kalau tanya bos dia yang untung dia kata rugi, kalau depan taukeh lain kilang dia rugi dia kata untung...so, kalau Kilang untung besar bagilah bonus juga.

Adik saya yang banyak pekerja selalu saya beri Amaran, jika syarikat kau untung banyak, berilah kenaikan gaji dan bonus kepada pekerjamu...senang sama dirasa.

Maknanya mari kita berfikiran Positif.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan