HJ HADI SAHKAN PERTEMUAN

on Monday, July 21




KENYATAAN RASMI PRESIDEN PAS

PAS tidak menafikan bahawa memang telah ada pertemuan antara pimpinan tertinggi parti dengan YAB perdana menteri yang juga selaku presiden Umno, bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu.

Perjumpaan pertama dengan YAB perdana menteri berlaku sejurus selepas pilihanraya umum ke-12 yang lalu yang melibatkan timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa, ketua pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Datuk Mustapha Ali dan ahli parlimen Shah Alam, Abd Khalid Samad.

Pertemuan ini telah pun dilaporkan kepada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak PAS.

Berikutan itu Majlis Syura Ulamak PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam.

Sehubungan dengan ketetapan itu pertemuan telah diadakan lagi di bangunan Parlimen yang melibatkan timbalan presiden PAS dan YAB perdana menteri, yang telah dilaporkan kepada saya dan Majlis Syura Ulamak.

PAS bersedia bagi menjayakan muzakarah dengan Umno ini demi kebaikan umat islam dan bangsa Melayu di Malaysia.

Presiden PAS
20 Julai 2008

Komentar:

1. Husam ( Naib YDP PAS ) sepatutnya berlaku bijak dalam menangani isu ini dengan melihat secara positif sebagaimana Presiden PAS dan Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Md Isa, serta MP Shah Alam Abd. Khalid Samad ( Adik Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna/ Dato Shahrir Samad ). Husam kelihatan marah apabila tidak dijemput, tetapi sebagai Naib Presiden seharusnya sudah mengetahui melalui Majlis Syura yang sebulat suara telah bersetuju. Apakah Husam suka perpecahan? Apakah Husam mementingkan kedudukannya? Apakah Islam tidak menyeru kepada Perpaduan & Perdamaian? Husam patut belajar daripada Dato Hj. Hadi Awang, orang lama dalam Politik PAS dan negara kita.

0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan