PAS KECEWA , NIK AZIZ MARAH

on Wednesday, July 9

SHAH ALAM 8 Julai – Pas Selangor menyifatkan Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat-Protes Sampai Turun di Kelana Jaya, Ahad lalu, sebagai tidak relevan dan gagal mencapai matlamatnya.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali berkata, perhimpunan itu gagal selepas tindakan penganjur mengundang kumpulan muzik underground sehingga mencetuskan insiden aksi penyanyinya melondehkan seluar pada persembahannya.

Katanya, pihak penganjur seharusnya peka dengan budaya serta agama kerana tindakan penyanyi kumpulan Carburetor Dung, Alak jelas bertentangan dengan budaya dan agama yang diamalkan di negara ini.

Menurut beliau, insiden berkenaan juga dilihat tidak menjurus kepada matlamat sebenar perhimpunan itu diadakan bagi membantah kenaikan harga minyak yang dikatakan membebankan rakyat ketika ini.

‘‘Saya tidak nampak apa relevannya pihak penganjur mengundang kumpulan itu mengadakan persembahan sedemikian kerana ia jelas tidak sesuai dengan tujuan sebenar perhimpunan itu. Malah, ia juga dilihat seolah-olah satu pertunjukan hiburan.

‘‘Saya difahamkan juga, ketika perhimpunan itu, kira-kira 700 orang Unit Badan Amal Pas turut menarik diri sebagai urus setia dan saya tak salahkan mereka.

‘‘Tetapi saya fikir, jika itu (persembahan) merupakan tarikan orang ramai hadir ke perhimpunan tersebut, saya anggap ia tidak mencapai sasaran dan tidak berjaya,’’ jelas beliau yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, di sini hari ini.

NIK AZIZ KECEWA PROTES MINYAK OLEH PKR

KOTA BHARU 8 Julai – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa dengan perjalanan perhimpunan Protes Sejuta Rakyat-Protes Sampai Turun kelmarin yang bertukar menjadi majlis ‘seronok-seronok’.

Menurut Nik Abdul Aziz, beliau tidak terfikir program yang digerakkan oleh pakatan pembangkang bagi membantah kenaikan harga minyak turut diselitkan dengan persembahan muzik liar dan melampau itu.

“Saya kecewa betul, saya tak terfikir benda tu boleh berlaku, macam mana saya pun tak faham,” katanya yang juga Menteri Besar Kelantan kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, beliau bersetuju dengan tindakan ahli Pas termasuk unit amalnya yang dikatakan bertindak keluar dari stadium kerana tidak menyenangi apa yang berlaku.

“Saya memang setuju, buat apa kita turut orang, turun dari rumah kita nak protes, tiba-tiba sampai di sana, orang lain buat cara bukan nak protes, tapi nak seronok-seronok, tak boleh,” katanya.

2 Komen:

silentbase said...

1. DS Anwar berani mengajak seluruh ahli kabinet termasuk PM untuk berdebat mengenai harga minyak.
Mengapa Anwar begitu yakin? Beliau tidak dinafikan antara pakar ekonomi negara sebelum t4agedi 1998.

Pada pendapat saya DS Zaid bukanlah orang yg setaraf dgn DS Anwar untuk berdebat.

2. Sejauh mana keberkesanan Islam Hadari? Pemuda masa kini hanya memahami ilmu asas tentang Islam sebenar dan bukannya Hadhari Pak Lah. Imam-imam di kg turut tidak memahami dan praktik Hadhari pada hari ini.

Isteri kpd pengasas Hadari sendiri mendedahkan rambut. Ini kah Hadhari? Bagaimana dengan DS Wan Azizah?

Soalan sy adalah berapa byk lagi wang rakyat yg perlu dibelanjakan oleh kerajaan untuk menyampaikan Hadhari ini walaupun ia telah diperkenalkan beberapa tahun lepas?

Terima kasih

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Assalamualaikum.Tq.
1. Saya percaya Anwar memang seorang yang berani, sebagai ahli politik, jangan berumah di tepi pantai jika takut dilambung tsunami. Anwar sebagai Pakar Ekonomi tidak tepat kerana Anwar hanyalah pelahar Sastera & Sains Sosial di UM. Maybe Anwar Pakar Politik boleh, sebab itu sebuah Christian University di Manila menganugerahkan kepadanya gelaran Doktor Perseuratan tetapi atas sebab sentimen Melayu/Islam Anwar tidak gunakan anugerah itu.

Kedua, Anwar bukan berani nak berdebat, Anwar beranimelaung2kan berani nak berdebat, tetapi apabila sampai masanya Anwar menambah...sebenarnya lebih baik kalau dengan PM dan TPM. Begitulah Anwar Pakar Politik, apabila Anwar Gagal menjadi PM dengan cara mengajak 30 MP BN melompat pada April/MEI/jUN/jULAI...NAK DEKAT sEPTEMBER, Anwar muncul dengan insiden Saiful. Begitulah Anwar Pakar Politik...tetapi dengan saya sukar Anwar nak tipu...

2. Jawapannya, apakah kita nak kata kepada Dato Hassan Din/Dato Harun Din apabila kakaknya kata tetap mengamalkan Aurad Muhammadiah...Apakah kita nak katakan kepada Dr. Badrul Amin apabila saudara2nya pun mendedahkan aurat, Apakah kita nak katakan apabila bapa Saudara Nabi kita Muhammad SAW ke akhir hayatnya tidak mengucap Kalimah Syahadah, Apakah kita nak katakan apabila Tok Guru Nik Aziz tidak mampu nak menghalang Laga Lembu di Kota Bharu/ Apakah kita nak katakan YB PAS kahwin dengan orang Kemboja pun sama, Apakah kita nak katakan di Kota Bharu pun ada sarang Pelacuran, Apakah pula pendapat kita Dr. Hatta Ramli Pengerusi Protes bawa Artis hampir Bogel minggu lalu, Apakah Hj Hadi nak jawab ada konsert tari-menari di Selangor minggu lalu, Apakah nak kita katakan Mat Sabu Al-Khalwati dengan kes tangkap basahnya, apakah nak kita jawab bila Mat Sabu Al Khalwati kata Anwar sangat bahaya kalau jadi PM..kata Mat Sabu..aku berdoa Anwar tak jadi PM.Kata Ezam aku bersumpah demi Allah & RasulNYA tidak akan membiarkan Anwar jadi PM..apakah maksudnya itu?..dan banyak lagi persoalan...maknanya kita manusia kerdil di sisiNYA..

3.Wang Rakyat digunakan untuk mengembangkan ajaran Islam tiada masalah, apakah Anwar yang memiliki rumah berjuta-juta ringgit, rumah Azmin berjuta-juta ringgit,rumah Khalid berjuta2 ringgit juga bukan dari wang rakyat...atau wang dari langit? Wan Azizah ya bertudung, mampukah dia menghalang Anwar berjumpa Madeline AlBright, Condolize Rice, Shaha dan bersalam dengan bukan muhrim, atau Wan Azizah benarkan juga...

4. Maknanya, saya mengajak kita berfikir persoalan2 yang saya utarakan di atas. Tiada manusia yang 200% bersih hanya Nabi kita Rasulullah SAW sahaja.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan