PERDANA MENTERI PENANG

on Thursday, July 31

1. PADA tahun 1964/1965, Lee Kuan Yew sebagai Ketua Menteri Singapura telah BERLAGAK sebagai PM dengan mengenepikan Tunku Abd. Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Tunku telah menyatakan, Malaysia hanya ada satu Perdana Menteri, tetapi Lee Kuan Yew berkeras untuk mewakili Singapura, Diplomat-Diplomatnya dihantar ke mana-mana Persidangan dunia termasuk PBB walaupun Malaysia sudah ada Diplomat yang ditugaskan. Lee KUan Yew membuat Jamuan Negara kepada duta-duta secara bersendirian walaupun sepatutnya kerajaan Persekutuan yang melakukannya. Lee Kuan Yew memang kurang ajar kepada PM Malaysia ( bacalah Bibliografi ; Memoir Lee Kuan Yew ) , dia menceritakan perkara-perkara yang buruk pasal Tunku Abd. Rahman. Bolehkah Tunku menjawabnya sedangkan Tunku sudah tiada?

2. Kemudian untuk Kes Sabah/Sarawak, Lee Kuan Yew mengugut Tunku supaya memberikan Lebih Banyak Peruntukan dalam Rancangan Malaysia Pertama, walaupun Tunku menyatakan Sabah/Sarawak juga hendaklah diberi Peruntukan yang sama. Oleh kerana desakan-desakan dan ugutan-ugutan Lee Kuan Yew, maka Sabah/Sarawak ketika itu kurang mendapat Peruntukan, maka tidak hairanlah Sabah/Sarawak kurang maju sedikit berbanding Semenanjung. HARI INI, Ketua Menteri Penang Membuat Perkara yang sama apabila Menuntut Ganti Rugi RM4.7 Billion daripada Kerajaan Pusat Hanya kerana Pembatalan Projek yang terpaksa dibatalkan kerana keadaan ekonomi.

3. Kalau begitu, apa kata kita Menuntut Ganti Rugi RM7.4 Billion kerana kita Berasa Terhina dengan tindakan Kerajaan Penang yang Menghina Kedaulatan Bahasa Melayu di Penang. Papan Tanda semua nak diCinakan atau DiDAPkan. Bahasa Melayu adalah Jiwa Bangsa Melayu. Adakah anda tidak terasa Terhina? DAP kena buka balik Perlembagaan, Bahasa Melayu hendaklah ditulis dengan Tulisan Rumi, dan juga Tulisan Jawi.

4. DAP bercakap Malaysian Malaysia macam Lee Kuan Yew dulu, tapi bila bertutur guna bahasa Mandarin, kata nak Malaysian Malaysia...Sekolah sekolah Mandarin, kata nak Malaysian Malaysia, Akhbar akhbar Mandarin kata nak Malaysian Malaysia...Maknanya mereka bukan nak wujudkan Malaysian Malaysia..mereka nak jadi Perdana Menteri Penang macam sekarang dah dapat Perdana Menteri Singapura.

5. Walaupun ICJ memberi Kemenangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura, tetapi 10 Tahun akan datang keputusan itu boleh dikaji semula.Saya diberitahu oleh Persatuan Sejarah Malaysia, Johor ada banyak Surat-Surat Perjanjian Lama dalam Perpustakaan Istana Besar Johor yang belum dibuka lagi, dan pasukan kita hendaklah menyelongkar semua ini untuk mendapatkan Surat Perjanjian antara Raja Johor dengan British bahawa Mereka hanaya Menyewa Pulau Batu Puteh daripada Raja Johor, Kita mesti berusaha mendapatkannya semula macam China mendapatkan semula Macau, Hong Kong dan sekarang Taiwan. Walaupun Lee Kuan Yew ubah sejarah negara Singapura dengan ayat...Singapura dibuka oleh Stamford Raffles bla bla bla... tetapi Satu Dunia tahu Singapura itu sendiri adalah asal-usulnya dari Raja Johor ( Raja Melayu ).Jika mereka menuntut pula EEZ di Pulau Batu Puteh, maknanya mereka tekan kita di Selatan, dan di utara pun kita ditekan oleh warisan PAP (DAP). Mana perginya suara GPMS/GAPENA/PENA/Silat Gayung/Selendang Merah/ dan lain-lain.Semua Tidur!

6. DAP kena faham tanahair ini ada dasarnya, ada sejarahnya, ada tradisinya, ada terasnya.

7. Maka itu, Melayu dan Islam itu lebih Penting banding UMNOPAS. Atas nama bangsa Melayu dan Agama Islam, UMNOPAS boleh bersatu...atas nama UMNO hanya orang UMNO sahaja boleh bersatu, atas nama PAS hanya orang PAS sahaja boleh bersatu, atas nama UMNOPAS hanya orang UMNOPAS saja boleh bersatu...Tetapi atas nama MelayuIslam semua orang Melayu dan Semua umat Islam boleh bersatu!

5 Komen:

anakmalaysia said...

Ewah2... negeri dia kaya raya ada sumber apa?

Sabah ni banyak sumber tapi bagi kaya negeri lain... last2 miskin...

ewah2... bagi pampasan kat sabah dulu sebelum penang nak.

BANYAK CANTIKKKKKKKKKKKKKKKK

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Setuju, sebab itu kita berasa sedih. Namun, saya ingin kongsi pendapat, peruntukan Kerajaan Pusat beri kepada negeri Sabah/Sarawak Lebih Besar daripada Permintaan SAPP 20% Royalti Minyak. Saya lihat Kelemahan ialah di pihak YB-YB kita, Kelemahan Kedua ialah di pihak Pembuat Dasar, orang Sabah kurang.

Untuk itu, kita di Sabah mesti menuntutdengan cara yang bijak, cara SAPP tak betul, saya jumpa Pak Lah bersama-sama dengan Dato Raymond Tan, Timbalan Presiden SAPP bulan lalu,saya tengok cara Datuk Raymond bagus.Diplomasi.

Bagi rakyat biasa, utarakan dalam Seminar, Mesyuarat, Tulis Surat kepada Yb-YB kita, hantar SMS, buat forum, kita buat tuntutan dengan bijaksana. Tiada perkara yang tidak boleh, caranya saja kena betul.

Kalau ada YB-YB kita gagal dalam tugasnya, next election tukar dia, kita nak yang berjiwea rakyat, bukanberjiwa RM.

malay-machista said...

saudara,
memang setuju, cara kita menuntut sesuatu perlulah penuh hemah dan diplomasi. tapi adakalanya kelembutan kita itu mendedahkan kita pada manipulasi pihak2 yang sememangnya tidak ikhlas dalam menghulurkan peruntukan.
masalah di Sabah sangat kompleks.
di satu sudut, pembangunannya hebat. so the fight is beyond bread and butter. di KK misalnya. penduduk mahukan kualiti hidup yang tinggi. jadi permintaannya : jalan yang lebih baik, kos hidup yang lebih selesa, kebersihan, so on and so forth.
tapi disudut yang lain pula, di pekan-pekan kecil, di kampung-kampung tradisional, jurangnya maha luas!
masih kedapatan kemiskinan yang tegar, infrastruktur yang menyedihkan, peluang pekerjaan yang zero!!
Dato' Musa kena tegaslah sikit...
budaya orang Sabah, mereka memang pelembut dan sensitif serta mengambil berat perasaan orang lain. tapi bila deal dengan pemimpin2 rakus, kena garang sikit bro!
sebab tu tikus2 KL terperanjat bila Yong teck lee meradang!

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Ya saya setuju juga,namun perhatikan YB-YB Sabah, siapa yang tuan tengok yang tidak hidyup senang? Cuba buat Kajian siapa yang ada harta di luar negara? Siapa yang rajin pergi Masjid/Surau untuk berjumpa dengan grassroot. Siapa yang kalau di SMS/ telefon akan angkat?

Kalau Bung Mokhtar ya sangat cepat menolong, atau mantan Menteri Belia & Sukan, Datuk LIew Yun Fah walaupun 2 pagi sanggup bangun ke hospital selesaikan urusan rakyat, YB Said Senang ( mantan Merotai ) walaupun miskin dari segi harta tetapi Layanan kepada Rakyat First Class.Sekadar beberapa nama Datuk Taufiq ya juga sangat ringan membantu,

Maknanya Mereka semua ini perlu bijak memohon Peruntukan seberapa banyak dan segera laksanakan peruntukan itu kepada rakyat, janganlah jadi YB 10%, belum dapat Projek dah minta 10% daripada Kontraktor,

Saya tengok di Putrajaya ini, selama saya bekerja di Putrajaya, Pak Lah mahupun Kerajaan Pusat tidak pernah kata Tiada atau tidak kepada apa jua permohonan rakyat, hanya cara & saluran kena betul, contohnya jika Kementerian Pembangunan dah habis peruntukan bukan ni, minta dengan Kementerian lain, kalau tak cukup pula minta dengan MARA, tak cukup lagi minta dengan agensi lain, Hanya YB itu kena bijak mendapatkan maklumat dan saluran yang tepat.

Selain itu, setiap penggal Peruntukan Parlimen dalam RM500,000setiap Parlimen, ADUN dalam RM300,000 kalau saya tidak silap ( betulkan jika saya silap ), semua ini boleh digunaklan untuk jalan. Namun adakah ia sampai kepada Sasaran...contohnya jalan ke KUnak, adakah sampai peruntukan itu di situ.

Maka itu, kita sebagai Rakyat kena pro-aktif, tanya YB itu mana Peruntukan? Tanya semua agensi kenapa lambat? Buat sidang akhbar buat surat kepada akhbar, hantar kepada PM kenapa jalan tak dibuat sedangkan peruntukan telah diberikan.

Ada seorang pemuda di Kunak yang selalu kirim surat kepada Pak Lah menyatakan semua ini. Di Parlimen pun saya SMS YB Silam yang baru supaya Pro-aktif mencari dan mengejar peruntukan untuk rakyat. Inilah masanya.

malay-machista said...

salam saudara,
barangkali pendekatan yang saudara cadangkan itu ada kebaikannya. tak terfikir pula saya. ya benar, rakyat sendiri harus amalkan taktik "perang gerilla" seperti yang saudara cadangkan itu. tulis, komplen, desak, panggil TV3 dan lain-lain lagi cara yang halal dari segi undang-undang.
jalan ke kunak tu, memang pernah saya lalui semasa pemergian saya kali pertama 2006. menyedihkan...
tapi, golongan yang berpendidikan seperti saudaralah harus menjadi pemangkin perubahan bagi kawan2 kita di sana.
saudara, kadang-kadang perut yang kosong membutakan hati dari kepedulian tentang hak dan kebenaran...

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan