TERKINI=BENARKAH PKR BUBAR?

on Friday, July 25

1. Kawan-kawan kat Kg. kirim SMS, benarkah PKR nak dibubar? Saya kata ada kemungkinan kerana betapa kuatnya Parti Negara dulu ( 1960),betapa habatnya parti IMP dulu (1950an), betapa hebatnya Parti Sosialis ( Dr. Hussien Ali ), betapa hebatnya parti BERJAYA ( Sabah ), dan betapa kuatnya Semangat 46 dan Angkatan Perpaduan Ummah (1990 ) akhirnya satu demi satu tumbang tanpa nisan.

2. Kedua, hanya tinggal 46 Hari lagi 16 September 2008, yang hanya akan menyeberang PKR adalah Ahli-Ahli Pencen tak ada jawatan macam Datuk Fauzi Abd. Rahman ( Kuantan ) dan teman-temannya. Mantan YB bukan YB sebenar. MP PAS Shah Alam, YB Khalid Samad adik kepada YB Shahrir Samad (UMNO) kata kenapa perlu rujuk Anwar kalau nak bermuzakarah dengan UMNO, dia jumpa SAPP tak bagitau kita juga.

3. Datuk Seri Anwar Ibrahim, menghadapi Kesukaran untuk bertanding Pilihanraya Kecil. Di mana? Bila? Nak ganti siapa? Kes Peribadi dengan Saiful belum selesai!

4. Ezam ( mantan Ketua AMK PKR ) hari demi hari, malam demi malam membongkar rahsia-rahsia Bahayanya Anwar kalau jadi PM. Kita semua pelik kenapa Anwar, Wan Azizah, Nurul Ezzah atau Tidak Ada Satu Orang Pun orang PKR yang Berani Menjawab Isu-isu yang Ezam bangkitkan. Semua diam. Semua tak da respon. Kenapa & mengapa? Kalau Pm bercakap, Kalau TPM bercakap, Kalau Menteri2 berkata-kata dengan segera kena bantai oleh Anwar/Azizah/Nurul Ezzah/ DLL PKR tetapi apabila Ezam berkata-kata ...Semua Diam Membisu...Hairan bin Ajaib?

5. Kenapa Ezam bersumpah demi Allah & Rasulnya....? aku tidak akan membenarkan Anwar menjadi PM?

6. Teringat kata-kata Tuan Hj Mat Sabu..." aku berdoa kepada Allah SWT, janganlah Anwar jadi PM! ...bahaya...apa maksud Mat Sabu?

7. Dengan semua keadaan ini, mampukah PKR bertahan?

2 Komen:

Anonymous said...

Salam.....

Saya tertarik dengan artikal ini. bolehkah saya nak tahu apakah rahsia Anwar yang telah dibongkarkan oleh Ezam? maklumlah saya tidak berkesempatan untuk mendapatkan maklumat-maklumat tersebut...

Sharil, Selangor

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Salam, Ezam yang sanggup dipenjara kerana Amwar mempunyai sebabnya, sehingga hari ini Ezam tidak lagi membuka seluasnya kerana kata Ezam dia tak mahu buka Aib Anwar dan keluarganya.

Namun, kata Ezam jika mereka menyentuh maruahnya, Ezam terpaksa bongkar rahsia sulit itu.

Dalam hal ini, saya tidak mahu menulis andaian, kita sama-sama tunggu Ezam mendedahkannya, dan juga Nallakarupan rakan baik Anwar dalam 30 tahun, rakan sepermainan tenis Anwar,

Biarlah Ezam yang melakukannya kerana dia yang tahu. Kalau Ezam pembohong, Anwar dan keluarganya sepatutnya sama Ezam dan Nallakarupn kerana mendedahkan semua cerita-cerita itu...namun sanggupkah Anwar sama Ezam dan Nallakarupan?

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan