ANWAR = DUA PILIHAN SAHAJA

on Friday, August 29

1. SELEPAS PRK Permatang Pauh, Anwar mempunyai banyak janji yang perlu ditunaikannya kepada rakyat di Permatang Pauh, janjinya menjadi PM kepada Pakatan Rakyat, dan barangkali janji-janjinya kepada teman YahudiAmerikanya. Sudah pasti J.Biden, Condaliza Rice, William Cohen, Madeline AlBright, Esperito, terutamanya Paul Wolfowitz ternanti-nanti tarikh 16 September sahabat mereka Anwar menjadi PM.

2. Pak Lah dalam pembentangan Bajet 2009 semalam, di hujung bajet memberi amaran kepada golongan oportunis supaya tidak merampas hak rakyat Malaysia yang telah memberi undi kepercayaan kepada BN untuk terus mememrintah. Jika Perdana menteri memberi amaran...sudah pasti amaran itu akan dilaksanakan. Mereka melihat Pak Lah sebagai terlalu lembut, tetapi mereka lupa jika kepentingan rakyat dan negara diperjudi alat negara terpaksa digunakan untuk menyelamatkan negara.

3. Sebaliknya, seperti tulisan penulis ( DAP & PAS AKAN TERTIPU . Monday, August 11 ), Anwar tidak mempunyai pilihan sama ada meninggalkan DAP & PAS atau terpaksa menunggu PRU13. Seperti kata Hj. Mohd Sabu, Anwar adalah pemimpin yang meragukan. Seperti kata Allahyarham Dato' Hj Fadhil Nor, Anwar mementingkan dirinya sendiri, seperti kata Ahli Parlimen Indonesia Ade Nasution, ' saya tahu dengan siapa Anwar berjumpa di Jakarta dan dengan kumpulan mana dia berjumpa'. Seperti kata Tun Dr Mahathir, Anwar tidak akan berjaya PM pada 16 September, dan seperti kata Pak Lah, dia tidak akan membenarkan orang yang oportunis merosakkan negara.

4. Lalu nak ke mana Anwar, sedangkan Anwar sangat terdesak! Di Parlimen Anwar tidak lagi menggunakan istilah melompat, dia gunakan istilah menyeberang. Maknanya dari segi bahasa politik, Anwar tidak mempunyai kepercayaan lagi di dalam dirinya untuk menjadi PM pada 16 September.

5. PKR kini bermasalah terutama kes YB Zulkifli Nordin. Anwar nak sokong siapa? Jika sokong YB Zulkifli, kumpulan NonMuslim dalam PKR yang marah dgn YB Zulkifli akan marah kepada Anwar pula. Jika Anwar mengambil tindakan terhadap YB Zulkifli, seolah-olah Anwar telah menganiaya orang yang mempertahankan kesucian agama Islam. Kita tengok Anwar pilih Islam (YB Zulkifli) atau BarCouncil( YB NonMuslim PKR). Jika Anwar memilih BarCouncil, kita tidak hairan!

6. Persidangan Parlimen hanya akan disambung pada 12 Oktober 2008.

7a. Kes Liwat Anwar dan Qazaf yang melibatkan Anwar akan dibicarakan. Jika Anwar menang dia akan terus menjadi YB Permatang Pauh. JIka Anwar kalah dan didenda melebihi RM2,000 , maka keanggotaan Anwar sebagai YB akan lucut. Maka, Permatang Pauh akan sekali lagi mengadakan Pilihanraya Kecil.

7b. Bahasa politik Bajet 2009 telah Memadamkan segala retorik Anwar. Anwar terlalu ego takbur, dia lupa ketika dia berangan-angan dengan yakin akan menjadi PM pada 16 September, dia langsung tidak sandarkan cita-citanya itu kepada Allah. Tiada kata Insyaallah. tetapi dia yakin akan jad PM pada 16 September 2008. Dia ingat YB-YB Sabah dan Sarawak macam barang pasar malam boleh dibeli sesuka hati. Bahasa politiknya ialah Anwar menghina seluruh rakyat Sabah & Sarawak.

7c. Yong Teck Lee bukanlah menghairankan menyokong Anwar. Dalam insiden 1994/1995 , kerajaan PBS tumbang disebabkan peranan Anwar dan Yong Teck Lee. Mereka nak ulangi semula insiden itu, malangnya Yong Teck Lee bukanlah YB lagi, dia hanya mantan YB yang punya kes rasuah yang sedang disiasat oleh BPR.

7d. Pernahkah kita bertanya, mengapa Allah SWT tidak mempermudahkan Anwar menjadi PM? Akan apa ayang berlaku di dunia ini adalah dengan kehendak Allah SWT, dengan Qada & Qadar yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Malangnya ada manusia yang sombong, ego dan takbur Menentukan Dirinya sendiri akan menjadi PM pada 16 Septemeber tanpa bersandarkan kepada Insyaallah.

6 Komen:

Mustapha,SPrai said...

Salam, jangkaan saudara ada benarnya, tetapi ada satu lagi sdra tak fikir, apakah ada kemungkinan Anwar menyertai BN, jika usahanya membeli YB BN tak berjaya pada 16 Sept.

Saya percaya Anwar tak sanggup menunggu PRU13, hanya ada pilihan ke3, sertai BN. Anwar orang yg pentingkan dirinya sendiri, dia ntak akan pedulijika DAP dan PAS marah, sasarannya PM, bukan DAP & PAS.

Masalahnya adakah BN terutama UMNO akan menerima Anwar?

anakmalaysia said...

Assalamualaikum Tuan,

JIKA BENAR dia menubuh kerajaan dengan orang melompat katak ini saya tidak percaya dia seorang berwibawa.

Jika hendak sangat jawatan PM itu bertandinglah secara adil pada PRU13.

Biar MAJORITI MENENTUKAN

CheMin,Selangor said...

maybe anwar byk hutang dgn org2 Amerika dan Yahudi atau sesiapa saja terutama semasa PRU12 dan PRK PPauh,Tak kanlah Anwar sekaya Sultan Brunei nak guna hadapi PRU12 dan PRK PPauh, must be somebody pinjamkan dia wang, maybe org Yahudi atau org barat NGO2 Yahudi dia tu, sebab semua org Yahudi Amerika sokong dia, mestilah ada makna tu, tak kan sokong babibuta je, maybe time pinjam dia janji akan bayar balik bila jadi PM. Ne lah Pm yg nak jual negara ne, ne la gaya dia,

anwar dah 61, kalau tunggu PRU13 dah 65, time tu BN dah kuat semula.

anwar tak da pilihan, dia kena buat juga atau hilang kredebiliti dan malu.

maybe juga sebab September ne bicara liwat dia kot, so sebelum jatuh hukuman dia nak jadi PM, bila dah jadi PM dia boleh arahkan Peguam Negara tutup kes...sapa tak kenal anwar saudara, itulah cara dia.

abe MIE said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Macam mana lihat perangai pakatan di parlimen? cakap aje lebih. dok diam aje bila Pak Lah kemukakan belanjawan.

sebenarnya BABI ini terhutang budi dengan Pak Lah dan khairi sebab bebaskan dia dari maslah moral. Ezam hantar BABI ke luar negara untuk dapatkan rawatan. Itu sebab lah BABI rasa malu. Lain laki jangan jadi 'babi' nanti kena hina.

Ada dengar pasal Tun mengenai mungkin BABI akan masuk BN? Macam mana dia nak jadi PM- Peliwat Malang kalau dia hanya sekadar jadi juara kepada pembangkang macam Haji Hadhi selama ini.

nota
BABI-BARUA ANWAR BIN IBRAHIM

abe MIE said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Macam mana lihat perangai pakatan di parlimen? cakap aje lebih. dok diam aje bila Pak Lah kemukakan belanjawan.

sebenarnya BABI ini terhutang budi dengan Pak Lah dan khairi sebab bebaskan dia dari maslah moral. Ezam hantar BABI ke luar negara untuk dapatkan rawatan. Itu sebab lah BABI rasa malu. Lain laki jangan jadi 'babi' nanti kena hina.

Ada dengar pasal Tun mengenai mungkin BABI akan masuk BN? Macam mana dia nak jadi PM- Peliwat Malang kalau dia hanya sekadar jadi juara kepada pembangkang macam Haji Hadhi selama ini.

nota
BABI-BARUA ANWAR BIN IBRAHIM

Conspiracy Theorist said...

Bros,

Bro AnWar is living on borrowed time,..wat can I say,..heheh..(,")

SAY NO TO NWO!! SAY BYE TO AnWar & PLah!!

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan