ANWAR IBRAHIM = PAS & DAP MENGKHIANATI PERJUANGAN ORANG MELAYU!

on Monday, August 25

1. Ahli Parlimen Indonesia, Anggota Komisi VII, Ade Nasution berkata " beliau tahu siapa Anwar semasa datang ke Indonesia dan dengan siapa dan kumpulan mana beliau berkawan. Beliau seterusnya berkata, pandangan Gus Dur terhadap Anwar hanyalah kerana beliau rakan baik Anwar bukan pandangan rakyat Indonesia.

2. Datuk Ibrahim Ali, yang pernah ditahan ISA dan kini Ahli Parlimen Pasir Mas Kelantan berkata," Ezam dan Nallakarupan mesti melaporkan kes Anwar menerima RM60 Juta daripada Magnum Corpoaration, Syarkiat Judi. dan kes Anwar mengagih-agihkan Kontrak bernilai RM15 Billion kepada rakan-rakannya.

3. Bekas SU PKR Negeri Kedah , Zamil Ibrahimpula berkata, " Anwar menjadikan PKR seperti sebuah Syarikat perniagaan yang mana dia adalah Ketua Pegawai Eksekutifnya dan mentadbir parti sesuka hatinya. Zamil berkata, 5 Ketua Bahagian dan 10 Ketua Pemuda Bahagian Kedah keluar PKR .

4. Ahli-ahli Parlimen PAS membisikkan kepada YB Khairy Jamaludin bahawa mereka tidak boleh menerima Anwar sebagai Perdana Menteri.

5. Bekas Pengerusi Fatwa Kebangsaan, Dr. Ismail Ibrahim berkata bersumpah dengan nama Allah sambil memegang al-Quran tidak wajar disamakan dengan sumpah orang Kristian. Yang penting kaanya lagi, apabila seseorang bersumpah mengikut cara Islam adalah dilakukan atas aqidah dan perbuatan memegang al-quran adalah sebaliknya, bukan menyentuh soal aqidah. Sumpah adalah antara dia dengan Allah SWT, kalau dia melakukan dengan ikhlas orang lain tidak harus mempertikaikannya.

6. V.K. Ragu salah seorang pengasas HINDRAF berkta, kumpulan itu yang ditubuhkan untuk membela masyarakat India telah diperalatkan oleh parti pembangkang sehingga dilihat sebagai pergerakan berhaluan kiri.

7. Saya mencabar Kepimpinan PAS supaya menyebut kitab, hadis, ijmak atau ulamak mana yang menyuruh orang-orang Islam bermusuhan sesama sendiri serta mengkafirkan orang lain seperti yang diamalkan pemimpin PAS ( Marang, Terengganu-14.3.86)

8. Kerjasama antara PAS dan DAP jelas mengkhianati perjuangan orang Melayu dan boleh mencetuskan perpecahan kaum.( Gombak, KL- 21.4.1995 )

* Presiden Soekarno - Jika kamu mahu melihat keagugan sesuatu bangsa, lihatlah sejarahnya.

6 Komen:

MarlisaJB said...

Anwar pernah kutuk PAS dan DAP. Hari ne kawan pula dengan DAP & PAS. UMNO & PAS pernah bersama sekarang dah berpisah. Nik Aziz pernah kata DAP bapak syaitan, hari ne berpelukan mesra. Nik Aziz pernah kata Tun Mahathir Mahafiraun hari ne panggil Tun M masuk PAS.

Yang gaduh semua Melayu je, Melayu baling Melayu, Melayu kutuk Melayu, Melayu pukul Melayu,

Yang untung DAP...dapat macam2.maknanya semua Melayu dipermainkan je oleh DAP ne..

Anonymous said...

Ini blog anti ANUAR ke.

Seronok membacanya....

Jangan serang pemimpin PAS lebih-lebih sudahlee.............

christina said...

wahai anwar mana itu wang 60juta wang magnum? kami bukan melayu beli toto, bayar cukai itu, cukai ini, lu makan duit punya senang minta saja sama nallakarupan.kami beli nombor lu banyak senang ambik , kerja gila punya.

Muhamad said...

Salam... Saudara,

Saya nak tahu.... Adakah Blog ini akan senyap selepas Pilihanraya Permatang Pauh ni?

Saya harap anda terus menulis untuk mencari kebenaran....

Sekian..
Terima Kasih..

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Kita mahu perjuangkan agama Islam dihormati sebagaimana sebelum kewujudan PKR dan PR. Dulu Bar Council, IFC, Hindraf tak wujud/atau tak berani menyentuh kesucian agama Islam yang telah dijadikan agama rasmi. Tinggal lagi umat Islam di Malaysia melaksanakan syariat dan hukum Allah. Kerajaan kita yang tunjangnya Islam & Melayu dari sehari ke sehari meningkatkan dan memperbaiki agar Al-Quran dan Hadis dijadikan amalan dalam dakwah/siasah/tarbiyyah/dsbnya.

Agama lain seperti Kristian/Budha/Hindu dll biarlah mereka dengan agama mereka. Namun jangan sekali-kali sebarkan & dakwahkan kepada umat Islam kerana tidak boleh, malah Perlembagaan negara pun tak benarkan.

Seterusnya, dalam berpolitik, silakan berada di mana parti yang kamu nak sokong, siapa pemimpin yang kamu yakini, namun jika dibuat perumpamaan , kita utamakan yang besar...bukan yg kecil, maksudnya Jika dulu Onn Jaafar tinggalkan UMNO, jgn kita ikut, kita terus berbakti dlm UMNO, bila Tun M keluar UMNO , kita tetap setia kpd perjuangan yg ada,bila Anwar berdamping dgn gerombolan Yahudi/Kristian yg jelas merugikan bangsa Melayu & Umat Islam kita tinggalkan dia...kita pilih kepentingan agama, bangsa dan negara lebih daripada dia. Dia tak penting yg lebih penting agama, bangsa & negara.

Suatu hari nanti Pak Lah pun akan berundur, namun kita masih di medan perjuangan, Najib pun akan berundur namun kita terus di perjuangan, barulah agama, bangsa & negara kita kukuh.

Mengapa hari ini DAP senang saja pijak kepala kita, sebabnya Melayu dah berpecah, dah lah berpecah kpd PKR/UMNO/PAS...Sebab itu bila Teresa Kok hantar petisyen penduduk Puchong spy kurangkan suara azan..Hassan Ali tak boleh nak kata apa, kalau bantah hancurlah pakatan dan kuasanya, lihatlah YB Zulkifli NOrdin yg menentang Bar Council, seluruh DAP & Bukan Melayu dlm PKR hantam dia, dia loneranger, anwar pun tak backing, apatah lagi HUsam yg nak jadikan Anwar PM...semua diam, semua tak boleh berkata2 bila melibatkan kesucian agama Islam, sebabnya...DAP bijak ugut mereka; u bercakap u hilang kuasa, u diam u terus jadi MB ( Perak/Selangor).
Sebab itu di Perak Tidak Boleh Sebut Hudud..nanti DAP melenting.

Namun mereka tetap bersama juga, ini isu yg kitan ak sedarkan. Antara DAP dgn UMNO, tak kanlah DAP lebih baik, bila Hj Hadi dan Kepimpinan Ulama nak bermuzakarah dgn UMNO, Husam yg PROAnwar ne membantah...samalah tahun 1986, Allahyarham Hj Fadhil NOr kata Anwar IBrahim menggagalkan Muzakarah UMNO PAS 1986 kerana kepentingan dirinya. Itulah Anwar.

Isu yg paling besar, nak kah kita berPMkan org yg Terima Wang RM60Juta wang Judi, tanya Anwar mana wang itu, Mahukah kita berPMkan orang yg tolak negara Islam ( Anwar dlm speechnya di depan org2 Yahudi di Georgetown berkata dia tidak setuju Malaysia sebagai negara Islam. Dr Wan Azizah sendiri kata tidak masuk akal jadikan Malaysia negara Islam.Mengapa anwar berkata begitu, jawapannya sgnt mudah...kerana tekanan Yahudi.

Di depan pengundi DAP dlm PRU12 , anwar berucap menentang negara Islam.

Pernah anwar nak saman wanita2 yg mengaku pernah ada hubungan sulit dgnnya sebgaimana dalam Youtube tu. Anwar hanya saman Tun M/Hamid Albar/Nala/Ezam tak berani pula/dll...kita tak kata kita nampak atau terus percaya,tapi kata Mat Sabu buktilah kamu tak bersalah, Perbuatan Anwar menari dgn wanita dlm Youube tu siapa, bini orangkah, kenapakah?,selepas menari dia ke mana? semua ni rakyat perlu tahu?....Kenapa perlu tahu? sebabnya mudah, sebab dia nak jadi PM, tak kanlah kita pilih PM yg begitu,kita ada sebab bertanya , kita harus was-was, kalau semua itu fitnah anwar kena saman wanita2 itu, bukan saman Pm/TPM/Kerajaan dll.

Oleh kerana anwar mencanangkan dirinya bijak berkhutbah, madhanilah dsbnya...tetapi wanita yg menari tu apa?siapa?kenapa?perangai apakah itu? Kita nak pilih PM tak bolehlah begitu?

Pilihanraya Permatang Pauh membongkar lagi banyak cerita yg tersembunyi, RM15 Billion diagih2kan kepada kroninya, kalau salah samanlah Ezam? Nalla kata ada 5 VCD anwar di luar negara, kalau Nala Penipu dan Pembohong samanlah..kenapa saman nalla dalam kes RM60 Juta kenapa tak saman dalam kes 5 VCD tu...Maknanya kita ragu2 dgn kebenaran pada Anwar.

Mat Sabu dah kata, anwar kena bersihkan dirinya, bukan setakat menolak dan mengelak sahaja,Pemuda PAS Selangor minta Anwar bersumpah lakanat,buatlah, apa nak takut.

Dalam politik...bila Pemuda PAS minta tu maknanya Presiden PAS lah yg suruh tu, tak kan tak paham politik...Kalau Hj Hadi yg cakap nampak sangatlah perpecahan dlm PAS. Ahli2 PAS harus ada keraguan juga kpd anwar...

Akhirnya, kita akan teruskan perjuangan mencari kebenaran untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira parti, agama, bangsa & negara.

Ahli Parlimen Indonesia pun kata dia tahu dengan siapa anwar jumpa kalau datang ke Jakarta, kumpulan mana...

Kebenaran harus tidak mengenal parti..bangsa,agama, dll namun jangan pula jati diri kita dilupakan.

Anwar hamba Allah macam kita semua, tidak lari buat salah & silap, kita tolak dia sebab di belakangnya Gerombolan Yahudi & Nasrani, yg akan pula menghancurkan umat Islam & bangsa Melayu. Anwar tak kata dia akan hancurkan, bernarlah, tapi dia tak sedar Gerombolan Yahudi tu la yang akan hncurkan..

Buktinya dah bertebaran di Malaysia IFc,FFF,NED,IIIT,KONRAD,Negara Rakyat, Ketuanan Rakyat,Agenda Ekonomi,semua tu bahasa-bahasa Orientalis, bahasa-bahasa Komunis dan sosialis,Bar Council yg antiIslam, dan byk lagilah...semua tu kerja Yahudi Nasrani lah, memang bukan Anwar,Anwar cuma jambatan dia saja.

Macam kata Karpal Singh, untuk tarik sokongan PAS kita mesti jadikan PKR (Anwar) sebagai jambatannya.Salam.

Muhamad said...

Salam...

Kepada semua... Marilah kita tengok kembali Sejarah Negara kita..

Semoga ia dapat memberi sedikit kesedaran betapa susah-sukar-payahnya orang dulu-dulu mendapatkan kemerdekaan...

Selamat membaca dan Salam Kemerdekaan ke-51.

Perpaduan Teras Kejayaan.

sila lawat laman ini:

http://www.kbistari.uum.edu.my/merdeka/content/home/default1.asp

Sekian Terima kasih.

Anak Panca Merdeka..

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan