ANWAR SUDAH TIDAK RELEVAN

on Saturday, August 9

1. Beberapa jam sebelum 13 Mei 1969, orang-orang Melayu yang prihatin di Kg. Baru memenuhi rumah Datuk Harun Idris, berkumpul untuk bersatu hati, menghadapi ancaman DAP yang mahu meMalaysiankan Malaysia.Di Johor Bahru, pasukan Selendang Merah sudah bersedia ke Kuala Lumpur untuk jihad mempertahankan agama Islam dan tanah air daripada kerakusan DAP yang ketika itu didalangi oleh PAP. Perarakan demi Perarakan yang dibuat oleh DAP di segenap jalan di Kuala Lumpur menidakkan Ketuanan Melayu ketika itu, bandar Kuala Lumpur ketika Perarakan DAP itu sudah umpama bandar Hong Kong dan Singapura. Penamatnya, dengan berkat perpaduan bangsa Melayu yang kemudiannya menyatukan pula Tun Razak dengan Datuk Asri, maka terselamatlah bangsa Melayu & umat Islam daripada tersingkir, dihina dan diusir daripada tanah airnya sendiri.

2. Ketika itu di mana Anwar? Anwar sibuk membuat demonstrasi membantah Papan Tanda dan Iklan di Kuala Lumpur yang dipenuhi oleh tulisan Cina & bahasa Inggeris. Hari ini kenapa Anwar tidak membantah isu Tulisan Jawi, Bahasa Melayu yang dipermain-mainkan oleh Teresa Kok dan DAP?

3. Anwar juga sibuk membuat memorandum bantahan kerana Pencerobohan Russia ke atas Afghanistan. Hari ini Amerika menceroboh Iraq, Israel menceroboh Palestin dan Lubnan, Amerika nak serang Syria dan Iran...mana Memorandum bantahan daripada Anwar Ibrahim? Sanggupkah Anwar membuat Demostrasi menentang Keganasan & Pencerobohan Amerika di Iraq, Israel di Palestin dan Lubnan? Yang mana pilihan Anwar, menyakiti hati rakan-rakan Amerikanya atau menyakiti hati umat Islam di Iraq,Iran, Syria, Lubnan dan Palestin. Dan...Kenapa Anwar Ibrahim hadir dalam Perjanjian Mienapollis tentang penjajahan di Iraq dan Timur Tengah oleh Amerika? Apakah nak tunjuk sokongannya kepada Yahudi Amerika terhadap dasar-dasar Yahudi Amerika di Timur Tengah? Bacalah buku " Mereka Berani Bersuara" oleh seorang mantan ahli Republikan Amerika tentang peranan Yahudi Amerika ( American Jewish ) di seantero benua, termasuklah J. Biden yang menyokong Anwar baru-baru ini.

4. Tatkala Haji Hadi Awang dan Nik Aziz ( Kepimpinan Ulama ) Menentang Forum Memeluk Islam, kenapa Anwar memilih jalan SongSang menyokong Forum itu? Adakah Irene Fernandez yang pernah menjemput Anwar dalam satu Forum IFC ( agama semua sama rata )telah mengikat suara Anwar daripada mempertahankan kesucian agama Islam. Apa perasaan anda jika dalam forum itu ahli forum bertanya kepada ahli panel benda-benda yang sensitif terhadap hukum hakam, halal haram , dosa pahala,dan sebagainya. Siapa lebih berkredibeliti soal agama Islam, kenyataan Anwar atau Kenyataan Hj Hadi/Nik Aziz? Anwar ulamakah?

5. Anwar tahun 1970 dengan Anwar tahun 1980 amat jauh berbeza, jika Muzakarah UMNOPAS 1986 Allahyarham Hj Fadhil Nor mengatakan Anwar penyebab utama Menggagalkan Muzakarah itu? Muzakarah UMNOPAS 2008 tatakala Hj Hadi sudah bersetuju dan Kepimpinan Ulama PAS dah bersetuju, orang kuat Anwar dalam PAS Kamarudin Jaafar dan Husam menentang keras. Dan amat memalukan Ketua Penerangan PAS memohon ampun dan maaf, tidak pernah dalam sejarah PAS! Betapa cacamerbanya PAS sekarang.

6. Anwar tahun 1990 dengan Anwar tahun 2008 sangat jauh berbeza, malah Anwar tahun 1970 dengan Anwar tahun 2008 sangat jauh berbeza, sudah tiada Roh Islam ( tak kisah menyokong Forum Memeluk Islam ) walaupun Haji Hadi/Nik Aziz dan majoriti orang Islam membantah, sudah tiada Roh Melayu ( DEB hapuskan dan tukar kepada AEM ). Anwar yang ada hari ini sangat kaya raya, sangat berbeza dengan zaman demonstrasi kemiskinan Baling dahulu. Apakah kita nak gadaikan seluruh kepentingan bangsa dan agama kita untuk menjayakan cita-cita orang yang kaya raya nak jadi PM?

7. Kesimpulannya, mari kita pandang 20 tahun akan datang. Dengan keadaan dan tekanan dari dalam dan luar, bangsa Melayu dan umat Islam semakin tersepit di tanah air ini. Anwar sudah 60 tahun, Anwar sudah tidak Relevan lagi. Mari kita cari Pemimpin baru yang lebih Relevan untuk memimpin negara ini. Pemimpin yang boleh mengembalikan rasa hormat-menghormati antara kaum ( Cina/India/Melayu ) tanpa merampas hak-hak masing-masing.

17 Komen:

Che Noh said...

Saudara, sudah ada dalang dalam PR nak jatuhkan anwar, adakah untuk menjadi relevan anwar akan sertai BN semula selepas 27 Ogos, demi kuasa anwar sanggup tinggalkan DAP dan PAS, itulah anwar saudara

melayuangkat said...

Assalamualaikum Saudara,

Tulisan saudara ini adalah "PEMBUKA MATA" untuk orang Melayu.

Tetapi mahukan mereka menerima realiti ini? Mahukan pengikut taksub Anwar dan Wan Azizah menerima hakikat ini??

Saudara dan saya akur akan fakta ini, tetapi malang bagi penyokong dan pengikut setia mereka sekeluarga.

Kita bimbang kalau dia jadi PM, Waliyazubillah..tak tahu apa akan jadi pada Negara kita jika dikuasai Yahudi yang bertopengkan Amerika itu, tak tahu apa akan jadi pada orang Melayu dan Islam itu sendiri. Lihat apa jadi pada Negara negara Islam yang 'tunduk' pada kehendak Amerika sekarang. Saudara pun maklum akan situasi ini. Lihat pada nasib mereka sekarang.

WaAllahuAlam.

Muhamad said...

Salam..

Pada Saya, DSAI boleh jadi PM??? Sekiranya dibelakangnya "BUKAN" Amerika, Yahudi, dan DAP.

Berdasarkan senario sekarang kita lihat siapa yang menjadi penyokong kuatnya. Bukankah Amerika, Yahudi, dan DAP.

Inilah punca mengapa DSAI sudah tidak relevan lagi untuk mentadbir MALAYSIA.

Pada pendapat saya juga, PAS hanya menyokong DSAI disebabkan mahu melumpuhkan Kerajan sedia ada.

Di sini, Mampukah PAS dapat menundukkan Amerika, Yahudi, dan DAP setelah cita-cita DSAI tercapai?

Mampukah PAS menerukan Cita-cita mulianya untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam yang melandaskan Al-Quran dan Hadith? Sedangkan disitu ada musuh-musuh Islam yang kuat menentang Islam.

Siapa boleh jawab persoalan ini?

Sekian dulu...

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Saudara Melayuangkat, orang2 taksub anwar akan ke pangkal jalan juga bila kita beri sebab musabab, perhatyikan ezam, dr chandra, dan banyak lagi pengasas PKR seua kuar apabila dah tahu siapa anwar. kita berusaha dan berdoa agar Malaysia ini tidak diperintah oleh PM bertemankan Yahudi. Hj Mat Sabu sendiri berdoa dengan doanaya secara peribadi jangan anwar jadi PM.

Sdra Muhammad, PAS akan rosak jika terus berada dalam PR> Mana ada dlm sejarah Ketua penerangan PAS tulis surat berjela-jela mohon maaf, Mana ada dalam sejarah PAS mengiakan saja MB selangor Mengahalkan Iklan Arak...mana prinsip PAS, semua tergadai.

Hj Hadi sudah mahu bersatu dengan UMNO kerana dalam PR banyak prinsip PAS terlelong, namun org2 anwar mcm Husam, Kamarudin Jaafar, menentang keras, bagi mereka biarlah bersatu dengan Kafir harbi drpd bersatu dgn umno.Mereka lupa sejarah, Pak Lah bapanya adalah AJK Penaja PAS 50 tahun dulu.

Jika PAS dipimpin oleh Kepimpinan Ulama, PAS akan relevan sepanjang masa, jika PAS dipimpin oleh org yg gila kuasa, maka hancur PAS.

Edie said...

Salam,
Begitulah bila kita tidak lagi sebumbung. Sebab namanya Anwar Ibrahim maka segala-gala tentang Anwar tidak baik saja. Sedangkan banyak yang kita tahu di waktu Tun M dulu pun banyak yang tidak kena.Kenapa pula tidak disuarakan sebagaimana DSAI hari ini?Takutkan?Takut dihumban ke penjara!Ramai lagi pemimpin Umno yang rosak moralnya,tidak berakhlak sepertimana yang dituntut Al Quran tetapi tidak bising pula?Malah ada juga pemimpin umno yang lebih barat dari barat.Pemabuk,judi,kaki perempuan,pembunuh dan mungkin banyak lagi yang kita tidak ketahuan.Kenapa tidak dibesar-besarkan?Osu Sukam kalah judi?Rahim tamby Chik bermoral ke?Chua soi lek suami contoh pada bangsanya sendiri ke? DSAI digembar-gemburkan sebagai agen yahudi/amerika dan sebagainya hanya dengan memaparkan gambar-gambar DSAI berbincang dengan wakil mereka.Apakah tidak ada tindak-tanduk pemimpin negara yang mirip seperti itu?Jgn lupa kisah pasukan kriket Israel,Perang teluk,Iran dan banyak lagi.Come on,jgn sempitkan otak hanya kerana membaca akhbar arus perdana.
Dan apakah kerana DSAI bukan lagi UMNO maka kita fikir dia merupakan seburuk-buruk manusia?Yang sampai ke tua tidak mampu menudungkan kepala mereka itu baik?Rasuah di dalam UMNO itu tidak berdosa?Mengasingkan Al Quran dan parti itu dosa kecil? Jawablah..

MAK said...

Saudara Edie, ada benarnya dalam komen yang saudara utarakan. Tetapi dalam konteks hari ini, kita membicarakan tentang masa depan negara kita. Memangla kita sedia maklum, dalam bn sendiri segelintir pemimpinnya yang tidak bagus akhlaknya. Tapi sya berpendapat ramai yang menentang anwar hari ini kerana mereka tidak mahu anwar untuk memimpin negara ini kerana jika ini terjadi maka, bencana lah akibatnya. Anwar dulu dan kini berbeza. Dulu, memanglah kita sokong anwar, kerana dia banyak berbuat kebaikan dan kita menganggap dia sbgai ikon islam. Namun sekarang, tembelangnya seperti sudah pecah, hari makin hari kita sedar akan baik buruknya perkerti anwar ini. Dan hari ini dia bukanla seorang ikon islam lg. tidak tanduknya bnyak yang melencong daripda menjadi ikon islam. Hubungannya dengan mush islam smakin rapat. malah sokongan musuh2 islam kepada anwar amat kuat. Tp herannya kenapa tidak ada sokongan dri negara islam yg lain?pelik bukan tapi benar. Jadi, inikah pemimpin yang anda mahukan utk memimpin negara kita? fikir2kanlah

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

saudara edie sejak anwar dalam um no penulis tidak berkenan dengan cara dan gayanya yg sombong,temberang, bongkak, penulis tidak pernah menyokong anwar. isu seks dan liwatnya penulis tak nak komen, itu dia dengan Alah. Minta saja dia Bersumpah kalau berani.

Memang benar ada pemimpin UMNO yang seperti edei nytakan, saya pun tidakbersetuju dengan mereka, dalam hal ini, pengundi PRU12 sudah menghukum mereka. Bagi saya, jika kita ada 10 adik, 2 3 moralnya tak baik, kita tolak dia, rakyat tolak dia, dia hanya merosakkan nama baik sahaja.

UMNO baik, BN baik, PAS pun Bai cukma ada orang2 di dalamnya tida baik, maka seluruhnya terpalit.

Anwar dan Yahudi Amerika siapa nak nafikan, anwar menolak keuanan melayu, anwar menolak negara Islam, anwar menolak deb, anwar setuju FC (Islam asama agama lain)

Kenapa anwar Mengahalakan Ikalan Arak oleh MB Selangor. Kenapa anwr tak halang bukankah dia mengaku hero. Kenapa MB Perak takut sebut Hudud dan Qisas dalam mesyuarat Exco Perak. Kenapa anwar diam bila DAP hantar petisyen kurangkan suara azan, dan kenapa Gereja terbesar seluas masjid ank dibina di Selangor, anwar tidak halang semua ini.

Komen Mak di atas fikirkanklah sendiri.

Kita manusia tiada g sempurna , apakan lagi saya, saudara sungguh byk kelenahan. Namun anwar sedang bercakap...Semua org adalah bersalah, hanaya anwar ibrahim tiada kesalahan, setujukah anada?

edie said...

Salam,
Terimakasih.Pada siapa kecenderungan tuan-tuan itu adalah hak tuan-tuan.Pada saya saya masih berlandaskan rasionaliti.Tidak semestinya rasional itu perakui bila kita menyokong Umno.Saya juga tidak menyatakan Umno parti yang tidak bagus. sekian lamanya orang melayu bersejarahkan umno,itu tidak mungkin ternafi sampai bila-bila.Saya juga ahli umno,sekalipun diperingkat cawangan,namun rasionalnya saya tidak akan sekali2 mencebok dan membersihkan najis yang dibuang oleh pemimpin2 umno yang hilang pedoman akhlaknya.Saya rindukan umno yang dulunya teguh membela dan mengangkat darjat bangsa.Dia atas kalimat merdeka malaya menyatukan perpaduan bangsa majmuk.Hari ini,berapa ramai pemimpin yang benar2 jujur dalam soal kebangsaannya?Kenegaraannya?Bodohlah bila kita menjadi pemimpin tidak membukitkan harta.Pemimpin biarlah miskin hartanya di mata rakyat tetapi kaya pekertinya hingga utuh menjadi sandaran pada semua.Anwar juga umno.Dia sekadar bertukar parti tetapi bukan bertukar agama!Adakah tuan2 fikir saya akan menyokong kiranya anwar mengubah syahadahnya?Tidak sama sekali!Apa yang pasti 1998 menjadi pembuka mata saya dan ramai lagi di luar sana. Mana kes liwat yang digembar-gemburkan?Akhirntya gugur begitu saja tanpa sebarang bukti kukuh?Itu tidak lagi kita bercakap tentang perjalanan bicara yang boleh membuat kita berkerut.Tidak mengapalah itu cerita lama.Anwar tetap anwar.Apakah tuan2 mampu mengubah sesuatu sekiranya tuan2 di tempat anwar ketika itu?Apatah lagi Tun M Pm ketika itu?Anwar lakukan!Dia dikatakan membentangkan akta rasuah di parlimen,membuatkan ramai menteri yang berdegup kencang jantungnya.Anwar berdiri di atas akhlak Islam tatkala mendamaikan pertelingkahan kecil antara kaum di kg Rawa..wajarkah disebabkan tebalnya rasa melayu kita,maka tergamak pula kita kita menjadi selfish?Adakah Islam bercakap tentang bangsa?Muhajirin dan Ansar disatukan di atas nama Islam,bukannya bangsa! Nabi sendiri pernah menyuapkan makanan ke mulut seorang tua yahudi yang buta,dan perkara itu dilakukan setiap pagi.Sehinggalah yahudi tersebut memeluk Islam selepas kewafatan baginda setelah disedari bila orang lain yang menyuapkannya.dan cara suapan tidak sama dengan tertibnya Rasulullah.Menangis Saidina abu bakar!Apakah itu mahu dikatakan sebagai agen yahudi? Tuan2,itulah dakwah.Nabi menterjemahkan akhlak islam yang baik sekalipun kepada seorang yahudi yang buta!Subhanallah..Bila akhlak Islam dapat di laksnakan,Insya Allah kita sebenarnya memberikan satu gambaran tentang Islam!sekian lamanya BN menerajui selangor dan selama itulah banyak perkara yang jelik dek mata kita telah terbina seperti yang tuan2 maksudkan kilang arak,gereja dsb.Mengapa pula PKR yang baru tidak berapa bulan mentadbir harus dipersalahkan? Mengapa tidak kita bising2 pada kerajaan terdahulu? Mengapa?Siapa yang beri lesen dan keizinan?Paskah?PKRkah?Dap?Bukankah kerajaan BN? Jadi siapa yang bersekongkol dengan maksiat?perjudian?Siapa yang merelakan gejala yahudi itu bertapak?Siapa?Anak melayu hari ini hanyut dengan pelbagai lambakan program nyanyian.Adakah tuan2 bersetuju ini semua mampu mensahsiahkan diri bangsa melayu?Siapa yang merelakan?Rasuah berleluasa di dalam parti.Sana sini Ya Allah..Umnokah itu?Sekurang2nya Anwar telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai mukmin untuk membenteras rasuah dulu kini dan selamanya.Tetapi sedihnya pemimpin umno yang jahil itu tergamak mengasingkan kesalahan rasuah politik sebagai satu kesalahan parti saja,bukannya jenayah negara!!Tuan2,tolonglah jangan jadikan Al Quran sebagai perkara kesamping,kalamullah itu panduan kita!Umno tidak akan terjejas jika menjadikan kitab suci itu sebagai teras mentadbir. TG Nik Aziz pernah mencabar Umno tentang ini,tetapi senyap!Berapa banyak lagi agenda yahudi yang mahu bertapak di bumi bertuah Malaysia ini? Pemimpin Islam BN,bukalah mata.Kalaulah benar umno itu parti bertuah orang melayu,berubahlah!
www.citrabudiman.blogspot.com

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Pandangan saudara edei memang benar, banyak yg saya kongsi dan setuju.

anwar membentangkan akta rasuah di saat2 akhir tugasnya sbg TPM, di saat2 akhir itu, pada 29/8/98, 30/8/98, 31/8/98,1/9/98 beberapa jam sebelum dpecat Anwar masih memuji dan memua Tun Mahathir sbg idolanya, sbg Timbalan yg setia, sbg gurunya...hanya selepas dipecat barulah digelarnya Tun M macam2 spt anjing, mossad, bapak syaitan dll lagi.

sbg Penaja UMNO Sabah, saya mengalami dan merasai pimpinan Anwar ketika Timbalan Presiden UMNO di Sabah. Tingkahlaku anwar dan cara anwar menjaga bahagian2 adalah cara2 yg tidak lurus, dia bercakap anti rasuah-tetapi siapa yg mulakan politik wang dalam UMNO. Persaingannya dgn Tun Ghafar Baba dahulu memulakan wang digunakan secara besar-besaran...untuk menjadikan dirinya sbg Timbalan dan Presiden UMNO.

Secara peribadi, anwar tidak layak bercakap pasal anti rasuah. Dia kena chek dirinya dulu!

Benarlah kerajaan BN dahulu luluskan byk lesen, namun apa kata Dr Hassan Ali dll geng PAS tutup kilang Arak, Judi di Selangor , bukankah mereka sudah berkuasa. Gunakanlah kuasa itu. Namun saya percaya PAS tidak akan mampu menghapusan Kemungkaran...kerana MB Selangor Halalkan Iklan arak di selangor pun PAS tak boleh bantah, apakan nak cakap nak tutup kilang Arak di Selangor...

Pemimpin2 PAS abad 21 dah tak ada roh Islam, mereka nak jawatan dan dunia sahaja, kemungkaran dibiarkan berleluasa...Saya sanggup beri gaji saya Jika Dr Hassan Ali & MB Selangor boleh Buat Surat Bantahan kepada DAP yg nak kurangkan Volume Azan di Selangor, Kalau mereka boleh Batalkan Iklan Arak di Selangor, Batalkan usaha nak Besarkan Gereja di Selangor sebesar Masjid, Hantar bantahan kepada Teresa dan Minta dia mohon Maaf dalam isu tulisan Jawi ( di dalamnya ada tulisan Allah ), Kalau Hassan Ali boleh Bentangkan Paperwork Hukum Hudud & Qisas di Selangor dan Negara Islam, Kalau MB Perak boleh bentangkan Cadangan Hukum Hudud dlm mesyuarat Exco Perak di Perak...saya sanggup beri gaji saya yg sedikit ini kepada org2 yg lebih susah dari saya, anggaplah sebagai nazar.

Namun, sanggupkah Hassan Ali dan pemimpin2 PAS? Sanggupkah Khalid Ibrahim Tutup kilang Arak ,di Selangor? Janganlah beri alasan baru memerintah, buktikan kalau mereka boleh buat,kalau bagi alasan masa...di Kota Bharu pun Nik Aziz tak boleh hapuskan Maksiat, Pelacuran, apakan lagi di Selangor...

Maknanya, anwar,azmin, khalid,hassan ali...hanya di bibir saja, atas kertas saja, atas pentas saja,dalam blog saja, dalam surat ayang saja...di situ saja merka gagah bercakap, bila dah memerintah satu pun tak boleh buat.

Inikan pula Ketua Penerangan PAS yg lemah longlai terpaksa tulis surat mohon maaf berjela2, inikan pula Ketua Pemuda PAS yg nak Glamour saja tu...semanya nak dunia saja...

Nasib baiklah masih ada Kepimpinan Ulama macam Hj Hadi, Harun Taib dll. Nak harap Husam...Maya Karin pun dia bawa pi Kelanatan, dulu kata haram!

edie said...

Salam,
Mungkin tuan lupa di satu ketikanya dulu bagaimana di kelantan dgn beraninya pimpinan Pas membentangkan akta hudud dan Qisas untuk tujuan perlaksanaan.Dan dengan beraninya juga Tun M (Umno)mengguna pelbagai cara untuk menghalang undang2 Allah dari terlaksana dgn alasan kononnya Malaysia negara majmuk.Hinggakan tergamak Tun M melontarkan kata2 berupa penghinaan kepada hukum Allah itu,kononnya kudung tangan,Islam akan mundur dsb.Tanpa cuba untuk memahami apa sebenarnya hudud?Ya Allah tuan,bila kita bicara begitu rupa, khuatir nanti terkeluar kita dari syahadah!Kerana setiap apa yang Allah turunkan bersebab!Kilang arak di PJ telah terbina lebih dari 15 tahun.Kilang itu juga telah memberikan Selangor dan Malaysia cukai yang banyak.Pelik,sebuah negara Islam seperti yang diisytiharkan oleh Tun M masih punya nafsu untuk banyak perkara lagha seperti itu.Seharusnya Negara Islam mempamerkan imej Islam yang baik.Kuasa untuk menutup terletak di tangan kerajaan pusat.Bukan kerajaan negeri.Biasalah Umno,kalau masih ada kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang segalanya tidak boleh.Royalti minyak terengganu juga tidak boleh walhal perjanjian antara Petronas dan Kerajaan negeri terang dan termaktub.Tiba2 bila Pas mentadbir negeri itu,semuanya ditarik balik, kenapa?Bila Umno kembali kuasai Terengganu,eh boleh pulak bagi balik royalti tu? Apa cerita?Apakah cara itu halal bagi pemerintah seperti Umno? Tidak zalim? Di Kelantan tiada terlihat oleh kita iklan arak iklan wanita separuh telanjang dan seumpamanya,tiada juga kedai ekor.Namun Kelantan masih disenangi hingga kini oleh rakyatnya.Jangan tuan kata di negeri itu tiada bangsa lain.Masih hidup rakyat kelantan tanpa kedai ekor,arak yang berleluasa dsb.Pokoknya, pemimpin sudah melaksanakn perintah Allah sebaiknya.Terpulanglah pada rakyat mahu terima atau tidak!Dakwah islam tidak boleh dilakukan secara paksa tuan.Kita tidak boleh paksa orang bukan Islam terima Islam,tetapi kita boleh kerah orang islam yang yang percaya Allah pada nama saja,tanpa sebarang usaha menjiwainya.Kita boleh tarbiyah golongan ini. Tetapi orang bukan Islam perlukan dakwah.Dakwah boleh berlaku tidak kira tempat,disko,rumah pelacuran atau mana saja,hatta tuan boleh saja berdakwah pada George W Bush jika mahu!Caranya,tonjolkanlah akhlak Al Quran.
Itulah caranya susuk yang bernama Anwar lakukan. Namun pegangan syahadahnya tetap utuh. Itulah antar faktor ramai ulama terkenal dunia meyakininya.Kaji tuan,bukan semborono cakap tanpa pengkajian.Penerapan nilai Islam yang Tun M lakukan dulu gagal kerana beliau dan keluarganya sendiri jauh dari perlaksanaan hukum Allah..wallahualam

Mak said...

Salam, saya lihat perbincangan seperti ini bagus untuk masa depan negara. Yang salah dan benar biarlah rakyat tentukan. tapi saya lebih suka jika kita sama2 mengutarakan hujah kita berlandaskan islam. Maksud saya biarlah kita meletakkan sedikit bukti dari hadis ataupun Al-Quran. Kerana sebarang percanggahan itu, kita rujuklah yang 2 ini agar hujah kita tidak terpesong dan boleh masuk kepada fitnah dan sebagainya. Saya bukan hendak berceramah tp atas nasihat sesama Islam. "kata2 itu lebih tajam daripada mata pedang" dalam konteks alam siber ini kita ibaratkan kata2 sbgi tulisan. Sekian

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Sdra Edei, komen saudara tiada salahnya...semua benar, namun akhirannya mudah sebelum Tun M letak jawatan Tun M telah mengisyhtiharkan negara Malaysia sbg Negara Islam. Pengisiannya kitalah yang buat, ahli UMNO, ahli PAS, ahli PKR yg muslim, ahli arqam semualah...semua kena isikan baik2

Anwar tidak akan menjadikan negara ini negara Islam. Anwar semasa berucap di KL dan di USA terang2 Menolak Negara Islam, sedangkan Salman Rushdie yang Menghina Rasulullah Anwar sokong, nak kata apa lagi...

Secara peribadi saya tidak setuju anwar menentang gejala rasuah, daripada pengalaman sy semasa anwar Timbalan Umno dan TPM, anwar adalah Pemula aktiviti Rasuah dalam UMNO.

Taukeh Judi dan kawan tenis Anwar ,Nalla kata Anwar Kaki Perempuan siang lain, tengahari lain, malam lain,hari-hari mau perempuan...Kalau salah Kenapa Anwar tak Saman Nalla?

Ezam kata kalau Anwar sentuh maruahnya dia akan Membuka Aib anwar, kenapa Anwar tak Saman Ezam?

Boleh jelaskan dengan siapa anwar menari pompuan itu? Bini orangkah? Selepas menari anwar ke mana? Inikah orang nak jadi PM? Kecuali dia sudah taubat nasuha...tapi Nalla kata anwar tak ada perubahan. Kenapa anwar tak Saman Nalla kalau itu Fitnah?

edie said...

Salam,
Begitulah saya jika saya tidak pasti tentang apa yang diucapkan oleh Nala.Samada benar atau tidak,mungkin tuan yang lebih rapat dengan nala mutakhir ini, dapat menjawabnya,siapa tahu?Tradisinya Umno begitulah.Tetapi peliknya saya,najib dan rosmah juga terpalit dengan isu-isu besar yang dilihat meruntun reputasi mereka.Akuan berkanun Raja Petra begitu mengerikan!Kenapa pula tidak disaman?Kenapa Bala hilang hingga kini?Siapa yang merancang kehilangan Bala?Akuan berkanunnya yang pertama cukup mengejutkan!Najib di dakwa terbabit malah didakwa juga menyetubuhi warga mongolia itu!Peliknya,tuduhan sekeras itu pun masih tidak diambil pusing oleh pasangan suami isteri ini?Mengapa?Adakah sesuatu yang tersembunyi?Begitulah tradisinya pemimpin Umno,sentiasa merasakan imuniti dari tindakan undang2 itu bisa menjadi benteng kukuh sepanjang masa. Kepada Allah yang satu,saya berdoa,agar tembelang manusia2 dusta ini terdedah demi kebenaran jagat maya.Tuan,di dalam umno kini sebenarnya tiada lagi ruang untuk menyatakan kebenaran.Melihat pemimpin umno yang berlindung disebalik ketulenan objektif umno bagi saya cukup memualkan.Umno tidak berdosa,yang bersalah pemimpin dan kepimpinannya.Tentang Ezam,jikalah benar dia berprinsip,mengapa jika ada prilaku anwar yang menjolok mata ketika beliau masih di dalam PKR tidak ditentang dikala itu juga?Mengapa mesti menunggu hingga saat ini?Setelah kiblat perjuangan berubah?Saya tidak berani komen tentang samada ezam dibayar atau tidak,sekalipun cakap2 mengenainya cukup kencang dikalangan teman2,tetapi perubahan pada rumah kediaman ezam dilihat seakan mengiyakannya.Dahulunya sewaktu di dalam PKR ezam susah.Hatta pejabat GERAK pun tidak bermaya.Dan di mana diamnya kotak2 hitam misteri itu? Mengapa tidak didedahkan?Ke mana ghaibnya prinsip keadilan yang Ezam nyalakan sebagai obor perjuangan?Ke mana?Dahulu Ezam seranahkan pemimpin rasuah Umno,siap dengan buktidan laporan yang pelbagai.Hari ini setelah sebumbung Ezam hanya menyerang Anwar seorang?Mengapa?Apakah perasuah2 Umno itu telah Ezam dakap dan melutut mohon ampun?Ah..saya melihat sesuatu yang pelik berlaku.Tidak mengapa,pastinya kesumat ini akan kebocoran jua.Oleh itu,maaflah,jika saya hilang rasa hormat pada Ezam kerana beranggapan prinsip kekanda saya itu juga hilang dan lenyap!Dan terkunci terus mulut Ezam melihatkan rasuah berleluasa di dalam pemilihan Umno kala ini!
Melihat kepada sandiwara media massa saya tidak terkejut,kerana sememangnya mereka ke hulu dan ke hilir dengan menghebahkan pelbagai program yang bisa membuatkan ramai perawan 'bunting tanpa pelamin'.Realiti tv,mengangungkan artis,paparan kemewahan gaya hidup dsb.Cuma beberapa peratus sahaja rancangan berbentuk ilmiah.Itupun banyak diskusi yang dibuat lebih menjurus ke arah menceritakan'kebaikan' Umno,BN dan kerajaan. Jika timbul sesuatu isu yang melibatkan 2 parti,biasanya penonton akan dimomokkan dengan cakap2 dari satu pihak.Seolah-olahnya merekalah yang benar.Jika mereka itu jantan,wujudkan maklumbalas kedua2 pihak secara saksama,bukan umno/bn semata!Dari itu saya tidak terperangkap dengan mainan sentimen perasaan oleh media. Mana yang baik kita ambil secara jujur,dan mana yang meragukan,maaflah saya anggap sebagai sampah sarap saja.Jadi,siapa yang memegang remote control RTM,TV3 dan lain2nya? Maka jangan diharapkan liputan adil dari media Tv ini!Alhamdulillah,TG Nik Aziz dan TG Hj Hadi Awang telah diperkenan oleh Tuanku Raja Nazrin untuk berkhutbah jumaat.Satu penghargaan oleh Seorang Raja.Sekalipun pelbagai label jahat telah diberikan oleh Umno kepada dua tokoh ulama ini,Akhirnya Allah jua yang tahu apa yang terbaik.Teringat kepada kisah sultan zainal abidin sultan Terengganu di tahun 1930-40an yang sanggup mencemar duli untuk belajar mengaji dengan TG Tuk ku paloh.
Tuan,
Tuan masih tebal dengan ideologi kepimpinan umno.Hinggakan tiada lagi ruang yang berbeda di minda.Dahulunya saya juga begitu,tetapi setelah menilai dengan pelbagai perkara yang menjurus ke arah ketidaksaksamaan maka saya tarik hand brake.Cukuplah segala macam manipulasi dan penipuan ini.Saya tidak kata anwar manusia syumul,tetapi ternyata dia teraniaya!Dia bangkit sebagai lambang kepada segala macam bentuk ketidakadilan.Memang anwar dari zaman universitinya lagi giat berjuang untuk golongan marhain yang tertindas.Shabery chik ketika mengulas perkara itu tatkala debat tempohari,mengatakan Anwar suka ambil kesempatan dari kesusahan orang.saya pula ulas,jika orang seperti anwar tidak peka,prihatin dan ambil kesempatan membantu dan memperjuangkan keadilan itu siapa lagi mahu diharapkan?Menteri2 ketika itukah?Umnokah? Atau siapa?Yang berpangkat dan berkepentingan cuma mampu memandang dengan sinis,sedangkan pedihnya rakyat marhain ketika itu bagaikan sudah tidak tertangis!
Tuan, rasuah wang ini telah saya sedari dipenghujung 1980an lagi.Ketika saya menetap di Tampin N.sembilan.Namun ketika itu calon yang bertanding mengagihkan pen yang agak mahal kepada perwakilan.Belanja makan secara besar-besaran.Apakah itu bukan rasuah namanya?
Dari itu,saya tidak terkejut jika orang seperti tuan yang mungkin berkepentingan di dalam Umno berkata demikian.Pada saya biasa sungguh!Saya tegaskan,usaha dakwah boleh menjelmakan kita di dalam pelbagai rupa,namun pokoknya, mesej Allah itu bisa disampaikan secara terancang dan santun.Wallahualam

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Saudara Edie, mana2 pemimpin dalam BN/UMNO yg berbuat jahat dll biarlah rakyat yg turunkan mereka sepertimana Dr Khir Toyo dijatuhkan. Tiada siapa boleh halang Rakyat walaupun kita tulis berjela2.

Saya tidak rapat dengan Nalla dan Ezam, tidak pernah berjumpa, saya mengikuti ucapan2 mereka sepertimana org lain juga, sy cuma Musykil Kenapa Anwar tak saman Nalla dan Ezam kerana tuduhan2 itu? Kalau anwar boleh saman Hamid Albar dll kenapa Ezam & Nalla tak saman. Katakanlah Semua itu tuduhan dan fitnah...samanlah, betul tak. Kalau tak saman...agaknya betullah anwar buat semua tu...

Saya sangat menentang org2 yg Korup dalam UMNO. Malah di Bahagian saya, sayalah pengkritik UMNO jika tidak benar, sampai hari ini oleh kerana sy terlalu kuat mengkritik mereka, sy diketepikan, tetapi sy tidak merajuk, bagi sy parti lebih penting drpd individu.

Jika sy pentingkan diri sendiri, sy sudah keluar UMNO kerana sy juga sgt tidak suka dengan tabiat beberapa pemimpin UMNO.

Sy menentang anwar bukan sebab kes liwatnya, sebab utamanya, semasa anwar Timbalan Umno dan TPM, dia seorg pemimpin yg sombong, takbur, suka bermegah-megah,dsbnya.

Pasal Najib-Rosmah sy tak nak campur. Biar Rakyat hukum mereka jika mereka bersalah, Biar ahli umno hukum mereka, tiada yg kuat dlm dunia ini, Anwar yg begitu gagah semasda dlm Umno boleh jatuh apakan yg lain pula.

Hati saya ingin memperjuangkan apa yg Pas perjuangkan, tetapi sy tak masuk PAS sebab kawan2 sy yang masuk PAS akhlaknya rosak...sy ada bukti yug mereka ini penipu dll.

Akhir kata, sy mahu jika anwar tidak bersalah, silalah Saman Nalla dan Ezam kerana ucapan2 mereka itu bukankah memalukan anwar dan familinya

edie said...

Salam,saman atau tidak itu bukan isu.Itu hak mereka yang merasakan perlu atau tidak disaman.Kita di luar sekadar mengandaikan begitu dan begini. Tentunya ada yang tersurat dan tersirat.Mungkin juga jika anwar saman ezam tidak bererti anwar betul dan begitu sebaliknya.Apa yang pasti,saya melihat dimana stand mereka!Lihatlah bagaimana Hj Nakhaie bekas SU agung Pas,keluar Pas dan mendapat apa? tuan sendiri sedia maklum.Roslan kasim keluar PKR dapat apa? Tetapi mereka yang berjawatan keluar umno masuk Pas dapat apa pula? Habuan dunia mengaburi pejuang2 tulen umno.Sedih! Soalan saya beberapa detik yang lalu,kenapa selepas Ezam keluar UMNO,hanya anwar yang menjadi sasaran? Dan perilakunya begitu beriya-iya? Dulu juga begitu bersungguh bagaikan harimau lapar ingin menerkam perasuah2 umno?Kenapa tika ini,ezam membisu tentang pelaku rasuah yang masih berlegar di dalam Umno yang dulunya dipandang jijik?Itu soalan saya.
Dan kononnya selepas Tun M keluar barulah Ezam masuk,hmm satu sindiran sebenarnya.Tidak berani pula untuk saya katakan tindakan itu atas dasar terdesak atau apa?
Begitulah parti PAS,saya akui dulunya kepimpinan parti ini dilihat begitu menyempitkan ruang toleransi kaum.Mereka sekadar menzahirkan gaya hidup seorang da'e tetapi tiada jambatan untuk satu silaturrahim.Bagi mereka Islam perlu unggul tanpa perlunya bangsa lain.Dari sudut akidahnya saya perlu bersetuju,tetapi dari sudut skala dakwah,saya tidak bersetuju langsung!Namun hari ini,hala tujunya berubah,kelab penyokong Pas dikerumuni ramai orang.Keterbukaan kepimpinan Pas hari ini walaupun terlewat,namun masih berada pada landasan yang betul.
Hakikatnya tuan,kita tidak boleh nafikan kehadiran bangsa lain di malaya ini.British membuka pintu malaya ketika untuk mengoriantasikan pecah dan perintah.Tetapi pemimpin melayu ketika itu sudah tidak terdaya menghalangnya.Mereka telah bertapak.Maka Umno ketika itu merelakanlah kemajmukan ini terus melata.Tidak mengapalah,bumi ciptaan Allah ini bukan hanya semata untuk orang Islam,malah mereka yang menentang Allah juga masih terus segar bugar hingga saat ini.Janganlah kerana ugama kita Islam,kita menjadi takbur dan riak pada bangsa lain.Tunjukkanlah akhlak Al Quran mudahan terbuka hati mereka bersatu dengan kita di atas nama Islam dan bukannya MELAYU!Habuan hamba yang takutkanNya ,Insya Allah menanti di akhirat.
Tuan,maaflah,umno saya dakap tetapi kepimpinan bobrok hari ini perlu saya nafikan.Tidak semuanya busuk di dalam umno itu,cuma beberapa kerat yang menjadi jelatang,seUMNO itu dilihat rosak dan berulat!
akhirnya saya tinggalkan tuan dengan persoalan,siapa lagi yang boleh kita sandarkan harmoni,keadilan dan kesaksamaan?Jika pada manusia tidak kita pedulikan maka Allah sebaik2 tempat bermunajat.Jika pada mata kita semuanya punah,jadi di sudut manakah kita akan berdiri?wallahualam
www.citrabudiman.blogspot.com

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Makna Ezam pun boleh lah disimpan di dalam bakul sampah juga kerana pertama dulu kata ada berkotak2 rahsia sulit, akhirnya tiada, hari ini pegang rahsia sulit anwar juga tak nak dedahkan, jika dia begitu maka kita lupakan Ezam ini juga. Mana tahu dia dan anwar bermain silap mata, kita tidak tahu.Lain2 komen saudara ada benarnya,

Kita cari yg lebih relevan, bagi sy anwar mahupun ezam sudah harus meninggalkan politik Malaysia, jika mereka hanya tahu menipu, jika

Kita berusaha di rel yg berbeza, biar ia menuju kepada Allah yang maha Esa, hanya Allah swt yg tahu. Anwar jika dia jadi Presiden Republik Malaysia pun saya tidak akan sokong dasar2nya, kesombongannya dan kekejamannya semasa Timbalan dan TPM tidak mungkin bisa dilupakan begitu saja.

Awang Kata said...

Dalam hal ini rakyat perlu bertindak sewajarnya.Anwar tak boleh jawab.Politik bukan mainan ahlinya sahaja tapi sekali dengan rakyat.Yang menghina tulisan jawi perlu 'ditembak' dengan senjata yang selayaknya.Yang perlu ditembak kena tembak.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan