CONFIRM = EZAM VS ANWAR

on Friday, August 1

1. DATUK Seri Anwar Ibrahim akhirnya berjaya memujuk isterinya supaya meletak jawatan dan memberi laluan kepadanya bertanding di Permatang Pauh. Di Kulim tidak mungkin kerana Zukifli NOrdin pun tak senang hati kerana alasan anak+bini+bapa semua nak jadi MP. Maka korbannya adalah isterinya. Bandar Tun Razak, Gombak & Lembah Pantai antara kerusi tidak selamat kerana berlaku KesedAran orang Melayu akibat Perilaku DAP dan PKR yang mengenepikan hak Melayu dan memperlekEhkan umat Islam dalam banyak isu, seperti yang saya bincangkan sebelum ini.

2. Ezam adalah Calon Popular. Calon yang mempunyai banyak Rahsia sulit tentang Anwar. Apakah Ezam akan membongkar segala cerita Sulit Anwar termasuk Sumpahnya itu? Apakah Nallakarupan juga akan mendedahkan rahsia 30 tahun mereka bersama? Apakah Anwar akan berani Saman mereka berdua? Semua akan terbuka luas dalam Pilihanraya Kecil ini.

3. Ustaz Taib Azamuddin , mantan Imam Besar Masjid Negara juga sesuai bertanding kerana beliau pernah membongkar Kes Liwat Anwar tahun 1998. Jika benar ada kes, Ustaz Taib Azamuddin mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menyelamatkan umat Islam Malaysia.

4. Hj Mohd. Sabu juga layak lawan Anwar kerana Hj. Mohd. Sabu pernah berdoa agar janganlah Anwar ini jadi Perdana Menteri, kerana Hj. Mohd. Sabu pernah mempertikaikan hubungan Anwar dengan Amerika, IFC, FFF, yang semuanya disokong kuat oleh Amerika dan Yahudi. Senator Republikan J. Biden yang menyokong Anwar baru-baru ini pun Ahli Jewish Amerika. William Cohen & Camdessuss jangan ceritalah Ahli Pemikir Yahudi di Universiti John Hopkins dan Universiti Georgetown tempat Anwar dilantik sebagai Pensyarah. Taha Jabir yang keluarkan fatwa baru-baru ini Anwar tak bersalah pun bekerja di Amerika, kehidupannya di sana macam kehendak Amerika, Islam Liberal.Tak hairanlah Taha Jaber sokong Anwar, datang Malaysia pakai Jubah Mesir, Balik Amerika pakai Kot tali leher.

5. Datuk Mohd. Asri ( Mufti Perlis ) juga sesuai bertanding dengan Anwar kerana imej bersih beliau, dan ketegasan dalam isu Sumpah dalam kes liwat Anwar (2008). Namun, Dr. Badrul Amin, AMT PKR di Selangor yang juga orang kampung saya labelkan Datuk Mohd. Asri sebagai Bapak Syaitan? Bolehkah Ulama atau orang Agama label orang agama sedemikian rupa? Beginikah Ulama Muktabar? Ulama dulu ada buat Label macam inikah? Saya kasihan Mohd. Asri dipanggil Bapak Syaitan.Kalau marah sangat kritiklah pegangannya, janganlah label orang Bapak Syaitan. Kakak Dato Harun Din yang tetap dengan Aurad Muhammadiah Al-Arqam nak panggil apa pula?

6. Ustaz Asyari Muhamad Al-Arqam mungkin antara Calon yang boleh difikirkan. Permatang Pauh dahulu adalah antara Pusat Al-Arqam yang paling kuat di Malaysia, selepas Sg. Penchala. Di situlah wujud Sekolah Al-Arqam, Pusat Ekonomi Arqam, Rufaqa yang terbaru pun ada di sana. Maybe seluruh bekas anggota Al-Arqam akan datang membantu tanpa satu sen pun. Mereka ini ahli yang taat, berkorban tanpa fikirkan ganjaran.

7. Ustaz Firdaus Abdullah sudah 2X mencuba. Tahun 2004 hampir memihak kepadanya. Tahun 2008 tidak memihak kepadanya. Adakah percubaan kali ketiga akan memihak kepadanya. Hanya Pengundi Permatang Pauh tahu jawapannya. Mereka akan membuat pilihan antara Islam Amerika atau Islam di Malaysia.

2 Komen:

anakmalaysia said...

DUA2 PUN AKU TAK SUKA...

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Walaupun dua-dua tak suka, anwar tetap nak bertanding. Siapa lawan Anwar yangb tuan fikir?tq

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan