KETUA PEMUDA PAS GILA GLAMOUR

on Tuesday, August 26

1. BENARLAH kata Tun Dr. Mahathir, hari ini musuh, esok kawan, esok kawan lusa jadi musuh. Inilah yang berlaku kepada DS Anwar Ibrahim (Anwar) dengan DS Najib Tun Razak (Najib). Pada tahun 1994/5 dahulu mereka satu Team dalam Team Wawasan menentang team tanpa nama seperti Tun Ghaffar Baba, Tan Sri Sanusi Junid, DS Abdullah Ahmad Badawi, DS Rafidah Aziz, . Manakala Anwar,Najib,Muhyidin, satu geng. Hari ini semuanya menjadi musuh politik terutama Anwar dengan Najib? Apakah sebabnya…satu sahaja, jawatan Perdana Menteri. Namun kuasa Allah SWT memberikan jawatan PM itu kepada Pak Lah. Itu je cerita dia., semuanya kuasa Allah. Ada orang Tanya kenapa Anwar susah sangat jadi PM, semuanya Qada & Qadar Allah SWT. Kita merencanakan, Allah SWT yang menentukan…

2. Begitu juga YB Shahrir Samad (UMNO) dgn YB Khalid Samad(PAS), Hj. Nakhaie Ahmad (UMNO) tetapi saudaranya YB (PAS), Tun Mahathir (keluar UMNO) namun Mukhriz (masih UMNO), Dato Harun Din(PAS) Dato Hassan Ali( pegawai agama Istana/kerajaan) Khadijah Din ( tetap dengan Aurad Muhammadiah), Datuk Salleh Said Keruak (UMNO) tapi Saidaatul Said Keruak ( pilih PKR sebelum balik kepada UMNO baru-baru ne), di Kalabakan dahulu Datuk Ghapur Salleh (UMNO) adiknya Hamud Salleh (PBS) malah pernah bertanding sesama mereka, banyak lagi contoh lain.


3. Di pihak DAP, Nik Aziz pernah menggelarkan mereka sebagai bapak Syaitan, tapi hari ini mereka bergandingan hanya semata-mata nak meneruskan kuasa politik (kuasa dunia), Walaupun Karpal Singh suruh langkah mayatnya kalau nak tubuh Negara Islam namun tiada seorangpun Pemimpin PAS yang sanggup buat, apakan lagi Husam(PAS) dan Ketua Pemuda PAS yang suka glamour tu. Bagi mereka lebih baik diam daripada hilang kuasa, inilah mentaliti Pemimpin muda PAS abad 21.

4. Sebab itulah apabila Kepimpinan Ulama PAS yang terdiri daripada orang-orang lama seperti Hj Hadi Awang, Haron Taib, Hj. Mustapha Ali, nak bermuzakarah dengan UMNO, orang yang paling lantang menentang ialah Husam dan Kamarudin MN(S/U PAS- mantan Pengarah IKD think-thank Anwar yang dikatakan oleh Mohd. Sabu sebagai kaya mendadak ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan ). Yg sedihnya tidak pernah dalam Sejarah Ketua Penerangan PAS tulis surat mohon maaf berjela panjang. Ini petanda ada yang tak kena dalam PAS.


5. Dalam semua perbezaan itu siapakah yang menang =
* Di Perak 6 Exco DAP menentukan Dasar Kerajaan Negeri. Antaranya Tidak boleh sebut Negara Islam dan Tidak Boleh sebut Hukum Hudud. PAS terpaksa diam sebab, jika menentang jawatan MB tu hilanglah. Ketua Pemuda PAS mana berani perjuangkan benda ne, kalau pasal minyak ya sebab dia nak glamour, kalau pasal Hukum Hudud dia tak berani lah.

* Di Selangor mereka nak buat Pusat Kebudayaan Buddha di Bandar Utama yang tak lebih 500 ela daripada Surau As-Syakirin, Dr Hassan Ali dan MB Selangor mana berani menentang. Nak buat Gereja terbesar di Selangor mana nak mereka bernai bersuara. Wang JAIS nak diagih-agihkan kepada agama lain lagi mereka tak berani bantah…sebab apa? Sebab takut hilang kuasa? Takut hilang jawatan MB dan Exco. Jadi, lebih baiklah diam sahaja. Inilah mentaliti pemimpian PAS abad 21. Dunia lebih penting.


* Akhir sekali, siapa YB Melayu Islam dalam PAS & PKR yang berani memperjuangkan Kesucian Agama Islam daripada terus dihina oleh Bar Caouncil, hanya YB Zulkifli Nordin yang sanggup dipulau, dihentam, dihina oleh YB-YB DAP dan Bukan Muslim PKR. Dalam Parlimen YB Ketua Pemuda PAS duduk diam Membatu saja bila tengok YB Zulkifli kena serang oleh YB DAP & YB Bukan Muslim PKR? Inilah mentaliti Ketua Pemuda PAS sekarang, dunia lebih penting daripada kesucian agama Islam.

12 Komen:

IsmailPemudaPAS said...

Assalamualaikum,
Jentayu ana pelawa ente menyertai perjuangan PAS. pandangan2 ente banyak kepada perjuangan Islam, PAS lah tempatnya. memang benar KetuaPemuda PAS sekarang agak keduniaan, kami kecewa tapi kena bersabar,

Ana nak betulkan pandagan ente, walaupun PAS dalam PR tidak bermakna kami sokong penuh PKR dan DAP.

Ente nampak jujur dalam perjuangan, banyak orang dalam blog ini hanya berani tulis nama samarang saja,maksudnya mereka mungkin tak benar,

sekian , Assalamualaikum.
Jihad Fi Sabilillah. Membangun Bersama Islam.

anakmalaysia said...

Assalamualaikum Tuan,

Kerana kuasa manusia akan buta hati dan mengenepikan agamanya.

Moga2 kita semua insaf

Pewaris Melayu said...

saudara
PAS dipergunakan oleh PKR untuk melebarkan landasan untuk Anwar, PRK PP dah jelas-jelas menunjukkan PAS diperkuda, tapi mereka masih lagi buta mata dan hati untuk melihatnya

saya doakan PAS benar2 mempergunakan untuk Dunia dan Akhir, tidak kepada Duniawi sahaja

Anonymous said...

Sememangnya perjuangan pas dah lari dr asalnya nak perjuang negara islam. Sekarang dah terbalik, memperjuang nasib pesalah homoseks. Nagara Islan ah tak sepenting mempertahankan DSAI saja. Baiknya DSAI tu jadi presiden pas saja.

Spiderman said...

Mana bagus?

Ikut PAS yang rela bersama kafir Harbi ?

Atau UMNO yang menjinakkan kafir zimmi?

Lu pikiaqlah sorang2.....

http://spiderman-malaysia.blogspot.com

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Salam,

Kesilapan yang berlaku sepanjang 10tahun ini ialah apabila mereka menuduh apa sahaja yg dibuat oleh UMNO/BN semuanya salah belaka. Jika buat jalan kampung dikata rasuah itu wang rakyat, kalau naik harga minyak kerajaan zalim, tetapi tidak pernah mereka kaji apa sebabnya naik, adakah Malaysia sahaja yg naikkan, bagaimana ekonomi global, bagaimana ekonomi dunia.

Begitu juga pasal kepimpinan, bila sebut Pak Lah semua tak betul, bila sebut Najib semua salah, bila sebut Tun M semua tipu, bila sebut Anwar semuanya benar belaka hatta bila dia menari dgn wanita kat youtube tu pun dikira benar sebab hak asasi dia,

Bila sebut ulama, ulama kerajaan semuanya salah belaka, ulama yg sebut bapak segala syaitan pun betul juga, mengapa ada org yg menggelarkan dirnya ulama menghina pula ulama lain dengan menyebut bapak segala syaitan...inikah bahasa org agama, inikah bahasa Islam,

Jangan ditanya pengalaman peribadi saya dgn org2 PAS...biarlah disebut secara umum sahaja, org PAS bukan semua, bila sebut bab agama hadis al-quran tak mati semut bila pijak, pastu bila masuk bab mengutuk, mengeji, memfitnah, bahasa lucahnya , masyaAllah tak dapat dibayangkan, maknanya Islam itu bukan terletak pada PAS , UMNO atau AKIM...Islamic itu terletak dalam jiwa kita, zahir dan bathin, kita pelaksananya, politik hanya wadah sahaja,

Adakah saya anti PAS? Tidak juga, di tempat saya, kawan saya Ketua Pemuda PAS kawasan, ketika itu dia nak kahwin , tiada orang nak jamin, maka dia cari saya minta jamin pinjaman dia, saya tidak banyak soal, walaupun berbeza fahaman politik, tetapi insaniah itu masih ada hubungan,

Begitu juga di kampung saya, ayah saya membuka kampung baru yg asalnya hutan belantara. Tiada siapa membantu kecuali kami anak beranak menebas dan membuat jalan hanya menggunakan cangkul ( baca novel saya:ABAKA). Kemudian depan tanah kami tanah org2 PAS, mereka nak buat Madrasah. Kami berikan mereka jalan, berikan mereka lampu, berikan mereka apa sahaja kemudahan dan keperluan, apabila kenduri kahwin mereka datang juga ke rumah, maksudnya hubungan insaniah itu wujud, tetap ada,

Hari ini pula, apakah yg dibuat oleh YB-YB PAS di Selangor dan Perak untuk mendaulatkan umat Islam dan agama Islam. Mereka tak dapat buat apa-apa, sebabnya mereka dah diikat oleh DAP. Dalam keadaan begini, mengapa mereka masih mahu tunduk dalam Pakatan Rakyat, sedangkan mereka baru beberapa bulan memerintah namun kesucian agama Islam semakin ternoda dan dinodai, ambil saja ks Arak antarabangsa yg dihalalkan peranannya oleh MB Selangor, petisyen kurangkan suara azan,skrg wang JAIS nak dibahagikan kpd agama lain, namun semua YB PAS diam membisu sahaja. Hassan Ali pin diam tak berkata.

Sebab itu, kita lihat Kepimpinan PAS hari ini terutama yg mudanya telah dirosakkan oleh Konsep Islam LIberal yg diperjuangkan oleh Anwar ( sama dgn Islam Amerika/Islam Moderate/Islam Liberal). Husam, Kamarudin MN tidak membuat apa2 untuk menghalang nilai2 barat menyerap masuk ke PAS, malah HUsam pun dah benarkan artis seksi masuk ke Kelantan. Dulu kata haram? Maknanya dalam PAS kalau mereka buat semua halal belaka, orang lain buat haram belaka.

Maka itu, saya yakin, Islam masih boleh diperjuangkan dan diagungkan dalam Kerajaan sekarang. UMNO sudah melaksanakannya, sekarang sedang memurnikannya, Pak Lah dan sebagainya menyeru kita mengikti ajaran Islam, buatlah, laksanakan, tiada halangan, kalau ada orang Islam yg berzina dan berjoget itu bukan arahan Pak Lah. Tiada Arahan Pak Lah suruh pergi disco atau pergi kelab untuk berjoget.

Jika kamu pergi, kamu tanggunglah . Kamu tahu hukum kan. Begitulah antara pandangan saya.

Kita berbalik kepada asalnya, Sabda Nabi kita, jika kamu berpegang teguh kepada Al-Quran dan Hadis maka kamu tidak akan tersesat.

Bagaimana PAS menghuraikan fahaman Islam itu, bagaimana UMNO mentafsir Islam itu, itu hanyalah kaedah dan cara, asasnya panduannya adalah Al-Quran dan Hadis Nabi kita, jika PAS kata tak boleh pegang Al-Quran semasa bersumpah kerana itu cara Kristian ya betullah, jika UMNO kata sah kerana dari segi aqidahnya sudah menyebut Wallahi Wabillahi Watallahi...,lain daripada itu Allah SWT sahaja Maha mengetahui, siapa benar siapa salah. Nik Aziz pun tak boleh pastikan siapa salah siapa benar antara Anwar dan Saiful. Cuma PAS dlm kenyataan rasmi kata, selagi tak dibuktikan bersalah selagi itu dia tak bersalah. Betullah tu, so nak buktikan bersalah bawalah ke mahkamah dunia. Mahkamah Akhirat urusan Allah SWT.

Maka, dengan segala pandangan saya itu, saya hormati PAS sebagai sebuah wadah dan siasah Islam dengan cara dan prinsipnya yang tersendiri, maka saya pun juga masih yakin dan percaya bahawa UMNO dan Kerajaan akan terus memastikan agama Islam/ bangsa Melayu, bahasa Melayu, Raja2 Melayu terus dipertahankan di negara ini.

ismailpemudapas said...

pandangan ente tu benar, marilah bersama membangung Islam. ana pelawa ente kerana ada kebenaran pandangan ente tu, 16 septembe negara ne akan diperintah Pakatan,macamana ente nak perjuang islam dlm umno lagi, kita sama2 hadapi anwar yg ente kata liberal tu ,

Muhamad said...

Salam... semua.

Kepada ismailpemudapas,

Kenapa nak tunggu 16 september untuk menolak Islam Liberal?

Bukankah mencegah lebih baik daripada merawat?

Macam mana anda tahu 16 September ni Pakatan Rakyat memerintah? Disini jelas anda lebih yakinkan kepada Anwar berbanding kuasa Allah.

Anwar bukan tuhan untuk tahu apa yang akan berlaku pada 16 September ini...

Hanya Allah Maha Mengetahu Selaga-galanya..

Fikirlah kembali..

Anonymous said...

ni la seperti durujuk pada tanda-tanda akhir zaman..

akan ada satu golongan yang kesesatan, dan apabila api dikatakan air, manakala air dikatakan api..

Renung-renungkan....

Anonymous said...

ni la seperti durujuk pada tanda-tanda akhir zaman..

akan ada satu golongan yang kesesatan, dan apabila api dikatakan air, manakala air dikatakan api..

Renung-renungkan....

Anonymous said...

Salam,

Hj. Husam Musa bUKAN Ketua pemuda PAS. tetapi Naib Presiden PAS.

YB. Solahuddin Ayub sebenarnya Ketua Pemuda PAS.

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Ya Terimakasih, itulah yg saya maksudkan.
YB Salehudin tidak pun membantu YB Zulkifli Nordin ketika dihantam oleh YB-YB DAP dan YB PKR NonMUslim dalam parlimen semasa membahas isu Bar Council. YB Salehudin diam membisu membatu bagaikan terkunci mulutnya ,berat nak bercakap, bila soal kesuciaan agama Islam. Kalau isu dunia seperti minyak ya dia hero sebab dia nak glamour saja.

Husam adalah Naib Presiden PAS yg membenarkan artis seksi datang Kelantan wpun Tuan Guru Nik Aziz dah haramkan. Husam adalah Proksi Anwar dlm PAS. HUsam lulusan UM sezaman dgn Shabery Ceek,Husam, Kamarudin, adalah org suruhan Anwar dlm PAS. Sebab itu Husam mati2an menentang MUqabalah UMNOPAS wpun HJ HAdi, Haron Taib, dll Kepimpinan Ulama dah bersetuju. Kes dia sama dgn 1986, Allahyarham Ustaz Fadhil Nor kata Anwar menggagalkan MUzakarah UMNOPAS 1986 kerana kepentingan peribadi.

Bloggers Kickdefella yg sekular dan yg terbalikkan bendera tu adalah bloggers yg mempertahankan Husam. Sama mcm Raja Petra yg mempertahankan Anwar.

PAS hilang prinsip dan kredebiliti kerana wujudnya org mcm Husam dlm PAS yg meliberalkan Islam PAS. Khalid Samad (PAS Shah Alam) pun sudah bersetuju perkataan ALLAH digunakan dlam Gereja. Inilah kejayaan Yahudi Amerika di Malaysia.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan