MALAYSIA JADI REPUBLIK

on Tuesday, August 5

1. PAS adalah sebuah parti yang membawa mesej Islam, dahulu popular dengan 'Membangun Bersama Islam' atau 'Negara Islam, namun sejak ditekan oleh DAP musuh Islam PAS terpaksa mengubah Prinsipnya daripada "Negara Islam" kepada " Negara Kebajikan". Bagi generasi baru, istilah "Negara Berkebajikan" baru bagi mereka, namun di Barat konsep ini sudah lama diamalkan. Maknanya ejen-ejen Anwar seperti Husam + Kamarudin Jaafar sudah berjaya meliberalkan PAS daripada Islamik kepada Liberal Islam ( yang disukai oleh Amerika ).

2. Jika Pemimpin-peimpin PAS terdahulu seperti Hj Yusuf Rawa + Hj Fadhil Nor, sangat memegang kuat Prinsip Negara Islam ini, namun generasi kepimpinan baru PAS seperti Husam + Kamarudin Jaafar tidak lagi memegang kuat Prinsip ini. Sebab itu bagi mereka, tiada salah bersama DAP yang menentang penubuhan Negara Islam, dan tidak salah membawa Artis Seksi ke Kelantan, mereka juga terutama Dr. Hassan Ali (generasi baru PAS) tidak rasa bersalah apabila berlakunya Konsert Jilat, Volume Azan nak dikurangkan di Selangor, malah MB Selangor sendiri mempertahankan Iklan Arak konon ia Penaja Antarabangsa tak dapat nak halang...maksudnya Hukum Allah boleh diketepikan yang tidak boleh diketepikan Penaja Arak tu dari Antarabangsa!

3. Bagi Dr. Hassan Ali, sensitiviti umat Islam tidak penting, sebab itu apabila Teresa Kok mengumumkan Estate Babi pada mula-mula Memerintah Selangor, Dr Hassan Ali diam 1000 bahasa. Apakah Dr Hassan Ali bersuara apabila Cadangan pembinaan Gereja terbesar di Selangor, keluasan gereja boleh sama besar dengan keluasan masjid, atas prinsip Kesamarataan & Keadilan, kalau masjid seluas 10 Ekar maka gereja juga hendaklah 10 Ekar atau lebih= inilah matematik Kesamarataan dan Keadilan mereka tanpa mengambilkira sensitiviti umat Islam dan Raja-raja Melayu.

4. YB-YB Pakatan Rakyat yang telah menyedari dan melihat Penghakisan kuasa bangsa Melayu dan proses pengecilan agama Islam ini oleh DAP di Selangor, Kedah & Perak tidak perlu menunggu lama untuk terus berada di dalam PR. Jika sebelum ini hasrat mereka tertangguh, maka sebelum Teresa Kok Panggang 14 Ekor Babi lebih baik mereka bertindak sekarang menyelamatkan maruah bangsa Melayu dan agama Islam. Jika Teresa boleh Panggang 5 Ekor Babi sebagai Simbolik 5 Negeri yang dihuni oleh umat Islam, saya tidak hairan dia akan Panggang 14 Ekor Babi lagi.

5. Anwar tidak boleh diharap menangani semua isu di atas, pertamanya Anwar sendiri nak menghapuskan Ketuanan Melayu dengan menggantikannya kepada Ketuanan Rakyat. Anwar nak menghapuskan DEB dan tukar kepada AEM. Anwar menggagalkan Musyawarah=Muqabalah=Muzakarah tukar kepada Demokrasi Amerika ( dah tak dah Masyarakat Madani ), Anwar berjaya mempengaruhi PAS tukar prinsip Negara Islam kepada Negara Kebajikan, Anwar tidak membantah pemberian Tanah kepada Majoriti Bukan Melayu daripada 99 Tahun kepada 999 tahun ( konsep ini memanglah diamalkan di Amerika), Anwar tidak membantah MB Selangor dalam kes Arak, Anwar bersetuju mengampunkan Chin Peng yang pernah membunuh ribuan orang Melayu dahulu...semuanya kerana Anwar nak undi daripada Bukan Melayu, dan DAP yang bijak inipun buatlah kempen Undi MCA Bermakna Undi Melayu...Cuma satu lagi Anwar barangkali akan umumkan kelak, nak tukar Malaysia jadi Republik Malaysia dan dia sudah pasti akan jadi Presiden Malaysia seiring dan Sejalan dengan Presiden Amerika. Ini tidak mustahil akan dilakukannya kerana orang-orang kanan Anwar bercakap pasal Negara Republik semasa PRU12. Apa akan jadi kepada Raja-Raja Melayu jika Malaysia jadi Republik? Bacalah sejarah Indonesia.

6. Kesimpulannya, Proses Menghakis Ketuanan Melayu di negara ini semakin hari semakin besar. Proses Meliberalkan PAS daripada Islam kepada Keduniaan pun sudah menampakkan kejayaan, hanya Hj Hadi dan pemimpin-pemimpin lama sedar proses ini, generasi baru dalam PAS seperti Husam dan Kamarudin Jaafar adalah virus pembawa maka mereka tidak menentang proses meliberalkan PAS.

7. Kini,rakyat di Permatang Pauh terutamanya akan menentukan sama ada mahu Melayu akan ada Raja lagi atau tidak pada masa akan datang, kerana jika Malaysia jadi Republik Raja-raja akan disimpan di Muzium sahaja, seperti di Indonesia dan Nepal sekarang!

6 Komen:

malay-machista said...

salam saudara,
memang kebarangkalian seperti inilah yang amat membimbangkan pendokong PAS selama ini. keliberalan pendokong PR nampaknya semakin menghakis ketuanan Islam dan Melayu. dalam keghairahan PR memaut undi non-malays, mereka terlupa teras kegemilangan Malaysia selama ini. mereka lupa tentang maruah Islam, dan lupa tentang maruah Melayu.
PAS mesti go back to basics. kepada pendokong2 yang masuk PAS kerana emosi, tanpa ilmu, cuba kita baca semula muka surat pertama perlembagaan PAS. baca dengan mata hati.

Anonymous said...

Salam..

Machinery kempen untuk Republik ni dah berjalan dah nampaknya.. tapi mereka baru start banyaknya dikalangan non-malays. Ade gak melayu bengong yang sokong tuh..

Ape nak jadi dgn org2 Melayu ni..

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Contoh mudah, perhatikan Fiji pernah diperintah oleh orang2 India, PM pub India, orang2 Fijian mengambil masa yg amat sukar untuk duduk semula di kerusi PM ( Melayu), hanya dengan tumpah-darah barulah orang Fijian dapat semula kerusi PM Fiji. Apakah orang Melayu mahu begitu.

Kita perlu sedar Anwar mahu jadi PM tetapi Mengenepikan Hj Hadi yg Islam, sebaliknya Lim Kit Siang menjadi Pilihan TPM.

Kenapa PAS membiarkan semua ini, Kenapa PAS yang lebih berpengaruh dianaktirikan oleh DAP & PKR. Mereka masih tak sedar kecuali Hj Hadi, Hj Mustafa Ali, Harun Taib dll.

Kita kena ingat Target DAP ialah Ketetpikan Melayu dan Ketepikan Islam. Gantikan dengan Malaysian Malaysia. Melayu sama rata semua kaum, Islam sama rata semua agama!

anakmalaysia said...

kita juga perlu salahkan pemimpin UMNO yang jadi perosak menyebabkan UMNO jatuh.

Disebabkan pemimpin begini ramai orang melayu menjadi marah dan dipengaruhi minda mereka oleh pihak2 berkepentingan.

Mudah-mudahan UMNO pulih dan sokongan melayu kembali kepada UMNO semula agar orang melayu kembali bersatu dan mereka tidak diperkotak-katikkan lagi.

Anonymous said...

My calculation is..

PAS akan tenggelam.. Once DSAI grab the power, that is the end of PAS.

Kalau PAS dakwa pernah kena terajang dari BN, apa yg berlaku dgn PR nanti adalah lebih teruk dari kena terajang. Ditakuti PAS akan dipersalahkan oleh pejuang2 Islam selama2nya.

Org Melayu kena fikirkan sesuatu.. sejarah nampaknya berulang.. takkan tak dapat iktibar langsung dari sejarah..

at least we can minimize the damage..

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

1. Memang benar, sesetengah pemimpin UMNO terlalu bersalah kerana kepimpinan mereka merosakkan nama baik UMNO, bukan UMNO yg tak baik sesetengah pemimpin dan YB UMNO itu, namun PRU12 menjadi pengajaran, harap mereka sedar.

2. Saya juga setujua apabiola Anwar jadi PM, PAS berasnur-ansur akan jadi lemah dan lemah, akhirnya hancur. Ini akan berlaku, lihatlah Anwar telah menutup buku Parti Sosialis DR Syed Hussin.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan