MB SELANGOR PECAT

on Wednesday, August 13

1. BAGI penulis, bukanlah perkara Mengejutkan jika MB Selangor nak menyerahkan Ketuanan Melayu dalam UITM kepada Bukan Melayu. Ia memang dasar PKR, sebagaimana salahsatu sebab Datuk Seri Anwar Ibrahim dianugerahkan 100 Pemimpin Dunia oleh majalah YahudiAmerika (Times) ialah Menolak Ketuanan Melayu. Paul Wolfowitz rakan baik Anwar banyak menulis kempen anwar untuk tujuan anugerah ini.

2. Jika PRU12 , untuk menarik undi Bukan Melayu, Anwar berkempen Hapuskan DEB tukar kepada AEM, Ketuanan Melayu hapuskan tukar kepada Ketuanan Rakyat, maka apakah yang nak dihairankan kalau Orang Paling Terkanan Anwar nak buka UITM kepada Bukan Melayu. Tak cukupkah Universiti bukan Melayu di Malaysia ini, malah mereka sangat kaya untuk belajar di luarnegara, untuk apakah MB Selangor cadangkan perkara itu. NC UITM menyatakan perancangan dan mesyuarat untuk merealisasikan matlamat ini sudah sudah dibincang dalam Pakatan Rakyat. Maknanya, memang mereka nak buatlah tu.

3. Apakah nak dihairankan kalau esok PKR mencadangkan negara ini ditukar kepada Republik Malaysia, bukan Federation of Malaysia. Bila dah Republik, makannya Raja-raja kena jadi macam Raja Nepal lah. Bila dah jadi macam Raja Nepal, tiadalah yang akan pertahankan agama Islam, bangsa Melayu, tanah Melayu, bahasa Melayu...yang akan ada Presiden Malaysia, bahasa Ingerris bahasa utama, bahasa Mandarin bahasa kedua, bahasa Melayu bahasa ketiga...macam Singapura, Bukankah itu Matlamat Lee Kuan Yew tahun 1960an dulu, yang kini akan direalisasikan oleh Lim Kit Siang dalam DAP melalui Keterlupaan dan Kesombongan MB Selangor dan Anwar sendiri.

4. Kita tidak perlu hairan dengan dasar PKR ini, jika MB Selangor boleh Mempertahankan Iklan Arak konon jenama Arak dari antarabangsa tak boleh halang, apakan UITM ne...Khalid, Azmin, Anwar dll semuanya Kaya dan Raya. Semuanya rumah Banglo berjuta-juta,kereta besar bugar...saja masuk kampung pakai sarung, pakai kereta buruk, saja supaya rakyat beri undi simpati.

5. Penulis ingin mencabar Datuk Ibrahim Ali, satu-satunya Pejuang Sejati Melayu macam Datuk Harun Idris supaya bangun dan membangunkan bangsa Melayu sebelum UITM menjadi Universiti Nanyang. Jika Yahudi sudah berkuasa masjid pun boleh ditukar jadi Gereja,( masjid pun boleh dikencing dipijak macam masjid di Baghdad ), Cordova, Andalusia, Russia, kebanyakan gereja lama asalnya dari Masjid. Bukankah Protokol Yahudi ke7= Jatuhkah orang Islam sebelum mereka jatuhkan kita.

6. Beranikah MB Selangor tarik balik cadangannya? Sanggupkah Anwar arahkan MB Selangor tarik balik cadangannya? Mereka tidak kisah kerana mereka sudah Kaya dan Raya, anak-anak MB Selnagor, anak-anak Anwar, anak-anak Azmin tidak memerlukan UITM. Namun rakyat nun juah di pedalaman, amat memerlukan UITM. MB Selangor berkias apabila menghina Kemampuan orang Melayu kononnya UITM dibuka kepada orang bukan Melayu supaya ada persaingan, supaya berkualiti...maknanya Pensyarah di UITM bodoh belaka ke, malas belaka ke, tiada kualiti ke, Dahulu semasa dilantik sebagai MB Selangor, dengan bangganya nak ikut cara Saidina Abu Bakar, maka berkatalah MB Selangor jika saya benar ikutlah saya, jika saya salah tegurlah saya, jauhilah saya, buanglah saya,...namun, hanya kata-kata sahaja.

7a. Di dalam Al-Quran menyebut, hendaklah kita melayan dengan Adil orang Bukan Islam jika mereka mengikuti hukum Allah, mengikuti peraturan dalam sistem agama Islam, akur kepada pemimpin Islam ( Halaqah:TV9)...namun jika MB Selangor pun tak kisah Hukum Allah pasal Iklan Arak , mengapa Dr Hassan Ali diam 1000 bahasa. Jelaslah demi Kuasa Pemimpin-pemimpin PAS di Selangor dan Perak Rela dan merelakan diri mereka diam, Prinsip PAS dilelong mereka diam...asal kuasa tidak gugur. Inilah mentaliti pemimpin PAS abad 21 dunia lebih penting di matahati mereka.

7b. Dahulu bila negeri Selangor ada kilang arak banyak kilang Arak maka diceramahlah di seluruh negara konon Selangor negeri kafir, negeri arak, hapuskan arak di Selangor, negeri maksiat, itu dulu,....Maka apa kata Dr Hassan Ali dah ada dalam kerajaan Selnagor, Dr Halimah pun...apa kata kita cabarTutup Kilang Arak di Selangor...bukankah itu ceramah-ceramah PAS dahulu kala, dahulu dan baru-baru ini. Kenapa Dr Hassan Ali tak usul Tutup Takut kepada Teresa Kok ke tak takut pada Allah. Kenapa pemimpin2 PAS yang bijak sana berkata-kata Tidak Berani minta MB Selangor Tutup Kilang Arak, takut pada DAP ke tak takut pada Allah. MAKA ITU janganlah hanya bijak berkata-kata, janganlah hanya bijak marah-marah, janganlah pandai buat Janji bila dah Memerintah Arak pula Halal di Iklankan kerana jenama Antarabangsa...maknanya bolehkah PAS diharapkan menegakkan Syariat Islam jika semua Cakap tak Serupa Bikin?Siapa yang rosakkan PAS dalam hal ini?

7c. Tahniah anak-anak muda UITM yang bangun mempertahankan hak bangsa Melayu semalam.

10 Komen:

PKR98 said...

KHALID IBRAHIM NE MELAYU LUPA DARATAN, SAYA TAHU DULU DIA SUSAH, DIA PUJI DEB KERANA TOLONG DIA DAN ORG MELAYU, HARI INI DIA SUDAH KAYA DIA SURUH TAMATKAN DEB, KAMI MASIH MISKIN KHAAIB IBRAHIM, KO TAK APALAH, DULU KAMI NE DI JALANAN SOKONG ANWAR KO DALAM BILIK AIRCOND, ANWAR KUAR PENJARA BARU U NAK JOINT PKR, MENYAMPAH AKU DENGAN PKR SEKARANG.

TERIMAKASIH SAUDARA, TULISAN SAUDARA BANYAK MEMBUKA FIKIRAN. DULU YG BETUL SEMUANYA PAS, YG BENAR SEMUANYA PKR, BN SALAH SEMUANYA, PEROMPAKLAH, MACAM2LAH ,

TAPI SEJAK DAP KUAT, PAS DAN PKR MACAM IDUNG KENA IKAT, SY GERAM ,KES UITM SY BENAR2 TERASA SEBAB SY LULUSAN UITM, KHALID INGATLAH MELAYU YG SUSAH , MEMANG BENAR SY PUN SELALU NAMPAK ORG2 PKR NE KAYA-KAYA SEMUA RUMAH BESAR, KERETA BESAR, SAHAM BESAR,
KITA SOKONG KITA JADI SUSAH.

SEMUA ORG PENING TAU KHALID.

nick said...

baik pecat je khaalid bagi je pada teresa kok...

pkrgombak said...

tukar je khalid kepada ronie liu

Anonymous said...

MB GAGAP ni suka buat hal laa...perkara yg serious like this pun boleh tersenyum mcm kerang busuk, entah kenapa laa PKR letak si Gagap ni in first place as MB, MP PAS pun byk yg layak (exclude Husam).

Tak aman Selangor mcm ni, mula mula PKR (Projek Khinzir Raksasa) sekarang isu UITM lak. Pada pendapat saya lah HALAL HUB Selangor mmg tak sesuai memandangkan isu ternakan, tp apa pun kita lihat aja lah.

Perisik said...

Izinkan saya membalas komen saudara. Apa yang diperkatakan oleh saudara itu memang ader asas nyer. Pentadbiran PKR di selangor kini sudah nampak belangnyer.... belum cukup pun 365 hari Khalid dan konco-konconyer berkuasa, si master of puppet ini, telah diarahkan oleh sifu-sifu nyer untuk menjatuhkan ketuanan melayu.

Di ketika PRU ke 12 yang lalu, saya adalah org yg gembira apabila kerajaan Negeri Selangor tumbang secara rasmi nyer ke tangan Pakatan Rakyat. Bagi saya ini merupakan satu pengajaran bagi Bekas Menteri Besar Selangor, Dato Seri Mohd Khir dan semua anggota EXCO.

Perisik said...

Izinkan saya membalas komen saudara. Apa yang diperkatakan oleh saudara itu memang ader asas nyer. Pentadbiran PKR di selangor kini sudah nampak belangnyer.... belum cukup pun 365 hari Khalid dan konco-konconyer berkuasa, si master of puppet ini, telah diarahkan oleh sifu-sifu nyer untuk menjatuhkan ketuanan melayu.

Di ketika PRU ke 12 yang lalu, saya adalah org yg gembira apabila kerajaan Negeri Selangor tumbang secara rasmi nyer ke tangan Pakatan Rakyat. Bagi saya ini merupakan satu pengajaran bagi Bekas Menteri Besar Selangor, Dato Seri Mohd Khir dan semua anggota EXCO.
Bukannyer aper... ketika pemerintahan nya... saya mempunyai banyak maklumat serta salah laku dia orang... tapi itu tak kisah. Ironinya disini adalah mengenai Pakatan Rakyat.Di ketika ini seandainya ader org yang bertanya kepada saya berkenaan hal ini, saya akan berkata... Pakatan Rakyat adalah tidak relevan.... Hanya dijadikan sebagai punching bag oleh DAP untuk membolehkan mereka ini merealisasikan vision mereka. Kadangkala terfikir di minda saya, kenapa anwar ibrahim kebulur nak bertanding..... saya bukan nyer nak menyebelahi mana-mana parti... saya sayangkan agama dan banga saya.

Muhamad said...

Assalammualaikum?

Apakah cadangan ini lahir dari hati yang ikhlas ataupun sekadar mahu menguji orang melayu dan Bumiputera semata-mata???

Pada pandangan saya, Cadangan ini ada baik dan ada buruknya.

Baiknya pelajar UiTM dapat bersaing dengan pelajar non-bumi.. tapi apakah ini satu-satunya kebaikan yang ada pada cadangan tersebut? sekiranya 'ya' ianya tidak cukup kuat untuk kita terima cadangan ini.

Sebenarnya ada cara lain untuk pelajar UiTM bersaing dengan pelajar non-bumi antaranya ialah:

1. Melalui pertandingan dalam bidang akademik, rekacipta, kemahiran, perbahasan, penghasilan sesuatu produk R&D, dan sebagainya.
Bukankah ini lebih bagus.

2. Dengan ini, lebih banyak peluang kepada pelajar UiTM menghasilkan produk sendiri dan dapat menilai produk mereka dengan non-bumi.

3. Persaingan lebih berkesan apabila ia melibatkan program di peringkat Universiti-universiti.
Di Malaysiakan ada banyak IPTA dan IPTS serta Kolej-kolej. Bukankah ini, persaingan akan lebih terbuka untuk semua.

Lebih banyak lagi peluang untuk orang Melayu dan Bumiputera sepatutnya diberikan kepada mereka untuk menonjolkan kemampuan.

Berbalik kepada perkara di atas,

Apakah cadangan ini sekadar untuk menguji kesetiaan orang Melayu dan Bumiputera sahaja terhadap hak keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan?

Pada pandangan saya ini lebih dekat dengan hati MB Selangor dan rakan-rakannya.

Harus di ingat dengan isu memeluk Islam anjuran Majlis Peguam. kalau anda perasan siapa yang ada dalam Majlis Peguam? Bukankah kebanyakkan mereka dari orang-orang DAP dan PKR. Pasal itulah mereka tidak senang dengan tindakkan YB PKR Zulkifli Nordin yang secara terang-terangan menentang anjuran Majlis Peguam tersebut. Perkara ini belum reda sudah hendak menimbulkan isu baru.

Jadi marilah kita fikir dengan akal jangan fikir ikut suka je. Hanya ambil yang menguntungkan saja. Kaji dan teliti apa motifnya.

Bukannya nak berfikiran nagetif tapi kadang-kadang ia lebih menguntungkan daripada positif.

Terima Kasih.

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Saudara Perisik,sy sgt setuju dgn sdra bahawa Dr Khir Toyo dan exconya telah dihukum oleh rakyat Selangor pd PRU12. Maka diharap Pemimpin2 BN hendaklah sedar Rakyat mempunyai Kuasa Veto untuk menjatuhkan mereka.

Berbalik kpd PR, siapakah yg Untung besar DAP,PKR,PAS,Anwar= yang paling untung ialah DAP & Anwar sahaja. PAS diketepikan, PKR diguli-gulikan,

Sdra Muhamad, cadangan MB Selangor itu ialah kesinambungan Dasar PR dan Anwar yg disokong oleh YahudiAmerika...iaitu, hapuskan Ketuanan Melayu, tidak boleh tubuh Negara Islam,buka UITM kpd semua, serahkan wang Petronas kepada bukan Melayu, semua ini desakan2 DAP kepada PKR,

Semua ini perancangan jangkapanjang PAP(Lee Kuan Yew), mereka gagal tahun 1960...tetapi masih ada DAP ( Lim KIt Siang ). Adakah kita tidak sedar.

anakmalaysia said...

Assalamualaikum Tuan,

saya amat bersetuju dengan tuan. Sememangnya DAP yang paling mempengaruhi diantara PKR-PAS-DAP. Sekarang ideologi2 DAP bergerak lancar di Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

Diharapkan Anwar tidak jadi PM Malaysia.

Anonymous said...

baguslah kalau orang melayu dah sedar.dap memang hendak menghancorkan orang melayu dengan bantuan pkr dan pas dan khalid ibrahim yang gagap dan bodoh itu.samalah denagn simata lebam,busuk hati,dengki.hendaklah kita berjaga-jaga, fikir tentang anak cucu kita yang akan datang jangan ikut hawa nafsu.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan