MOHD. SABU:...SUNGGUH-SUNGGUH MELIHAT ANWAR MASUK KE APARTMENT...

on Saturday, August 23

Mohd. Sabu ; Apabila orang itu mempunyai watak seperti itu, yang selama ini nampak bersih, kita menganggapnya sebagai fitnah. Apa yang kita mahu di sini adalah Anwar mestilah membersihkan dirinya. Membersihkan diri bukanlah dengan berdiam begitu sahaja atau menafikannya kepada akhbar.

Anwar sendiri selepas tercetusnya peristiwa itu, lebih kurang enam bulan dia tidak bercakap soal-soal agama. Hanya kebelakangan ini dia kembali berkhutbah.Jadi kita nampak ada perubahan ketara enam bulan dia mengambil cuti untuk tidak bercakap soal-soal agama dan khutbah. Hanya sekarang dia baru hendak berkhutbah, barangkali baginya masyarakat sudah lupa.

Soalan : Makanya masih banyak lagi tanda soal di sekitar pertuduhan itu?
Mohd Sabu : Ya, orang yang menulis surat itu pun berada dalam ketakutan. Ertinya mereka masih diugut, diancam oleh pihak-pihak tertentu.

Soalan ; Khabarnya saudara pernah berjumpa dengan orang yang menulis surat terbuka itu? Adakah sebarang maklumat yang boleh dikongsi bersama kami?
Mohd Sabu: Ya...mereka empat keluarga mengakui sungguh-sungguh melihat Anwar masuk ke Apartment bersama dengan pasangan yang tertuduh itu...Dan dia kelihatan takut untuk bertembung dengan orang.

Soalan : Anwar pernah diserang hebat atas dakwaan terbabit dengan skandal seks. Bagi pandangan Saudara, adakah tuduhan itu memberi kesan buruk kepadanya?
Mohd Sabu: ...dengar khabar baru-baru ini ada percubaan untuk membunuh orang yang menulis surat sumpah yang mengaku melakukan homoseks dengannya, tetapi katanya yang menjadi mangsa ialah isteri penulis berkenaan.

Di luar negara mereka mendedahkan skandal, tetapi di sini , mereka menutupnya. Jadi ini seperti skandal dalam filem Hindustan. Jadi kalau kita menonton filem-filem Hindustan, ia banyak menceritakan Perdana Menteri, para Hakim, pegawai polis dan gengster membuat pakatan jahat. Anwar sendiri peminat filem Hindustan, mungkin beliau lebih maklum.

2 Komen:

PKRBaling said...

Sdra Jentayu, Mohd Sabu tu dengki kat Anwar. Sdra jangan lupa dia tu ada kes khalwat juga dengan bini orang!

Lawan tetap Lawan!

Anonymous said...

Jentayu.

Cerita lama ini kalau dicetak dan diedar di Permatang Pauh pasti laku lagi.

Ialah tulisan yang telah tertulis, walaupun lama, tetap ada nilai.

Tapi sekarang Mat Sabu dah bunyi lain nampaknya.... dah sokong Anuar sakan nampak

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan