RASULULLAH SAW DIHINA

on Thursday, August 14




HATI berhenti berdegup, marah, apabila membaca artikel Anwar Sokong Salman Rushdie ( penulis The Satanic Verses ). Mengapa Anwar menyokong musuh Islam ini? Mengapa Anwar membela Salman Rushdie ketika Ayatullah Khomenie menghalalkan darahnya,

Maka tidak hairanlah Anwar menolak Negara Islam di Malaysia, tidak hairanlah Anwar menolak Ketuanan Melayu, Tidak hairanlah Anwar menolak DEB.

Antara isi kandungan The Satanic Verses=

(1). Wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah adalah dihantar oleh Syaitan dan seterusnya, Rasulullah tertipu dengan wahyu tersebut. Kemudian, Rasulullah menyampaikan wahyu tersebut sebagai ayat atau surah dalam Al-Quran2. Pusat Pelacuran di Kota Mekah diuruskan oleh kesemua isteri Rasulullah3. Salahuddin Al-Ayubi, Panglima Perang Islam dalam Perang Salib dikatakan sebagai syaitan.

(2). Pusat Pelacuran di Kota Mekah diuruskan oleh semua isteri Rasulullah

(3). Salahuddin Al-Ayubi, Panglima Perang Islam dalam Perang Salib dikatakan sebagai syaitan.

Temubual Anwar dalam majalah ASIAWEEK dengan wartawan Roger Mitton dan tersiar pada 11 November 1993, Anwar berkata:

“Saya telah membaca The Satanic Verses. Bagi saya, beliau adalah seorang karyawan yang amat mendalam pengetahuannya. Saya tidak bersetuju dengan Khomenei mengenai The Satanic Verses. Tetapi ia perlu diberikan penelitian berikut. Pertama, penulisan buku ini merupakan hasil sastera. Kedua, bagi saya apa2 hukuman ke atas seorang pesalah perlulah diputuskan oleh sebuah mahkamah undang2..keputusan seumpama ini amat sukar kerana sekiranya TIDAK ADA KEBEBASAN BERFIKIR, orang ramai akan merasa terugut bilamana mereka menyentuh hal-hal yang dianggap sensitif”

Tidak hairanlah akhbar Israeli menyokong Anwar sebagai PM selepas PRU12 baru-baru ini Tetapi tidak menyokong Haji Hadi sebagai Pedana Menteri. Tidak hairanlah Times meletakkan Anwar 100 Pemimpin Dunia bukannya tn Guru Nik Aziz, Tidak hairanlah MB Selangor nak bagi UITM kepada bukan Melayu, Tidak hairanlah MB Selangor bersetuju Iklan Arak di Selangor, Tidak Hairanlah Anwar tidak membantah Petisyen Volume Azan nak dikurangkan di Selangor atas nama Hak Asasi Manusia, Tidak hairanlah Paperwork Gereja terbesar di Selangor boleh seluas Masjid, Tidak hairanlah MB Perak dilarang sebut Hudud & Qisas di Perak..rupa-rupanya anasir Yahudi,DAP ( saki baki PAP) sudah meresap masuk ke dalam Pakatan Rakyat. Sedarlah wahai Melayu dan umat Islam daripada bahaya Anwar ( meminjam kata-kata Hj. Mohd. Sabu , PAS)

7 Komen:

edie said...

Salam,saya marah kalau benar.Cukup marah! Tapi selepas sekian lama barulah artikel ini terkeluar dan tersiar.Tidak pula saya terdengar gembar-gembur tentang itu dulu?Apa mungkin berlaku editan di situ? Bagi membuktikan kebenaran dan bukan pembohongan kita semua mahu melihat artikal asalnya,bukan disalin semula.
Wallahualam

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

ya sila baca asiaweek itu, ia bukan edit, terima saja hakikat itu kata2 anwar, jika edit kita tak berani siarkan, itulah anwar mcm sumpah-sumpah kata dr chandra. tapi tak hairan kerana anwar menolak Negara Islam Malaysia

Luth Textile said...

salam...
allahuakbar.. penolakkan dajjal anwar semakin releven..

pls save malaysia from anwar..

apisfires said...

mana link dia??
jika boleh aku nak baca wooo...

faizhensem said...

mana link asiaweek tu?
gua cari x jumpa...

Edie said...

mana syeh?paparkan link asia week itu.pelik sungguh,1993 saya hidup lagi,tidak langsung terdengar dari teman2 PAS mahupun UMNO tentang perkara ini.Tup tup bila anwar berada di dalam posisi seperti hari ini barulah macam2 keluar.agak2 bila najib sudah jatuh besok mungkin nasibnya seteruk anwar?Atau mungkin najib tidak akan jatuh?Sebab najib itu manusia bersih?Taat perintah Allah?Pemimpin yang terpelihara dari dosa?Isterinya juga seorang muslimah yang tertib di dalam menjaga auratnya?pekertinya wajar dijadi idola remaja Islam?Atau PM itu tidak berdosa menciptakan satu fahaman baru hadhari walhal tidak tertulis pun dalil berkaitan islam hadhari melainkan islam semata2!
Soalan saya mengapa perlu disalin/gubah semula text asiaweek itu dan mempaparkannya di kala ini?
apa agendanya?

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Salam, sy tiada Link itu, tuan2 boleh hubungi Asiaweek minta copy temuramah anwar tahun 1993 tu.

Cadangan lain, boleh pergi ke Perpustakaan negara, atau ke Arkib Negara, atau terus bertanya kepada DSAI sendiri. Jika tanya saya, sy dapat dari situlah majalah Asiaweek tu, tiada link sebab dah lama. Macam kata2 Hj Mohd Sabu , dia kata anwar bahaya sebab kawan Yahudi,itu dalam temuramah dgn sebuah majalah tahun 1998, tiada link juga, kalau tak yakin selidiklah, memang Islam menyeru kita jangan percaya sesuatu jika tak selidik.

Jgnlah percaya artikel sy tu, dan artikel2 yg sama dlm blog2 yg lain, buatlah kajian dulu, sy percaya sebab sy ada sumbernya, kalau saudara tidak percaya tunjukkan pada sy yg temuramah itu salah ,

Kedua, agendanya tiada lain mengingatkan bahaya anwar kepada negara. Bukan anwar tu bahaya, mastermind kat belakang dia tu, kawan2 yahudi dia tu, kawan2 DAP dia tu..tapi terpulaglah kalau rakyat tak nak percaya, tak payahlah percaya, buat kajian, kaji sendiri, ada kaki ada tangan ada mata silakan cari dan tunjukkan sy salah. boleh kan..

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan