SIAPA DALAM PAS...

on Thursday, August 7

1. PERKEMBANGAN terkini menunjukkan DAP PKR berjaya menjadikan PAS sebuah parti yang hilang jatidiri, tidak perlu lagi Taat kepada Presiden, menjadi Pemimpin PAS bukan untuk menegakkan Negara Islam ( tidak lagi Membangun Bersama Islam ) tetapi masuk PAS nak ganti MB Kelantan, nak ganti Haji Hadi Awang, nak jadi Setiausaha Agung PAS, Nak Jadi Menteri.

2. Tiada lagi semangat Ibrahim Libya dalam PAS! Hanya ada Husam dan Kamaruddin Jaafar yang nak jadikan orang lain jadi PM.Mereka tidak lagi percaya Presiden PAS boleh jadi PM dan TPM.Dalam minda mereka Presiden PAS tidak layak jadi Perdana Menteri.

3. Tiada lagi Konsep Halal Haram dalam PAS, hanya kata-kata di bibir sahaja. Kalau dulu Nik Aziz kata DAP macam Syaitan, hari ini melalui Husam & Kamarudin Jaafar , DAP itu lebih baik daripada Syaitan. Siapa dalam PAS berani tegur Karpal Singh, Lim Kit Siang, Teresa Kok?



4. Siapa Pemimpin PAS sanggup gadaikan dirinya mempertahankan Kemuliaan Agama Islam? Saya yakin Tiada seorang pun yang sanggup mempertahankan agama Islam dalam PAS sekarang. Sudah tiada lagi Semangat Memali dalam PAS, yang ada Semangat nak memerintah di Putrajaya, Semangat Iklan Arak, Semangat RM100juta Babi, dan sebagainya Semangat Konsert-Konsert Jilat. Roh Islam sudah semakin mati dalam jiwa sebahagian besar pemimpin PAS.

5. Apakah semua ini cereka sahaja? Tanya pada kawan Siapa Pemimpin PAS berani arah Karpal Singh tarik balik kata-katanya tentang penubuhan Negara Islam? Husam?Kamarudin Jaafar?Dr. Hassan Ali? Semua Takut kerana Dunia ( Jawatan ). Siapa pemimpin PAS Berani arah MB Selangor Letak Jawatan kerana Menghalalkan Iklan Arak ( kononnya Penaja Antarabangsa kena benarkan juga tak dapat halang...Hukum Allah SWT Arak haram macam mana pula? ), Siapa pemimpin PAS Berani minta Teresa Kok mohon maaf kepada umat Islam atas sindirannya Memanggang 5 Ekor Babi tu semasa menang PRU12? Negeri Kelantan.Kedah,Perak negeri Babi kah? Kalau PKR boleh mohon maaf kepada akhbar Cina kenapa Cina tidak boleh minta maaf kepada orang Melayu?




6. Siapa dalam PAS berani Turunkan Bendera PAS dan perkataan Allah dalam gereja? Siapa pemimpin PAS berani menentang Kemungkaran yang dibawa oleh DAP PKR? Siapa pemimpin PAS yang berani menghalang usul pembinaan gereja sama besar keluasa Masjid? Siapa pemimpin PAS yang berani halang DAP hantar petisyen Kurangkan Volume Azan di Selangor? Yang terkini Siapa dalam PAS berani menghalang Forum " Memeluk Islam" oleh Forumnis NonMuslim! Kalau Ketua Penerangan PAS dah berjela-jela Tulis Surat Mohon Maaf...apakan lagi Ketua Pemuda PAS yang kelihatannya nak glamour je, semua tidak lagi bersuara apabila Islam dihina! Inilah akibatnya bila dah diikat dan dikelilingi oleh Syaitan( meminjam kata-kata Nik Aziz )

7a. Kenapa MB Perak Tidak Berani sebut " Membangun Bersama Islam"? Kenapa Takut Bercakap Nak buat " Hudud "? Kenapa tak berani sebut nak wujudkan " Negara Islam" Maknanya, nak selamat jadi MB Perak, semua itu jangan sebut, yang lebih penting ialah Dunia Duniawi...jawatan MB? Jawatan MB lebih Penting daripada Hudud, Negara Islam, Membangun Bersama Islam! Inilah mentaliti Pemimpin PAS Abad 21!

7b. Kesimpulannya, bolehkah PAS diharapkan lagi untuk menegakkan Syiar Islam di tanah air kita?

2 Komen:

Che Eduardo said...

Saudara Jentayu,

Dalam kisah Ramayana, Jentayu berjuang sehingga titisan darah terakhhir menentang Rawana dan kejahatan. Kini, kami meinta bantuan saudara pula dalam melawan kejahatan.

Che ingin meminta sokongan pihak saudara untuk menyokong usaha Che dan rakan-rakan lain dalam memartabatkan maruah Jalur Gemilang.

Seperti saudara sudah tahu, segelintir pihak sudah memulakan kempen untuk mengibarkan Jalur Gemilang secara songsang. Ia semakin mendapat sokongan terutamanya dengan keadaan hari ini.

Kami merasakan apapun perasaan rakyat Malaysia; Jalur Gemilang adalah di atas politik dan perlu dihormati dan disanjung tinggi. Oleh itu, Che ingin meminta jasa baik saudara utk mengibarkan satu jalur gemilang di blog anda dengan penuh hormat dan tertib. Ini sahajalah yang kami minta dari pihak saudara.

Ini bukan satu gimik politik atau usaha sesiapa menjadi hero atau mencari modal politik; tetapi usaha kami yang sayangkan negara ini. Che bukan Melayu; tetapi tidak kurang patriotik dalam hal sebegini.

Ikhlas,
Che Eduardo

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

OK Tq Cadangan, sy happy teguran itu, saya ne tak mahir design Blog , hanya boleh menulis sahaja. Saya kan buat dengan bantuan rakan saya. tq.

Sewaktu saya mengajar di JB 10 tahun dulu, saya ada anak murid kesayangan sy keturunan India, dia sangat suka nama Jentayu, lalu dia bawakan saya Cerita Jentayu yang tuan sebutkan itu, dia bawakan gambar2 Ramayana,

Sekarang maybe dia dah masuk U atau dah kerja. Nama dia pun lebih kurang nama tuan.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan