TERKINI=YB PR SEDIA LOMPAT KE BN

on Sunday, August 10

1. KEJATUHAN Syah Iran pada tahun 1979 semasa Revolusi Iran merupakan Kemenangan Umat Islam di negera itu, dengan Ayatullah Rohullah Khomeini dilantik menjadi Presiden menjatuhkan Boneka Amerika Syah Iran. Hari ini, Amerika mahu menggunakan segala kekuatannya untuk menjatuhkan kerajaan Iran.

2. Di Iraq, tempat bermulanya Tamadun Mesopotamia di antara Sg Euphrates dan Sg Tigris, tempat di mana para alim ulama zaman Nabi berkumpul dan mendalami ilmu, termasuklah Imam Al-Ghazali yang sanggup menolak jawatan Imam Besar untuk ke Iraq belajar mendalami ilmu agama, hari ini telah dihancur musnahkan oleh Amerika. Dengan segala tuduhan Amerika konon ada Weapons of Mass Destruction di Iraq,dengan segala bukti satelit,Amerika menggunakan Pre Emptive Strike yang membunuh berjuta-juta rakyat yang tak berdosa. Inikah negara Amerika yang bercakap pasal Human Rieghts dan Demokrasi yang bercakap pasal nak keadilan dalam perbicaraan Anwar dan Saiful? Perhatikan Tekanan yang Amerika buat ke atas Malaysia dalam perjanjian perdagangan FTA, kerajaan kita ditekan untuk menerima tuntutan-tuntutan yang memihak kepada mereka, tetapi menyusahkan petani-petani kita.

3. Mengapa Amerika bersungguh-sungguh Campurtangan undang-undang sivil di Malaysia? Kenapa tidak di Guantanamo? Kenapa tidak di Selatan Thailand? Kenapa tidak di Selatan Filipina? Amerika menuduh umat Islam di Selatan Thaiand dan Selatan Filipina sebagai Pengganas, bagaimana pula Israel yang Menyerang Palestine dan Lubnan?

4. Anwar menyalahkan semua orang Tun Mahathir, Najib, IGP, Peguam Negara, dan yang terbaru Pak Lah. Pendek kata semua orang salah, Anwar sahaja yang tak bersalah. Anwar insan maksum kah? Anwar sedang membina satu istilah...Semua Orang adalah Bersalah, Anwar Ibrahim Tidak ada Kesalahan.

5. Amerika dalam politik adalah musuh Islam. Anwar tidak kisah memohon bantuan Amerika kerana ikatan perkawanan mereka yang sudah lama sejak 1980an, sudah tentu sehingga tahun 2008 ini, sudah banyak give and take antara Anwar dan Amerika. Di situlah pusat segala propaganda Jewish yang Protokol ke-7nya ialah hancurkan Islam sebelum Islam menjadi kuat. Al-Quran sudah mengingatkan kita akan bahaya Yahudi dan Nasrani. Hj. Mohd. Sabu sendiri berkali-kali menyatakan Anwar sangat bahaya dalam hubungan akrabnya dengan YahudiAmerika. Ezam sendiri ketika di London pada April 2008, menyatakan bahayanya Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar. Mereka ini yang sangar rapat dengan Anwar lebih mengetahui.

6. Orang Melayu mesti sedar keadaan ini. Sebagaimana tulisan saya sebelum ini, Malaysia akan menjadi Malayan Union jika Malaysian Malaysia yang disokong Anwar menjadi Kenyataan. Malaysian Malaysia adalah idea Lee Kuan Yew pada awal 1960an. Mahukah kita berTimbalan Perdana Menterikan DAP? Lihatlah MB Perak terikat mulutnya Dilarang Bercakap pasal Hudud & Qisas, Dilarang membentangkan Penubuhan Negara Islam ( kena tukar Negara Kebajikan ), Dilarang bercakap Membangun Bersama Islam, segalanya mesti Malaysian Malaysia jika mahu terus jadi MB Perak!

7a. Hari ini di Malaysia, beranikah kita jamin Anwar tidak akan menggunakan wang untuk membeli undi ( dahulu, sekarang dan akan datang). Perhatikanlah bagaimana anwar menumbangkan kerajaan PBS tahun 1994. Perhatikanlah bagaimana usaha mereka mendapatkan 30 MP BN? Tanyalah MP Kota Belud, 3 Keturunan tidak akan habis wang itu jika dia menerima tawaran itu! Kenapa anwar tidak boleh menunggu 2013? Kenapa nak jalan belakang? Dr. Chandra Muzaffar sudah beri komen semalam, rakyat kena bijak berfikir menolak segala konspirasi YahudiAmerika di Malaysia.

7b. Saya ucap tahniah kepada YB-YB Pakatan Rakyat di Kedah & Perak yang saya dengar menuggu masa nak lompat ke BN dan menubuhkan kerajaan baru yang tidak cacamerba. Maybe, Nik Aziz pun dah tahu apabila Nik Aziz dalam komen terbarunya semalam menyatakan ada Orang Dalam Pakatan Rakyat nak jatuhkan Anwar!

5 Komen:

Muhamad said...

Assalamualaikum? Saudara...

Saya mencadangkan kepada saudara supaya menulis artikel tentang "Sejarah kemerdekaan Tanah Melayu" saya merasakan orang zaman sekarang telah lupa "Sengaja melupakannya" ataupun mereka malu untuk membuka buku-buku sejarah mahupun "teks sekolah" kerana beranggapan mereka telah tahu.. padahal mereka tak tahu apa-apa pun... ???

Sempena bulan kemerdekaan ini saya berharap sangat saudara dapat mengeluarkan artikel tersebut untuk dikongsi bersama.. dan jangan lupa letakkan sumber sejarah tersebut, supaya mereka dapat merujuk di kemudian hari. (agar tiada pertikaian di kemudian hari)

terima kasih...

Sharil, Gombak.

bentan said...

saudara,

buat buku sekolah je la. Tak payah cerita pasal politik.

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Insyaallah saya akan buat, generasi hari ini memang tidak minat dengan sejarah. Pengalaman saya mengajar di sekolah bukan Melayu, lagi susah nak dikatakan, mereka tidak ingin tahu sejarah negara ini, malah ada satu pelajar saya berkata, jika dia boleh bayar supaya tidak ambiil subjek SPM, dia sanggup bayar, malangnya sejarah adalah subjek wajib SPM.

Kita tidak boleh lupakan sejarah negara kita, nanti jadi macam Singapura, apabila buku teks di sana memulakan buku sejarah mereka dengan...Singapura diasaskan oleh Stamdorf Raffles, bukannya oleh Raja Johor.

Benar, generasi baru terutamanya sangat tidak minat dengan sejarah negara.Saya berpendapat, Kementerian Pelajaran perlu MeWajibkan subjek Sejarah Lulus seperti di China, bukan setakat ambil saja. Lepas tulis nama dan angka giliran, mereka keluar bilik peperiksaan.

Kedua2 novel saya adalah novel Sejarah. Buku terbaru saya juga yg angkat terbit nanti juga buku Sejarah.

Politik pula adalah kekuatan bangsa Melayu, tidak kira fahaman Pas, Pkr,Umno, kita mesti memegang tampuk politik (PM & TPM mesti Melayu ),kerana kita tidak mampu di bidang ekonomi. British dahulu sudah memiskinkan kita di kg2, tetapi mengkayakan Cina di bandar2. Tanpa Sejarah dan Politik, kita khuatir suatu hari nanti PM & TPM kita bukan Melayu. Ini sudah berlaku di Fiji.

Anonymous said...

Kalau ada yg dah sedar tu elok sangatlah demi Orang Melayu/Tanah Melayu. Anwar ni mmg licik, tp siapa boleh menahan godaan kalau dah bijak bercakap, bijak berpidato, bijak dlm segala-galanya...kira semua dia yg betul, org lain semua salah, org PAS pun tak layak jd PM atau TPM kalau nak jd pun TPM kena bahagi 3, TPM-1, TPM-2 dan TPM-3...kecoh nanti tengoklah nanti. Org Sabah pulak mungkin terpaksa terima orang baru ie. Orang AMerika (Amerika-long aka Along))kalau Anwar dah byk "berjasa" hendak membalas budi kena bagi penempatan base camp..perkara ini boleh terjadi. Jgn terlalu byk termakan budi kan terjual body..(maaf).

Jadi, apa kesudahan perjuangan PAS selama ini terbuang begitu sahaja dgn diambil alih oleh PKR yg sedekad usia (org muda naik belakang org tua).

Siapa punca kepada segala permasalahan? Siapa yg menganggu sarang tebuan? Siapa yg memulakan idea-idea mengenai bangsa dan agama seumpama memcurah minyak ke api? Siapa mengkonspirasi siapa?

Saya pernah duduk selang dua meja dari RPK diBangsar Village sebulan yg lalu..sama saja harap suara aja kuat bercerita tp hempeh..sesama mereka pun saling kutuk mengutuk..mual

Benar andaikata ada pemimpin tidak menjalankan kewajipan kepada rakyat maka sebagai rakyat kita patut melaporkan kepada pucuk pimpinan atau pun menghantar surat bantahan kepada Majlis Tertinggi melaporkan salah laku wakil wakil rakyat tersebut. Kita tak perlulah menghukum parti yakni contoh UMNO kerana ada dikalangan orang melayu sendiri pun ada yg kuat bekerja dan rajin melawat kwasan at same time. Yg sedih tu ada org melayu kita ni mulut cukup laser, herdik nista, keluar dari mulut perkataan seperti bangsat, anjing kurap..cukup sedih ada org melayu kita ini berperangai sedemikian. Tak da rasa hormat sesama bangsa sendiri. Mengapa? Sesama kita nak bergaduh, bertengkar nak berperang mcm dirasuk iblis.

Sejarah byk menceritakan perjuangan nenek moyang kita. Jgn kita jadi hamba dan taksub kepada seseorang dengan membelakangkan org melayu dan agama islam dengan mempunyai agenda tersendiri untuk diri sendiri..jika difikirkan kembali bangsa asing pun mempunyai pemikiran yg sama kerana mereka jugak ada sejarah nenek moyang mereka sendiri berhijrah ke sini dan tak mungkin mereka mengsia-siakan kesusahan nenek moyang mereka dgn membiarkan org kita berada di atas..FIKIRKAN

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Komen anda perlu dihayati oleh semua orang, umno bukan tak bagus, ada pemimpin2 umno yang lalai sehingga melakukan kesombongan, kelupaan, dsbnya...maka org lain melihat umno tidak bagus walhal pemimpin itu yg kurang bagus, sebab itu kita mesti ada keberanian menulis dan menegur yb ini.

Jika trend pemikiran rakyat seperti tuan berterusan, saya yakin Kerajaan kita yang tunjangnya Melayu dan Islam akan bertambah kuta. Berbza di Perak kerajaan negerinya tunjangnya DAP.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan