THE CHINESE DILEMMA

on Friday, January 2

1. SUDAHkah anda membaca buku The Chinese Dilemma yang diterbitkan di Australia. Ada beberapa perkara yang boleh dihuraikan dalam buku tersebut, terutama daripada ketakutan penulisnya akan nasib yang bakal menimpa masyarakat Cina di Malaysia.

2. Ekonomi merupakan perkara yang sangat penting kepada orang Cina baik di negara asal mereka atau di seberang laut. Jika anda berkesempatan ke Guanzhong, menaiki bas melalui Vietname, kita pasti melihat orang-orang Cina yang bekerja daripada awal pagi hinggalah ke malam hari ( bukan 5 petang ) , dengan gaji serendah RM600 sebulan wang Malaysia.

Sebab itu ada di antara mereka berhijrah ke Malaysia, dan boleh ditemui di sekitar pasar Chow Kit dengan menemui pelanggan sambil menjual pen, tali pinggang, jam, ink dll yang disimpan di dalam beg kecil mereka.

3. Sebab itulah penulis buku The Chinese Dilemma sangat tidak berpuashati dengan DEB yang memberi bantuan kepada orang-orang Melayu dan Bumiputera untuk turut sama menikmati kekayaan negara ini.

4. Penjajah British sesudah mengimport buruh-buruh dari China dan India untuk bekerja di lombong-lombong dan estates, juga menjalankan dasar pecah-pecah. Orang Cina diletakkan di bandar-bandar dengan keuntungan yg besar kerana boleh menikmati kemajuan yang sudah sedia ada di bandar-bandar seperti Sekolah moden, bank moden, sistem pengangkutan dll.

5. Orang India dibiarkan di estates dengan segala kesusahan, dan orang Melayu dibiarkan di kampung-kampung sebagai petani dan nelayan dan dibiarkan mundur ketinggalan.

6. Implikasinya sangat jelas, dalam tahun-tahun 1940-an, 1950-an, 1960-am, 1970an, 1980-an ekonomi negara dikuasai besar oleh orang-orang Cina. Bukan sebab mereka pandai berniaga tetapi sebenarnya lebih kepada keuntungan sejarah mereka. Jika Ali bin Ahmad lebih awal memiliki Kilang Gula di Malaysia, sudah pasti dialah yang paling kaya sekarang tetapi sejarah membuktikan peluang itu tidak diberikan semasa era penjajahan.

7. Tun Dr. Mahathir walaupun dituduh Ultra-Malay oleh Lee Kuan Yew pada awalnya, tetapi selepas bersara Lee Kuan Yew menyatakan kesilapannya dengan menyatakan dalam bukunya, yang dia membuat tangapan yang tidak betul terhadap Tun Dr. Mahathir.

8. Maka itu, buku The Chinese Dilemma itu jika anda baca sebenarnya merupakan kebimbangan yang mendalam oleh masyarakat Cina di Malaysia, kesannya sudahpun diterjemahkan di dalam keputusan politik PRU12.

9. Jika hendak dibuat perbandingan, Apakah nasib masyarakat Cina di Indonesia, Thailand, Vietname, Filipina, Brunei lebih baik daripada di Malaysia? Di Singapura tidak perlulah diperkatakan. Maka mengapakah masyarakat Cina perlu terlalu bimbang dengan nasib mereka di Malaysia?

10. Kita juga barangkali ternanti-nanti buku baru The Indian Dilemma, barangkali sesuai ditulis oleh MP Kapar.

8 Komen:

GOMO said...

ANJING BETINA MENYALAK BERKEHENDAKKAN BATANG!!!http://gomo-no1.blogspot.com/2009/01/panta-punya-betina-anjng.html

Sedingin Salju said...

Oi apa barang tu oi?

Anonymous said...

Biasalah orang tamak.
Naik kereta wira harga 13,000 tak mau.

Kalau tak pakai Merc/ BMW/ Camry; Dianggap miskin.

abe MIE 'TERJAH' said...

tapi ada yang masih berkelahi...itulah kelemahan orang melayu...

LEKIR said...

Assalamualaikum,

Orang cina tak bising sangat semasa Mahathir jadi P.M sebab beliau pandai dalam mentadbir ekonomi.

Saranan Lekir supaya mereka tak bising-bising ialah P.M Melayu mestilah pandai dalam metadbir ekonomi negara

Ekonomi negara bagus=perniagaan cina bagus-kuranglah bising

Mankanan said...

Dah kita sama hidup kat Malaysia, pandai-pandailah nak hidup. Apa yang orang cina takutkan? Sebelum ni takde masalah pun. Ketuanan Melayu sepatutnya tak perlu dibangkitkan. Tapi oleh kerana ketakutan itu, mereka membangkitkan juga ketuanan Melayu. Sedangkan sebelum ini takde masalah. Apapun, sepatutnya Melayu ahrus bersatu untuk memperkukuhkan kedudukan di dalam negara. Bukan nak sisihkan bangsa lain tapi cuma untuk menjadi 'tuan' di negara sendiri. Tak salahkan?...

Anonymous said...

Ini mengingatkan saya kepada Buku Malay Dilemma yg dituliskan oleh Mantan PM Tun Mahathir...

Elok benar la orang orang melayu bangun dan sedar dari mimpi indah. Yang penting bersatu padu elak perpecahan sesama orang melayu dan majukan diri tanpa ihsan atau bantuan orang lain. Orang cina terutamanya amat cemburu dengan kaum melayu kerana perhatian yg diberikan oleh kerajaan melebihi kaum lain. Isu kaum kaum ni tak perlu dibangkitkan kerana sejarah menceritakan segala galanya. Jgn pulak kerana pakatan berjaya menawan beberapa negeri timbul ego, bangga diri, tunjuk kuasa, cakap sesuka hati mengenai hak hak kaum kaum tertentu...tak baguslah ini berlaku kerana sedikit sebanyak akan timbul perkara yg kurang enak dan perbalahan dan kekecohan. Tengoklah apa yg berlaku sekarang dlm pakatan. Rakyat bermasalah pun tak boleh nak selesaikan asyik nak menyibuk tumpu perhatian hal isu dalaman parti lebih penting. Kes Flat kat Sentul pun batang hidung tak nampak, ye la tak glamourkan, bila kes selesai mcm bangkai busuk dtg senyum kambing nak kredit konon. Nampak sangat ADUN ADUN pilihan ni bukan otak wakil rakyat yg berkhidmat untuk berfikir hal rakyat cuma nak glamour, ahli koporat dan hempeh.

Siberangan said...

Berapa banyak hartanah Melayu/bumiputra dalam bandar-bandar besar di Malaysia? Yang banyak hartanah adalah kepunyaan bukan Melayu/bumiputra. Kesemua ini harta asal mereka kah?. Kita tahu, semuanya mereka miliki sabelum DEB. Masa tu Tungku kata "biaq piii lah...". DEB jadi apa?

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan