ERDOGAN = ISRAEL = UMNO = DAP

on Thursday, June 4



1. TINDAKAN YB BN memohon maaf kepada Husam merupakan satu jiwa besar. Husam pula akan mendapat kradit untuk jawatan Timbalan Presiden yang ditandinginya.

2. Di pihak Nasharudin pula, penjelasannya kepada perwakilan bahawa mereka yang telah berjumpa UMNO dalam projek Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS tahun lepas, merupakan satu pujukan dan psiko, yang barangkali agak terlewat.

Kedua-dua mereka berlumba di saat akhir.



( Suasana sebuah Restoran Muslim di negara China )

3. Husam amat bergantung kepada Mursyidul Am, Nik Aziz. Namun apakah petunjuk kekalahan Nik Abduh semasa pertandingan Ketua Pemuda Kelantan juga satu signal perwakilan sudah mula menjauhkan diri dari pandangan politik tok guru. Jika ya, Husam berada di persimpangan.

4.Nasharudin masih beruntung kerana Dato Harun Din, Dato Mohd Daud ( Ketua Dewan Ulama PAS ) memberikan suara kepadanya. Terbaru Dato MOhd Daud turut menyelar ' musuh dalam selimut ' dalam parti.

5. Nik Aziz masih memujuk perwakilan dengan ungkapan PM Turki Erdogan lebih baik kerana memalukan Presiden Israel yang sekular itu, maka sokonglah juga Husam yang dikaitkan Erdogan itu.

Tapi perumpamaan itu berbeza pula bila di Malaysia Nik Aziz tidak dapat membezakan sokonglah UMNO daripada DAP yang menolak negara Islam itu.

Israel dikata sekular, DAP menolak Negara Islam. Menolak Israel namun menerima DAP.

Kalau PM Turki Erdogan baik kata Nik Aziz, UMNO dan DAP yang mana pula?. Maka jelaslah ia hanya kata-kata politik untuk memujuk perwakilan mengundi Husam.

6 Komen:

Ex-UMNO said...

Timbalan Perdana Menteri telah memberi amaran bahawa UMNO cuma ada masa dua tahun sahaja untuk di pulihkan. Mungkin kah masa dua tahun ini cukup untuk memulihkan UMNO yang sakit tenat ini?

peminat said...

04/06/2009 2:37pm

SHAH ALAM 4 Jun — Para ulama Pas diminta berperanan meyakinkan anggota parti untuk menyokong idea baru seperti pembentukan kerajaan perpaduan yang dibawa oleh presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata, golongan ulama dalam parti itu perlu mengkaji konsep berkenaan termasuk daripada sudut sejarah dunia supaya anggota parti dapat menyokong cetusan idea Abdul Hadi itu.

“Konsep kerajaan perpaduan ini telah dilaksanakan di Afrika Selatan, di Indonesia dan juga di Britain (selepas Perang Dunia Pertama),” katanya dalam ucapan dasar pada majlis perasmian Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat ke-48 di Auditorium Muzium Negeri di sini hari ini.

x-pas said...

Apa yang dilakukan oleh umno sekarang dilakukan oleh pas. umno bergabung dengan mca dan mic, walaupun pernah mengkafirkan umno tetapi pas kini cukup syok bergabung dengan dap dan pkr walaupun mereka ada ideologi yang berbeza. pas kini akur bahawa untuk memerintah, konsep perkongsian kuasa perlu di antara berbilang bangsa di negara ini. walaupun menjilat ludah sendiri, pas tidak segan silu untuk menerima dap walaupun satu masa dulu undi kafir adalah HARAM.

Jika dulu pemilihan pas senyap sunyi tanpa pertandingan, kini sudah ada cabaran sehingga ke peringkat timbalan presiden, serupa macam umno. tak mustahil keghairahan pas dalam order politik barunya bergabung dengan dap dan pkr serta kemasukan puak erdogan pro anwar akan merosakkan pas sedikit masa lagi. tunggu dan lihat. kat dulang paku serpih.

Mantan USRAHPAS/UM said...

MEREKA SEDANG BERGADUH NAMUN MEREKA HANYA MAMPU MENUTUP MULUT DAN MENAHAN HATI=
....Perwakilan Pahang, Shukri Ahmad pula membangkitkan kualiti pemimpin ulama PAS yang baik sehingga mampu mengeluarkan ijtihad.

"Ramai boleh jadi ulama tetapi ijtihad itu sukar. Kita mesti fokus kepada pemimpinan ulama yang boleh sampai berijtihad. Oleh itu presiden dan timbalan presiden mesti sampai ke tahap itu," katanya.

Shukri turut menempelak perjalanan pemilihan jawatan kanan PAS yang didakwanya gagal diselesaikan dengan kaedah syura atau kompromi sehingga boleh membawa kepada perpecahan.

"Masing-masing hendak tawar diri (bertanding). Kita tidak nafi pertandingan itu dibolehkan atas dasar demokrasi dalam parti. Tetapi kita dalam masa yang sama mesti lihat pada konsep syura.

"Kenapa Dewan Ulama boleh selesaikan masalah kepimpinan secara syura tetapi kepimpinan tonggak kita tidak (boleh)?" katanya.

"Hasil pengundian dan perlawan tersebut sedikit sebanyak akan mengguris hari. Hendak satukan hati payah, nak berpecah memang mudah. Kalau Dewan Ulama boleh, kenapa (pemimpin PAS) pusat tak boleh? Kalau Dewan Pemuda boleh, kenapa di peringkat pusat tak boleh? Perkara ini (pertandingan) perlu ditegah."

SEBAB ITU ANA KUAR PAS, BUKAN KUAR PERJUANGAN TETAPI KUAR DARIPADA PARTI YG SUDAH TIDAK ADA BEZANYA DENGAN UMNO,PKR,DAP...MEREKA SUDAH MENCARI NIKMAT DUNIA SAHAJA...

bekasPas said...

Mereka hanya diam saja...tiada siapa berani bersuara hatta Husam,Murzyidul Am,Nasharudin,Mat Sabu,NIk Abduh mereka semua diam dgn ugutan DAP/PKR, jiwa Islam sudah mati dalam Pas, hanya ada Jiwa dunia....

"Pemuda DAP dan PKR menggesa rakan sepergerakannya dalam PAS agar menfokuskan agenda membentuk kerajaan Pakatan Rakyat yang bersih dan adil, bukannya melaksanakan pentadbiran Islam.

Pergerakan Pemuda dua parti itu juga menggesa Pemuda PAS agar memikir kembali saranannya untuk menegakkan peraturan Islam seperti pengharaman tempat perjudian, menghadkan premis penjualan arak dan etika pakaian di pejabat.

Setiausaha Pemuda DAP, Anthony Loke Siew Fook dan naib ketua Angkatan Muda (AMK) PKR, Amiruddin Shari diminta mengulas kenyataan naib ketua Pemuda PAS, Sabtu lalu. Azman Shapawi Abdul Rani dilaporkan berkata Pemuda PAS kini dalam proses merangka agenda untuk melaksanakan undang-undang Islam di lima negeri Pakatan. Loke (foto, baju putih seperti gambar di atas ) berharap PAS menghormati gabungan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada tiga parti, termasuk DAP dan PKR.

"(DAP) tidak bersetuju dengan mana-mana undang-undang yang dilaksanakan dari sudut agama, terutama pelaksanaan undang-undang Islam dalam masyarakat majmuk di Malaysia," katanya kepada Malaysiakini."Jangan gagalkan agenda Pakatan Rakyat

Tuah said...

Salam.

Salaam,

Kekalahan Nik Abduh pada pandangan saya adalah kemenangan bagi pihak Erdogan sebenarnya. Walaupun Nik Abduh itu anak kepada TGNA tetapi Nik Abduh menentang kumpulan yang dianggap ‘mempergunakan’ ayahandanya.

Cuma selepas bersuara itu, satu mechanism dalam PAS telah digerakkan oleh kumpulan tertentu yang menyebabkan kekalahan Nik Abduh di Kelantan sendiri. Kekalahan Nik Abduh adalah kemenangan kumpulan itu. Ianya memberi petunjuk kepada beberapa perkara.

Sekiranya terlalu idealis pun belum tentu boleh mendapat sokongan di dalam PAS, PAS juga adalah platform politik yg memungkinkan permainan real politik. Real politik vs idealis = sapa menang? Real politik (nampak macam idealis) vs idealis = sapa menang?

Dalam kes Nik Abduh, beliau sanggup mempertahankan apa yg dianggapnya sebagai kebenaran. Tetapi sayangnya kebenaran yang dibawa itu bertentangan dengan arus mainstream dalam pakatan rakyat. Bertentangan dengan gelombang haruk ketuanan rakyat dan makkal sakthi. Nik Abduh terus terang dalam artikel di blognya mengkufuri konsep makkal sakhti yang disokong oleh segolongan puak PAS termasuk Ustaz2nya. Bila terjadi begitu, Nik Abduh dilihat ‘tidak menarik’ dan tidak menyeronokkan. Puak2 PAS yg hanyut dalam gelombang PR akan menyisihkannya. Nik Abduh menjadi target puak Erdogen dan diblack listkan oleh inner circle parti mata satu. Akibatnya dalam real politik, Nik Abduh tidak boleh pergi jauh.

Tersisihnya Nik Abduh tidak memberi kesan kepada TGNA. TGNA masih lagi satu entity yang friendly untuk ‘dipergunakan’ oleh kumpulan ini. Mereka ‘terpaksa’ mempergunakan TGNA kerana political benefit yang jelas. Baru-baru ini TGNA ‘dipergunakan’ untuk mengiktiraf kewujudan kumpulan Erdogan. Pengiktirafan yang memberi impak sokongan kepada kumpulan itu.

Kesannya. ianya menjadikan kumpulan Erdogan itu wujud secara rasminya di dalam PAS!! Ini menafikan kata2 orang PAS sendiri yg mendakwa istilah Erdogan itu direka2 oleh musuh2 PAS. Sebenarnya kumpulan itu sendiri seronok digelar Erdogan dan tidak pernah menafikannya. Malah meminta pula TGNA memberikan pengiktirafan dengan nama Erdogan itu.

Setelah itu isu yang timbul pada masa akan datang ialah sekiranya puak2 Erdogan ini dapat menguasai PAS, adakah PAS pada ketika itu adalah PAS yang sama sebagaimana kita mengenali PAS suatu ketika dahulu?

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan