PUSING BALIK

on Wednesday, June 3


( Gambar pelancongan di atas ketika penulis melawat bandar Xe Fang, negeri Zhejiang, China )

1. SAJAK Tun Dr. Mahathir antara lain berbunyi...." Di Atas Runtuhan Kota Melaka, Kita Dirikan Putrajaya"...

2. Artikel Penulis di bawah ( Pulau Pinang 1833 ) bukanlah bertujuan untuk menidakkan fungsi masyarakat Cina di Malaysia, ia sekadar menyedarkan orang Melayu yang sangat jauh ketinggalan baik dalam bidang ekonomi, sosial, dan hanya politik saja masih ada itupun di negeri-negeri yang ada Raja Melayu. Jika tidak ada Raja Melayu, orang Melayu akan pasti senasib dengan saudara mereka di Singapura.

3. Orang Melayu bukan bodoh, cuma sewaktu British datang dan membawa masuk segala sistemnya ( ekonomi/sosial/politik ), orang Cina yang kebetulan duduk di bandar mendapat banyak keuntungan.Melalui Dasar Pecah-Perintah. Contohnya dari aspek pendidikan, di bandar-bandar kemudahan guru terlatih, sekolah, akhbar, kedai, jalanraya, dan sebagainya dinikmati sepenuhnya oleh orang Cina yang diletak di bandar-bandar oleh British ketika itu.

Maka merekalah yang ramai jadi Jurutera, Doktor,Peguam, Bankers,Produsre Film, Pegawai Tinggi Kerajaan ketika itu yang berkuasa Meluluskan dan Tidak Meluluskan. Orang Melayu oleh kerana tidak mendapat nikmat pendidikan yang adil ketika itu, maka mereka hanya layak jadi pemandu, budak pejabat dan seumpamanya.

4. Maka itu, di KL, Ipoh, PJ dan PP oleh kerana Jurutera dahulu kebanyakannya orang Cina, maka sewaktu mereka melakar Plan membuat Jalanraya, Bangunan, Penambakan Sungai dsbnya mereka tidak kisah untuk melanggar kampung-kampung Melayu. Kalau projek itu kena kepada Kampung-kampung baru ( kebanyakannya Kg Cina ), mereka lencongkan projek itu, maka terselamatlah kampung2 orang Cina. Ini realiti yang sudah berlaku, cuma orang Melayu di Tanah Melayu kurang sedar Perjalanan Sejarah Tempatan mereka.

Perkara ini diberitahu semasa Seminar Pengkisahan Bandaraya Kuala Lumpur di Arkib Negara yang penulis ikuti.

5. Untuk pusing balik ketidakadilan ini, Tun Dr Mahathir telah cuba melakukannya sepanjang 22 tahun, Pak Lah pula mengutamakan pembangunan Modal Insan dan DS Najib meneruskannya melalui 1Malaysia.

6. Statistik menunjukkan =

a. 4.1273 juta tenaga kerja bumiputera, hanya 2.3% dalam kumpulan pentadbiran dan pengurusan dan 12.4% dalam kumpulan perofesional dan teknikal.

b. Yang besarnya ialah dalam kumpulan pekerja pengeluaran (29.1%), pekerja pertanian (23.9%), perkerja perkhidmatan (12.4%) dan perkeranian (12.2%). Ini diperkuatkan lagi oleh perangkaan golongan profesional bumiputera yang berdaftar (akauntan, arkitek, doktor, doktor gigi, doktor haiwan, jurutera, juruukur dan peguam) yang masih kecil sekitar 33% berbanding 67% bangsa-bangsa lain (yang mana Cina 52.4%).

Profesional Berdaftar Mengikut Kumpulan Etnik (95)
Bumiputera Bukan Bumiputera
(%)
Akauntan 16.1 83.9

Arkitek 27.1 72.9

Jurutera 38.1 61.9

Juruukur 48.3 51.7


7. Statistik di atas ialah Kesan Jangka Panjang Penjajahan British. Apapun tidak salah rasanya menyedarkan orang Melayu bukan, supaya mereka juga punya perancangan seperti orang India, yang mana orang India sudah lama mengamalkan Satu Family Satu Doktor, Satu Family Satu Peguam, Satu Family Satu Pegawai Tinggi Kerajaan dsbnya. Ini adalah satu cara yang bijak.

6 Komen:

MamatTaiping said...

Pada pandangan sy, kerajaan sudah gagal menguatkuasakan subjek sejarah di sekolah. Kerajaan hanya pentingkan BMelayu saja, sapa gagal BM maka gagallah SPM dia atau PMR dia. Sepatutnya sapa Gagal Sejarah, gagallah SPM atau PMR dia, barulah dorang celik sejarah.

KatSingapore skrg subjek Sejarah menjadi Wajib.Kat China pun, budak dia blajar Sejarah Raja2 dia. Kita tak buat, sebab tu bangsa lain naik kepala, mereka dah lupa asal-usul...

Malaysian said...

a lazier in the world " Malay ", dirty at kelantans ...read history..

Kiko said...

mamat taiping, sbnarnya subjek sejarah turut dititikberatkan oleh kerajaan. cth terdekat ketika memohon mana2 biasa samaada JPA atau Mara, subjek sejarah mesti A2 atau A1 dlm SPM. klu tidak anda dikira tidak layak memohon... itu satu cth, mungkin ada cth yg lain juga...

http://bersatuislamelayu.blogspot.com/ said...

sejarah bukan bergantung kepada apa yang ditulis tetapi siapa yang menulis. jika seseorang itu berkehendakkan sejarah mengikut pandangannya maka generasi akan datang mungkin akan terbaca catatan beliau dan tidak mustahil akan menganggapnya sebagai kisah yang sebenarnya telah berlaku begitu juga jika karangannya itu mencemuh manusia lain maka generasi akan datang juga akan turut sama mencemuh manusia itu.
ambillah ikhtibar berkenaan penulis sejarah yang menghikayatkan sejarah singapura sekarang sambil menimbus sejarah ataupun cerita yang sebenar.
Terima kasih kepada saudara kerana mendedahkan cerita yang kami tidak tahu berkenaan topic ini.

kunjungilah http://bersatuislamelayu.blogspot.com/

syaifulz si pedang said...

Malaysian said...

a lazier in the world " Malay ", dirty at kelantans ...read history..


Saya tak kenal awak tetapi statement sebegini terlalu longgar!!
apa yang cuba disampaikan?
setahu saya lah bukan semua melayu pemalas dan bukan kaum lain semuanya rajin belaka..
Ini pun mcm Good man juga ke?hehehehe..never learn or read history bro!!

Setahu saya perkataan melayu ini dah lama dah digunakan sejak zaman Empayar kesultanan Melaka lagi sebelum kedatangan British ke tanah melayu.tak dinyatakan pun melayu terjemah jadi malas,hehehhehehe. You such a chauvinist.

Sejarah membuktikan Orang Melayu adalah Pelaut yang hebat, pernahkah anda tahu siapa yang menjadi pelaut bersama ferdinand magellan bercita-cita mengelilingi dunia:
The ancestor of Malays are believed to be seafarers knowledgeable in oceanography. They moved around from island to island in great distances between New Zealand and Madagascar, and they served as navigation guide, crew and labor to Indian, Persian and Chinese traders for nearly 2000 years. Over the years they settled at various places and adopted various cultures and religions. Notable Malay seafarers of today are Orang laut.

Untuk yang tak faham rumpun Melayu:

Malays (Malay: Melayu) are an ethnic group of Austronesian peoples predominantly inhabiting the Malay Peninsula, the east coast of Sumatra, the coast of Borneo, and the smaller islands between these locations. The Malay ethnic group is distinct from the concept of a Malay race, which encompasses a wider group of people, including most of Indonesia and the Philippines. The Malay language is a member of the Austronesian family of languages.(Besar kan tempat kepulauan Nusantara ni, tak payah kot dok putar belit mcm Good man).

Kelantan kotor??what is that?? Tempat lain pun kotor juga, penang pun kotor, KL pun kotor..what the point??
Sejarah kelantan setahu saya berkaitan dengan Siam, Pattani dan Champa, boleh saya anggap sebagai satu rumpun yang luas geografinya.

Info tentang kelantan yang saya tau serba sedikit, kalu ada info tambahan,kita sama-sama luaskan pengetahuan..

Kelantan Malays is a different breed. Unlike the normal Malays, they are actually Cham people who are mostly found in Cambodia and Vietnam. Many Kelantanese also have Thai ancestry. This is why they have always been different from other Malays in Malaysia, both culturally and physically. However, they are considered and treated as normal Malays.

Kelantanese Malay dialect is distinguished from standard Malay as well as other Malay dialects by its unique grammar, pronunciation and figures of speech.

Kelantanese Malay is the only lingua franca of the state, is used in the local mass media, and is so commonly used for daily communication that some Kelantanese cannot speak the standard form of Malay, as promoted by the Federal Government. The dialect is also prevalent beyond the state borders into southern Thailand and in Besut, the northernmost district of Terengganu.

Sudah- sudahlah mengata orang melayu pemalas, macamlah dia rajin sangat!!amboi amboi amboi!!

Pendekar7 said...

Salaam..

Biasa la org lain kutuk2 org Melayu ni, mereka boleh tuduh macam2.

Yg pentingnya org Melayu tahu apa yg dia buat, tahu hala tujunya dan mempunyai jati diri. Org lain mungkin tak berkenan org Melayu buat begitu begini, tak ikut barat, tak ikut trend terkini (macam bangsa lain yg tergesa2 ikut acuan barat), tak liberal, tak tamak mengejar harta dan baik hati.

Yg pentingnya org Melayu menjadi faktor keamanan bukannya bangsa yg mencetuskan kerosakan di muka bumi ini. Kalau rajin sangat pun tapi hasil kerja serupa yakjuj makjuj lebih baik jadi malas!!!

Tapi rajinnya org Melayu itu membawa rahmat InsyaAllah.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan