PERTEMUAN HJ. HADI- DS NAJIB

on Wednesday, June 10

1. TAJUK-TAJUK pelik menghiasi beberapa portal, masih tidak puas dengan kekalahan calon Timbalan Presiden PAS, pertemuan dan mesyuarat sulit kononnya terus diadakan. Beberapa tajuk pelik mempersoal Presiden dan Timbalan Presiden PAS menghiasi dada bacaan.

a. Antara tajuk-tajuk pelik , "Pertemuan sulit tolak k'jaan perpaduan", " Umno di belakang Muktamar PAS ", " PAS digesa ubah sistem pengiraan ", semuanya seolah-olah nak buktikan PAS telah melakukan kesalahan besar, penipuan dan permainan politik. Bernarkah?

b. Dari sudut lain, mereka mahu melaga-lagakan Presiden/Timbalan Presiden dengan Mursyidul Am. Dimana konsep taat kepada pemimpin dalam PAS, jika yang kalah sudah mula mempersoal Presidennya. Sama keadaannya ketika Anwar dikeluarkan dari Umno , dia mempersoal Presiden Umno. Sama keadaannya ketika kerajaan Pakatan tumbang, mantan MB mempersoal apa saja yang tidak memihak kepadanya. Pembawaan politik ini penyakit siapa? Dari mana?

c. Dari sudut kumpulan Ulama, mereka berjaya hampir-hampir berjaya membersihkan kumpulan Erdogans dan tangan-tangan Anwar dalam PAS. PAS kembali kepada jatidirinya sebagaimana ketika dipimpin Allahyarham Yusuf Rawa, Allahyarham Ustaz Fadhil.

Penulis ingin ulangi pandangan penulis tidak lama dahulu, bahawa Haji Hadi perlu diberi peluang menjadi Menteri Penuh, jika kerajaan Perpaduan UMNO/PAS menjadi kenyataan.

Haji Hadi perlu diberi peluang memberi sumbangan kepada negara ini.

Langkah seterusnya ialah pertemuan Hj. Hadi- DS Najib mesti diusahakan segera. Kesinambungan pertemuan Pemimpin Tertinggi PAS- dengan Pemimpin Tertinggi UMNO tahun lalu mesti disambung semula. Pak Lah-Hj Hadi sudah memulakannya, sudah membuka jalan, apakah DS Najib akan mengulangi era Allahyarham Tun Razak-Datuk Asri Muda.

2 Komen:

anti dap said...

Saya menyokong penuh kerajaan perpaduan khususnya jika ia melibatkan UMNO dan PAS. Musuh utama kita adalah oarang kafir, yahudi dan zionis yang sentiasa menunggu peluang terbuka untuk menjahanamkan orang Melayu dan Islam. Pakatan antara PAS, dap dan pkr sebenarnya telah membuka peluang seluasnya kepada kaum kafir ini untuk memecahbelahkan oarang Melayu dan Islam.

cinta islam sayang melayu said...

mudah-mudahan berjaya kedua-dua pihak mencari titik pertemuan,merapatkan jurang pemisah walaupun tak sependapat..saya bernazar jika bersatulah mereka ini, saya akan berpuasa 7 hari berturut-turut(jika kesihatan mengizinkan)

http://bersatuislamelayu.blogspot.com/

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan