10 BUDAK NAKAL

on Thursday, March 4

1. HANYA 12 yang memberikan taat setia, itu pun selepas 1 orang hanmpir-hampir tidak hadir kerana sesat ke pejabat yang begitu sinonim dengannya. He he Pejabat yang sudah biasa dilalui pun boleh sesat, itu lah Kuala Lumpur yang pesat membangun. Setiap hari KL berubah-ubah aje...

2. Seperti cerita 10 budak nakal, satu satu lompat melompat, dia tak lompat sekaligus, dia lompat satu, esok satu, besok satu, lusa satu, tulat satu, minggu depan satu, bulan depan satu, maka genaplah jadi 10 budak nakal dalam cerita dongeng.

3. Kata YB Tuan Haji Mohsin Fadzli, "...KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SAYA TERHADAP PERJUANGAN DAN MATLAMAT POLITIK PKR & pAKATAN RAKYAT, TERUTAMANYA DALAM MENGEMBALIKAN POLITIK DAN KEDAULATAN ISLAM SUDAH HILANG..."

4. Katanya lagi "...KEPALSUAN RANCANGAN 16.09.2008 TELAH MENGGUGAT KEPERCAYAAN SAYA..."

5. Sambung YB Hj Mohsin lagi, "...Perebutan kuasa, jawatan kedudukan dan habuan semakin menjadi-jadi. Perbuatan khianat, tikam belakang, sabotaj dan budaya politik fitnah memfitnah semakin menjadi patrah di dalam parti..."

6. "...saya menganggap beliau ( DSAI) seperti adik saya sendiri lantaran umur saya yang lebih tua daripada beliau. Namun hubungan akrab dan peribadi tidak boleh menjadi alalsan untuk mengenepikan aqidah dan prinsip perjuangan yang saya yakini.."

7. Berdasarkan itu, kata YB Tn Hj Mohsin, "... saya dengan ini mengiystiharkan meletakkan semua jawatan dalam PKR dan keluar daripada PKR ..."

8. Persoalannya siapa lagi...? Batu ? Padang Serai? KL? Kulim ? atau barangkali orang yang sesat itu ? ataukah PP...?

1 Komen:

fS-86 said...

Jawapannya, tiada..percayalah..

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan