STAGE 1 STAGE 2 STAGE 3

on Sunday, March 7



1. AKHIRNYA, YB Kulim Bandar Baharu berjaya mendesak PKR memecatnya. PKR akhirnya tewas di tangan YB Kulim. Kita ucapkan Tahniah kepada beliau kerana dapat memisahkan diri daripada firaun-firaun kecil yang semakin membesar di dalam sana.

2. Selepas ini, khabarnya beberapa MP akan menjejaki rakan-rakan mereka yang sudah pun menjadi YB Bebas menjelang persidangan parlimen tidak lama lagi. Antara yang disebut-sebut ialah MP PKR yang tidak menyertai 12 rakan mereka melakukan ikrar taat setia tempohari.

3. MP yang sesat tempohari juga mempunyai cerita di sebalik tabir. Kita tunggu cerita tersebut.Pada awal-awal kehadiran beliau di Parlimen, MP sesat ini pernah membahaskan di dalam parlimen akan sokongannya kepada dasar-dasar kerajaan BN yang baik dan menguntungkan rakyat jelata, walaupun rakan-rakannya tidak memberi respon. Penulis yakin, MP sesat tempohari akan memberi jawapan sebenar tidak lama lagi.

4. Ketua Pembangkang kini dikuasai sebenarnya olah DAP, bukan PKR ataupun PAS. Ketua Pembangkang yang menerima elaun besar perlu menerima hakikat bahawa jawatan tersebut adalah milik Lim Kit Siang atau Karpal Singh. Jika tidak Ketua Pembanbgkang sekarang umpama wayang kulit, di arah-arahkan, terpaksa menerima arahan, akan didesak-desak. Jika di Australia yang dikaguminya itu, Ketua Pembangkang adalah dari parti yang menang banyak kerusi.

5. Lima sudah berlalu, siapakah 5 lagi? Seperti kata mantan SU Agung PKR , tunggulah, ada stage 1, stage 2, stage 3, sabaaaaar dan tidak boleh sekaligus...Beberapa MP PKR yang tidak termasuk 12 orang itu kini lebih banyak berdiam diri, menjauhkan diri dan mesra kerajaan.

6. Kita tunggu episod seterusnya, siapakah yang ke-6?

3 Komen:

Hassan Sarawak said...

Saya harap setiausaha agung pkr, saifuddin nastion dapat mengikut jejak langkah yb zul dan yb haji mohsin mufaraqah daripada parti yang tidak jelas halatujunya. saya kenal saudara saifuddin kerana beliau menjadi idola kami sebagai rakan dalam mpp dan mppi upm 1984-1989 sebagai seorang muda yang bersemangat tinggi dalam perjuangan islam hinggakan kami sanggup "menyeludup" nik aziz dan haji hadi ke kampus untuk berjumpa pelajar pada waktu malam. disebabkan semangat itu saudara saifuddin mungkin "gaduh" dengan ustaz *** pengetua kolej *** hingga terpaksa "kandas" subjek tamaddun islam yang sepatutnya kacang bagi saudara saifuddin. masih ingatkah saudara tentang perjuangan itu? sekali lagi saya menyeru... tinggallah perjuangan saudara melalui pkr yang saya lihat sekarang sebagai sia-sia itu. carilah wadah perjuangan lain yang dapat memberi manfaat kepada anak bangsa dan seagama.

Anonymous said...

Search blog politik

http://ttsearch.co.cc/search.php?query=Zulkifli+Noordin&type=and&search=1

Malaysian Search said...

Search blog politik

http://ttsearch.co.cc/search.php?query=Zulkifli+Noordin&type=and&search=1

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan